I Love You , Ketua Pengawas✔

By fmtzredlv

315K 13.8K 905

Ain Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pu... More

ILYKP [1]
ILYKP [2]
ILYKP [3]
ILYKP [4]
ILYKP [6]
ILYKP [7]
ILYKP [8]
ILYKP [9]
ILYKP [10]
ILYKP [11]
ILYKP [12]
ILYKP [13]
ILYKP [14]
ILYKP [15]
ILYKP [16]
ILYKP [17]
ILYKP [18]
ILYKP [19]
ILYKP [20]
ILYKP [21]
ILYKP[22]
ILYKP [23]
ILYKP [24]
ILYKP [25]
ILYKP [26]
ILYKP [27]
ILYKP[28]
ILYKP[29]
ILYKP[30]
ILYKP [31] [ending]
Nak Cakap
ILYKP [SPECIAL EDITION]
BACA WEHH

ILYKP [5]

10.7K 446 23
By fmtzredlv

Aqilah's pov

Tamat sahaja cerita hantu tu aku dan geng geng yang lain keluar . Kami membuat keputusan untukkkkkkk

Balik😑 .

------------------------------------------------------------

Selesai sahaja mandi dan solat Maghrib aku menuju ke meja makan .

Aku melabuhkan punggung dikerusi yang aku selalu duduk kalau makan . Bukan selalu memang duduk kat situ . Aku mencedokkan nasi dan lauk ke dalam pinggan aku .

Sesuap demi sesuap makanan aku masukkan kedalam mulut . Aku berhenti makan sebaik sahaja merasakan enam pasang mata memerhatikan aku .

"apa?" tanya aku kepada mereka
"kenapa diam je selalunya kecoh" tanya along kepada aku .
Aku menjulingkan mata ke atas .
"itu pun salah ke . Adik lapar sangat sebab tu lah takda masa nak cakap" kata aku .

Selesai sahaja mencuci pinggan aku menaiki tangga menuju ke bilik . Tanpa mengendahkan Farhan aku baring di atas katil lalu membuka smartphone aku .

The sisters

Mila
Assalamualaikum guys

Hani
Waalaikumussalam

Ami
Waalaikumussalam

You
Walaikumussalam

Mila
Weyh Hani , Ami korang la bagitau kat Aqilah

Hani
Taknak aku

Ami
Kaulah bagitau Mila

You
Bagitau apeni?

Mila
Kawan kau yang tadi tu okay ke dengan kau sebelum ni ?

You
Ohh Dania dengan Syuhada okay je . Just Deena ni dia ni jenis yang ape aku nk cakap eh . Dari form 1 kitorang berkawan dia ni yang selalu buat masalah . Dia salu dengki an kitorang . Dia musuh dalam selimut . Semua benda yang kitorang ada kalau dia takda dia akan dapatkan sedaya upaya . Tapi kitorang still anggap dia kawan .

Mila
Oo . Tadi kan aku perasan yang deena tu pandang semacam je kat kau . Mata dia penuh dendam weyh .

You
Hmm takpelah . Maybe kau salah tengok kot think positive jelah . Lagipun dia kata dia dah insaf .

Mila
Oh ok lah takpelah . Ok bye Assalamualaikum aku nk off ni .

Hani
Aku pun . Waalaikumussalam

Ami
Me too . Waalaikumussalam .

You
Okay k . Waalaikumussalam .

Aku menutup telefon aku . Aku memejamkan mata . Kalau dah ada bantal ni takkan lah tak tido . Bukan Aqilah nama nya tu .

--------------------------------------------------------

AQILAH BANGUN PAGI CEPAT KAU  ! WOI BANGUNLAAA APE KAU NI?! GHSHSHAHDMVJFJ!

Kedengaran bunyi alarm dari telefon aku .
Rakaman dari suara aku sendiri . Hebat bukan hahahahaja . Aku membuka kelopak mata . Smartphone dibuka untuk melihat jam .

5:30 pagi

Aku bangun lalu menuju ke bilik mandi . Selesai sahaja mengambil wudhu' aku mengejutkan Farhan .

