NAFSU

By dearnovels

57.1K 722 56

NOVEL SERAM THRILLER TERBITAN DISEMBER 🍀Untuk melanggan http://www.wasap.my/+60132588069 http://www.wasap.my... More

PROLOG 1
PROLOG 2
PROLOG 3
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 1

5.6K 65 0
By dearnovels

BAHAGIAN I:

Rahsia mengikat sesuatu perhubungan.

Rahsia juga menghancurkan.


BAB 1

BUNYI jarum jam berdetak kedengaran kuat di telinga. Kalau diikutkan, jantungnya pun seharusnya berdetak dengan nada yang sama tapi dia sudah terlalu lali dengan situasi yang sedang berlaku. Jadi dia duduk bersandar dengan tenang, bersedia memasang telinga mendengar apa saja yang bakal terluah dari mulut ketua editornya.

"Apa semua ni?" Khairil menuding jari ke arah susunan kertas di atas meja.

Shita mengeluh perlahan. "Cerita baru," jawabnya selamba menjongket bahu yang menyampaikan satu mesej tersirat, 'Takkan tu pun tak tahu?'

"I tahulah cerita baru!" Khairil menghentak meja dengan tapak tangan. "Tapi apa semua ni? Cerita hantu? Hantu culik manusia? Cerita karut apa you bawa jumpa I ni?"

"Bos, please, sebelum bos buat keputusan sama ada cerita ni layak atau tak untuk diterbitkan, luangkan masa untuk baca dulu isinya. Benda ni mungkin betul..."

"Mungkin betul?" Sisa-sisa sabar kini hilang terus dari wajah Khairil.

Shita terdiam.

"You tahu apa definisi 'betul' untuk I?"

Shita ketap bibir. Masih diam.

"Cerita yang disertai bukti yang kukuh. Bukan cerita rekaan imaginasi you sendiri!" bentak Khairil lagi. "Kalau you nak sangat tulis cerita rekaan, pergi tulis novel! See if there's even a publisher that would want to publish it."

Shita menundukkan kepala. Bengang, tapi sedar di mana tempatnya.

"Saya mungkin belum ada bukti yang kukuh, tapi saya ada lead. Bagi saya peluang untuk..."

"No. I want you to drop this crap entirely, and I mean entirely, and go out there and find me some real stories! Is that clear?" Suara Khairil kuat melantun dalam ruang empat dinding itu.

Shita tidak setuju, tapi sedar tiada apa yang dia boleh buat untuk ubah keputusan bosnya sekarang. Mungkin esok dia boleh cuba lagi. Lalu dia angguk dan bangun. Kertas-kertas laporannya diambil semula.

"Drop the stupid story, Nashita. I mean it."

Sekali lagi nada penuh amaran Khairil singgah di telinga. Shita angkat tabik tanpa memandang lelaki itu dan terus keluar dari bilik pejabatnya.

"Kau bagi cerita apa pulak kali ni sampai ke luar bangunan dengar suara orang tua tu?" tegur Anna yang duduk di meja bersebelahan dengan Shita.

Shita mengeluh berat sambil duduk di kerusinya.

"Cerita apa lagi? Yang tak pernah settle tulah."

Anna ketawa kecil. Kadang-kadang dia kagum dengan semangat Shita yang tak pernah putus asa walaupun artikel yang ditulis dicampak ke luar tingkap.

"Come on, Shita. Kita berdua tahu yang kes tu takkan ke mana pun. Pihak polis pun dah tak buat apa-apa lagi. It's a cold case now."

"Mungkin polis masih lagi siasat. Kita aje yang tak tahu."

"Polis siasat, tapi tu sepuluh tahun lepas. Bak kata orang putih tu, the trail has gone cold. Frozen, even. Siasat pun dah tak ke mana. Jadi baik lupakan ajelah, Shita."

Shita mencapai sekeping kertas dari atas mejanya. Gambar seorang gadis berusia 15 tahun tercetak kemas di atasnya bersama berita kehilangannya sepuluh tahun yang lalu. Berita kehilangan yang terus menjadi misteri sehingga ke hari ini. Dan kalaulah gadis itu masih hidup, sudah tentu usianya sudah mencecah 25 tahun. Sepuluh tahun hidup entah di mana, sengsara atau merana, tiada siapa yang tahu.

