I Love You , Ketua Pengawas✔

By fmtzredlv

316K 13.8K 906

Ain Aqilah dan Farhan Farzil . Hubungan musuh terjalin hanya kerana berlakunya agenda di sekolah . Aqilah pu... More

ILYKP [1]
ILYKP [2]
ILYKP [4]
ILYKP [5]
ILYKP [6]
ILYKP [7]
ILYKP [8]
ILYKP [9]
ILYKP [10]
ILYKP [11]
ILYKP [12]
ILYKP [13]
ILYKP [14]
ILYKP [15]
ILYKP [16]
ILYKP [17]
ILYKP [18]
ILYKP [19]
ILYKP [20]
ILYKP [21]
ILYKP[22]
ILYKP [23]
ILYKP [24]
ILYKP [25]
ILYKP [26]
ILYKP [27]
ILYKP[28]
ILYKP[29]
ILYKP[30]
ILYKP [31] [ending]
Nak Cakap
ILYKP [SPECIAL EDITION]
BACA WEHH

ILYKP [3]

11.5K 508 24
By fmtzredlv

Harini merupakan hari perkahwinan antara Aqilah dengan Farhan . Bagi Daddy , Mummy , Along , Angah , Acik hari ni adalah hari yang paling bermakna dan

Paling gembira

Tapi bagi dirinya ?

Kosong .

Tok tok tok

Kedengaran bunyi pintu di ketuk .

"masuk" ucap Aqilah membenarkan orang tersebut masuk . Maka terpancullah wajah wanita yang amat  disayangi .

Mummy .

Aqilah tersenyum ke arah mummy .

"Adik , okay?" tanya mummy seraya duduk bersebelahan dengannya .

"okay je mummy ." kata Aqilah sedaya upaya tersenyum lebar .

"mummy nak bagitau adik . Lepasni adik dah jadi isteri orang . Adik dah bawah jagaan Farhan . Bukan daddy dengan mummy lagi . Apa-apa yang berlaku bincang dulu . Ikut arahan dia . Jangan ingkar n blablabla (sorry dekat sini author tak tau nak cakap lebih) "terang mummy panjang lebar . Dia memeluk mummy .

Setitik demi setitik airmatanya berguguran . Sedih kerana akan berpisah dengan daddy dan mummy tak lama lagi . Over lah kau ni Aqilah . Bukannya tak jumpa terus .

" Jom turun bawah pengantin lelaki dah sampai dah tu ." kata mummy sebaik sahaja pelukan terlerai .

Aqilah  menapak satu demi satu anak tangga . Berhati hati . Kang jatuh bagi malu je .
Dia melihat susuk tubuh Farhan yang mengenakan baju pengantin sepasang dengannya .

'kacak' getus hatinya . Ehh ape puji puji mamat ni . Tangkap cinta ke ? No no no .

~~~

Farhan menoleh ke arah belakang apabila hampir kesemua mata memandang ke arah tersebut . Dia melihat Aqilah yang tersenyum manis menuju ke arah destinasi . 'cantik' desis hatinya . Farhan

Terpana

Terpaku

Terdiam

~~~

Dengan sekali lafaz Aqilah telah sah bergelar isteri .

❤❤❤

11:00 pm

Aqilah masuk ke dalam bilik sebaik sahaja memastikan bahawa Farhan tiada . Dia mengambil tuala dan baju . Dia menuju ke bilik mandi untuk mandi . Seharian mengenakan baju pengantin . Phew . Melekit thoo .

20 minit kemudian .

Aqilah keluar dari bilik mandi setelah selesai menbersihkan diri dan mengenakan baju . Sapa nak pakai baju kat luar tu ? euw no okay .

Dia menyanyi kecil sambil tangannya mengeringkan rambut .

"WARGHHHH !!" sergah seseorang menerbitkan latah di mulutku .

"oh mak kau mintak duit ." latah Aqilah .

"hahaahahahah" gelak Farhan apabila dia melatah . Yupp . Mamat sengal ni la yang sergah Aqilah . Kecik besar kecik besar je aku tengok die ni .

"dah habis dah ketawa ?" soalnya lalu menjeling .

"kau kalau belom mandi pergi mandi pastu aku ada something nak cakap ni" sambungku membuatkan Farhan berhenti ketawa lalu menuju ke bilik air .

"oh mak kau mintak duit" ajuk Farhan di dalam bilik mandi . eeehhh !!! Geramnya aku . Takpe sis sabar . Fuhh .

Setelah Farhan selesai mempersiapkan diri dia menuju ke arah aku . "hah nak cakap apa?" tanya Farhan lalu duduk di hadapan aku .

