Tips Penulisan [ Q & A] Edis...

By iamyourcupcake

42.7K 7.5K 1.5K

Jemput masuk dan enjoy tips khas daripada saya. Dijemput untuk sertai sesi Q & A ♥ Photo [Using For Cover]: C... More

Intro | Kenali saya
Himpunan Q & A
Q & A : Part 2
Q & A : Part 3
Q & A : Part 4
Q & A : Part 5
Tips 1
Q & A : Part 6
Q & A : Part 7
Tips 2
Tips 3
Sesi Luahan 🍟
Senarai Book Review 3 ⚠
Tips Penulis : Featuring -itsfy
Fakta Menarik
Thank You For 2018 💖
Q & A : Part 8
Q & A : Part 9
Q & A Part 10
Q & A Part 11
Q & A : Part 12
Q & A : Part 13
Q & A : Part 14
Q & A: Part 15
Q & A : Part 16
Feedbacks Untuk Q & A
Batch 02-Book Review [Ulasan]
Tips [Ending]
Q & A : Part 17
Batch 3 [ Info Penting]
Q & A (Letak Soalan) 📺
Q & A : Part 18
Q & A : Part 19
Q & A ditutup. Happy 10k reads
6k votes, TQ!

Batch 01- Book Review [ Ulasan]

994 158 15
By iamyourcupcake

Ulasan karya untuk Batch 01

[17/12/2018] 

Lebih awal daripada jangkaan. Sepatutnya saya tamat review 20/12.

Status: Done

---


Ulasan:

1. Cover : Cover dah sesuai dengan tema. Cuma, penggunaan cover story yang lebih jelas dan berada dalam kualiti HD lebih digalakkan.

2. Tajuk : Tajuk menarik !

3. Intro: Ringkas dan padat. I love it !

4. Penggunaan tatabahasa dan pemilihan perkataan:

Perkataan Inggeris perlu disendengkan. Nama setiap watak langsung tidak diletakkan huruf besar ( betulkan). Ada penggunaan kata singkatan yang seharusnya perlu dielakkan dalam sesebuah karya penulisan. Saya dapat mengesan beberapa kesalahan tatabahasa. Double check semula ayat-ayat yang dikarang nanti ya? 

5. Komen penambahbaikan:

  Lawak yang ditampilkan ada isi yang ingin disampaikan. Namun, saya lihat penulis seakan berada di dalam zon lawak yang ternyata khas untuk dia seorang. Mohon perbaiki dari sudut lawak yang dipersembahkan.   Penggunaan POV juga memeningkan pembaca. Saya harap anda dapat menyelitkan penggunaan POV yang bersesuaian dan mengikut turutan. Bilangan perkataan untuk setiap bab juga perlu diseimbangkan. 

Skor keseluruhan: 4/10


----

Ulasan:

1. Cover : Saya cadangkan penggunaan cover yang lebih sesuai. Cerita ini tiada kaitan dengan tema beraja. Jadi, penggunaan cover lain perlu dilakukan oleh penulis,

2. Tajuk : Tajuk dah mantop!

3. Intro: Saya sukakan intronya. Ada baiknya jika dipanjangkan sedikit.

4. Penggunaan tatabahasa dan pemilihan perkataan:

Perkataan Inggeris wajib disendengkan. So far, penggunaan dan pemilihan perkataan membuatkan saya selesa untuk membacanya. 

5. Komen penambahbaikan:

Kurangkan penggunaan ayat-ayat yang terkandung dialog berbahasa Inggeris terlalu banyak. Jalan cerita dah menarik dan lancar. Cuma, perbaiki dari sudut panjang setiap bab yang dihasilkan. Selitkan babak flashback yang penting. saya masih tertanya how taehyung's gone in this story ?

Skor keseluruhan: 6/10


Ulasan:

1. Cover : Saya nantikan cover yang lebih menarik. 

2. Tajuk : Tajuk bersesuaian. Just penyelitan nama watak begitu panjang di sebelah tajuk. (elakkan)

3. Intro: Intro kurang memuaskan hati. 

4. Penggunaan tatabahasa dan pemilihan perkataan:

Perkataan Inggeris langsung tidak disendengkan. Pemilihan perkataan yang tidak bersesuaian. Typo di merata tempat. Perbaiki gaya penulisan adik.

5. Komen penambahbaikan:

  Sepatutnya dialog tidak perlu dihitamkan.  Perbaiki penggunaan POV anda. Susun jalan cerita yang lebih teratur dan mudah diterima akal. Ada sesetengah babak yang ditampilkan mungkin akan memberi sedikit kesukaran untuk pembaca memahaminya. Please, jangan hitamkan perkataan sesuka hati anda. 

