Saat Cintaku Berbisik Rindu [...

By KANoor6

195K 4.5K 221

Amani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59

Bab 27

2.8K 75 1
By KANoor6

Sepi menghuni sepanjang perjalanan menuju ke rumah mertua. Danish diam dalam pemanduan. Langsung tiada raut manis di wajah itu. Amani sesekali mencuri pandang wajah kelat suaminya.

Malam ini, bermulalah episod baru dalam hidupnya ditempat asing dan bersama orang yang asing baginya. Hatinya masih sebak dan sedih mengenangkan nasibnya yang kini sudah menjadi sebatang kara. Dia buntu memikirkan semua yang terjadi.

Sebelum beredar dari rumah lamanya, Fariha sempat menawarkan beberapa pertolongan seperti menguruskan hal berhenti kerja di syarikat ayahnya.

"Kau dah fikir masak-masak ke, Ani? Kau nak berhenti kerja kat syarikat ayah kau? Itupun notis tak sampai 24 jam." Soal Fariha yang berhadapan Amani di depan pintu keluar.

Amani mengangguk lemah.

"Untuk apa aku kerja situ lagi, Riha? Papa dah tak anggap aku anak dia. Aku tak boleh ada kaitan apa pun dengan dia." sedu suara Amani.

"Ani, habis tu, lepas ni kau nak buat apa?"

Fariha menyentuh lembut lengan sahabatnya itu.

"Aku akan cari kerja lain. Kau tak perlulah risau pasal itu."

"Macam mana lah aku tak risau, Ani. Kau dalam keadaan macam ni. Tapi tak apa, aku akan tolong kau pasal berhenti kerja. Serahkan pada aku aje."

Amani senyum hambar.

"Ani.." seru Puan Latifah lembut dari belakang.

Mereka menoleh hampir serentak.

"Mama.."

Puan Latifah mendekati dengan mata berkaca.

"Mama dah tak ada di sisi Ani lepas ni. Mama harap sangat, Ani akan bahagia dengan suami dan keluarga baru Ani."

Amani diam. Dia sendiri tidak tahu macam mana tanggapan mereka terhadapnya.

"Mama yakin, mereka akan terima Ani sebab mama kenal anak mama. Siapapun akan jatuh sayang pada Ani."

Amani dan Fariha tersenyum hambar.

"Janji dengan mama sayang."

"Janji apa, ma?"

Puan Latifah menyentuh lembut pipi Amani.

"Janji yang Ani akan cuba untuk bahagia. Cari kebahagian walau dalam penderitaan. Janji dengan mama ye sayang. Janji Ani akan bahagia walau mama sudah tiada di sisi Ani.

Mama yakin suatu hari nanti, kebenaran akan muncul. Mama harap Ani sabar dan berdoa pada Allah untuk tunjukkan kebenaran itu. Yang penting, mama nak Ani bahagia. Janji ye sayang?"

Puan Latifah mengelus lembut pipi Amani dengan tangisan. Amani sudah berkaca. Fariha pula sudah mengesat air matanya.

Amani menggenggam erat tangan ibunya yang masih melekat diwajahnya sambil mengangguk berkali-kali.

"Anggaplah keluarga baru Ani macam keluarga Ani sendiri. Hormati mereka dan layan mereka dengan elok. Paling utama, hormati dan taat pada suami. Jangan sesekali menyakiti atau menyinggung perasaan dia."

"Baik, ma. Ani janji semua itu. Terima kasih, ma. Ani sayangkan mama."

Amani pantas memeluk tubuh ibunya dengan erat. Tubuh itu akan dirinduinya teramat.

Amani menyeka air mata yang tertumpah saat terakhir dia dirumah tadi. Danish perasan air mata itu namun dia tidak mengendahkannya. Dia terus memecut laju kereta Volkswagen itu.

Sampai sahaja di perkarangan rumah barunya, Danish mematikan kereta dan membatu di sisi Amani tanpa sebarang reaksi. Amani memandang pelik suaminya itu.

"Encik Danish, kenapa?" soal Amani dengan suara perlahan dan terketar-ketar.

Danish masih diam.

"Nak saya keluar ke?"

"Hm" itu jawapan Danish dengan wajah kelat.

Amani perlahan-lahan keluar dari kereta itu dan mengambil begnya di tempat duduk belakang. Danish keluar dari kereta dengan laju lalu mendekatinya.

"Cepatlah sikit." Marah Danish lalu menutup pintu belakang yang masih terbuka dengan kuat.

Amani membuntuti Danish dari belakang dengan laju. Sunyi sepi rumah ini seperti tiada penghuni. Amani mendaki tangga dibelakang Danish yang langsung tidak menoleh.

