PENDIAM

Oleh RizanHarihta

2.4K 140 36

Maya, zaman kanak-kanaknya luar biasa daripada kanak-kanak sebayanya. Seawal usia 10 tahun dia menghabiskan m... Lebih Banyak

Prolog
Satu
Dua
Tiga
Empat
Lima
Enam
Lapan
Sembilan
Sepuluh
Sebelas
Dua Belas
Tiga Belas
Empat Belas
Lima Belas

Tujuh

117 9 0
Oleh RizanHarihta

"Maya, jangan pergi situ. Bahaya."

Langkah Maya terus terhenti apabila diberi amaran oleh Tina.

"Tapi aku nampak ada orang tenggelam kat situ."

Tina tahu siapa 'orang' yang dimaksudkan oleh Maya itu.

"Biarlah kat dia. Nanti dia tahulah berenang balik," ujar Tina cuba menyakinkan Maya.

Maya terkebil-kebil memandang perempuan yang sedang meminta pertolongan dari dalam sungai itu. Dia mahu menolong perempuan itu tetapi dia percayakan Tina. Namun, beberapa minit kemudian, dia perasan perempuan itu keluar dari sungai itu dengan sendirinya lalu beredar dari situ. Satu senyuman menakutkan dihantar kepadanya membuatkan Maya berasa seram sejuk.

"Kan saya dah cakap tadi."

Maya melepaskan keluhan kecil. Mereka berdua duduk bersama-sama di tepi sungai. Pada waktu petang sebegini, sepatutnya Maya keluar bermain dengan kawan-kawan sekolahnya yang lain tetapi disebabkan satu perkara terjadi, mereka menjauhinya.

"Bukan salah awak pun. Awak cuma nak selamatkan kawan awak. Mereka yang tak faham awak."

"Tapi mereka tak nampak apa yang aku nampak. Aku tak nak pun nampak semua benda tu."

"Tak semua orang ada kelebihan seperti awak, Maya. Sabarlah."

"Mereka tak nak kawan dengan aku dah. Mak mereka cakap aku ni pelik, jangan kawan dengan aku. Aku ni pelik ke, Tina?"

"Tak. Awak tak pelik. Awak manusia sama seperti mereka juga. Jangan risau ye."

"Hmm, baiklah."

"Dalam kesusahan yang Dia bagi akan ada kesenangan. Itu janji Dia."

"Siapa?"

Maya tidak faham akan kata-kata Tina itu.

"Tuhan."

Maya memuncungkan bibirnya.

"Aku tak percaya Tuhan. Aku tak faham kenapa orang percaya Tuhan tu wujud."

Tina ketawa kecil.

"Kenapa awak tak percaya?"

"Sebab aku tak nampak dia."

"Tapi kawan-kawan awak tak nampak benda yang awak nampak. Jadi kenapa salahkan mereka bila mereka tak percaya awak nampak benda tu?"

Dahi Maya berkerut.

"Tapi mereka percaya Tuhan tu ada. Sepatutnya mereka percaya bila aku cakap aku nampak benda tu."

"Awak tak terasa untuk mengenali Tuhan dalam hidup awak?"

"Nanti aku akan terikat dengan peraturan dalam agama tu."

"Mengenali Tuhan tak semestinya melalui agama."

Kata-kata Tina membinggungkan Maya seketika.

"Jadi, kenapa Ma, Pa, dan Grandma masuk agama kalau boleh kenal Tuhan tanpa agama?"

"Ada manusia mengenali Tuhan sebelum mengenali agamanya. Tak semua manusia ada peluang tu tapi bila dah dapat nikmat tu, awak akan tahu keindahannya."

"Kawan aku banyak lain-lain agama. Tuhan setiap agama lain-lain ke?"

"Awak rasa?"

"Tak. Aku tak percayakan dia tapi kalau betul la dia wujud, sepatutnya dia satu saja."

Bibir Tina mengukir senyuman kecil.

"Tuhan sepatutnya ada satu saja. Kalau dia betul-betul berkuasa, dia tak perlukan kawan-kawan tuhan yang lain."

"Kenapa pula?"

"Tak... tahu... Aku rasa macam tu ja la. Tak ada sebab lain."

"Allahuakhbar! Apa cucu Maria buat kat tempat ni sorang-sorang?"

Maya terus berpaling ke belakang. Dia melihat salah seorang kenalan Grandma menjumpainya setelah beberapa jam melilau seorang diri bersama-sama Tina dalam hutan ini.

