fy's handbook.

By cypeofy

5.3K 725 841

It is just fy talking nonsense. More

Q & A : how to be a successful author for a beginner?
Q & A : how to get rid writer block?
experiences : monkey dreams.
experiences : rasuk.
experiences : intruder.

Q & A : how to write dark genre?

1.4K 155 188
By cypeofy


Q & A : (1)

Answers :

Fy tak delete hollow of the low tetapi Fy unpublished. Yelah cerita tu dah sampai puluhan chapter weh gila ke nak delete 😂

Why unpublished? Sebab pada mulanya Fy fikir nak teruskan sampai habis sebab cerita tu pun sikit je lagi nak habis. Tetapi Fy jadi down bila tengok comments and others yang masseges fy mengatakan mereka tak faham and tak boleh brain lah cerita itu. Plus ada yang macam seksa gila nak fikir teori. Hehe maafkan Fy.

So, Fy akan unpublished dan publish balik bila fy dah edits semua kesalahan bahasa yang fy dah lakukan dalam fanfic tu. Or maybe.. tukar jalan cerita sebab some of you guys tak faham? Hm, we will see.

Q & A : (2)

iyshns_

Answers :

Fy nampak many of you guys yang banyak tanya pasal ini dan fy actually minta maaf sangat sebab fy tak dapat jawab dengan properly mengenai soalan begini. Sebenarnya soalan macam ni kena panjang gila.

As you guys can see, genre horror atau dalam melayu katanya Seram, tak ada lah susah sangat nak tulis. You guys kena ada idea tentang cerita itu  kemudian go with the flow.

First, for basic tip :

Some of the famous authors selalu terangkan yang korang kena ada plot yang bagus untuk cerita itu berkembang so that jalan cerita itu tak lari. Rangka plot ada tiga iaitu permulaan, klimaks, peleraian. This three really important untuk salah sebuah cerita itu berjalan dengan lancar.

But hey, Fy has other solution.

To be honest, fanfiction Fy semuanya tak ada plot. Baik yang romance mahupun horror fy tak pernah susun plot. Sebab itu banyak cerita fy macam melalut sikit kan? Hehe.

Hal ini demikian kerana, Fy lebih sukakan cerita Fy panjang, have many klimaks so many things could be happend at one time. Kalau kita ada plot, ya, memang jalan cerita kita tersusun and well balanced but the thing is kita akan tersangkut dengan hanya memikirkan jalan cerita mengenai plot itu je. I mean, macam kita tak boleh fikir idea lain berkenaan luar daripada plot itu.

This is why kita selalu terperangkap dekat pertengahan jalan cerita sebab tak ada idea.

Like abad ke-21, we must fikir luar kotak. Think anything yang unik dan jarang orang lakukan. Buat plot twist kaw-kaw punya tapi logik akal. Let readers terkejut sebab dia tak expect benda tu akan berlaku. Dengan cara ini, bukan saja kita dapat idea yang baru, tetapi dapat menarik perhatian readers untuk tumpukan tumpuan mereka sepenuhnya pada cerita kita untuk faham apa sebenarnya yang terjadi.

Jadi, tak ada lah wujudnya readers yang slide je terus tanpa baca sebab malas at the end, dia akan rugi sendiri sebab tak baca betul-betul.

But its okay. Dengan ada plot lagi bagus sebab semuanya well balanced and teratur. Jalan cerita pun tak melalut. So it's better to have a plot. Tapi kalau nak ikut cara Fy pun boleh.

How to write dark genres?
Tips 1 :

Environtment

Jika korang ni jenis yang susah nak bayangkan macam mana rasa seram untuk buatkan karakter korang timbul lagi dalam ff seram korang tu, Fy nasihatkan korang masa nak buat cerita seram korang tu, duduk dalam bilik seorang diri dan tutup lampu. Biarkan kita dapat feelings takut tu dulu supaya senang kita nak describe kan perasaan yang di alami oleh karakter.

Tak pun, korang boleh dengar background music yang instrumental dia seram-seram sikit. Guna earphone. Nak kena ada feelings lah katakan.

Fy selalu gunakan idea ni sebab Fy selalu buat cerita Fy malam-malam masa semua orang tidur. Lelagi masa buat cerita doll tu.

Tips 2 :

Perkembangan ayat.

Lets see, genre horror dengan romance jauh beza. In horror, kalau kita nak readers kita feels apa yang sebenarnya karakter kita rasakan, kita kena kembangkan ayat kita supaya dapat terangkan pada readers dengan begitu detailed agar diorang pun dapat rasakan apa sebenarnya yg karakter itu rasakan. Dan diorang juga dapat bayangkan apa yang karakter tengah lalui.

Jadi dalam genre horror, tak ada langsung soalan 'ringkas tapi padat' no–uh.

Ini contoh ayat yang tak dijelaskan dengan detail ;

Hoseok duduk di bawah meja dapur itu dengan perasaan begitu takut. Matanya memandang sekeliling, untuk memastikan lembaga yang dilihatnya tadi tidak berada di sekitarnya. Matanya kemudian melirik ke arah lengan nya yang sudah berdarah. Keluhan berat dilepaskan.