Skor keseluruhan: 2/10

@a_firefly



Ulasan:

1. Cover : Sangat cantik . Saya cadangkan anda kekalkan cover yang bertema seperti ini.

2. Tajuk : Tajuk sudah bagus. Saya cadangkan penggunaan tajuk yang lebih menarik. 

3. Intro: Saya dah baca intro yang terbaru. Ianya sudah memadai dan bersesuaian dengan jalan cerita.

4. Penggunaan tatabahasa dan pemilihan perkataan:

Tiada apa-apa kesalahan yang ketara. Minimumkan penggunaan perkataan hangul (Korea). Baiki penggunaaan perkataan Inggeris. 

5. Komen penambahbaikan:

Perbaiki prolog. Saya lihat ianya agak tergantung. Plot bergerak laju. Saya lihat peralihan masa dari zaman moden ke zaman lampau begitu pantas. Jalan cerita juga sedikit memeningkan dan meleret. 

Skor keseluruhan: 4/10


Ulasan:

1. Cover : Cover nampak biasa sahaja. Saya cadangkan anda guna aplikasi Canva untuk mengedit poster. Cover memainkan peranan penting dalam menarik minat pembaca.

2. Tajuk : Tajuk ringkas tapi menarik perhatian. 

3. Intro: Intro juga mengancam. Syabas diucapkan.

4. Penggunaan tatabahasa dan pemilihan perkataan:

Tiada kesalahan yang ketara. 

5. Komen penambahbaikan:

Terlalu banyak flashback yang diselitkan sehingga ianya menyukarkan pemahaman saya untuk membaca story anda. Tolong perbaiki daripada sudut penyusunan plot dan flashback, babak kejam memang sesuai dengan tajuk. Tetapi, jangan jadikannya terlalu sadis dan menyebabkan pembaca menjadi kurang selesa untuk meneruskan pembacaan.

Skor keseluruhan: 3/10

Ulasan:

1. Cover : Okay. Namun, tampak begitu kelam. 

2. Tajuk : Tajuk sudah bersesuaian.

3. Intro: Intro berkait dengan tajuk. Good!

4. Penggunaan tatabahasa dan pemilihan perkataan:

Tiada kesalahan yang maksimum. Pemilihan perkataan juga bersesuaian.

5. Komen penambahbaikan:

Plot agak longgar. Tetapi, saya masih dapat memahaminya. Pastikan setiap bab ada fokus yang ingin disampaikan. 

Skor keseluruhan:4/10

Ulasan:

1. Cover : Cover  comel dan sangat sesuai dengan tajuk.

2. Tajuk : Dah okay. Siapa je tak tertarik untuk baca jika diorang nampak perkataan crush?

3. Intro: Intro , mohon perbaiki. Saya tak dapat gambaran story ini berkisarkan tentang apa secara keseluruhan(?)

4. Penggunaan tatabahasa dan pemilihan perkataan:

Setakat 9 bab yang saya baca semuanya okay. Just double check again later. Ada minor mistakes dalam beberapa bab.

5. Komen penambahbaikan:

Saya sendiri tidak faham fokus yang ingin disampaikan oleh penulis dalam cerita ini. Plot yang ditonjolkan terlalu ringkas dan longgar. Perbaiki lagi susunan plot.

Skor keseluruhan: 3/10

Ulasan:

1. Cover : Saya harap anda dapat menggantikan cover yang lebih menarik. 

2. Tajuk : Saya harapkan tajuk yang lebih menarik perhatian.

3. Intro: Intro kurang memuaskan. 

4. Penggunaan tatabahasa dan pemilihan perkataan:

Tiada kesalahan ketara. 

5. Komen penambahbaikan:

 Gaya penulisan perlu diperbaiki lagi. Terlalu meleret. Story yang dihasilkan seolah tiada hala tuju.  

Skor keseluruhan: 2/10

---

A/N:

Saya ingin memohon maaf jika review yang dilakukan oleh saya mungkin kelihatan kasar. Komen ini didatangkan khas daripada pendapat saya sendiri. Saya harap korang dapat memantapkan lagi penulisan masing-masing pada masa hadapan.

Take your times. Perkara yang paling penting adalah berkarya mengikut kreativiti anda. Jangan pendamkan bakat yang ada. Asah kemahiran korang!

---


Continue Reading

You'll Also Like

8.1K 1.3K 83
We're back again! HAHAHA Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop kedua aku ni! ✨...
352K 11.8K 49
[COMPLETE] > ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sika...
586K 24.9K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
3.3M 36.5K 14
✨ COMPLETED ✨ "encik saya minta maaf , saya cuma ternampak apa yang encik buat tapi saya janji takkan bagitahu sapa-sapa" - Ayra Husna "shut up littl...