"Macam mana kamu boleh tersesat jauh ke dalam hutan ni, Maya? Nenek kamu betul-betul risaukan kamu. Dah la sorang-sorang pula tu."

"Mana ada saya sesat? Saya cuma jalan-jalan sekejap."

Sebaik sahaja Maya menoleh ke arah Tina, dia mendapati Tina sudah menghilangkan dirinya. Kemudian barulah dia sedar keadaan sekelilingnya.

"Eh, mana sungai tadi?"

Tiada lagi pemandangan sungai di mana mereka berdua duduk sebentar tadi. Ia berubah menjadi hutan tebal dengan pokok-pokok yang meninggi dan persekitaran yang malap.

"Allah... Kamu kena sorok, Maya. Kamu dah hilang lima hari dah, Maya.  Jom ikut pak cik balik."

Tetapi belum sempat kenalan Grandmanya memegang tangannya, Maya menjauhkan dirinya daripada pak cik tersebut. Perlahan-perlahan dia menapak ke belakang.

"Kenapa? Jangan takut. Pak cik nak bawa kamu balik semula."

"Tapi... macam mana pak cik boleh jumpa saya di sini..."

"Pak cik ada kelebihan macam kamu juga, Maya. Pak cik boleh nampak mahkluk halus."

"Tapi... tapi saya tak pernah beritahu sesiapapun yang saya boleh nampak mahkluk halus..."

Suasana menjadi diam seketika.

"Dan kalau pak cik boleh nampak mahkluk halus, kenapa pak cik cakap saya duduk sini sorang-sorang padahal..."

"SIAL BUDAK NI BANYAK SOAL PULA! IKUT AKUUUU SEKARANG!!!!!"

Lelaki yang merupakan kenalan Grandmanya itu terus berubah muka menjadi lembaga hitam yang menakutkan. Tiba-tiba, satu sinaran cahaya muncul di hadapan Maya membuatkan lembaga itu menjauhkan dirinya daripada Maya.

"KAU LAGIIIII!!!!!"

"Aku tak akan biarkan kau ambil dia semudah itu."

"AKU AKAN DATANG SEMULA! KAU TAK AKAN BOLEH HALANG AKU KELAK!"

"Huh, sehebat-hebat kau di mata tuan kau, kau hanya makhluk picisan yang layak berada di bawah kaki aku. Pengkhianat!"

"HAHAHAHAAHAHAHAHA! TAPI DI TANGAN AKULAH MIA MATI, RINA!"

"DIAMMMMMMM!!!!!!!"

Seluruh kawasan hutan yang malap itu terus tenggelam dalam sinaran cahaya putih yang dikeluarkan oleh pemilik suara perempuan itu, membuatkan lembaga hitam itu lenyap terus di sebalik sinaran tersebut.

Maya juga tidak terkecuali. Matanya terlalu pedih kerana dia masih dapat melihat cahaya itu walaupun dalam keadaan matanya tertutup rapat. Menyedari kesakitan yang dialami Maya, Rina terus menghentikan kuasanya.

"Minta maaf. Saya tak berniat untuk sakiti awak."

Ekspresi perempuan itu kosong. Tiada sebarang reaksi pada wajah perempuan itu.

"Awak siapa?"

"Ini rahsia kita berdua. Pertemuan ini tidak sepatutnya berlaku antara kita berdua. Pergilah. Saya akan jaga awak sehingga awak bertemu semula dengan Qistina. Kamu berdua terpisah buat sementara waktu disebabkan lembaga jahat tu."

"Awak boleh nampak Tina?"

Perempuan yang dipanggil Rina itu mengangguk.

"Dia risaukan awak. Pergilah..."

Sesaat kemudian, seluruh hutan itu berubah. Maya mulai nampak sungai di mana dia dan Tina duduk bersama-sama sebentar tadi. Dia menoleh ke arah perempuan itu. Mereka berdua terpisah antara garis tempat yang berbeza. Dia melihat perempuan itu berdiri di sebalik pokok-pokok mistik yang kelihatan segar-malar...dan ditemani kuda mainan yang banyak sekelilingnya.

Maya kagum tetapi seram pada waktu yang sama. Namun dia dapat merasakan perempuan itu tidak berniat buruk terhadapnya.

"Maya!"

Maya dapat mendengar jelas suara Tina memanggilnya tetapi matanya masih terpaku pada perempuan itu.

"Pergi kepada Qistina. Rahsiakan pertemuan kita."

Sebaik sahaja dia selesai berkata sedemikian, perempuan itu bersenandung membuatkan Maya perlahan-lahan menutup matanya.