"aku nak deal something dengan kau . Ma..." kata kata aku terputus apabila mamat sengal ni menyambung .
"hah apa dia?"

"kau ni janganlah potong . Masa kita tidur , aku nak ada penghalang kat tengah ni . Tak boleh alih . Pastu , kat sekolah jangan bagitahu hubungan kita . Buat macam biasa jadi kawan macam sebelum ni ." katanya . Start tu kitorang rapat dengan geng Farhan .

" Deal? " soalku

" Deal " kata Farhan lalu menghulurkan tangan tanda persetujuan dari dia .

Aku membalas huluran Farhan tanda setuju lalu tersenyum lebar .

❤❤❤

"Bangunlah Farhan ." aku mengejutkan Farhan setelah selesai mandi . Kejut punya kejut tak bangun juga . Satu idea nakal bertandang di fikiran aku . Aku tersengih jahat lalu mendekatkan mulut aku ke telinga Farhan .

"FARHAAAAAAAANNNN!" jerit aku di telinga Farhan . Bahu Farhan terhinjut dek penangan suara ku . Mata Farhan terbuntang luas lalu duduk tegak .
"kau kenapa jerit pagi pagi ni?" tanya Farhan . "heh hello ! Harini hari isnin dan kita kena ke sekolah . Pastu kau dahlah belum solat subuh lagi aku ni dari tadi kejut kau tak bangun bangun . Kau patut bersyukur tau aku tunggu kau solat subuh berjemaah . Dah gi mandi ishh kau ni" kataku sambil bercekak pinggang . Farhan bingkas bangun lalu mengambil tuala dan menuju ke bilik mandi .

"membebel je kerja kau . Macam manalah hari hari aku kalau kau tak berhenti membebel ." Kata Farhan lalu cepat cepat menutup bilik air . Aku mendengus geram lalu mengatur tenpat untuk solat subuh .

Selesai sahaja bersiap aku turun ke bawah untuk bersarapan .

" Morning daddy , Morning mummy , morning along , angah , aaa . " kataku terhenti apabila tidak melihat kelibat acik .

"heip mana acik?" tanyaku .

"Acik dah pergi dah dia cakap hari ni first day dia masuk kerja ." jelas daddy kepada aku .

"ohh . Eh asal awal sangat dia pergi?" soalku lalu melihat jam di tangan .

"what?!" jeritku apabila melihat jam menunjukkan pukul 7:20 . Pintu pagar akan di tutup pada pukul 7:30 .

"bye guys . Adik kena pergi sekolah sekarang" kataku lalu menuju ke arah rak kasut . Selesai mengenakan kasut aku melihat along bersahaja duduk di meja makan .

"along cepatlah tunggu apa lagi?!" pekik ku di luar rumah . "kau pergi dengan laki kau lah ." kata along lalu tersengih . "what?!" kataku .

Pon pon pon

"weyhh cepatlah lambat ni aku dahlah bertugas harini ." kata Farhan . Aku pasrah lalu berlari masuk ke dalam kereta milik Farhan .

Sebaik sahaja keluar dari kereta Farhan aku melihat banyak mata mata yang memerhatikan aku . Aku masuk semula ke dalam kereta .

" weyh Farhan kan aku dah cakao mesti diorang pelik punya ." kataku kepada Farhan .

"kau cakaplah yang kau tumpang aku sebab daddy dan mummy kau ada hal . Pastu aku cousin kau then kau dan abang abang kau tumpang rumah aku . Abang kau tak dapat hantar sebab ada problem . Habis" ujar Farhan tenang . Aku mengangguk kepala lalu menuju ke kelas .

Sebaik sahaja aku duduk di tempat aku , aku di serbu oleh Hani , Mila dan Ami . "

weyhh ada berita terbaru ke?" tanya Hani sambil menjongketkan keningnya sebelah .

"cerita terbaru apa?" tanya aku dengan muka yang blur .

"ala kau ni buat taktau pulak . Pasal kes kau pergi sekolah satu kereta dengan Farhan lahh ." kata Ami .

Adoh adohh . Cepat betul lah berita ni tersebar baru je tadi . Taulah yang Farhan ni hotstuff .

"ermm aku bagitahu korang tapi korang jangan bising erk ? Janji tau . And jangan viralkan okay ?" kata aku kepada mereka .

"okay" jawab mereka serentak .

"seb... Seb... sebenarnya a..a.. aku dah kahwin dengan Farhan semalam ." kataku tergagap gagap dalam nada suara yang berbisik .

