TERSESAT KE ALAM BUNIAN

By MiszJupiter

608K 36.1K 3.3K

Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asr... More

CHAPTER 1: WUJUDKAH BUNIAN DI BLOK ALPHA
CHAPTER 3- PONTIANAK
CHAPTER 4- MENARA HIJAU
CHAPTER 5- INDRAWAN
CHAPTER 6-MIMPI SEMALAM
CHAPTER 7-DIKEJAR PONTIANAK
CHAPTER 8- TOLONG AKU INDRAWAN
CHAPTER 9- TERIMA KASIH
CHAPTER 10: DI AIR TERJUN
CHAPTER 11: SELAMAT MALAM, INDRA.
CHAPTER 12: BALAS DENDAM
CHAPTER 13: BILIK SIAPA ITU
CHITCHAT 1#
CHAPTER 14- MARAH LAGI
CHAPTER 15-BERTEMU PAK GHAZAL
CHAPTER 16-SISI LAIN INDRA
CHAPTER 17- KAU DALAM BAHAYA
CHAPTER 18-AHLI NUJUM
CHAPTER 19-AIR TUAK
CHAPTER 20-2.0.1.4
CHAPTER 21-BUNIAN
CHAPTER 22-JANGAN TINGGALKAN AKU, ASHA
CHAPTER 23-MIMPI
CHAPTER 24-KORBAN?
CHAPTER 25-SERANGAN PONTIANAK
CHAPTER 26-KEBENCIAN ITU
CHAPTER 27-PEREMPUAN ASING
CHAPTER 28-SIAPA MARIAM?
CHAPTER 29- KEHADIRAN IBU
CHAPTER 30-SLEEP PARALYSE
CHAPTER 31-PETAPA GUA BANUA
CHAPTER 32-MANUSIA ABADI
CHAPTER 33-POHON RAHSIA
CHAPTER 34- PEREMPUAN KORBAN
CHAPTER 35- SANGGUL PERAK
CHAPTER 36- KE MANA KAU PERGI
CHAPTER 37- KISAH INDRA
CHAPTER 38- HAMBA ATAU ISTERI
CHAPTER 39- KERIS WARISAN
CHAPTER 40-AMANAT DARI MOYANG
CHAPTER 41- AKU MAHU MATI!
CHAPTER 42- PENGAKHIRAN BUAT INDRA
CHAPTER 43- AKU DAH BUNUH DIA.
CHAPTER 44- UBAH HATI
CHAPTER 45-PINTU KELUAR
CHAPTER 46- TOPENG AJAIB
CHAPTER 47-KEBAL
CHAPTER 48- LUAHAN HATI
CHAPTER 49-SELAMATKAN IBRAHIM
CHAPTER 50- HUTANG LAMA
CHAPTER 51-KISAH CINTA
CHAPTER 52 - JIJIK
CHAPTER 53- KEJAM
CHAPTER 54- KEPUTUSAN BODOH
CHAPTER 55-MALAM PERTAMA
CHAPTER 56- MANA KERIS TU?
CHAPTER 57- TRAUMA SEMALAM
CHAPTER 58- SELAMAT
CHAPTER 59-BALIK KE KAMPUNG BUNIAN
CHAPTER 60- HIDUP TANPA INDRA
CHAPTER 61- BUKAN DUNIA KAU
CHAPTER 62- PUJUK ASHA
CHAPTER 63- PERBEZAAN DUA DUNIA
CHAPTER 64-HARI PERNIKAHAN
CHAPTER 65- AKU RINDU KAU
THE END
ANNOUNCEMENT

CHAPTER 2-TEMAN TIDUR

16.3K 684 81
By MiszJupiter

Huh... Baru selesa sedikit selepas mandi. Baru rasa segar. Aku mengelap rambutku yang basah dengan tuala yang aku sangkut di leher. Selepas keluar dari bilik air, aku menuju ke bilik yang hanya bersebelahan dengan bilik air. Tapi yang peliknya, pintu bilik aku sudah terbuka separuh.

Maya sudah balik? Tidak pernah-pernah dia balik bilik selepas pukul 12 tengah malam. Siapa sahaja yang tidak tahu perangai penakut dia itu. Aku ingatkan dia sudah tidur di bilik Lina.