Masuk saja di bilik, terserlahlah bilik Danish yang kemas dan rapi. Danish pantas mengambil tualanya dan meluru ke bilik air. Amani terpinga-pinga ditengah bilik itu sendirian.

Hatinya saat ini berdebar-debar. Inilah pertama kali dia bersendirian didalam bilik tidur bersama lelaki. Peluh-peluh kecil menghiasi dahinya.

Dia berjalan sedikit ke tepi tingkap bilik sambil melihat ke bulan yang terang benderang di langit. Begnya dilepaskan. Kali ini, dia hanyut dalam lamunannya lagi.

Bagaimana penerimaan keluarga Danish padanya? Adakah dia boleh memujuk hati mereka untuk menerimanya? Paling utama, macam mana dia mahu melayan Danish sebagai suami? Apa yang perlu dia lakukan?

Perlu ke aku panggil abang? Iya, perlu sebab dia dah sah jadi suami aku. Andai semua ini mimpi, kejutkanlah aku Ya Allah. Mimpi ini nampaknya sangat panjang dan perih. Aku tak mampu untuk teruskan mimpi ini. Pinta hati Amani.

Semua ini kerana dia terlalu mudah mempercayai Farah. Kenapa Farah tergamak buat semua ini pada dirinya? Benci sangatkah Farah padanya? Amani merasa begitu bodoh kerana boleh terjatuh kedalam perangkap Farah.

Danish keluar dari bilik mandi dengan berbaju tidur sahaja. Dilihatnya Amani yang sedang berdiri di tepi tingkap dengan pandangan tajam. Dia mendengus kuat.

Amani tersedar dari lamunan dengan dengusan itu.

"Eh, Encik Da.. Eh, abang dah siap?" soal Amani lalu mengangkat bagnya.

Dia mendekati Danish dengan laju.

"Apa? Abang?" Danish bertanya seakan tidak dengar.

"Iya, abang. Kan abang dah sah jadi suami Ani."

Danish ketawa sinis.

"Kau tak payah nak ber 'abang' dengan aku. Aku tak suka." Kasar Danish berkata.

Amani diam.

Danish berjalan ke katilnya dengan mata tajam.

"Barang Ani nak letak mana?" soal Amani sambil mengangkat sedikit bagnya.

Danish berhenti melangkah. Dia pantas menoleh dan mendekati Amani.

"Aku peduli apa barang kau? Kau letaklah kat mana pun yang kau suka yang penting bukan dalam bilik aku. Kalau boleh, dengan kau sekali aku tak nak ada dalam bilik ni."

"Abang.." belum sempat Amani bercakap terus Danish memotong dengan kasar.

"Aku dah cakap jangan panggil aku abang! Kau pekak ke apa, perempuan? Aku tak suka kau panggil aku abang. Aku benci! Aku bencikan kau. Sebabkan kau perangkap aku, aku kena kahwin dengan kau.

Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau? Nak sangat hadap muka kau yang menyampah ni? Aku tak sukakan kau. Aku bencikan kau. Kau ni tak layak jadi isteri aku." Danish menghamburkan marahnya dengan kuat.

Amani menahan sebak.

"Saya tak buat semua tu. Saya kena perangkap." Amani cuba membela dirinya.

Danish terus mengambil bag di tangan Amani lalu melemparkannya ke dinding bilik air. Mukanya terus menjadi bengis.

"Kau yang perangkap aku! Kau jadikan aku pak sanggup kau. Kau dah berseronok dengan jantan lain lepas tu kau perangkap aku. Kau ingat aku bodoh nak percayakan kau. Kau tu dah kotor, jijik. Sebab tu kau perangkap aku." Hina Danish dengan kuat.

Berkaca mata Amani mendengarnya.

"Kau memang perempuan murahan. Tak hairanlah kalau asal usul kau pun kau tak tahu. Sekarang dah memang jelas kan? Kau buat perangai macam anak haram. Kau tu anak haram! Kau dengan mak kau sama aje. Perempuan sundal."

Menitis air mata Amani mendengar setiap cacian dan makian Danish. Wajah bengis Danish menakutkannya.

"Kalau ikutkan aku, tak ingin aku pandang kau lah. Tapi, sebab bapak angkat kau yang bodoh tu paksa ummi dan abi, aku terpaksa kahwin dan hadap muka kau. Bapak angkat kau yang bodoh tu jadikan aku kambing hitam kau."

"Encik Danish, saya tak kisah saya dihina tapi jangan hina ayah saya. Dia tak salah."

"Habis tu, aku yang salah? Apa salah aku sampai kena kahwin dengan perempuan macam kau? Perempuan yang dah tak bermaruah?"

Amani diam lagi. Air mata masih lagi menitis dengan laju.