"what?!" kata mereka serentak dengan nada yang kuat . Seluruh kelas memandang kami termasuk geng Farhan .

"ishh jangan lah bising" kataku kepada mereka yang ternganga .

"k camnilah mengelakkan dari orang lain dengar korang pergi rumah aku lah petang ni ."ujarku lagi . Mereka mengangguk .

Kelas yang tadinya bising bak pasar malam menjadi senyap apabila seorang guru lelaki masuk ke dalam kelas bersama seorang lagi lelaki ." Assalamualaikum , cikgu . " Ucap ketua kelas di ikuti oleh yang lain .

" Waalaikumussalam . Okay seperti yang kamu semua tahu guru Bahasa Melayu kamu , Cikgu Norida telah berpindah minggu lepas . Jadi hari ni ada guru baru yang akan menggantikan Cikgu Norida . So , saya harap kamu semua beri kerjasama dengan cikgu baru kamu . " terang Cikgu Izzul panjang lebar .

" emm cikgu boleh perkenalkan diri ye . Saya keluar . " kata Cikgu Izzul lalu menyuruh lelaki itu memperkenalkan diri . Wajah guru lelaki itu terpampang jelas apabila dia mengangkat muka nya yang dari tadi lagi menunduk . Aku terkejut tersangat sangatlah terkejut melihat wajah lelaki itu .

" Assalamualaikum . Nama saya Aqil Hazim boleh panggil cikgu Hazim . Seperti yang kamu semua tahu saya akan ajar korang subjek BM . And harini memandangkan first day , saya hanya nak kamu memperkenalkan diri masing masing .

" yupp . Guru lelaki itu ialah acik . Aku memandang ke arah Farhan . Dia hanya mepamirkan riak wajah yang tenang . 'ni mesti dah tahu ni' getus hatiku . Seorang demi seorang memperkenalkan diri sehingga tibalah giliran aku .

" Nama saya Tengku Ain Aqilah binti Tengku HUZAIMAN . Boleh panggil saya Aqilah ." kata aku menekan nama daddy  . "boleh tak kalau saya panggil awak Ain ?" tanya Cikgu Hazim a.k.a acik . Acik seolah olah ingin membuat aku marah . Sebab aku tak suka orang panggil aku Ain . Ntahlah kenapa . "no ! Tak boleh ." kata aku sambil menggeleng kepala . "okay okay ac ....cikgu panggil awak Aqilah ." kata acik lalu menyuruh aku untuk duduk .

-----------------------------------------------------------

Kriiiinggg kriinngg kringgg

Kedengaran bunyi loceng menandakan waktu tamat sesi pembelajaran . Keluar sahaja Cikgu Ziyah dari kelas aku berdiri lalu mengemas barang aku . Kini hanya tinggal geng aku dan geng farhan .

"Aqilah jomlah ." ajak kawan aku .

Aku mengangguk kepala lalu mengiringi mereka menuju ke kawasan menunggu . Aku berhenti ketika kami melalui kawasan parking kereta pelajar . Mereka seakan akan faham lalu meneruskan perjalanan . Aku masuk ke dalam kereta sebaik sahaja Farhan tiba dan masuk ke dalam kereta .

"Weyhh kenapa geng kau menjerit tadi hah?" tanya Farhan kepada aku .

"ohh . Aku bagitau diorang pasal kite . Tapi aku bagitau diorang jelah . Kitorang dah janji taknak ada rahsia ." jelas aku kepada Farhan . "kau bagitau kawan kau jugak ke?" tanya aku memecahkan kesunyian . "ha'a tapi diorang jelahh ." kata Farhan . Kami diam . Hanya kedengaran bunyi radio sahaja .

Tiba sahaja di rumah , aku terus mendaki tangga untuk membersihkan diri . Selesai sahaja bersiap , aku turun ke bawah untuk makan tengah hari . Aku mengambil tempat di antara Farhan dan along dan berhadapan dengannn Acik . Ee besar kecik besar kecik je aku tengok dia ni . Tidak selesa di perhatikan , Acik mengangkat muka "apa?" tanya acik . "kenapa acik tak bagitahu yang acik ajar kat sekolah adik ?" tanya aku sambil menyuapkan makanan . "SURPRISE !" kata acik dalam nada yang riang namun hanya dibiarkan dibawa angin .

Berlalu begitu sahaja . Kesiann .

Selesai makan , aku menuju ke bilik untuk menyiapkan kerja rumah dan mengulangkaji . Almaklumlahh tahun ni SPM . Farhan telah pergi ke bilik dahulu dari aku . Aku masuk ke dalam bilik dan mengeluarkan buku . Lalu menyiapkan kerja rumah

"Farhaaaaaan ." panggilku ku .

