✔ Playboy Paling Hot + jjk

By peachjeons

277K 30.6K 6.2K

Characteristics of a PLAYBOY 1. Have many women friends. 2. Smart stringing words 3. Highly confident. 4. Cha... More

PROLOG
CHAPTER 1
CHAPTER 2
CHAPTER 3
CHAPTER 4
CHAPTER 5
CHAPTER 6
CHAPTER 7
CHAPTER 8
CHAPTER 9
CHAPTER 10
CHAPTER 11
CHAPTER 12
CHAPTER 13
CHAPTER 14
CHAPTER 15
CHAPTER 16
CHAPTER 17
CHAPTER 18
CHAPTER 19
CHAPTER 20
CHAPTER 21
CHAPTER 22
CHAPTER 23
CHAPTER 24
CHAPTER 25
CHAPTER 26
CHAPTER 27
CHAPTER 28
CHAPTER 29
CHAPTER 30
CHAPTER 31
CHAPTER 32
CHAPTER 33
CHAPTER 35
CHAPTER 36
CHAPTER 37
CHAPTER 38
CHAPTER 39
CHAPTER 40
CHAPTER 41
CHAPTER 42
CHAPTER 43
CHAPTER 44
CHAPTER 45
CHAPTER 46
CHAPTER 47
CHAPTER 48
CHAPTER 49
EPILOG
SPECIAL CHAPTER (I)🌱
SPECIAL CHAPTER (II) 🌹

CHAPTER 34

4.4K 599 226
By peachjeons

Wayoung hanya menunduk sambil mengekori langkah Jungkook yang sudah maju jauh di hadapan menuju ke arah Tessa yang sedang menanti bersama senyuman manis.

"I miss you." kata  Jungkook lalu mendakap Tessa erat.

Terasa seperti sudah lama tidak bersua muka. Hakikatnya baru tiga hari.

Tessa hanya ketawa kecil lalu membalas pelukan lelaki itu. Matanya terpandang Wayoung yang hanya menunduk dibelakang Jungkook.

"Siapa ni?" tanya Tessa pada Jungkook setelah pelukan erat mereka terungkai. Tessa melemparkan senyuman manisnya buat Wayoung.

Wayoung terkedu. Patutlah Jungkook cinta mati pada gadis ini, Tessa amat cantik. Cantik bak bidadari.

Sementara dia? Memang jauh sekali jika hendak dibandingkan dengan Tessa yang pandai berlawa. Bagaikan langit dengan bumi. Kaca dengan permata.

"Oh. Ini Wayoung. Adik saya." bohong Jungkook. Dia sudah merancang dengan Wayoung ketika mereka dalam perjalanan untuk bertemu Tessa.

Tessa mengangguk bersama sengihan.

"Patutlah muka ada iras." kata Tessa jujur.

Gadis itu melihat wajah Wayoung dan Jungkook silih berganti. Memang ada iras walaupun tidak berapa ketara.

Wayoung dan Jungkook hanya tersengih palsu.

Jungkook meraba-raba mukanya. Celah mana samanya? Sebelum ini dia pernah mengutuk Wayoung hodoh, jadi dia hodoh jugalah ni?

"Wayoung, jom jalan dengan Tessa. Kita tinggalkan abang awak dekat belakang sorang-sorang." gurau Tessa lalu menarik tangan Wayoung. Dua gadis itu berjalan beriringan.

Jungkook terkedu. Eh, takkan baru berjumpa dah kamcing sampai dia dipinggirkan?

Wayoung pula hanya menuruti langkah Tessa bersama senyuman tipis. Tessa baik. Gadis ini cukup sempurna. Tidak heranlah Jungkook begitu sayang pada Tessa Alen.

"Awak nak pergi mana?" soal Jungkook setelah berjaya menyaingi langkah Tessa dan Wayoung.

"Saya laparlah. Breakfast dulu boleh?" tanya Tessa sambil memandang Jungkook.

Jungkook hanya mengangguk. Bersetuju dengan cadangan Tessa.

Sementara Wayoung, sungguh dia berasa menyesal kerana mahu mengikut Jungkook. Kalaulah dia tahu yang dia akan jadi kekok sebegini, sumpah dia lebih rela berkurung di dalam bilik.

"Wayoung dah sarapan?" Tessa memandang Wayoung pula. Jujur, sedikit pun dia tidak berasa terganggu jika Wayoung ikut bersama. Apa salahnya, bakal adik ipar dia juga. Bolehlah dia berkenalan dengan ahli keluarga Jungkook.

"Dah, tapi lapar lagi." jawab Wayoung sambil menjeling Jungkook. Memanglah lapar, pancake yang disediakan oleh Jungkook langsung tidak dihabiskan.

Jungkook menjegilkan matanya. Eh, tadi kata tak ada seleralah apalah. Ni sekarang, apa kes lapar balik.