Anna tepuk bahu Shita. "Lupakan," ulangnya sekali lagi sebelum mula fokus dengan skrin komputernya.

Shita mengeluh. Sebelah tangan mengurut dahi. Baru pejam mata tiga saat, telefon pintarnya berbunyi. Nama tunangnya muncul pada skrin.

"Oh ya, tunang kau tu dah sepuluh kali call dari tadi. Baik kau jawab cepat," ujar Anna dari mejanya.

Shita menjawab panggilan itu dengan gaya malas. "Helo."

"Lunch?" Suara Arsyad kedengaran tenang. Cukup faham dengan sikap tunangnya yang tak suka disoal kenapa setiap kali panggilannya tidak berjawab. Dah tentulah sebab banyak kerja.

Shita pandang jam tangan. Sudah hampir ke pukul 1.00 tengah hari.

"Okey."

"Tunggu sana. Kejap lagi saya sampai."

"Okey." Talian dimatikan. Kertas di tangan diselitkan antara kertas-kertas yang lain sebelum bangun mencapai begnya.

ARSYAD memerhati tingkah si tunang dengan kerut di dahi. Duduk bersandar dengan muka tak ada mood. Tangan yang memegang garpu mencucuk-cucuk pasta di depan mata.

"Tak sedap sangat ke makanan tu?" tegur Arsyad akhirnya.

Bola mata Shita bergerak ke muka Arsyad. Perasan riak penasaran terlukis di situ, terus dia duduk tegak sambil berdeham.

"Sorry. Kepala tengah serabut."

"Apa yang tak kena? Hmm? Talk to me. What's wrong?" Lembut suara Arsyad memujuk.

Shita masih bermain-main dengan garpu di tangan.

"Pasal cerita tu lagi?" teka Arsyad.

"Encik Khairil nak saya lupakan saja cerita tu. Mana boleh macam tu."

"Kenapa tak?"

"Sebab... saya..."

"Babe," panggil Arsyad perlahan. "Awak dah obses dengan kes ni bertahun-tahun lamanya. Mungkin dah sampai masanya untuk awak cuba lupakan semuanya."

Tajam mata Shita merenung Arsyad. Dia masih boleh terima kalau cuma Khairil yang minta dia lupakan kes tu. Tapi kalau dah tunang sendiri pun setuju, itu memang sudah keterlaluan.

"Lupakan semuanya?"

Arsyad mengeluh. Sedar yang kata-katanya buat Shita salah faham.

"Maksud saya, mungkin awak perlu fokus dengan kes-kes yang lain. Kes yang awak ada peluang untuk selesaikan."

Namun ternyata dua baris ayat itu makin mengeruhkan keadaan.

"Saya dah kenyang. Awak makanlah. Saya balik dengan Grab," ujar Shita lalu segera bangun.

"Wait, Shita..." Arsyad mengeluh lagi. Sedar silap sendiri. Dia segera bangun untuk menahan langkah Shita.

"Okay, I'm sorry. Please, jangan pergi dulu," pujuknya lembut.

Shita mendengus perlahan. Tingkah mereka sudah menarik perhatian beberapa pelanggan yang lain. Tak mahu diri terus jadi tumpuan, dia duduk semula.

Arsyad lepaskan nafas lega lalu duduk di sebelah Shita. "Saya bukan apa. Saya cuma rasa yang awak terlalu fokus dengan kerja, dengan kes tu. Sampai persiapan untuk majlis kahwin kita pun tertangguh-tangguh," keluhnya. "We don't even have a date yet. I mean, do you not want to marry me?"

Shita akhirnya membalas renungan si tunang. Baru tersedar apa yang dia dah buat. Kesian Arsyad, terpaksa uruskan semua benda sendiri. Itu belum nak menjawab dengan orang tuanya lagi.

"Yes, Syad. Kalau tak nak kahwin, tak adalah saya terima lamaran awak."

"Ya ke? Bukan sebab kesian?"

"Mostly that." Shita buat muka.

Arsyad tergelak kecil. Shita dah boleh bergurau. Itu tandanya amarah sudah pun reda.