Akhir akhir ni aku selalu bangun awal . Ntahlah kenapa . Perubahan hormon kot . ngeyngeyngey . Selalu nya kerja aku membuta je .

Sebaik sahaja siap mengenakan pakaian sekolah , aku dan Farhan menuju ke meja makan .

"Hai Daddy , Mummy , Along , Angah , Cikgu Azim ." sapa aku kepada mereka dan menekankan gelaran cikgu Azim kepada acik .

"Hai" jawab mereka serentak . Aku mengambil sandwich telur di dalam pinggan aku lalu memakannya .

Habis sahaja sarapan aku dan Farhan masuk ke dalam kereta . Menuju ke sekolah .

---------------------------------------------------------

"uit Aqilah . Pasal benda yang kitorang cakap malam tadik enn kau jangan ambik hati erk ? " kata Mila lalu melabuhkan punggung di sebelah aku . Aku menyuapkan sesudu nasi goreng .

"ha'a Qilah kau jangan marah erh ." kata Ami disetujui oleh Hani .

"alah korang takpelahh . Kalau aku kat tempat korang pun aku memang akan camtu jugakk ." kataku lalu tersenyum lebar .

Pap !

Meja yang kami duduki ditampar oleh seseorang . Bergoyang gelas aku . Nasib air ni tak tumpah . Kami menoleh ke arah orang tersebut dan orang tu ....

Bukan seorang

Bukan dua orang .

Bukan tiga .

Tapi empat orang . Sapa ?

Ntahlah aku tak kenal pun diorang ni .

" wahwahwah , Tengku Ain Aqilah ." ujar salah seorang dari mereka . Macam ketua diorang je .

"Assalamualaikum" kataku lalu tersengih .

"Waalaikumussalam . Ahh ! Aku tak kisah . Aku datang ni nak bagitahu kau jangan dekat dengan boyfriend aku ." katanya kasar . Sapalah boyfriend dia ni . takyah kacau takyah kacau . Tak aku kena tanya jugak . Tak pasal pasal nanti hubungan diorang retak camtu je . Erh tapi bagus jugak taklah diorang dapat dosa couple en ? .

" sapa erh boyfriend kau ? "tanya aku kepada nya .

" Tengku Farhan Farzil"katanya megah .

Tersedak aku dibuatnya .

Hek eleh kau ingat pakwe kau tu ketua pengawas kau boleh nak bermegah megahan kat sini . Dasar bacot .

"ohh dia . Bila masa aku dekat dengan dia ?"
Tanya aku . Peliklah wey bila masa aku dekat dekat dengan mamat . Kat rumah pun kitorang buat hal masing masing sejak kitorang pindah rumah baru .

"grrr . Aku tak kisah yang penting aku nak kau jangan dekat dengan dia ." katanya lalu memeluk tubuh .

"eee takda masa aku nk dekat dengan dia . Kita tengoklaa sapa yang datang dulu " kataku lalu menghadiahkan senyuman sinis . Aku bingkas bangun dan menuju ke kelas . Diikuti Hani , Ami dan Mila .

"eee geramnya aku . Sukahati makbapak datuk nenek moyang dia je cakap aku ni rampas boyfriend dia . Sapa nak . Kalau boleh biar dia ja ganti aku masa akad nikah hari tu . geram geram geram . Mamat tu pun satu . Dah tahu ada girlfriend nak jugak terima . eeee tak pasal pasal aku kena warning dengan minah mereng tu . Eh cunlah mamat sengal minah mereng . Pasangan kekasih dua dua sama ja . " bebel aku sepanjang perjalanan ke kelas . Tangan aku genggam kuat . Seolah olah bersedia menumbuk musuh dihadapan . Tak kisah orang lain tengok aku pelik semacam . Sapa suruh tengok en .

" amboi kau membebel panjang lebar . Siap ada makbapak nenek moyang lagi . Kau bab membebel nombor satu enn ? Tak percaya lah kau membebel dalam masa 15 saat . Tengok ni ." kata Hani yang berjalan di sebelah aku lalu menujukkan jamnya .

