NAFSU

By dearnovels

57.2K 722 56

NOVEL SERAM THRILLER TERBITAN DISEMBER 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my... More

PROLOG 1
PROLOG 2
PROLOG 3
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 6

2.8K 44 0
By dearnovels

"SARI macam mana?" Waji bertanya bagi pihak mereka bertiga. Umai dan Nas curi-curi berbalas pandang. Ibu bapa masing-masing mengangkat barang masuk ke bilik. Mereka akan habiskan masa beberapa hari di situ sebagai tanda sokongan kepada Sari sekeluarga, sekali gus melaksanakan pertemuan keluarga yang diadakan setiap lima tahun.

Tapi mungkin tidak bagi Nas, Umai dan Waji.

"Sari..." Suria lepaskan nafas panjang. "Alhamdulillah, dari segi fizikal dia okey, cuma ada kesan luka sana sini. Tapi mental dan emosi..." Renungannya jatuh ke lantai. Sari masih belum bersedia untuk bercerita. Dia dan suaminya sudah bersetuju untuk bawa Sari berjumpa pakar psikiatri apabila tiba masanya nanti.

"Dia belum cerita apa-apa tentang apa yang jadi sepuluh tahun lepas?" Nas bertanya.

"Maksud kami, Sari belum bercerita tentang apa yang jadi sepanjang sepuluh tahun ni?" Umai pantas mencelah dan membetulkan soalan Nas.

Nas tersenyum kecil. Hambar.

Suria menggeleng hampa. "Buat masa ni mak ngah dengan pak ngah buat keputusan untuk tak paksa dia. Kami nak bagi dia masa sebanyak mana yang dia perlu. Lagipun dia dah balik. Dah selamat. Banyak lagi masa untuk bercerita tentang apa yang berlaku."

"Betul tu, mak ngah." Umai tersenyum manis sambil menggosok-gosok bahu Mak Ngah Suria.

Waji dan Nas berbalas kata melalui pandangan mata. Masing-masing beri isyarat dan arah ke bilik pejabat peribadi Tuan Haji Tajudin yang terletak di sebelah kanan rumah. Umai beri isyarat supaya mereka berdua pergi dulu dan dia akan menyusul kemudian.

YAKIN yang bilik pejabat peribadi Tuan Haji Tajudin selamat dari telinga-telinga yang mungkin mencuri dengar, Umai akhirnya menutup pintu. Selak ditarik. Dia berpaling ke arah Nas dan Waji yang jelas masih gementar dek 'serangan' wartawan di luar rumah dan perbualan ringkas dengan Mak Ngah Suria tadi.

"Okey, Sari belum buka mulut kat siapa-siapa pun. Itu maksudnya rahsia kita masih selamat."

"Buat masa sekarang, sure," balas Waji. "It's just a matter of time before she starts telling everyone what we did to her."

Nas menjeling pintu. Risau kalau-kalau ada yang tiba-tiba menyerbu masuk walau pintu sudah dikunci.

"Jadi apa kita nak buat sekarang?"

"Jumpa dia."

"Lepas tu?"

"Cakap dengan dia baik-baik. Manalah tahu, kalau nasib kita baik, dia sendiri pun dah lupa apa yang jadi malam tu," kata Umai. "Aku ada terbaca, kalau seseorang tu lalui satu peristiwa yang menyebabkan trauma, sebahagian memori boleh terganggu."

Waji dan Nas berpandangan. Umai reka-reka cerita atau itu memang satu fakta?

"Seems unlikely, but maybe worth a shot," kata Waji.

"Kita nak jumpa dia sekarang?" soal Nas. Makin lama tunggu makin tak tenang hidup dibuatnya.

"Aku tak rasa yang kita bertiga jumpa dia serentak tu satu idea yang bagus," ujar Umai ragu-ragu.

"Okey, kalau macam tu, salah seorang daripada kita pergi jumpa dia," cadang Nas.

"Siapa?"

Masing-masing diam. Fikiran jauh mengimbau peristiwa sepuluh tahun yang lalu – peristiwa yang mengikat mereka dalam rahsia hitam ini.

"Malam tu, kaulah yang paling berat hati untuk buat apa yang kita buat, Waji," kata Umai hati-hati.

Waji tidak berkelip. Ada kerut di dahinya.

Nas mengangguk setuju. "Mungkin antara kita bertiga, Sari paling lembut hati dengan kau."

"Jadi aku yang kena pergi jumpa dia?" Nada Waji jelas tak puas hati.

Umai dan Nas mengangguk.

Waji rasa tak percaya. Tak sangka Umai dan Nas sanggup lepas tangan macam tu saja.

"Tapi..."

"Jangan risau," celah Umai. "Kita orang akan guide kau supaya kau tahu apa yang kau nak cakap dengan dia."

"Oh, senangnya macam tu. Selesai semua masalah!" getus Waji sarkastik.

"Come on, Waji..." keluh Nas. "Ini saja cara yang kita orang boleh fikirkan sekarang. Lagipun, aku ni lelaki. Kalau aku yang pergi masuk bilik Sari, silap-silap menjerit dia nanti."

Umai mengangguk. "Dan dia benci aku. Aku tahu tu."

