C | 𝐁𝐅𝐅

By leimonadd

677K 64.2K 3.3K

ALPHABET SERIES: B for BFF 2# Apa pendapat korang tentang kawan baik sendiri? [C]Jun2018-Disember2018 More

B1
B2
B3
B4
B5
B6
B7
B8
B9
B10
B11
B12
B13
B14
B15
B16
B17
B18
B19
B20
B21
B22
B23
B24
B25
B26
B27
B28
B29
B30
B31
B32
B33
B34
B35
B36
B37
B38
B39
B40
B41
B42
B43
B44
B45
B46
B47
B48
B49
B50
B51
B52
B53
B54
B55
B56
B57
B58
B59
B60
B61
B62
B63
B64
B65
B66
B67
B68
B69
B70
B71
B72
B73
B74
B75
B76
B77
B78
B79
B80
B81
B82
B83
B84
B85
B86
B87
B88
B89
B90
B91
B92
B93
B94
B95
B96
B97
B98
B99
B100
BFF

SPECIAL BFF

12.2K 726 60
By leimonadd

KAD JEMPUTAN yang baru diterimanya tengah hari tadi, Yasmeen letak di atas meja solek sebelum kaki berjalan menghampiri katil. Nak berjalan laju-laju, tak boleh. Ni. Ada bumper bulat kat depan ni ha. Tunggu masa nak kempis balik aje ni. Dan disebabkan langkah kakinya yang lambat itu, tak sempat sampai katil lagi, Yaseer dah sampai dulu di dalam bilik bersama segelas susu formula di tangan.

"Ha. Nak pergi mana pulak ni? Bukan abang kata duduk diam-diam kat katil ke tadi?" Soal Yaseer sambil laju sahaja dia memimpin Yasmeen menuju ke katil.

Yasmeen senyum sahaja. Dah duduk atas katil pun dia senyum sahaja. Senyumlah bila dapat tengok muka tak puas hati Yaseer ni.

"Abang baru tinggal sekejap. Ayang dah pergi sana sini. Haih." Yaseer yang mula nak membebel itu Yasmeen pandang sahaja.

"Ni... kalau abang tak datang tadi, mesti kaki tu nak melencong ke tempat lain pula kan? Nura Yasmeen kesayangan Ahmed Yaseer, boleh tak duduk diam-diam aje atas katil tu? Tu... baby abang dalam perut tu bila-bila masa aje tau boleh keluar. Buatnya ayang kat tem---"

Chup!

Mati terus bebelan Yaseer saat Yasmeen mengucup lembut bahunya. Terkebil-kebil dia di situ memandang Yasmeen yang sedang tersenyum dengan riak terkejut.

"Apa ni?" Soal Yaseer. Bingung sekejap dengan apa yang berlaku walaupun sepatutnya dia kena tarik sengih gatal waktu ini.

"Abang bising sangatlah. Membebel. Macam mak cik-mak cik dah." Jawab Yasmeen bersama senyuman manisnya.

Yaseer lepaskan nafas berat.

"Hei. Membebel ni bagus tau untuk ayang yang susah sangat nak dengar satu-satunya arahan terpenting abang." Suara Yaseer berjauh sedikit. Orang risau kat dia, dia panggil membebel pula.

Yasmeen senyum. Lengan Yaseer dia rangkul erat dan gelas susu di tangan Yaseer dia ambil.

"Abang ni. Membebel banyak sangat. Saya nak minum susu pun tak boleh." Yasmeen masih selamba menggunakan perkataan 'membebel'. Tak ambil peduli dengan nada jauh hati Yaseer. Mengada lebih aje lelaki ini.

Yaseer jeling panas sahaja Yasmeen yang selamba teguk susu di sebelahnya.

"Dah lah. Sana! Abang kan kuat membebel." Yaseer merajuk. Terus dia nak bangun menjauhkan diri daripada Yasmeen. Dan Yasmeen, dia tahu perkara ini akan berlaku. Sebab itu dia rangkul erat lengan Yaseer tadi.

Ha. Pandai tak dia?

Terus Yasmeen rangkul erat lagi lengan Yaseer buat Yaseer terhalang untuk bangun. Dah cuba beberapa kali, tapi dia tetap juga tak boleh nak berganjak dari sisi Yasmeen. Rangkulan Yasmeen kuat sangat. Sampai lengan dia sakit pun, ya juga.

"Haih." Akhirnya, Yaseer mengalah.

Yasmeen senyum kemenangan. Gelas susu yang sudah kosong dia berikan kepada Yaseer. Yaseer pula menyambut tanpa riak.