"wahhh kau set jam Hani . Power ahh" kata Mila lalu menepuk bahu Hani .

"ishh rosak tudung aku . Dasar tangan penjahanam tudung . Alaaa aku tau dia confirm membebel punya . So dia bukak je mulut dia aku terus tekan start . Mwahahah" kata Hani lalu ketawa jahat .

"korang , korang nak pegi mana tu kita dah melepasi kelas lah" tegur Ami sebaik sahaja perasan bahawa kami melepasi kelas .

"ni semua korang punya pasal" aku menunding jari kepada mereka . Kami berpatah balik menuju ke Ami yang berdiri di hadapan kelas .

"banyaklah kau kitorang punya pasal ." Kata Hani disetujui Mila .

Aku dan Hani duduk di tempat masing masing . Mila dan Ami memusingkan kerusi mereka menghadap ke arah kami . Mereka duduk berhadapan dengan aku dan Hani .

Sedang kami berborak seseorang memberi salam dihadapan kelas .

"Assalamualaikum guys ." Kata dia . Haih siapa lagi kalau bukan Farhan yow .

"Aku nak bagitau korang dua benda . First , harini Cikgu Mangkuk tak ada ." katanya . Jangan hairan dengan nama dia . Dia sendiri dengan sukarela suruh kitorang panggil macam tu . Sesuailah dengan fesyen rambut mangkuk dia tu . Bila ditanya trend terkini katanya . Nama penuh dia  ? Mohd Mangkukis Hayunan .

"Second , minggu depan kita akan ada perkhemahan dekat hutan . So korang perlu ada kebenaran daripada ibubapa korang . Borang kebenaran boleh ambil dari Mizan ." katanya lalu menyerahkan borang tersebut kepada Mizan .

"Hani ambil untuk aku satu" kataku kepada Hani yang berjalan ke arah Mizan .

"aku pun"

" aku nak"

kata Mila dan Ami serentak .

Pada hari itu banyak benor cikgu tak masuk kelas . Busy dengan perkhemahan yang akan datang . Aisshh .

--------------------------------------------------------------

"Farhan boleh aku masuk tak ?" tanya aku kepada Farhan yang duduk di atas katil . Oh yes aku dan Farhan tak sama bilik .

"masuk jelah ." aku masuk lalu melabuhkan punggung disebelah Farhan .

"weyh kau pergi tak ?" tanya aku kepada Farhan yang leka bermain Iphonenya .

"ha'a aku pergi . Kau?" tanyanya . Mata still kat telefon dia tu .

"ofcourselah pergi" kata aku lalu tersenyum .

"macam mana dengan borang ni ?" soalku kepadanya . Dia mengangkat muka lalu tersenyum .

"ntah" jawabnya sepatah . What?! Aku dengan penuh berharap dia bagi aku cadangan boleh pulak buat macam tu .

"kau kalau nak main main takpayahlah ." kata aku lalu berdiri .

Farhan menarik tangan aku membuatkan aku terduduk semula di atas katil .

"mama call aku tadi dia cakap dia pergi sini harini bermalam . Dia , papa dengan adik aku ." katanya .

"bila dia bagitahu kau?" tanya aku .

"dalam 30 minit yang lepas ." katanya .

1 saat

2 saat

Apesal aku rasa macam blur semacam erh?

eh  ! Wait.. What?! Argg bahangang punya Farhan .

"hoi kenapa tak bagitahu awal?" kata aku lalu berdiri .

"kenapa pulak" aduhhh still dengan blur dia tu .

"kau ni . Bilik kita asing asing laaa . Nanti mama tanya macam mana ." kata aku . Matanya membulat .

"ahhh cepat aku tolong kau ." katanya lalu menarik aku menuju ke bilik aku .

Setelah selesai memindahkan barang barang aku kedalam bilik Farhan tak lama lepastu Papa , Mama dan Faiza tiba .