"Okay jom. Tessa tahu restoran yang famous dalam mall ni." kata Tessa gembira lalu menarik lengan Wayoung dan Jungkook.

Wayoung dan Jungkook hanya mengikuti langkah Tessa yang menarik lengan mereka.

"Makanan dekat restoran ni sedap tau. Saya selalu makan dengan kawan-kawan saya. Murah pun murah." terang Tessa.

Mereka bertiga duduk di tempat yang agak terpencil. Becok mulut Tessa bercerita dan Jungkook pula join sekaki. Wayoung pula hanya membuka mulut jika ditanya.

Setelah 15 minit menunggu, seorang pelayan datang membawa makanan yang dipesan oleh mereka.

"Selamat menjamu selera." kata pelayan lelaki yang memakai tag nama Kim Mingyu.

Kim Mingyu melemparkan senyuman buat Wayoung dan dibalas dengan senyuman kekok oleh gadis itu.

Jungkook hanya memandang. Amboi-amboi, cucuk jarum.

Tessa tersengih.

"Tengok tu, ada orang mengorat adik awak." gurau Tessa setelah Mingyu berlalu pergi.

"Biarlah. Dah adik saya comel macam saya." kata Jungkook tidak kisah.

Sedikit sebanyak Wayoung terasa. Ingatkan lelaki itu akan marah jika ada seseorang mengoratnya.

"Eii, perasannya. Masuk keranda angkat sendiri!" kata Tessa sambil menampar lengan lelaki itu.

"Sakitlah sayang." Jungkook mengaduh kesakitan. Boleh tahan bisa juga.

Wayoung mengetap bibir. Sakit hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu. Dia cuba menahan air matanya daripada jatuh.

"Saya nak ke tandas sekejap." kata Wayoung lalu berlalu pergi ke tandas dengan laju.

Masuk sahaja ke dalam tandas, gadis itu menangis teresak-esak. Pedih, sakit. Tapi dia tidak mampu menunjukkan kesakitannya.

Cemburu? Memang, dia memang cemburu. Cemburu dengan kemesraan yang dipamirkan oleh Jeon Jungkook terhadap Tessa Alen tanpa langsung memikirkan perasaannya.

"Aku tak kuat." kata Wayoung perlahan sambil meraup rambutnya ke belakang. Hampir lima minit juga gadis itu berada di dalam tandas untuk menenangkan diri.

Setelah membilas mukanya dan menutup sedikit mata yang sembab dengan foundation, gadis itu melangkah keluar.

"Arghh." jerit Wayoung perlahan apabila dia ditarik oleh seseorang.

"Shhh." kata lelaki itu. Dia menutup mulut Wayoung dengan tangannya.

Wayoung menepis tangan lelaki yang menutup mulutnya itu dengan takut.

"Awak siapa?!" tanya Wayoung kuat.

"Shhh. Awak dah tak ingat ke saya siapa?" tanya lelaki itu bersama eyesmile.

Wayoung cuba mengamati wajah lelaki di hadapannya. Macam pernah dilihat.

Oh, ex-boyfriend Tessa.

"A-awak yang dekat restoran haritu kan?" kata Wayoung tergagap-gagap. Dia masih trauma apabila bersama dengan lelaki yang dia tidak rapat.

"Yup. Lupa ke? Saya Jimin." Jimin menghulurkan tangannya untuk berjabat bersama eyesmile.

"Wayoung." Wayoung menyambut huluran tangan Jimin dengan teragak-agak.

"Tahu." sengih Jimin.

"Mana tahu?" soal Wayoung. Lelaki di hadapannya ini semakin menyeramkan.

"Ini Park Jimin lah." kata Jimin bangga lalu meraup rambutnya kebelakang.

Wayoung menjeling dalam diam. Spesies Jeon Jungkook rupanya. Masuk van jenazah pandu sendiri.

"Kenapa mata awak sembab?" Jimin menyoal tatkala terpandang mata Wayoung yang sedikit sembab dan merah.

"Tak ada apalah." Wayoung melarikan matanya daripada terus menjadi tatapan mata tajam Park Jimin.

"Okay." Jimin mengangkat bahunya tanda tidak kisah. Lagipun itu bukan  tujuan utamanya.

"Awak ada apa-apa lagi ke nak cakap? Kalau tak ada saya nak pergi." kata Wayoung dingin.

"Saya nak kita bekerjasama." Jimin mengangkat keningnya.

Wayoung berkerut dahi. Bekerjasama? Buang tabiatkah lelaki ini?

"Bekerjasama untuk apa? Awak jangan merepek boleh?" kata Wayoung lalu ingin berlalu pergi.

"Eh, sekejaplah." Jimin memegang lengan Wayoug pantas.

"Apa pegang-pegang ni?" soal Wayoung takut lalu merentap tangannya kasar. Gadis itu berdiri agak jauh daripada Jimin.