"Abang sayang." Panggil Yasmeen tapi Yaseer tak menyahut. Hanya duduk sebelah Yasmeen dan pandang dinding.

Yasmeen julingkan mata. Menyampah betul. Dia yang sarat mengandung, orang sebelah ni pula yang terlebih sensitif. Kadang-kadang, musykil juga dia. Siapa yang tengah angkut baby ni?

"Abang." Yasmeen memanggil lagi. Kali ini tangannya bergerak mencantumkan jemari mereka bersama. Bila bercantum sahaja mereka, Yaseer terus genggam erat tangannya. Yasmeen terus tahan senyum.

'Ceh. Nak merajuk tapi nak menggatal juga.' Desis Yasmeen sendiri di dalam hati.

"Abang Yaseer." Yasmeen sekali lagi menyahut. Kepala dia dah sandarkan pada bahu Yaseer. Dan sekali lagi Yasmeen simpan senyum bila rasa berat kepala Yaseer bersandar di kepalanya juga.

"Mengadalah dia ni." Bisik Yasmeen sambil ketawa kecil. Yaseer mendengar tapi, dia buat tidak dengar sahaja. Dah Yasmeen yang buka ruang untuk dia menggatal. Takkan dia nak biar aje?

"Tadi dapat kad jemputan." Yasmeen mula bercerita. Jari dia tundingkan ke arah meja solek, di mana tempat kad jemputan itu berada.

Yaseer hanya diam mendengar. Tak mahu bersuara sebab masih dalam mode merajuk.

"Nak tahu tak daripada siapa?" Soalan Yasmeen diam tidak berjawab oleh Yaseer. Tapi, sedikit pun Yasmeen tak terasa hati.

Yasmeen senyum sebelum dia menjawab dalam keadaan berbisik.

"Umar Rahman."

Dengar sahaja jawapan bisikan Yasmeen itu, terus Yaseer angkat kepala dia dan wajah Yasmeen dia palingkan menghadap Yasmeen. Mukanya tegang tunjuk cemburu manakala Yasmeen pula tunjuk senyum kemenangan.

"Ha. Apa ni? Apa? Bukan merajuk ke tadi?" Yasmeen sengaja menyoal tanda memerli. Senyum senget dia tu tak pernah lah nak hilang.

"Daripada siapa ayang kata tadi? Umar Rahman?" Dibiarkan sahaja soalan perlian Yasmeen tadi. Fokusnya hanya pada nama Umar Rahman tadi.

Yasmeen angguk dan senyum suka. Tapi senyumnya mati bila Yaseer tekup mulutnya. Terus berkerut dahi.

"Siapa suruh senyum macam tu? Suka sebut nama Umar Rahman ke?" Soal Yaseer bernada cemburu.

Kerutan di dahi terus hilang. Mata pula dah tertutup tanda dia sendang mengukir senyuman di bibir. Dan itu buat Yaseer makin dilanda cemburu. Tekupan pada mulut Yasmeen dialihkan.

"Nura Yasmeen!"

"Oh, oh! Nama penuh dah keluar." Galak Yasmeen menyakat Yaseer yang sedang cemburu.

"Buat apa dia hantar kad bagai? Nak ajak ayang getback semula ke apa? Ayang terima ke? Ayang nak balik kat dia? Tak sayang kat best friend, boyfriend dan husband ayang ni?" Bertalu-talu soalan yang Yasmeen terima daripada Yaseer, buatkan Yasmeen hamburkan tawa.

Yaseer tahan rasa hati. Eh, perempuan ni! Tanpa amaran, terus dia tekup wajah Yasmeen dan tanpa sempat Yasmeen nak cerna, Yaseer terus cium seluruh wajah Yasmeen.

Tawa Yasmeen terhenti terus. Dadanya dah berdebar dan wajahnya dah terasa berbahang menerima ciuman daripada Yaseer.

Tapi, perasaan itu sekejap cuma sebab dia jadi rimas pula. Kalau tadi dia hanya rela menerima serangan Yaseer, kali ini dia sedaya upaya untuk menolak pula.

"Abang. Apa n---" Terkunci terus mulut Yasmeen bila bibir Yaseer mendarat lembut di dahinya. Lama.

Gila betul. Terus dia rasa thrill. Perut penuh rama-rama.

"Sayang." Seru Yaseer bila dia lepaskan dahi Yasmeen. Dirapatkan dahi mereka berdua buat Yasmeen dihimpit rasa malu.