Waji merengus. Susah dia nak mengaku tapi dia tahu ada betulnya kata-kata Umai dan Nas. Antara mereka bertiga, mungkin dialah yang paling kurang dibenci Sari.

"Fine. Aku pergi jumpa dia," putus Waji.

Umai dan Nas tarik nafas separa lega.

TAPAK kaki kanan menyentuh lantai bilik. Sisa air yang melekat pada tubuhnya menitis jatuh, diperhati dengan renungan kosong. Dari pintu bilik mandi, Sari melangkah perlahan-lahan ke katil. Sehelai gaun labuh berwarna biru pastel dengan hiasan bunga-bunga kecil terletak elok di atas tilam.

Sari menarikan jemarinya di atas gaun itu, menyentuh fabrik kapas itu dengan lembut. Lama begitu, dia menoleh ke arah cermin panjang yang terletak dekat dengan almari. Tubuhnya sendiri diperhati dengan teliti, sambil bersilih ganti dengan gaun di atas katil.

Sudahnya, Sari bergerak menghampiri almari. Pintu ditarik. Sehelain gaun putih berkain sutera yang tergantung di dalam dibawa keluar. Putih tanpa ada satu habuk. Tanpa fikir panjang, gaun itu disarungkan pada tubuhnya. Sekali lagi dia berdiri di depan cermin, merenung dirinya sendiri dengan penuh asyik. Rambut yang sudah dipotong pendek hingga ke paras bahu mengurai kehitaman. Tapak tangannya dibawa ke dada cermin, menyentuh biasan parut sepanjang tiga inci pada pipi kirinya. Satu lagi parut sepanjang dua inci jelas terlakar pada dahinya. Dia merenung wajah sendiri, mata tajam memanah hinggakan dia hampir tidak mengenali diri sendiri.

Ketukan di pintu tidak mengalih tumpuan Sari. Dia masih ralit merenung cermin apabila Suria melangkah masuk.

"Sari?"

Sari pantas menjatuhkan tangannya dari cermin. Dia berpaling, merenung mamanya. Ada satu jalur ketakutan terbias pada sepasang matanya.

"Jangan takut, sayang. Ni mama," kata Suria lembut sambil menapak mendekati anaknya. Sampai sekarang pun dia masih rasa tidak percaya. Anak perempuan yang hilang tanpa jejak sepuluh tahun yang lalu kini ada di depannya, benar dan nyata.

Langkah Suria mati apabila perasan gaun sutera putih yang tersarung pada tubuh Sari. Gaun itu beralun lembut membentuk setiap lengkuk dan bentuk tubuh Sari. Suria mengeluh perlahan sebelum mendekat.

"Sari..."

Sari meletakkan tangannya di belakang. Wajahnya menunduk takut.

Suria menepis rasa sedih yang melintas di hatinya melihat reaksi itu.

"Kenapa Sari pakai gaun ni? Kenapa tak pakai gaun yang mama dah sediakan tadi?" tanya Suria, masih dalam nada lembut. Kata doktor, Sari mungkin sedang mengalami episod trauma yang dikenali sebagai Post Traumatic Stress Disorder (PTSD) kerana peristiwa yang dilalui sebelum ini. Jadi dia sebagai ibu perlulah bersabar dan tidak memaksa. Semuanya perlu dilakukan dengan lembut dan hati-hati.

Sari mengundur setapak ke belakang apabila mama semakin menghampiri. "Sari... suka..."

"Sari suka gaun ni?"

Sari mengangguk.

Suria menampal satu senyuman pada wajah. "Okey kalau macam tu. Tapi..."

Suria menapak ke arah almari. Salah satu laci ditarik lalu mengeluarkan sepasang pakaian dalam. Sari didekati semula.

"Sari pakai ni dekat dalam, ya." Pakaian dalam dihulurkan kepada Sari.

Sari mengambil dengan sepasang mata yang terkelip-kelip, seolah-olah konsep pakaian dalam tidak lagi ada dalam kamus hidupnya.

Suria mengusap lembut rambut Sari. "Sari bersiap-siap dulu. Nanti mama bawakan sarapan. Lepas tu bolehlah Sari jumpa Waji..."

Satu nama itu mengalih anak mata Sari ke wajah mama. Kelip matanya terhenti.

"Sari ingat Waji, kan? Sepupu Sari? Anak Pak Long Wahab?"

Sari diam. Wajahnya tidak memberi apa-apa reaksi.

"Tak apalah kalau macam tu. Sari siap dulu, okey?" Suria mengukir satu senyuman manis sebelum terus menghala ke pintu bilik.

Sari diam di tempatnya memerhati mama keluar. Dia tunduk merenung lantai. Jantung mula laju mengepam darah.

Continue Reading

You'll Also Like

29.9K 4.9K 15
In the elite ranks of DRDO, Ardik Rajwasnhi, a young prodigy, is fueled by ambition to secure a coveted position among the legendary Team Phoenix. Ho...
162K 6.7K 83
A girl whom I thought as my best friend standing before me with a knife to kill me. She stabbed the knife onto my chest and told me "He will not like...
55.1K 7.3K 78
"Se refiere a la belleza de corta duración de la flor de cerezo" ╰──➢ Advertencias ✧ ⁞ ❏. Omegaverse < SLOW BURN ⁞ ❏. Todoroki Bottom! ⁞ ❏. Smu...