"apa?" tanya Farhan sambil meneruskan kiraannya .

"kau dah lama tau ke yang acik jadi cikgu bm kita?"

"taklah lama sangat . Masa aku nak pergi kelas pagi tadi aku singgah bilik guru ada kerja pengawad pastu aku nampak acik tengah elok bersandar kat kerusi cikgu Norida . Aku tanya lah kat dia . Sebab tulah aku tak terkejut masa dia ada kat kelas tadi . Kau ingat aku taktau kau tengok muka aku tadi . " terang Farhan panjang lebar berjela

" bila masa kau pergi bilik guru? " tanya aku lagi

" ala kau ni . Takkan lah tak perasan yang aku masuk kelas lambat dari kau . " aku hanya mengangguk kepala tanda faham .

" dikkk . Kawan adik ada kat bawah . " jerit along dari bawah . Ishh dia ni depan orang terjerit jerit . Aku turun ke bawah dan menuju ke arah kawan kawan aku .

" haii guys . " sapaku . Ketiga tiga mereka menoleh ke arah aku . "hai" jawab mereka serentak . "emm aku buat air dulu erh?" kataku . Tanpa menunggu jawapan dari mereka aku berlalu menuju ke dapur untuk mengambil jus oren untuk dihidangkan .

Aku membawa dulang yang mengandungi 4 biji gelas ke ruang tamu di mana tempat aku dan kawan kawan aku duduk .

" emm Aqilah . Kitorang datang ni nak dengar cite kau tadi . Macam best je kan kan?" kata Mila sambil menjongketkan keningnya .

Aku tersenyum . "haihlah korang ni . Sebenarnya semalam aku dah kahwin dengan Farhan ." kataku lalu menunduk .

"woahh kan aku dah cakap jangan main kutuk mamat sengal lah apelah kang dah jadi laki kau . Hahaahah" kata Hani meletuskan ketawa Mila dan Ami .

"kau nak penampar" tanya aku namun hanya bergurau . Biasela gurau manja en .

"macam mana korang boleh kahwin . Takkan tangkap cintan pastu lamar pastu kahwin . Baru je minggu lepas kau cakap kau taknak dengan mamat tu ." tanya Ami setelah berhenti ketawa .

"hmm parents kitorang yang rancang . Kau tau tak dahlah aku bongsu aku jugak yang kahwin awal ." kata ku kepada mereka .

"Adik , acik nak keluar ada ape ape pesanan tak ?" tanya Acik yang baru sahaja turun dari tangga . Acik ni memang macam tu . Kalau dia pergi mana mana mesti tanya kat sape sape ada pesanan ke tak .

"seperti biasa" kata aku kepada Acik . Semua ahli keluarga aku dah masak kalau aku ada pesanan . Aku pesan apa ? Aku pesan coklat cadbury oreo . Favourite tu .

Acik mengangguk lalu keluar . Aku melihat ke arah Ami , Hani dan Mila . Ternganga habis mulut diorang .

"korang kenapa?" tanya aku hairan

"weyh tu bukan cikgu Hazim ke?" tanya Mila .

"ohho lupa . Sebenarnya cikgu Hazim tu abang aku ." kataku lalu tersengih .

"ohh patutlah dia pergi sakat kau kat kelas tadi . Aku ingatkan cikgu tu tangkap cintan kat kau ." kata Hani .

Setelah habis berbual , Hani , Mila dan Ami meminta diri untuk pulang .

Aku mandi dan mempersiapkan diri . Setelah selesai aku turun ke bawah untuk makan .

Aku mencuci pinggan . Habis segala kerja , aku menuju ke arah bilik . Sleep time . Aku baring di atas katil lalu mengiring ke arah Farhan . Farhan sedang enak di ulit mimpi . Kacak . Patutlah ramai fans . Aku memejam mata lalu tidur .

Continue Reading

You'll Also Like

115K 5.6K 29
Mia Khaisara, nama yang tidak asing lagi di SMK Bintara. Orangnya yang lurus bendul dan perwatakan yang menarik. Dia juga seorang.... Pengawas?! Wala...
3.3K 441 55
Bismillahirrahmanirrahim Mengandungi Himpunan kata-kata bijak dan penuh motivasi Sayyidina Ali r.a. (Gambar hanya hiasan).
138K 9.7K 70
Apa itu Crush? C inta yang di R ahsiakan hanya U ntuk S eseorang dengan H arapan dia akan menyedarinya ❇ menurut twitter sebanyak 98% crush tid...
642K 24.5K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...