[COMPLETED/DIJUAL] My Man 내 남...

By SuamikuKacakGila27

46.6K 6.1K 1K

Park Jimin, lelaki biasa. Naddy Adrea Kim, wanita yang luar biasa. Bezanya mereka adalah, perasaan. Jimin m... More

Prologue 💐
💐 Bab 1 💐
💐 Bab 2 💐
💐 Bab 4 💐
💐 Bab 5 💐
💐 Bab 6 💐
💐 Bab 7 💐
💐 Bab 8 💐
💐 Bab 9 💐
💐 Bab 10 💐
💐 Bab 11 💐
💐 Bab 12 💐
HARGA DAN PAKEJ (PREORDER)
‼️ READY STOCK ‼️
‼️ 2ND BATCH PRE ORDER OPEN ‼️

💐 Bab 3 💐

3.3K 539 148
By SuamikuKacakGila27

Naddy dan Jaera sama-sama cemas apabila melihat Jimin seakan-akan mahu memisahkan mereka. Keadaan lelaki itu tidak setenang tadi. Gelabah, cemas, seakan-akan mahu dipisahkan jauh-jauh mereka. 

"Jaera keluar. Ikut Hoseok balik."

"Hah? Tak nak! Saya..."

"Keluar abang kata." Tangan Jimin naik bercekak pinggang. Matanya dari tadi merah menahan marah. Turun naik dadanya melawan nafas dan sabar agar tidak naik tangan dengan Jaera.

"Okey, saya.. saya terangkan apa yang jadi. Tapi jangan paksa dia keluar dari sini kalau dia tak nak." Naddy bersuara. Mencerlung terus pandangan mata Jimin ke arah Naddy. Tajam.

"Jangan campur urusan aku dengan dia." Kasar Jimin menjawab. Jaera risau. Lengan abangnya dipegang. Tidak mahu Naddy diapa-apakan. Hoseok bersedia ingin membawa Jaera pergi. Tetapi melihat keadaan yang nampak tak terurus, bingung dia jadinya.

"Jaera balik. Biar abang dengan dia ni bercakap sendiri."

"Tapi abang, Naddy tak salah apa-apa pun."

"Abang tak kata Naddy salah. Kenapa awak overthinking? Ke memang betul Naddy ada apa-apakan awak?" Soal Jimin pantas. Mati ayat Jaera dibuatnya. Matanya merayu memandang Naddy agar membantu. Tetapi Naddy sendiri bingung. Tidak sangka perbuatannya ini dapat dihidu oleh abang Jaera.

"Seok, bawa dia balik." Hoseok mengangguk. Tangan Jaera, Hoseok capai. Tetapi gadis itu pantas mengelak. Matanya menjeling Hoseok.

"Saya boleh jalan sendirilah!"

"Abang cuma nak tolong je."

"Hish!"

Jaera meluru keluar. Hoseok menarik nafas panjang. Dia turut sama keluar. Nampaknya dia terpaksa menghadap perangai degil Jaera. Ini semua kerana Jimin.

Terkatup sahaja pintu rumah itu, tumpuan Jimin terarah pada Naddy. Tangannya mula mengenggam penumbuk. Dia memandang Naddy begitu garang. Seakan-akan ingin tertembus ke belakang kepala.

Naddy menunduk. Tali bathrobe yang terikat semakin kemas ditarik. Bukan kerana apa, dia bimbang lelaki ini mengapa-apakan dirinya.

"Kenapa mesti adik aku?" Soal Jimin. Naddy menelan liur.

"Dia suka."

"Dia suka? Dia suka sebab kau yang mulakan dulu, kan?" Naddy diam lagi. Tak tenang.

Jimin menapak mendekati Naddy. Gadis itu terus cemas tak tentu arah. Dia tidak suka ada lelaki mendekatinya.

"Jangan dekat. Saya.."

"Kenapa? Aku lelaki. Kau boleh sentuh aku. Tapi adik aku, adik perempuan aku, jangan. Sumbang."

"Stop! Saya.. saya tak suka." Jimin berhenti. Hanya tinggal beberapa langkah sebelum dia dan Naddy betul-betul rapat. Jimin tiada niat apa-apa. Cuma menggertak.

"Jangan dekat dengan adik aku lagi." Kata Jimin, separuh berbisik. Mata Naddy terangkat, matanya bergetar.

