Mr. Hati Beku [C]

By Wantwothree_

238K 10.8K 301

[ #1 in Hati Beku - 2019 ] [ #5 in Remaja - 2019 ] [ #1 in Remaja - 2019 ] [ #37 in Random - 2019 ] [ #32 in... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27 ( Final )
NEW STORY
Special Chapter

Bab 6

8.6K 482 30
By Wantwothree_

Seminggu sebelum SPM ,

"Firasyy!", aku mengejar Firasy yang tidak jauh dariku . Aku ingat nak ajak dia study . SPM lagi seminggu do ! Takut gila , rasa macam maut memanggil-manggil .

Firasy hanya berjalan tanpa menoleh. Sejak kejadian di Starbucks dulu , aku sentiasa panggilnya Firasy . Dia pula macam tak halang tapi selalu la jeling . Dan makin lama aku makin jatuh cinta , siapa suruh kau jeling aku .

'Buk !'

Aku terundur ke belakang . Keras bakhang benda aku langgar ni .

Aku memandang benda keras yang telah aku langgar tadi .

"La Firasy ke aku langgar tadi ? Patutlah aku rasa macam rasa berketul-ketul . Eii rasa nak gigit-gigit je", gumamku teruja di dalam hati .

"Kau nak apa panggil-panggil aku ? Pastu termenung . Kau memang ada masalah jiwa ke apa ?", tanyanya berbaur perlian . Rilek , sis dah biasa .

"Saya nak ajak awak study dekat library sekarang . Jom ? awak ajar saya addmath please , saya tak faham Cikgu Salmah ajar tadi", ujarku . Semuanya palsu belaka ! Ini sahaja cara untuk mendekatinya . Memandangkan sekarang waktu balik, so ajak jela .

Firasy diam seperti sedang memikir . Selepas itu dia menggangguk .

"Tapi aku ada syarat", Firasy memandang tepat arah anak mataku . Taulah anak mata aku lawa , tapi tak selawa kau punya . Hm .

"Apa dia ?"

"Stop call me Firasy"

Aku terkejut . Terkejut gila bapak punya ! Rasa macam kena reject walaupun aku belum confess .

"M-maksudnya , awak nak saya panggil awak Adrian lah ?"

"Tak", jawabnya tanpa perasaan .

Aik ?

"Habistu ?", tanyaku . Pelik betul mamat ni . Alah , pelik-pelik pun aku tetap sayang . Sweetnya aku !

"Panggil aku abang"

JWKAKDJAISNSJAOSJAK !!!!!

Adakah ajal aku akan tiba tak lama lagi ? Apa kau merepek sia , Haura .

"A-ab-bang?", gagap pula dah kau ni Haura .

"Ye , kenapa ?", tanyanya lembut . Ya Allah !! Apahal dengan dia ni ? Kena sampuk dengan jin sekolah ke ?

"Ya Allah", ucapku sambil memegang dada .

"Eh kau pahal ?"

"Saya...saya cairr terokkkk !", laungku.

"Eih poyo betullah", ujarnya . Jari telunjuk menonjol dahi licinku . Lantas Firasy berlalu meninggalkan dia .

Aku tergemam . Tempat tunjalan Adrian aku sentuh . Terasa hangat di situ . Cet , padahal sentuhnya cuma satu jari je bukan tapak tangan .

"Fir-ABANG!", jeritku sambil kaki terkocoh-kacah mengejar langkah Firasy yang sememangnya galah itu .

Abang .

Ya Allah , macam panggil suami pula . Semoga suatu hari nanti aku dapat panggilnya dengan panggilan abang dengan status isteri kepada Firasy Adrian . Amin !

                              _____

"Ni macam mana ?", aku menunjuknya satu soalan matematik tambahan yang sememangnya aku faham . Tapi untuk menjalani proses-proses memikat hati si hati beku ni , terpaksa la aku berlakon jadi bengap .
"Senang macam ni pun tak tahu , bak sini buku tu", arahnya . Aku segera menghulur buku itu kepadanya .

Dia tengah fokus mengajar benda yang aku dah tahu . So aku ambil peluang ni untuk tatap mukanya sepenuh hati . Dan ini salah satu plan aku . Ahaks !

Aku suka tengok mata helang dia . Seksi je panahan mata dia . Lagi-lagi iris mata dia . Tatapan mata dia memandang mataku , semuanya perfect . Tengok mata dia pun aku boleh cair , apatah lagi kalau tengok muka dia . Fufufufuhhh cair terokk !

#sistakkuat

"Dah puas tilik muka aku ?", persoalan Firasy itu mampu membuatkan aku rasa macam nak cabut kepala aku masuk dalam tanah . Boleh jadi penanggal pastu menghantui hidup Adrian . Auch !

"Tahulah aku hensem tak payah lah tengok aku sampai macam nak makan", ujarnya lagi . Perasan tapi betul !

"Eee perasannya , tak hingin !"