"Maya, awak okay?"

Maya membuka matanya dan melihat Selena yang berada di hadapannya.

"Pukul berapa dah ni?"

Jam pada skrin telefon pintar Maya dipandang Selena.

"Dah nak masuk waktu kemuncak kami semua."

"Hah?"

Selena tersenyum kecil.

"Senja. Mila dan kembar baru sahaja keluar merayau tadi. Mila minta saya tengok awak. Dia risau ada benda lain ganggu awak pula."

Maya melepaskan satu keluhan berat.  Dia mimpi aneh. Terlalu aneh sehinggakan dia dapat merasai kehadiran perempuan itu.

"Rahsiakan pertemuan kita..."

"Kenapa nak rahsiakan?" tanya Selena yang tidak tahu apa-apa mengenai mimpi Maya sebentar tadi.

"Selena, selama kau hidup dulu, pernah tak kau nampak benda-benda halus?"

Selena memandangnya pelik.

"Saya tak ingat. Saya tak boleh nak ingat semuanya. Macam ada sesuatu yang cuba menghalang saya."

Wajahnya serta-merta berubah sugul.

"Tapi kau ingat boyfriend kau. Mesti berlaku sesuatu yang beri impak besar pada diri kau sampai kau cuma boleh ingat dia saja."

"Dia cinta mati saya, Maya."

"Tapi, dia tak hiraukan tentang kau dan kandungan kau waktu tu. Siap bagi 'hadiah' penampar lagi," cebik Maya.

"Saya cuma nak tuntut janji dia kepada saya. Janji untuk sehidup semati bersama-sama."

"Bunuh dia?"

"Dia masih manusia....."

Selena menghentikan kata-katanya.

"...yang saya pernah dan masih cinta."

Maya terdiam.

"Dia tahu kau dah mati?"

"Saya tak tahu."

"Then, we're going to confirm it with him."

"Awak nak tolong saya ke?"

"Asalkan kau jangan rasuk aku macam hari tu lagi. Sengal satu badan. Dah lah hari tu kawan aku datang sini, tiba-tiba kena rasuk before jumpa dia. Nasib baik dia tak tahu pasal kes tu."

"Minta maaf. Terima kasih ye, Maya."

"Dah la, aku nak pergi mandi dulu."

Selena mengangguk. Maya bingkas bangun dari katilnya lalu mengambil barang mandiannya sebelum memasuki bilik mandi. Namun, seperti biasa. Apabila dia menjejakkan kaki ke dalam bilik mandi penghuni kolej yang lain mulai beredar. Khabar angin mengenai dia menyuruh 'saka belaan'nya merasuk kawan sekelasnya tersebar luas. Cuba teka siapa yang giat sebarkan khabar angin itu? Kawan sekelasnya sendiri dan disebabkan kejadian itu, pensyarahnya sendiri serba salah untuk memaklumkan kepadanya tadi pagi yang dia terpaksa melakukan kerja berkumpulan seorang diri kerana tiada sesiapa mahu berkerjasama dengannya. Skop assignmentnya masih sama cuma pensyarahnya memberi sedikit kelonggaran dari segi masa untuk dia siapkan berbanding kumpulan lain. Dia teringat pula pertemuan dia dan Krist tempoh hari. Sejujurnya, dia rindu untuk berbual-bual dengan seseorang(sila baca: MANUSIA) seperti mana dia berbual-bual dengan Krist. Dia banyak bercakap dengan mahkluk lain tetapi dengan manusia? Bibirnya terkunci rapat.

"Dapat kawan baru tak di sana?"

Maya menggeleng pantas.

"Aku tak seramah kau, yang banyak kawan merata tempat."

Krist ketawa kecil.

"Comunication skills are important, Maya. Always remember that."

"Nanti mereka ingat aku pelik."

"Cuba kau approach diorang dulu. Baru mereka tahu yang kau ni sebenarnya lovely af."

"Lol. Menganjing la tu."

"Mana ada. It's truth, okay."

"Ye la tu. Bila nak sampai ni? Aku tunggu masa nak isi perut aku ni. Kau belanja kan."

"Cik Maya van Grace, sila sabar. For sure saya Kristen Lee yang baik hati lagi handsome ni akan belanja cik saudari."

Maya mengeluh.

"Maya Grace, Krist. Only Maya Grace."

"What? That's your real name, right. Awesome tau nama tu."

"I miss my Grandma."

Suasana dalam kereta Krist menjadi diam seketika.

"But if your Grandma didn't die, we maybe not know each other. Setiap pertemuan ada perpisahan. Tapi benda tu sentiasa rotate."