"Sorry." kata Jimin sambil mengangkat kedua-dua belah tangannya tatkala melihat wajah gadis itu seperti dalam ketakutan.

"Cepatlah cakap." gesa Wayoung tanpa memandang Jimin.

"Saya tahu awak isteri Jeon Jungkook." kata-kata Jimin mengejutkan Lee Wayoung.

"Stalker!" marah Wayoung. Benci apabila privasinya diganggu sebegini.

"Terserah awak nak label saya apa. Tapi saya cuma nak bantu awak dan dalam masa yang sama bantu diri sendiri. Awak dapat suami awak, saya dapat Tessa. Settle." terang Park Jimin tenang.

"Macam mana? Berminat?" Jimin memandang Wayoung denga  penuh harapan.

"Sorry. Not interested at all." kata Wayoung dingin.

Jimin memegang tangan Wayoung.

"Tapi Wayoung-" belum sempat Jimin menghabiskan kata-katanya, Jungkook terlebih dahulu datang menumbuk wajah Jimin menyebabkan lelaki itu hampir tumbang.

Wayoung yang terkejut dengan tindakan Jungkook segera menghalang lelaki itu daripada terus membelasah Jimin.

"Kau apahal?" tanya Jimin geram sambil mengelap darah yang mengalir sedikit pada bibirnya.

"Kenapa kau ganggu adik aku?" soal Jungkook pada Jimin. Matanya mencerlung Jimin tajam.

"Adik?" Jimim tersenyum sinis.

Tangannya dengan berani menepuk-nepuk bahu Jungkook.

"Aku tahu dia isteri kau. Tak perlu tipu aku. Aku bukan Tessa." kata Jimin bersama senyuman jahat.

Jungkook mencerlung Wayoung tajam. Fikirnya, gadis itu yang telah membocorkan rahsia mereka.

"Tak perlu cerlung Wayoung macam tu. Dia tak beritahu aku pun. Aku yang tahu sendiri." kata Jimin sinis.

"Tapi tak seronoklah kan kalau aku beritahu Tessa awal-awal? Disebabkan aku baik hati, aku biarkan korang berdua berbahagia dulu." kata-kata Jimin membuatkan wajah Jungkook memerah menahan marah.

Jimin berlalu pergi setelah berjaya menaikkan amarah Jungkook.

Wayoung hanya menunduk. Tidak berani memandang wajah Jungkook yang tegang.

"Kenapa jumpa dia?" Jungkook menyoal Wayoung kasar.

"Tak, saya tak jumpa dia. Kami terserampak masa saya keluar daripada toilet." jujur Wayoung.    Gadis itu masih menunduk.

Jungkook meraup wajahnya geram.

"Dah jom. Lepasni, jangan jumpa dia lagi." Jungkook menarik kasar tangan Wayoung ke restoran tadi.

"Lamanya Wayoung pergi tandas. Sampai Jungkook kena pergi jenguk." gurau Tessa bersama tawa kecil dan tidak menyedari ketegangan yang melanda Wayoung dan Jungkook.

"Sakit perut tadi." bohong Wayoung bersama senyuman palsu.

"Lepasni Tessa nak pergi shopping. Wayoung ikut kan?" tanya Tessa pada Wayoung.

Wayoung menggeleng perlahan. Melihat panahan tajam mata Jungkook membuatkan dia takut. Dia tahu lelaki itu masih tidak berpuas hati padanya.

"Wayoung rasa macam kurang sihat. Wayoung tunggu dalam kereta ya?" kata Wayoung lalu melangkah pergi bersama kunci kereta Jungkook. Makanan yang masih tersisa dibiarkan begitu sahaja.

"Kenapa tu?" Tessa memandang wajah Jungkook bingung.

"Entah." balas Jungkook tidak acuh. Dia lebih tertarik untuk bermain dengan telefon bimbitnya daripada menghiraukan Wayoung.

TBC

Jungkook comel🙈🙉

Nk promote sekali lg😂😂
Jmputlah baca, chap 1 dh updt💜💜

Continue Reading

You'll Also Like

128K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
232K 22.2K 49
"kau sedar la diri kau tuh aku kutip kat mana!. kau takda hak nak halang aku nak kahwin lagi satu ke apa!. kau tu pelacur. kau tu tempat aku lepas...
58.3K 5.4K 31
"Abang akan cuba bimbing sayang untuk ke Jannah sama-sama" ― Isyraf Aiman // Jungkook ――― M A L A Y F A N F I C T I O N ₍ᐢ. ̫.ᐢ₎ ♡ officially writ...
13.1K 2.6K 58
"Saya rindukan awak.." "Aku sentiasa ada dengan kau, Haneul. Aku tak pernah jauh dari kau.." "Saya rindu nak tatap wajah awak, saya rindu nak melihat...