"mama sorrylah Aqilah belum sempat masak lagi taktau pulak mama sampai . Aqilah selalunya masak akhir sikit ." kataku kepada mama lalu menjemput mereka duduk di ruang tamu .

"emm mama , papa dengan Faiza duduklah dulu . Aqilah nak masak jap" kataku lalu menuju ke dapur untuk masak .
"Emm nak masak apa erk ? " kataku lalu membuka peti sejuk . Ada ayam dengan udang je . Takpelah aku masak udang masak kunyit dengan ayam masak merah je lah .

Selesai sahaja memasak dan menghidangkan makanan , aku menjemput Farhan dan yang lain untuk makan .

"sedap lah akak masak " puji Faiza selepas habis makan .
"tak rugi buat kamu jadi menantu" kata mama lalu tersenyum manis .
"papa sedap tak?" tanya aku kepada papa .
"sedaplah qilah . Kalau macam tu untunglah Farhan . Hari hari makan sedap macam ni tengok tu dah naik dah besar badan Farhan tak keding macam dulu ." kata papa meletuskan ketawa kami semua .
"alaaa pa sukati oranglah" kata Farhan .
Aku mengelengkan kepala lalu menuju ke sinki untuk mencuci pinggan .

Aku masuk ke dalam bilik sebaik sahaja drama korea yang aku tonton kat tv dah habis . Bapak sweet tho .

"Farhan aku letak bantal kat tengah erk" kata aku lalu meletakkan bantal di antara kami . Farhan menarik bantal itu lalu di letak di belakangnya .
"apasal?" tanya aku
"ingat tak denda yang kita tengok cerita hantu tu . Kau hutang aku 10 denda tau . Okay ni denda pertama takpayah letak bantal tengah . Denda kedua kau kena jadi bantal peluk aku bila masa aku nk and the time is now . Denda ketiga aku nak esok kau tumpang aku pergi sekolah tak kisah apa jenis kenderaan yang aku guna . Denda keempat aku nak masa kem nanti kau ikut cakap aku . Kelima sampailah kesepuluh nanti aku bagitau balik . So sayang , understand ? "Farhan mengangkat kening lalu tersenyum sinis .

Bapak nerat dia punya denda weyy  !
Huaaaaaa mummy taknakkkk . Farhan jahat myyyy . Adik nak alongggggg .

" hmm tkboleh ke kalau tak? "tanya aku mempamerkan muka sedih .

" bagi aku sebab dan huraikan"katanya lalu mengangkat kening .

"haa yelah yelah kau jelah menang . Dahlah pervert . Nanti aku heboh kat satu sekolah yang headprefect kita ni seorang yang pervert suka memaksa dan lagi penting bodoh tak kenang dunia . Bodoh segala bodoh ." maki aku kepada Farhan sambil tangan aku menggenggam kuat lengan baju nya . Lepas geram weyhh .

" kau bab maki aku nombor 1 . Kau nak masuk neraka ke? " alamak aii dia guna kuasa veto pulak dahh .

" hmm yelah yelah . " b*bi punya Farhan . Aku tidur sambil dijadikan bantal peluk oleh Farhan .

Dalam keterpaksaan , Aqilah rela .

------------------------------------------------------------
Beberapa hari kemudian

Esok batch kitorang akan ikuuuuuuttt

Perkehemahan . Dalam hutannnnn . Mesti ada aktiviti lasak ni . Aku confirm laa .

"Girls apa kata petang ni kita shopping nak tak ?" usul Hani yang duduk sebelah aku .

"okay gakk . Aku on jer lagipun aku nak beli barang untuk kem tu ." kata Ami lalu tersenyum .

"aku on jer" kata aku disetujui Mila .

"kau nak beli apa Ami . Kita berkhemah lahh kat hutan pulak tu . Apa kau nak beli" kata Mila .