"Aik, kau kat bilik? Aku ingat kau tidur bilik Lina," ujarku selepas masuk ke dalam bilik. Maya duduk di depan meja belajar sambil melihat ke luar tingkap. Dia menoleh dan memandang aku sambil tersenyum.

"Kau tak tidur lagi ke? Selalunya waktu begini, kau sudah tidur ," kataku lagi dengan nada pelik. Aku menjenguk jam di handphone, pukul 12.30 tengah malam.

Dia berdiam sahaja. Langsung tidak menjawab soalan aku. Kenapa Maya nampak lain? Maya tidak pernah seperti ini. Selalunya, ada sahaja ideanya hendak berbual ataupun bergosip dengan aku. Maklumlah, geng makcik bawang.

Hurmm... Mungkin dia baru habis bergaduh dengan Ijai. Sebab selalunya kalau dia moody macam ni, sebab dia baru bergaduh dengan teman lelakinya itu. Setelah mengelap rambut hingga hampir kering, aku terus mencapai telekung dan memakainya.

"Kau nak buat apa?"

"Sembahyanglah. Aku belum sembahyang Isyak lagi ni," jawabku. Dia merenung aku tajam.

"Janganlah sembahyang kat sini," katanya dingin. Aku mengerutkan dahi, pelik. Kenapa pula? Maya tidak pernah melarang aku sembahyang.

"Eh, kenapa pulak? Habis tu, aku nak sembahyang kat mana?"

Dia bangun cepat-cepat dan mendengus marah. Setelah itu, dia terus keluar bilik dan menghempas pintu. Eh, kenapa dia sebenarnya? Angin semacam sahaja.

Aku hanya menjongketkan bahu melihat perubahan dia. Period kot? Kata aku dalam hati. Malas hendak ambil pusing, aku terus menghampar sejadah dan memakai telekung untuk solat Isyak.

Seusai habis solat Isyak, aku terus berbaring di atas katil. Handphone yang berada di tepi bantal aku capai. Sempat aku membuka aplikasi Whatapps dan membaca mesej-mesej yang tidak sempat aku baca sejak petang tadi. Tiba-tiba pintu ditolak, aku terus menoleh, memandang ke pintu. Maya masuk ke bilik bersama sejambak bunga.

"Siapa bagi bunga tu? Ijai ke?" Tanyaku. Dia tersenyum dan mengangguk.

"Kau kenapa? Lain macam je aku tengok. Gaduh dengan dia ke?"

"Haah. Dia keluar dengan Intan. Manalah aku tak mengamuk."

"Dia kan satu kumpulan dengan Intan. Diorang buat kerja sama-sama kot," kataku.

"Tapi aku jealous," balasnya sambil duduk merenung ke luar tingkap.

Lama dia duduk termenung memandang ke tingkap. Kedudukan katilku berada sebelah meja belajarnya dan berhadapan dengan katil Maya. Jadi aku boleh nampak jelas wajahnya yang suram itu. Pada mulanya aku buat tidak endah sahaja, tapi semakin lama semakin aku berasa pelik. Dia duduk statik memandang keluar tingkap, tanpa mengerdipkan mata walau sekali.

Aku berusaha untuk menyedapkan hati. Mungkin dia ada masalah lain yang dia pendam. Walaupun Maya tidak pernah begini, tapi mungkin dia ada alasannya sendiri untuk tidak memberitahu aku. Lagipun, aku memang sudah terlalu penat hari ini, jadi aku malas nak fikir perkara lain. Selepas aku memasang alarm tepat pukul 6 pagi, aku meletakkan handphone di sebelah bantal. Aku terus melelapkan mata.

"Asha," panggil Maya. Aku terus membuka mata memandang dia.

"Aku nak tidur sebelah kau boleh tak?" Soalnya tiba-tiba. Sekali lagi aku mengerutkan dahi. Kenapa pula? Dia ada katil sendiri kan? Kenapa Maya nak tidur dengan aku?

Belum sempat aku berkata apa-apa, dia telah menutup langsir dan lampu, lalu datang dan berbaring di sebelahku. Rambutnya dilepaskan. Semerbak bau bunga mawar dari rambutnya. Setahu aku, dia tidak pernah memakai syampu yang berbau bunga ros.

Aku mengesot ke tepi untuk memberi dia ruang untuk tidur. Dia bernafas kuat, sampai aku pun mampu mendengar hembusan nafasnya. Tapi aku diamkan sahaja sebab dah mengantuk sangat.