"Why?"

"Kau tanya aku kenapa? Hubungan kau dengan adik aku tu sumbang. Kau dah buat yang bukan-bukan dekat adik aku. Manusia jenis apa kau ni? Zalim pada diri sendiri, pada orang lain? Tak takut balasan Tuhan?" Terdiam Naddy. Namun ada sesuatu pada mata itu. Kabur.

"Jangan campur urusan saya kalau awak tak tahu perasaan saya."

"Jangan rosakkan bangsa sendiri, Naddy. Jangan letak maruah kau dengan tikus-tikus longkang. Tolong letak maruah kau separas dengan bidadari."

Naddy mendengus. Air mata yang tiba-tiba mengalir diseka pantas.

"Keluar dari rumah ni. Sekarang." Arah Naddy tanpa memandang Jimin. Jimin tertawa halus.

"Aku akan datang lagi kalau kau cari pasal dengan aku."

"Keluar!"

Kasar Jimin mendengus, dia menapak keluar terus dari kondominium ini. Naddy terduduk. Dadanya yang terasa senak dipegang.

Bukan aku yang minta untuk jadi macam ni. Bukan aku...

******

"Abang tak boleh buat macam ni!"

"Kenapa tak boleh? Awak dah buat abang kecewa. Jaera, mama dengan papa dah tak ada. Abang dengan awak jelah harapan mereka. Kalau bukan awak yang kena bantu abang, siapa lagi?" Suara Jimin naik seoktaf lagi. Jaera yang menangis dan mengamuk tidak diambil kira. Inilah masanya dia memberi pengajaran buat adik sendiri. Rasa kecewa yang tak terhingga.

"Abang tak boleh halang saya jumpa Naddy. Tak boleh..." kepala Jaera tergeleng. Dia menangis, memeluk lutut di atas kati. Jimin berdiri di hujung katil, tangannya bercekak pinggang. Sesekali rambutnya yang jatuh atas dahi diselak ke belakang. Panas.

"Abang buat macam ni sebab abang sayang. Kalau abang tak say..."

"Kalau abang sayang saya, abang takkan halang apa yang saya nak buat."

"Jaera! Boleh tak fikir perasaan abang?! Apa perasaan awak bila tengok adik sendiri telanjang depan mata?! Perempuan pula tu yang buat awak. Apa perasaan awak, cakap dekat abang. Apa?" Soal Jimin. Suaranya jelas terketar, menahan sedih yang bukan sedikit. Tangisan Jaera semakin kuat. Takut.

"Awak suka ke kena sentuh, Jaera? Hmm? Awak suka kena raba? Kalau dah terdesak sangat, abang kahwinkan je awak. Senang!"

"Abang!"

"Abang kahwinkan awak dengan Hoseok. Nak?!"

"Abang!"

Nafas Jimin turun naik. Mata yang berair dikesat dengan belakang tangan. Tangisan Jaera semakin berlagu. Jimin membelakangkan Jaera.

"Kalau tak nak... dengar cakap abang. Jangan jumpa Naddy lagi, jangan ada apa-apa hubungan dengan dia. Delete semuanya pasal dia. Boleh, sayang?" Tanya Jimin. Suaranya sudah rendah.

Jaera diam tanpa jawapan. Jimin mengeluh. Tubuhnya dipusingkan menghadap Jaera.

"Boleh tak?"

"Jangan campur urusan saya dengan dia."

"Jaera."

"Kalau abang sayang saya, biarkan saya nak buat apa."

"Walaupun adik abang buat hubungan sumbang?"  Jaera menunduk lagi. Menangis lagi. Jimin meraup wajahnya. Dia menapak mendekati Jaera. Punggungnya diletakkan di atas birai katil Jaera.

"Berubahlah. Belum terlambat."

"Tapi saya sayang Naddy."

"Sebagai kawan je. Jangan lebih."

Jaera senyap. Dia melepaskan tangan pada kakinya. Kemudian mengesot mendekati Jimin. Lantas tubuh sasa abangnya didakap erat. Menangis lagi pada dada Jimin. Jimin menarik nafas panjang, pelukan itu dibalas.

"Abang sayang adik abang. Sebab tu abang marah."

"Sorry..."

