fy's handbook.

By cypeofy

5.3K 725 841

It is just fy talking nonsense. More

Q & A : how to write dark genre?
Q & A : how to be a successful author for a beginner?
Q & A : how to get rid writer block?
experiences : rasuk.
experiences : intruder.

experiences : monkey dreams.

925 145 187
By cypeofy


EXPERIENCE

Monkey Dreams.

Bukan, bukan mimpi yang kau jumpa sekumpulan monyet kemudian dia serang kau then kau lari lintang pungkang dan akhirnya kau terselamat like how hero dalam movie yang klishe ends up. But no, this is way much different.

Monkey dreams atau lebih dikenali sebagai 'Saru Yume' ini merupakan salah satu urban legend yang terkenal di Jepun. Mungkin ada di antara korang semua yang dah tahu apa sebenarnya monkey dream yang Fy cakapkan ini.

Kalau dah tahu, bagus lah. Tetapi pada sesiapa yang tidak tahu, biar Fy terangkan berdasarkan pemahaman Fy. Monkey Dreams ini merupakan sebuah mimpi ngeri yang kita alami dan kita sedar pada waktu itu yang kita bermimpi. Dikatakan lagi, mimpi ini juga merupakan mimpi yang mampu membunuh pemimpi tersebut.

Pemimpi akan menjalani tiga mimpi yang mengerikan dan pada akhir mimpi itu pemimpi akan dibunuh atau terbunuh. Orang mengatakan, kalau kita mengalmi mimpi ini, kemungkinan besar pada mimpi yang ketiga, kita akan mati betul-betul di alam nyata. Tetapi jangan percaya bulat-bulat ha, karang berdosa pula. Segalanya berada di tangan Allah SWT, Wallahualam.

dan sekarang Fy akan ceritakan pengalaman Fy mengalaminya.

Pada mulanya, Fy ada tahu juga tentang urban legend mengenai mimpi ini, tetapi Fy tak mahu lah nak percaya sangat. Lagipun kita semua tahu yang mimpi ini adalah mainan syaitan. But after that, Fy dapat mimpi yang amat pelik; more like creepy. Like Monkey dreams, pengakhiran mimpi itu Fy akan dibunuh atau terbunuh.

Furthermore, Fy start dapat mimpi tu semua straight tahun ni. Setakat ni Fy dah dapat tiga mimpi yang berlainan tetapi pengakhiran nya sama; Fy dibunuh.

Fy maklumkan pda korang semua, yang ini bukan gurauan. Fyi, Fy tak ada masa nak mereka-reka cerita tentang perkara yang berkaitan dengan nyawa Fy. Ini experience benar Fy sendiri.

MIMPI PERTAMA.

Mimpi yang pertama ini Fy rasa tidaklah begitu seram kalau nak dibandingkan dengan mimpi kedua dan ketiga. Tetapi sumpah, Fy benar-benar dapat rasakan tense semasa dalam mimpi tersebut.

Fy terbangun daripada tidur ( dalam mimpi tu ) dengan berita kakak Fy, hilang dan kena culik. Oleh kerana Fy dan kakak Fy tidur dalam sebilik yang sama, mereka semua menyoal Fy sama ada Fy ada nampak atau dengar apa-apa jikalau ada penculik ke apa yang masuk ke dalam bilik kitorang. Tetapi Fy yang dalam mimpi tu peliklah sebab Fy tak dengar apa-apa pun. Sedar-sedar kakak Fy dah hilang.

Yang membuatkan family Fy gelabah tak tentu arah, kat bersebelahan katil kakak fy ada banyak titisan darah. Seperti manusia yang normal, siapa je tak freak out? Tambahan lagi jika ia berlaku pada keluarga kita.

Fy aware yang Fy bermimpi pada waktu tu, Jadi Fy macam : benda ni tak real kot buat apa nak takut. Haa, acah berani ah sangat.

Suddenly, bapa Fy terima satu panggilan daripada penculik tu (tiber?) katanya dia nak meet dekat satu gundang ni lah dengan pampasan itulah inilah. Ha, makin gelabah lah Ibu Fy.

Jadi, dijadikan ceritanya dalam mimpi tu Fy tahu tempat tu sebab terdengar perbualan bapa Fy. Fy kemudian nya pergi ke tempat tu.