Dan ini adalah ayat yang well detailed ;

Hoseok melepaskan keluhan yang begitu berat sebaik sahaja dia memasuki ke bawah meja dapur tersebut. Badannya mengigil begitu teruk sehinggakan dia tidak dapat menenangkan dirinya. Manik-manik peluh yang mengalir daripada dahinya diseka. Bibirnya pula terkumat-kamit memohon agar nasibnya tidak ketemu dengan lembaga yang dilihatnya tadi. Hatinya seakan tercabut akibat terkejut mengenangkan kejadian tadi.

Dengan penuh berwaspada, dia melihat sekelilingnya untuk memastikan lembaga tadi tiada disekitarnya. Perasaan takut tadi diketepikan sebentar. Apabila sudah memastikan lembaga tersebut tiada, dia lantas memandang ke adah lengan nya yang sudah tercedera teruk itu. Kelihatan darah mengalir daripada luka akibat hirisan pisau tadi. Darah likat menitis-nitis daripada sikunya itu dikesat dengan kain lengan bajunya. Dia bernafas berat, bahunya terhinjut-hinjut. Perasaan takutnya kini mengatasi segalanya. Dia bersumpah, jika lembaga itu menyerangnya lagi, dia mungkin akan koma di situ.

Faham tak macam mana? Kalau tak faham, sila tanya ;)

Tips 3 :

Plot twists

Ini kegemaran Fy. Fy selalu tekankan dalam buku Fy benda ini. Kalau boleh, Fy akan lakukan plot twist lebih daripada dia kali dalam setiap chapter.

Plot twist ni memang bagus untuk kesihatan buku anda HAHAHA . Why? Dengan adanya plot twists, readers akan find buku kita lebih menarik untuk dibaca. Ini mengelakkan daripada kehilangan readers di pertengahan cerita. Kita taknak lah memula cerita tu banyak readers tapi bila nak akhir, ciput je.

So untuk buatkan diorang stay, kita kenalah entertainkan diorang. Buat plot twist yang gempak sampai diorang tak sangka benda tu jadi. Ha, terseksa lah kau.

For example, fanfiction doll Fy yang merupakan fanfiction genre horror pertama yg fy lakukan. Dalam buku tu memang banyak lah juga plot twist Fy.

Antaranya ialah ;

1) Mula-mula Fy mainkan readers dengan membuat Seokjin sebagai traitor dalam BTS sewaktu diorang dekat dalam hutan itu but sebenarnya yang the real traitor adalah Hoseok.

2) Sebenarnya percutian diorang langsung tak diketahui oleh Bang PD. Kerana mereka sebenarnya disabotaj.

3) Adik Hoseok sebenarnya ada kena mengena dengan perkara yang terjadi oleh BTS.

4) Sebenarnya segala kejadian di dalam fanfiction itu semuanya khayalan Yoongi kerana Yoongi menghidap penyakit skizofrenia. (Dia mimpi )

5) epilog : sebenarnya Hoseok memang jahat dan dia dah aturkan semua rancangannya seperti apa yg Yoongi mimpikan itu. Jadi Yoongi sebenarnya tak mimpi, tetapi dapat petanda tentang masa depan mereka.

Easy kan? Banyak tu nak kena hadam HAHAHA.

Tips 4 :

Cliffhanger

Sebanyak mana readers bencikan benda alah tu, tetapi ketahui lah.. ianya amat bagus untuk cerita bergenre macam seram ni. HAHAHA buat readers terseksa adalah kepakaran saya. #fytakejam.

Alah, biasa lah kalau dalam movie pun kita selalu lihat diorang buat cliffhanger macam hanat kekadang rasa nak sepak je producer movie tu. Sebab akhir sekali dia buat cliffhanger dan jalan cerita tergantung like wtf.

Tapi yeah, biase lah dah nama pun genre horror itu sebenarnya yang best. Kalau nak readers lebih tertanya-tanya lagi tentang cerita kita. Nanti diorang akan be like : palli update! Tak sabar nak tahu sambungan seterusnya! //emoji payung, payung, muka sedih //

Ha, nanti adalah semangat kita nak buat cerita tu sebab sudah ada yang setia menanti.

Kalau anda boleh, atau pro en? Korang akhiri chapter korang dengan cliffhanger. SETIAP CHAPTER. Nanti readers akan ternanti 🌝🌚

Continue Reading

You'll Also Like

470K 23.1K 93
[|2019/ 2020|] Satu keluarga yang melanggar peraturan yang telah di atur. Disebabkan takut perkara buruk berlaku, Tengku Kamil terpaksa berpisah deng...
21.6K 1K 69
Segala cacat cela harap dimaafkan. Story ini sedang dibaiki.
81K 6.6K 54
Buku kelima Atas satu takdir yang terjalin dan ramalan yang belum diselesaikan, Dr Hazel Elmeera seorang pegawai perubatan yang kasar dan kalut terse...
8K 1.3K 83
We're back again! HAHAHA Ada antara korang yang perlukan cover tapi tak ada orang yang nak tolong buatkan? Cubalah singgah covershop kedua aku ni! ✨...