Jimin mengusap belakang tubuh Jaera. Adiknya ini lembut, manja. Mudah terikut dengan orang. Jimin tidak salahkan Jaera, tetapi Naddy. Marahnya kepada Naddy membuak-buak. Tahulah apa yang dia nak buat nanti.

*****

"Jaera! Jaera!"

Jaera tak tentu arah. Jimin tenang. Sambil mencelupkan biskut krim ke dalam kopi tiga dalam satu yang dibancuh oleh pembantu rumahnya tadi. Jeritan lantang dari luar rumah langsung tak dihiraukan.

"Abang, boleh tak buka pintu? Kesian Naddy."

"Biarkan."

Jaera genggam tangan sesama sendiri. Dia ingin sekali berlari keluar. Tetapi kerana ingin menjaga hati abangnya, kerana ingin berubah dan sayangkan abangnya, dia diam. Walaupun dalam hati sudah berkobar-kobar.

"Jaera! Keluar!"

"Abang.. apa kata kita bagi Naddy masuk dalam?" Cadang Jaera. Jimin menggeleng.

"Tak nak. Biarkan dia. Penat, dia berhentilah." Kata Jimin lagi. Jaera mengeluh. Susah ingin memujuk hati si abang yang keras.

"Sekejap lagi abang sendiri yang keluar jumpa dia." Tumpuan Jaera teralih.

"Untuk?"

"Jauhkan diri dari awak." Kata Jimin. Jaera tiada lagi daya hendak menghalang. Dia sudah berjanji. Tapi hakikatnya hati masih lagi belum boleh bergalih dari Naddy.

"Jaera! Keluar, sayang! I jelaskan semuanya dekat abang you!" Serta-merta selera Jimin mati. Sayang?!

"Jaera naik bilik. Abang keluar sekejap." Jimin berdiri. Jaera risau. Tangan abangnya dipegang.

"Untuk apa?"

"Naik."

Jaera menarik nafas. Akur. Dia bangun dan terus naik ke bilik. Sementara Jimin dengan langkah tenang keluar rumah. Menyarungkan selipar biasa dan mendekati pagar.

Jelas sekali, susuk tubuh Naddy berada di luar pagar rumah. Ada keretanya sekali.

"Tak tahu malu eah menjerit-jerit kat rumah orang?"

"Jimin! Tolonglah, bagi saya jumpa adik awak. Sekejap je."

"Untuk apa? Kau nak peluk dia? Nak cium? Nak raba-raba sampai puas? Gatal sangat dah kenapa?" Geram Jimin. Dia menyeluk tangan ke dalam saku, memandang wajah Naddy yang sedang sedih.

"Saya jelaskan dekat awak. Sebenarnya tak jadi apa-apa pun. Saya.."

"Memanglah tak jadi apa-apa. Kau dengan adik aku sama jenis. Kalau kau 'finger fuck' dia pun, dia tak mengandung. Kalau kau buat apa-apa sekalipun, tak jadi apa-apa dekat dia. Masalahnya sekarang ni, mental. Kau buat mental adik aku berubah. Fizikal satu hal. Mental pun. Mindset dia lain. Cacat. Tak takut?" Naddy terdiam. Mana mungkin seorang bekas pramugari boleh menentang bicara dengan seorang peguam?

"Berubahlah, Naddy. Tolonglah.."

"I love her so much."

Besar mata Jimin. "Jangan berani-berani sebut pasal cinta."

"Saya akan buat awak menyesal sebab halang hubungan ni." Kata Naddy. Lantas dia beredar dan masuk ke dalam kereta. Menderum enjin kereta itu pergi.

_______________

Hoseok dengan Jaera ada kisah sendiri. Tapi masih dalam satu fanfic yang sama.

Continue Reading

You'll Also Like

102K 7.4K 20
Taehyung? Dia comel ofcourse
207K 9.4K 11
[CHAPTER MASIH LENGKAP] One mistake, lead to another mistake. The Orien, God of Ocean. [Park Jimin BTS Fanfiction] [Greek Gods Fanfiction] ____ [18+...
valentine. By في

Mystery / Thriller

22.2K 5.2K 27
THERE is one day, Di mana, kotak-kotak coklat menjadi penghiasan di hadapan kaca kedai. Warna merah merupakan warna nasional bagi hari tersebut. Bun...
69.8K 347 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...