"Saya tak maksudkan yang awak tak boleh selesaikan kes tu, cuma saya risau awak terlalu taksub sampai lupa dengan benda lain."

Shita mengacau-ngacau minumannya dengan straw. Mungkin betul kata Arsyad. Dia sudah terlalu obses dengan kes yang sudah lama disiasat sampai kadang-kadang dia lupa dengan komitmen lain yang dia ada. Dan dia sepatutnya bersyukur ada seorang tunang yang selalu sabar dengan kerenah dan perangainya.

"Sorry," ucap Shita perlahan.

"It's fine," balas Arsyad tenang. Sebab dia kenal Shita, dia tahu semua tentang gadis itu, jadi dia boleh maafkan dan terima semuanya.

"Sekarang ni kita makan dulu. Nanti saya hantar awak balik ofis. Okey?"

Shita mengangguk. Satu senyuman diukirkan buat tunangnya itu.

"Dan malam ni kita pergi jumpa wedding planner dekat butik yang kita dah pilih hari tu. Ingat tu," tambah Arsyad.

"Eh malam ni?" Shita buat-buat lupa.

Arsyad menjeling geram.

Shita tersengih sebelum mengangguk lagi. "Okey, tak lupa."

KETIKA sampai di butik, Arsyad sudah pun menunggu. Cepat-cepat Shita masuk ke dalam dan memaniskan wajah supaya Arsyad lembut hati walaupun dah jelas-jelas dia lambat.

"Sorry, tadi ada kerja sikit nak buat sebelum keluar ofis. And as usual, I lost track of time," jelas Shita sambil buat muka kesian.

Arsyad mengeluh perlahan. "Fine. Tak marah pun."

Shita menyengih.

"Cik Nashita?"

Shita menoleh apabila pekerja butik memanggilnya.

"Saya Nayla, wedding planner untuk majlis Cik Nashita dan Encik Arsyad." Nayla menghulur tangan untuk bersalam. "Silakan duduk, cik. Kita dah boleh mula perbincangan."

Shita pandang Arsyad. Melihat anggukan di kepala Arsyad, dia duduk di sebelah lelaki itu sementara Nayla mengambil katalog-katalog dari atas rak.

Baru duduk dua minit, telefon pintar Shita berbunyi. Dia berdiri lalu menarik telefon keluar dari poket belakang seluar.

"Babe." Arsyad menegur perlahan bersama isyarat mata.

Shita angkat sebelah tangan sebagai jawapan. Nombor yang tak dikenali tertera pada skrin tapi panggilan itu mungkin penting.

"Saya kena jawab ni. Sorry," ucap Shita sebelum bergerak ke tepi. Panggilan itu diterima. Keluhan berat Arsyad tidak dihiraukan.

Nayla terkebil-kebil memerhatikan pasangan itu.

"Cik... Cik Nashita?" Suara seorang wanita muncul di talian.

"Ya, saya." Shita merendahkan suara dan berjalan rapat ke pintu butik. Nalurinya mengatakan ada satu berita yang mengejutkan yang bakal diterima.

"Ni Mak Edah, dari Vila Mandura. Cik Nashita yang mintak Mak Edah telefon kalau ada apa-apa berita baru..."

Harapan yang siang tadi layu terasa bersinar-sinar semula. Shita berdiri tegak, setegak bulu roma pada lengannya.

"Ya, Mak Edah. Ada berita baru ke?"

"Err..." Mak Edah kedengaran ragu dan takut. "Cik Sari... Cik Sari dah balik ke rumah."

Continue Reading

You'll Also Like

23.6K 3.5K 35
مــن نــەم زانـیـبـوو ئـەو پـیـس تـریـن و گـەورەتـریـن مـافـیـای سـەر ئـاسـتـی ئـاسـیـایـە.... "دووبارە ھەوڵی ڕاکردن لەم ماڵە بدەیت ھەڵبژاردن لەنێوان...
95.6K 3.5K 57
After his first year at the Advanced Nurturing High School, Fukazawa Yato is about to start his second year as a student. With a better understanding...
4.9K 68 7
Now you gotta ask yourself. What would it be like to find out that the people you love and would die for, turn out to be self centered assholes who w...