"ishh kau ni . Aku nak beli junkfood . Mana tau dekat sana nanti aktiviti kita lasak sangat sampai makanan yang disediakan tak sedap . Lepastu beli air lagi . Beli Baju tebal lagi . Tak salah aku kat hutan sejuk waktu malam . Ada nyamuk pulak tu . Nak beli losyen lagi . Kang nyamuk gigit aku rosak kulit . "kata Ami panjang lebar penuh gedikk .

" okay alasan first first tu aku terima . Yang aku tak terima ada pulak risau kulit tu . dah macam geng diva meletop yang tak meletop tu je aku tengok . "Kata Mila lalu ketawa .

" dahdah biar je. "aku menghentikan perbualan mereka . Kang tak pasal pasal jadi benda lain pulak . Diorang ni bukan boleh harap sangat . Lama lama mengarutlah tu sampai nak gaduh .

And 

Okay guys korang hairan kan siapa diva meletop tu . Diva meletop tulah yang serang aku haritu . Yang meletop letop aku sebab diorang . Bos diorang nama Aini syok kat Farhan . Lagi dua monyet tu Zania dengan Amel . Zania syok kat Mizan . Amel syok kat Izwan . Ada lagi sorang haritu dia tak ikut sebab dia tak ke sekolah . Nama dia Diya syok kat Fazli . Apa punya test diorang ni . Okay kalau Zania , Amel dengan Diya tu . Yang aku taktahan dengan Aini . Apa pulak dia pergi syok kat mamat tu . Dengan pervert mamat tu lagi suka memaksa lagi tak senyum ikhlas lagi haih . Kalau dapat aku nak je suruh si Aini tu yang jadi pengantin perempuan haritu . Hahhaha jahat kan aku .

------------------------------------------------------------
Petang itu aku dan kawan kawan aku shopping . Aku tak beli apa pun . Ada jugaklahh dalam dua tiga benda je . Yang tiga ekor ni hah . Banyak benor shopping . Tadi cakap shopping nak beli barangan untuk kem . Ni out of kem dah ni . Yang paling aku marah mentang mentang beg plastik yang aku bawak tak banyak diorang mintak tolong aku weyh . Besor kecik besor kecik je aku tengok dorang ni . Nasib sayang tau .

"guys aku penat lahh jom pegi makan jom aku belom makan lagi dari tadi . Aku malas nak masak ." kata aku kepada diorang yang leka berjalan .

"jomlah jom kitorang pun lapar gak" kata Ami disetujui oleh Hani dan Mila .

Masuk sahaja ke dalam restoran kami memesan makanan masing masing .

Eh ofcourselah pesan makanan takkan pesan baju kot enn ? Lawakkkk .

End aqilah's pov

Farhan pov's

"weyh guys jom gi makan . Aku belom makan lagi tadi ." kata aku lalu memegang perut .

"takkan bini kau tak masak kot" kata Mizan lalu kakinya menuju ke sebuah restoran .

"taklah bukan dia tak masak . Aku tak bagi masak sebab aku nak makan kat luar" kata aku lalu tersengih .

Aku , Mizan , Izwan dan Fazli menuju ke sebuah restoran . Sebaik sahaja duduk di kerusi , mata aku tertancap kepada beberapa orang gadis .

"weyh guys diorang ada kat sini . Weyh jom gi sana weyh" kata Fazli . Tanpa menunggu jawapan dari aku diorang dah cau ke meja gadis gadis tu . Sampai hati korang tak tanya aku dulu . Taulah crush korang dah ada depan mata . Selamat tinggal pada kenangannnnnnn . Emo betul kau ni Farhan ....

Continue Reading

You'll Also Like

80.6K 7K 27
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...
9.7K 285 9
Tengku Izdihar Ziyyad × Iriena Zalikha Seorang lelaki yang menduda pada Umur 27 tahun. Bekerja sebagai seorang Ahli perniagaan didalam negara mahupun...
33K 1.8K 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingg...
301K 9.1K 30
Kisah bermula selepas Tengku Maisarah berpindah ke sekolah barunya iaitu sekolah tinggi di kuala lumpur atas urusan keluarga.Disitu,banyak pergaduhan...