"Then, somehow someday we might say goodbye for real, Krist?" tanya Maya sayu.

"Then, live your life for our moment, Maya. I means after we said goodbye."

"Aww, you gonna make me cry."

Krist tersenyum nakal.

"I'm good making woman crying for me."

Maya membuat muka menyampah mendengar kata-kata itu.

"Go die, Krist."

TAP TAP TAP!

Lamunan Maya terus terhenti apabila dia terdengar bunyi ketukan pada pintu bilik mandinya.

"Siapa? Ada orang tengah guna."

TAP TAP TAP!

Hati Maya mulai tidak senang. Dia sengaja memperlahankan pancuran air hujan lalu membaluti tubuhnya dengan tuala mandinya.

TAP TAP TAP!

"Siapa?"

Tiada balasan. Dia berkira-kira sama ada mahu membuka pintu atau tidak tetapi dia khuatir jika berlaku perkara buruk kepadanya.

"MAYA!"

Maya hampir terduduk apabila terdengar suara garau itu menyebut namanya. Tidak semena-mena air matanya mengalir.

"Pergi!!! Pergi dari sini!!!!!"

"MAAAAA."

ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR...

Maya tahu itu laungan azan untuk waktu Maghrib. Dia mengumpulkan kekuatannya lalu buka pintu berlari keluar dari bilik mandi sepantas kilat. Dia langsung tidak menoleh ke belakang. Namun dia terkejut apabila Mila tiba-tiba muncul di hadapannya di tengah-tengah koridor.

"Kau buat apa kat sini?"

"Ikut I, Maya. I nak tunjuk you sesuatu."

"Tunggu, aku nak tukar baju dulu."

"Ikut I cepat, Maya."

"Jangan jadi gilalah. Aku nak pakai baju dulu. Bye!"

Sebaik sahaja Maya melepasi Mila, barulah dia menoleh ke belakang dan melihat Mila sudah hilang.

"You cakap dengan siapa?"

Wajah Maya bertukar pucat melihat Mila sekali lagi berada di hadapannya tetapi kali ini bersama-sama Selena. Dia terduduk lemah.

"Siapa yang aku cakap tadi, Mila? Aku cakap dengan kaulah."

"I baru muncul depan you sekarang ni. Tadi I nampak you bercakap seorang diri. Semua student kunci rapat bilik mereka bila you cakap sorang-sorang tadi. You cakap dengan si..... Arghhhhh."

Mila dan Selena mulai rasa panas tubuh mereka.

"Kami berdua kena duduk jauh dari sini sekejap. You duduk elok-elok dalam bilik. Tina dan Qi mana!"

Mila cuba menahan intonasi nadanya di depan Maya. Mereka berdua terus lesap dari pandangan Maya membiarkannya bersendirian di tengah-tengah koridor itu. Dia terdengar alunan ayat Al-Quran dari segenap ruang. Dia berasa tenang sedikit. Dia kembali gagah bangun dan memasuki biliknya.

Lampu di biliknya dipasang dan mata Maya terpaku melihat seseorang sedang bertelekung solat di depannya. Dia terus mencapai sweater labuh kegemarannya dan memakainya. Tuala mandiannya dijadikan kain untuk menutupi pahanya yang terdedah dari waktu kejadian di bilik mandi tadi. Dia berasa tenang. Apabila perempuan itu memberi salam terakhir, Maya cuba mengamati wajah perempuan itu.

"Awak?"

Rina melemparkan senyuman kepada Maya.

"Awak hampir-hampir dalam bahaya tadi."

Dia menunjukkan lengannya yang mempunyai hirisan luka panjang kepada Maya.

"Mahkluk yang memanggil awak dalam bilik mandi dan Mila pertama yang awak jumpa tadi ialah mahkluk yang saya berharap awak takkan jumpa mereka lagi seperti dulu."

"Saya mimpi awak tadi petang."

"Ya, saya tahu. Kenapa tidur lewat petang? Awak tak pernah tidur petang sampai lewat senja seperti tadi."

"Saya tak tahu. Saya rasa penat."

"Mereka gunakan mimpi tu untuk dekati awak. Saya juga terkesan dari mimpi awak tadi. Mereka gunakan amarah saya dalam mimpi tu untuk lemahkan saya sekejap tadi."

Bibir Rina masih lagi tidak lekang memberi senyuman kepada Maya.

"Kenapa semua ni jadi pada saya sekarang? Sebelum ni semuanya baik-baik sahaja," luah Maya tertekan.