Aku menutup mataku. Dalam keadaan separuh sedar, tiba-tiba aku rasakan seperti ada yang memeluk aku. Ah, mungkin sahaja Maya yang sudah tertidur tidak sedar yang dia sedang memeluk aku. Biarlah dia. Aku terus sahaja melayan mata yang memang mengantuk ini.

Tiba-tiba aku merasa kuku yang dileret-leret di lenganku. Mula-mula kuku itu dileret lembut. Tetapi lama-lama, makin keras dan menyakitkan. Aku menahan kesakitan. Aku cuba bersuara, tetapi entah kenapa aku rasakan yang mulutku terkunci. Jangankan bergerak, hendak buka mata pun aku tidak boleh!

"Aku dah lama nak tidur dengan kau, Asha," bisik Maya ditelingaku. Aku berusaha untuk bergerak, tetapi masih tidak boleh. Malah, bau harum bunga mawar tadi berubah menjadi bau busuk dan sangat hamis!

Tiba-tiba aku rasa sesuatu menghempap tubuhku. Nafasku sesak. Leretan kuku tadi berubah menjadi cengkaman yang kuat. Aku merasa lelehan darah dari kulitku yang dicengkam kuat. Tiba-tiba Maya ketawa mengilai-ngilai. Aku menangis ketakutan. Aku berusaha untuk membuka mata, tetapi aku masih tak mampu. Damn it! Maya dah bertukar menjadi pontianak!

Dalam ketakutan dan sesak nafas. Aku membaca ayat qursi dan dua terakhir surah al-Baqarah. Ustaz aku pernah berkata, ayat qursi dan ayat dua terakhir surah al-Baqarah ini kuat. Jadi, aku  membacanya berkali-kali di dalam hati.

"Lebih baik kau diam, bodoh! Atau aku akan makan kau!" Jerit pontianak itu. Dia semakin mengganas dan mengoyak kulitku dengan ketajaman kukunya. Aku menangis semahuku. Aku nak menjerit meminta tolong, tapi aku tak mampu.

Aku merasa satu gigitan mencengkam di pangkal leher aku. Aku mahu menjerit kesakitan, tapi tidak boleh!

Aku dapat merasa, dia menyedut darahku. Syottt... Syoottt.. Dia mengeluarkan bunyi penuh nikmat. Desahan suaranya kuat di telingaku. Aku menangis kuat. Tapi hanya linangan yang mampu aku keluarkan.

"Lepaskan akulah, setan! Aku berlindung kepada Allah, daripada syaitan yang direjam. Pergi kau dari aku!" jerit aku dalam hati.

Peluh, darah dan air mata habis membanjiri rambut dan bajuku. Aku berdoa kepada Allah, supaya dia menyelamatkan aku. Aku menyerahkan segalanya tentang diriku pada Allah. Diriku semakin lemah kerana aku hilang banyak darah. Dan pontianak itu, dia masih lagi enak melahap darah aku.

Tiba-tiba aku dapat satu kekuatan. Aku mampu membuka mata dan menggerakkan tubuh. Aku terus membuka mata dan aku melihat, 'Maya' sedang menindih aku dengan rambutnya yang gerbang serta giginya yang bertaring-taring panjang. Wajahnya kelihatan cengkung dan penuh dengan ulat yang memenuhi di mata, hidung dan mulutnya. Patutlah dia berbau busuk dan hamis sangat!

Aku terus menolak dia sampai dia jatuh ke bawah katil. Aku memegang leher yang sedang berlinangan dengan darah. Cepat-cepat aku buka pintu bilik dan terus membuka langkah seribu melarikan diri.

Continue Reading

You'll Also Like

3.4K 294 41
Hidup sangat menyeramkan. Tetapi hidup seorang Naeva Camilla lebih menyeramkan. Hidupnya dipenuhi dengan roh-roh yang sentiasa berkeliaran di dunia m...
3.1K 279 19
Sambungan Zombie Di Sekolah 1,Cerita ini mengisahkan tentang peritiwa pada tahun 2025 iaitu selepas 8 tahun kejadian zombie berlaku sekali lagi.Ini m...
2.2M 61.2K 58
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
20.3K 2K 15
Cerita ini penuh dengan misteri dan aksi-aksi seram. Siapakah A'ma. A'ma merupakan seekor jin yang mewujudkan dirinya seperti wanita bertelekung yang...