"Kalau tak hingin , takdenye tengok aku sampai meleleh airliur"

Terbeliak mata aku . Ya Tuhan ! Malunya aku . Aku segera mengesat bibirku namun tiada apa-apa . Aku memandang muka Firasy yang tengah galak menggelakkan aku .

"Tak guna !"

"Tak guna ni juga kau suka"

Terus terdiam aku . Susah betul nak berdebat dengan mamat beku ni . Setiap aku cakap mesti dia balas yang boleh buat aku terdiam tak terkata .

"Tahu pun nak diam , mulut macam makcik-makcik bawang je mengomel", sindir Firasy . Ada aku ambil buku teks Addmath ni ketuk kepala kau karang . Nasib sayang , ihiks !

"So kau memang suka aku la ni?", tanya Firasy . Mana dia tahu do ? Terus aku memandang muka Firasy .

"Mana ada", nafiku dengan wajah cuba untuk di'selamba'kan . Walhal dalam hati , jantung berdegup kencang bagaikan baru lepas lari marathon .

"Asal lepas aku cakap , 'tak guna ni juga kau suka' , kau terus diam ? Means kau memang suka aku la ye?", soal Firasy . Mukanya sengaja mendekat ke muka ku . Ohmygod ! Asal aku diam tadi ? Takguna !

"B-bila masa ?", tanyaku .

"Jangan pura-pura tak tahu", bisiknya. Wey dekat gila ! Aku memandang bibirnya , NAK CIUM BOLEH ?! Astaga apa kau ni Haura ?

Dia menjarakkan mukanya .

"See , kalau kau tak suka aku , takdenye kau rasa nak cium aku"

WHATTHEFISH ?! MACAM MANA DIA TAHU ?!

"Mata kau dok tengok bibir aku kenapa?", ujarnya lagi . Fish! Aku nak gali kubur sekarang juga !

"Kau ... suka ... aku ... kan ?", tanya Firasy sepatah-sepatah .

"M-mana ad-ada", jawabku gagap .

"S-saya balik dulu!", ujarku seraya tangan mengemas buku . Tangan hendak mengambil buku Addmath yang berada di atas meja Adrian .

Namun belum sempat aku mahu ambil , dia pantas mengambil buku itu .

"Bagilah", aku mencuba untuk ambil buku itu .

"Jawab dulu"

"Taklah ! Saya tak suka awak pun , jangan perasan boleh tak ?!", Ya Allah! Rasa macam nak meletop jantung aku bila menafikan kenyataan itu .

Firasy nampak seperti terdiam . Aku segera merampas buku itu di tangannya .

"Gotcha!"

Firasy diam . Matanya merenung muka ku . Ah sudah , asal ni ? Aku ada salah cakap ke ?

"S-saya balik dulu ye", pintaku .

Sampai di pintu library , aku menoleh ke arahnya . Dia masih berdiri merenung aku . Aku pantas menoleh ke depan . Kantoi sudah !

"Kenapa Firasy jadi macam tu? Seriously , aku tak rasa aku ada salah cakap", omelku sendirian .

"Takkanlah sebab aku cakap aku tak suka dia? Eh takde maknanya Haura oii", aku menafikan pernyataan itu .

"Tapi bestnya kalau macam tu!!", jeritku sambil kedua-dua tapak tangan melekap di pipi . Tapi perlahan jela . Mau dicop gila japgi .

Aku hanya berangan sepanjang waktu. Itulah kerja aku sekarang . Dah aku tak kerja , aku ambil part-time berangan . Gaji pun masyukkk! HAHAHAHA

                               _____

Hai hai !

Firstly , saya nak cakap terima kasih banyak-banyak ! 100 kali pun tak cukup . Thank you kepada yang membaca ! Saya tak sangka boleh sampai 100+ readers ! Walhal saya buat suka-suka . Ya Allah ! Saya terharu dengan korang . Terima kasih sebab support cerita tak seberapa saya ni . Teruskan membaca ye ! Insyaallah saya akan mencuba update setiap hari untuk korang ! Peaceee

So since Haura panggil Adrian nama Firasy , so saya menggantikan nama Adrian kepada Firasy . Start dari bab ni jela , sebab bab sebelum ni , Haura panggil Adrian . Saya taknak korang keliru nanti ehehe 👻

Apapun , jangan lupa ;

Vote and Comment ❤
         

           

Continue Reading

You'll Also Like

597K 22.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
39.1K 1.5K 54
Setelah dilukai cinta hatinya dia membawa diri ke kedah untuk menjauhkan diri dari bekas tunang yang telah curanginya Siapa sangka-sangka datang ke...
5.7K 236 10
Siapa masih ingat Tengku Qhairyl Syah angkat tangan!! (Rujuk novel Silent Angel) Selepas tamat novel Silent Angel, dia berhijrah ke drama Bodyguard. ...
228K 13.2K 49
( ssars love written 1 ) Cinta rumit Faeeq Elhan, Eryna Safia. © ssarserans december story 2022