"Hanya insan tertentu sahaja yang diberi kelebihan seperti awak. Akan ada hikmahnya kelak. Buat masa sekarang, saya akan jaga awak sehingga Qistina dapat kembali ke sini. Mereka berdua ada urusan yang tak dapat ditangguh masanya."

"Awak kenal Tina. Adakah dia kenal awak? Nanti saya beritahu dia."

"Jangan. Pertemuan kita tidak sepatutnya berlaku, Maya. Ia menjadi rahsia antara kita berdua saja. Jangan biarkan sesiapa tahu termasuklah Qistina."

Maya mendiamkan dirinya seraya baring atas katilnya. Rina pula masih bertelekung dan berzikir di tengah-tengah bilik itu. Fikiran Maya terawang-awang. Dia penat menjadi seorang yang dianggap pelik di mata manusia lain. Dia tidak minta untuk melihat makhluk lain selain manusia. Dia sendiri tidak mahu melihat mereka. Dia sudah tidak ingat apa yang berlaku semasa dia tinggal bersama-sama Grandma tetapi ingatan itu beransur-ansur kembali dalam kotak memorinya. Ia terjadi selepas dia bertemu semula dengan Tina.

"Ma dan Pa beritahu saya mengalami trauma selepas kematian Grandma. Mereka cakap saya sering berkelakuan aneh dan terpaksa mengambil keputusan untuk pindah jauh dari tempat yang mungkin akan buat saya teringatkan Grandma. Selepas itu, saya cuma ingat saya masuk sekolah baru dan jadi pendiam dalam sekolah baru tu."

"Dan, Krist menjadi peneman awak di sana," sambung Rina dengan tenang.

"Macam mana awak tahu? Saya tak cerita pun tentang Krist."

Maya berpaling ke arah Rina.

"Anggap sajalah awak tak dengar apa-apa tadi."

Maya terpaksa akur kerana dia tahu dia tidak akan mendapat jawapan semudah itu.

"Kenapa saya boleh nampak awak dan lain-lain?"

Rina menggelengkan kepalanya.

"Bukan semuanya awak boleh lihat lagi. Cuma mahkluk yang membenarkan awak untuk melihat mereka sahaja yang akan awak lihat."

"Kenapa awak benarkan saya untuk melihat awak?"

"Kerana janji."

Maya berkerut.

"Janji? Dengan siapa?"

Rina membalasnya dengan senyuman.

"Mereka yang lain baca al-Quran kerana takutkan awak. Mereka khuatir awak akan ganggu mereka. Baca al-Quran kerana takut pada mahkluk lain, bukan kerana penyerahan diri dan kepercayaan kepada Allah. Ia menyedihkan."

"Tapi Mila dan Selena rasa sakit tadi."

Topik perbualan mereka telah berjaya Rina tukar tanpa Maya sedari.

"Kerana mereka mahkluk lemah. Jika awak perasan, Mila pertama yang awak jumpa elok sahaja muncul di depan awak. Dan, dia masih ada di luar bilik ni."

Kata-kata Rina meremangkan bulu roma Maya. Maya terus turun dari katilnya lalu mendekati Rina.

"Dia tak berani masuk sini kerana saya masih ada di sini."

Matanya melirik ke arah pintu biliknya.

"Apabila Qistina datang, dia akan beredar. Jadi, tunggu sajalah sehingga Qistina datang sini. Jangan risau."

"ARGHHHHHHHHH!"

Maya dan Rina tersentak akan jeritan tersebut.

"Jangan buka pintu tu!"

Lanjutkan Membaca

Kamu Akan Menyukai Ini

50.2K 6.5K 70
"Se refiere a la belleza de corta duración de la flor de cerezo" ╰──➢ Advertencias ✧ ⁞ ❏. Omegaverse < SLOW BURN ⁞ ❏. Todoroki Bottom! ⁞ ❏. Smu...
9K 647 37
Jeon Jungkook, he completed his graduation in business. he is sweet but for only his family and cold for other's. he doing internship in his father'...
84.2K 2K 67
"I knew we shouldn't trusted you! You just like your father! Typical Lodge! All of you are the same manipulative, selfish, power hungry son of bitche...
10.9K 1.7K 19
جۆنگ کوک:بە نەفرەت بیت وازم لێ بێنە چیت لە من دەوێت تایهیۆنگ:ششـ ئازیزم بۆچی هاوار دەکەی ئارام بە بۆ باروودۆخت خراپە ༄༄༄༄༄༄༄ جۆنگ کوک:تـ تۆ چیت کرد ت...