"Aish. Takkan lah saya nak tinggalkan abang? Walau seribu kali pun dia ajak getback, saya tetap akan pilih abang. Saya tetap akan sayang abang. Apa ni ragu kat saya?" Ucap Yasmeen memujuk. Dah dah lah tu menyakat suami. Kang rasa thrill lagi. Jantung dia bukan boleh tahan.

Yaseer senyum. Dahi mereka, dia jarakkan.

"Dah tu, kenapa dia hantar kad?"

"Dia nak kahwin lah. Apa lagi? Ada ke orang hantar kad jemputan sebab nak getback?" Perli Yasmeen. Okey. Mode insaf dah pergi.

Terus Yaseer julingkan mata. Terkena batang hidung sendiri. Padah lidah berfungsi dahulu sebelum otak.

Akal Allah bagi letak kat muka! Bukan kat kaki. Kat lutut! Fikir sikit!

"Ha... dia dah move on tau! Nak kahwin dah. Orang putih pulak tu. Tak jeles ke?" Yasmeen siku pinggang Yaseer perlahan sambil kening dijongket dua tiga kali.

Yaseer pandang Yasmeen pelik.

"Kenapa nak kena jeles pula?"

"Yalah. Dia dapat isteri orang putih, cantik, mata biru, tinggi, badan model. Abang? Abang dapat saya ni. Hitam, tak cantik, mata hitam, pendek, badan papan. Tak jeles?" Ucap Yasmeen. Bukan nak merendah diri ke apa, tapi memang kenyataan.

Yaseer diam tidak membalas. Dia pusingkan badan menghadap Yasmeen sepenuhnya. Ditekupnya wajah Yasmeen dan dia tilik satu-satu. Habis menilik, tangan pegang pula pinggang Yasmeen. Sambil itu cucuk-cucuk sampai buat Yasmeen tergelak kegelian.

"Apa abang buat ni?" Soal Yasmeen pelik dalam sisa tawanya.

"Well... tak disangkal lah memang betul apa yang ayang cakap tadi. Ayang hitam, tak cantik, mata hitam, badan papan, memang betul pun." Selamba sahaja Yaseer ulang kekurangan Yasmeen.

Yasmeen baru nak tarik muka tapi bila fikir perkara itu memang betul, dia angguk sahaja. Setuju.

"Kan?"

"Tapi abang tak jeles pun."

Yasmeen pandang Yaseer. Yaseer yang sedang tersenyum manis sambil mengusap lembut kepalanya. Terbuai sekejap sebab sentuhan magis Yaseer.

"Walau semua tu kekurangan sayang, abang kan takde kekurangan tu. Jadi abang jadi pelengkap lah." Tiba-tiba Yaseer masuk mode masuk bakul, angkat sendiri. Dan itu buat Yasmeen julingkan matanya.

Yasmeen buat muka.

"Yalah. Abang kan hensem, tak hitam, mata coklat, badan sado. Ayang kan takde tu semua." Yaseer bersuara bangga.

"Cheesecake punya suami."

Yaseer gelak.

"What? Betul apa?"

Yasmeen angguk mengiakan. Layan aje lah.

"Dan sebab abang dapat apa yang hati abang nak. Iaitu hati sayang. Jiwa sayang. Perasaan sayang. Senyuman sayang. Ketawa sayang. Air mata sayang. Pengorbanan sayang. Cinta sayang. Rindu sayang. Kasih sayang. Jadi, kenapa abang kena jeles dengan Umar sedangkan abang dapat apa yang dia tak boleh dapat daripada sayang?" Kata-kata Yaseer buat Yasmeen tak jadi nak buat muka menyampah. Sebaliknya, dia dah tayang muka terkejut. Terkejut kerana tak sangka itu yang akan keluar dari mulut Yaseer bila tamat sahaja sesi memuji diri sendiri.

"So? Abang kena jeles lagi ke?" Soal Yaseer. Dan Yasmeen menggeleng kecil sebagai jawapan. Malu untuk kata tidak.

Bila Yaseer dah masuk mode lain macam dia, Yasmeen memang akan lemah.

Yaseer senyum dan hidung Yasmeen dicuitnya perlahan sambil gelak kecil. Sejurus itu, meja solek dihampiri untuk mengambil kad jemputan Umar.

"Bila ni?" Soal Yaseer sambil membaca butiran maklumat di atas kad berwarna keemasan itu.

Yasmeen dah malas nak membalas sebab Yaseer boleh membaca sendiri. Badan dia dah baringkan atas katil. Penat pula berdebar tadi.

Yaseer baring di sebelah Yasmeen. Mata masih lagi tertacap pada kad Umar.