Long story short, Fy sampai dalam gundang itu. Ia lebih kepada gundang terbiar dalam hutan. Fy pula pergi waktu malam tanpa pengetahuan parents. Otak memang letak kat lutut agaknya.

Fy kemudiannya nampak penculik itu sedang mengangkat kakak Fy yang dibungkuskan dalam kain putih. Kakak Fy yang masih sedarkan diri itu meronta-ronta. Fy menyorok disebalik semak, tengok penculik itu dengan senyap. Dan ya, penculik itu lelaki. Tetapi wajah dia Fy tak ingat.

Dia berhenti pada sebuah tembok dinding yang diperbuat daripada batu-batu konkrit. Alah, selalunya kalau kat rumah ke apa, mesti ada dinding konkrit yang tinggi gila tu kan? untuk menghalang daripada sesiapa memecah masuk ke dalam perkarangan tempat tu kan? Ha, macam itu.

Cumanya tembok ni seakan belum siap lagi. Batu konkritnya masih ada yang belum disimen terus. Fy nampak ada satu lubang pada tembok itu. Disebabkan tembok itu tebal dan besar, tembok itu berlubang hanya pada dua lapisan batu dihadapan nya. Lubang yang cukup menyumbat seseorang ke dalamnya.

Seperti kakak Fy.

Fy dah takut. Kalau benarlah ni mimpi.. why does it feel so real? waktu tu, Fy tak ingat langsung nak baca bismillah ataupun surah-surah. Fy macam blank gila dan tumpukan sahaja apa yang penculik tu nak buat.

Penculik itu mula mencampak tubuh kakak Fy ke dalam lubang itu menyebabkan kakak fy mengerang kesakitan. Dia kemudian nya mengambil longgokkan batu konkrit yang besarnya sebesar lubang itu dan telah disimen siap antara satu sama lain.

Ya, dia mahu menolak longgokkan batu tersebut ke dalam lubang yang ada kakak Fy itu hidup-hidup supaya kakak Fy m*ti.

Fy macam, takut and panik. Tak tahu nak buat apa. Yang menyedihkan nya, Fy langsung tak stand up for kakak Fy. Fy just wait. Tunggu apa? Fy pun tak tahu.

Batu tu akhirnya masuk ke dalam lubang tersebut. Besarnya cukup-cukup muat dengan saiz lubang itu. Kakak Fy menjerit. Akhirnya, bila longgokan batu tu dah masuk begitu dalam, Fy dapat lihat darah likat mengalir daripada celah-celah batu tu dan bunyi tulang-tulang patah dengan kuat. Tulang itu bergesel antara satu sama lain membuatkan telinga Fy ngilu.

Dan pada waktu itulah, Fy keluar.

Akibatnya kena tangkap dengan penculik tu. Haa, apa punya klishe lah.

Fy terbangun semula ( masih dalam mimpi ) Fy diikat pada kerusi dengan ketat sehinggakan Fy langsung tak boleh gerak. Tak jauh daripada Fy, nampak penculik itu tengah pegang pistol. Jarak dia dengan Fy jauh sedikit. Dia perlahan-lahan angkat pistol yag ada pada tangan nya ke arah Fy.

Dia mula tembak satu demi satu. Tembakan nya pada mulanya tak kena langsung. Tetapi selepas satu lagi das tembakan dilepaskan, peluru itu terbenam dalam jantung Fy memang tepat kat situ.

Fy dapat rasakan seolah-olah jantung Fy meletup. Rasa sakitnya tak terasa tetapi apabila melihat darah bercucuran mengalir keluar daripada tempat peluru tersebut terbenam, Fy mula rasa kepedihan dia.

dan Fy terbangun daripada tidur.

MIMPI 2

Mimpi kedua are lot more scarier. Fy tak tahu kenapa kedua mimpi Fy ni berkaitan dengan keluarga. Pelik, sangat pelik.

Mimpi ke dua ini, Fy terbangun dan sedar yang Fy dan adik beradik Fy yang lain di tolak masuk ke dalam bilik kitorang. Bapa Fy yang kelihatan betul-betul gelisah itu memaksa kami semua untuk tidak keluar daripada bilik itu sehingga diberitahu.

Fy dan adik beradik Fy yang lain nampak begitu takut. Yang bongsu berumur 7 tahun dan yang ketiga berumur 12 tahun sudah pun menangis teresak-esak disamping kakak Fy yang tahun ini tingkatan lima. Dan ya, Fy anak kedua.