"Siapa lelaki yang tidur dengan kau? Beritahu aku sekarang. Biar dia yang kahwin dengan kau. Kenapa aku yang kena tanggung pula? Cepat beritahu supaya aku boleh ceraikan kau dan kau boleh kahwin dengan dia." gesa Danish dengan nada bengang.

"Saya diperangkap, encik Danish. Saya bersumpah dengan nama Allah yang saya dianiaya. Saya tak pernah dengan sesiapa pun."

"Kau tak payah nak menipu aku lagi! Cepat cakap sebelum aku tampar kau!" ugut Danish dengan mata membuntang.

"Sumpah saya.." belum sempat Amani menghabiskan ayat terus Danish memotong.

"Argh!!" jerit Danish lalu menampar Amani dengan kuat.

Tersungkur jatuh Amani ke lantai dengan kuat. Berdesing telinganya. Pipi yang ditampar tadi terasa pedih.

"Aku dah cakap jangan nak menipu lagi. Kau tak faham ke apa?"

Danish lantas menarik tudung Amani dengan kasar.

"Kau pakai tudung pun buat apa kalau perangai tak senonoh." Ujar Danish lalu membuang tudung itu kedalam bakul sampah dengan kuat.

Amani memandang Danish dengan tangisan. Pipinya masih sakit.

"Kau dengar sini, sampai bila-bila pun aku takkan terima kau jadi isteri aku. Kau tu tak layak jadi isteri aku sebab kau tu kotor, jijik. Kau tu anak haram. Kau dengar dan semat betul-betul dalam otak kau yang aku takkan terima kau. Faham?" ujar Danish sambil menonjol-nonjol kepala Amani dengan kasar.

Amani hanya mampu menangis saat ini. Tidak disangkanya Danish akan berkasar sehingga begini. Perlahan-lahan dia cuba bangkit namun segera dihalang oleh Danish.

"Kau nak pergi mana?" soal Danish lalu menarik rambut Amani dengan kasar.

"Sakit, encik Danish." rintih Amani dengan tangisan.

"Kalau ikutkan aku, aku nak pijak-pijak kau. Ni baru sikit."

Danish pantas mencampakkan Amani yang ditarik rambutnya ke dinding. Amani menjerit dengan kuat namun tiada siapa yang boleh mendengar.

"Kau tidur kat depan bilik tandas sebab tempat tu paling sesuai dengan kau." Arah Danish lalu dia menendang bag Amani dengan kuat.

Amani tersendu-sendu menangis sambil bersandar di dinding. Danish berjalan ke katilnya tanpa sedikitpun memandang Amani yang terluka. Danish terus berbaring dikatil selepas menutup lampu.

Amani menyeka air matanya. Dengan sisa tenaga yang masih berbaki, Amani perlahan-lahan bangun mendekati bilik tandas. Berbekalkan lampu malap tandas, Amani menjumpai beg yang sudah berhambur keluar isinya.

Amani memasukkan semula barang-barang itu kedalam beg dengan berhati-hati. Dia tidak mahu membuat bising. Takut Danish akan mengamuk lagi.

Dengan bertilamkan lantai dan berbantalkan beg, Amani baring dihadapan pintu tandas dengan tangisan hiba. Inikah takdir yang bakal ditempuhnya nanti? Kenapa Danish boleh berubah sedemikian rupa?

Mama, Ani sakit ma. Ani tak bahagia sekarang. Maafkan Ani sebab Ani tak mampu nak cari bahagia dalam derita saat ni. Mama, Ani rindukan mama sangat. Tolong Ani, ma. Ani tak kuat, ma. Tolonglah mama. Rintih hati Amani.

Malam pertamanya menjadi isteri ditemani tangisan dan kesakitan. Dia ditampar dan diugut cerai hanya pada malam pertama dia menjejakkan kaki ke bilik ini. Entah apa akan jadi esok-esok harinya jika malam pertama pun sudah begini. Amani menangis sehingga terlelap malam itu. Tidurlah, Amani. Semoga esok akan ada sinar baru dalam hidupmu.

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 109 10
Maryam mempertaruhkan kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Sayangnya majlis perkahwinan mereka bertukar kecoh apabila Asyraf bertindak me...
292K 26.4K 197
warning; mempunyai kata-kata yang agak panas. kalau kau bosan baca. buku ini mengandungi segala fakta, auta, lawak, sentapan tentang kehidupan seor...
157K 5.1K 28
Berdasarkan kisah benar mengenai kehidupan seorang wanita apabila masuk dia fasa perkahwinan. NUR ALIANA UMAIRAH seorang gadis yang telah dipinggirka...
eqa By puterasp

Non-Fiction

36K 60 1
xxx