"Hmmm. Minggu depan. Sayang nak pergi ke?" Yasmeen dipandang meminta jawapan.

"Kalau abang izinkan. Dan kalau tak beranak masa tu." Sengih satu kali bila dia beri jawapan.

Yaseer senyum. Kad dia letak tepi sebelum badan dia iringkan menghadap Yasmeen. Tangan Yasmeen diambil sebelum dia cantumkan jemari mereka.

"Okey. Abang izinkan. Dan kalau sayang tak berperang masa tu, kita pergi ya?"

Yasmeen senyum. Dan senyum makin lebar bila Yaseer merapat pada perut besarnya. Nak mula lah dia dengan mode father material dia.

"Assalamualaikum sayang ayah." Ucap Yaseer sambil mengusap perlahan perut Yasmeen. Dan bila Yasmeen merasa tendangan, terus wajah Yaseer dipandang.

"Eh, pandai jawab salam ayah malam ni? Selalunya dah tidur." Kata Yaseer dengan senyuman.

Yasmeen tutup mulut tahan tawa. Dia tak mahu bersuara langsung bila sesi ayah-anak ini berlangsung. Biar Yaseer sahaja yang berkata-kata. Anak dia ini dah selalu sangat dengar suara dia.

"Ayah tahu. Ni mesti jantung ibu bising sangat tadi masa ayah kiss. Kan?"

Baru Yasmeen nak menafikan, satu tendangan kecil dia rasakan.

"Ha, kan betul!" Yaseer suka bila dia dapat jawapan daripada si anak.

"Yalah. Ya. Anak ibu mana reti menipu." Yasmeen mengalah. Lagipun, memang betul pun.

Yaseer senyum kemenangan. Perut Yasmeen diusap semula. Mahu sambung bersembang.

"Anak ayah, tak lama lagi kita akan berjumpa! Yeay! Sayang tahu tak ayah teruja sangat?" Ceria sahaja suara Yaseer bertanya. Buat Yasmeen tak tahan sampai tangan dia dah bergerak sendiri mengusap kepala Yaseer.

"Ayah tak sabar nak tengok muka anak ayah. Hitam macam ibu ke, tak hitam macam ayah." Yaseer menyakat. Padahnya telinganya kena piat.

"Tapi, kalau anak ayah ikut ibu ke, ikut ayah ke, anak ayah tetap jadi orang yang ibu jeles." Sekali lagi telinga Yaseer dipiat sebab menyakat.

"Tak serik betul lah ayah ni!" Ucap Yasmeen geram. Ada aje modal dia.

"Yalah. Ayah mengaku, ayah sayang ibu lebih. Entah-entah, ayah pula yang jeles." Kata-kata Yaseer undang roll eyes Yasmeen. Mengada.

"Nanti... anak ayah dah keluar, ingat macam yang selalu ayah pesan. Jadi anak solehah. Jaga akhlak, jaga maruah, jaga senyuman. Jangan senyum aje kat mana-mana lelaki. Nanti ayah jeles. Senyum anak ayah, senyum ibu, hanya untuk ayah aje. Tau!"

Tendangan kecil terasa lagi.

"Bagus, anak ayah faham." Yaseer dan Yasmeen senyum.

"Besar nanti, jangan lupa berbakti pada ayah dan ibu. Berbakti pada bangsa dan agama juga. Ya sayang?"

Tendangan kecil diterima lagi.

"Okey. Anak ayah tidur ya? Nawwar Amani, AllahummasollialaMuhammad." Yaseer kucup perut Yasmeen lama sebelum dia usap lagi.

Yasmeen senyum. Kepala Yaseer diusap perlahan seiring dengan bacaan surah Maryam yang Yaseer sudah mulakan.

'Ya Allah. Terima kasih di atas anugerah terindah ini.'

*Okey tak okey special chap ni?

Continue Reading

You'll Also Like

1.8M 73.1K 48
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai ma...
192K 20.4K 53
ALPHA 122 merupakan satu daripada tiga pasukan bomba di Balai Bomba Siber Raya. Sedia berkhidmat tanpa mengira susah dan penat. Kejar biawak, tangkap...
1.3M 65.3K 59
The Angelz yang dianggotai 4 gadis dikenali sebagai tunggak disilpin Expo Highschool sejak dari Tingkatan 1 lagi. The Killerz yang dianggotai oleh 4...
1.2M 61.2K 53
[Just so you know, aku tak sependapat dengan 18y/o me anymore, like this is so cringy and stupid so read at your own risk] Kau tahu beza sayang denga...