Kitorang tunggu dan tunggu, tapi tak ada aa berlaku. Jadi, Fy pun pergi ke arah pintu even Kakak Fy menyuruh Fy untuk tidak meluru ke sana. Fy degil. Fy membuka pintu perlahan-lahan dan lihat apa sebenarnya yang terjadi di luar.

Mata Fy membulat apabila Fy nampak yang bapa Fy sebenarnya dah m*ti akibat ditikam oleh ibu Fy sendiri dengan pisau. Fy masih dapat bayangkan keadaan situasi itu. Wajah ibu Fy penuh dengan darah akibat percikan daripada tubuh bapa Fy. Dia tertawa gembira sambil tangan nya tak henti-henti menikam bapa Fy. Fy hampir sahaja menangis.

Tapi dengan pantas, Fy menyuruh adik beradik Fy untuk keluar dan larikan diri. Mereka tak ada pilihan selain keluar ikut pintu bilik kemudian keluar daripada rumah itu. Oleh kerana rumah itu tiada sebarang tingkat, bilik kami dengan pintu keluar at dekat.

Mereka semua keluar. Fy menggesa mereka dan ibu Fy mula menyedari tindakan kami yang ingin melarikan diri. Terus, dia mengejar kami daripada belakang.

Oleh kerana pintu pagar berkunci, Kakak Fy menyuruh adik-adiknya untuk memanjat keluar pagar tersebut. Fy masih lagi ingat yang Fy adalah orang terakhir yang perlu memanjat pagar tersebut.

Sedang Fy tergesa-gesa nak panjat, tiba-tiba kaki Fy tergelincir dan jatuh kebawah semula. Ibu Fy dah datang dekat ke arah Fy dengan senyuman daripada telinga ke telinganya. Dia mengangkat pisau yang ada pada tangan nya setinggi yang boleh kemudian menikam badan Fy dengan penuh brutal.

Dan Fy terbangun selepas itu.

MIMPI 3

Mimpi yang ini amat ringkas dan pendek. Actually, Fy langsung tak tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam mimpi ini. Sedar-sedar sahaja Fy sudah ada di suatu rumah yang amat gelap dan lama.

Fy cuba mencari sesuatu tetapi Fy tak jumpa. Sesuatu tu apa? Fy pun tak ingat dah sangat. Tetapi sebaik sahaja fy masuk sebuah bilik ini, macam ada satu lembaga cuba nak serang Fy sehinggakan Fy jatuh tersungkur.

Fy cuba mengesot kebelakang, dan cuba menjerit tetapi suara seakan tak boleh keluar daripada mulut. Ia bagaikan tersekat. Tetapi Fy cuba dan cuba sehingga boleh. Benda itu pula dah mendekati Fy dengan begitu dekat.

Wajahnya Fy tak nampak tapi dia merupakan lembaga hitam yang amat besar.

Benda itu kemudian nya cuba menyerang Fy lagi dan benda tu dapat Fy. Dia cengkam tubuh Fy dengan begitu kuat kemudian berbisik sesuatu pada telinga Fy; macam hilaian pun ada sehinggakan Fy akhirnya dapat menjerit.

Dan Fy terbangun,

Dalam keadaan menjerit.

Well, itulah antara tiga mimpi Fy yang Fy anggapkan seperti Monkey Dreams. Tetapi alhamdulillah, mimpi tu tak bawa effect pada dunia sebenar sangat. Tak tahulah sama ada ianya benar atau tidak Monkey Dreams tetapi hey, ini hanya pengalaman mimpi Fy sahaja.

Tetapi sedikit sebanyak, ketiga mimpi itulah yang Fy dapat ingat sehingga sekarang. Perasaan nya juga dapat Fy rasakan sehingga sekarang.

Continue Reading

You'll Also Like

689K 25.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
21.4K 1K 69
Segala cacat cela harap dimaafkan. Story ini sedang dibaiki.
582K 24.8K 71
𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Apabila si gadis ingin menghilangkan stres di pantai di salah erti si jejaka. "Kau gila k...
4.9M 197K 46
"I hate you!" - Aisya Zahra "But I love you." - Airil Iskandar Seorang wanita yang kena tangkap basah dengan anak bossnya sendiri? Dia, lelaki mafi...