Saat Cintaku Berbisik Rindu [...

By KANoor6

195K 4.5K 221

Amani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59

Bab 16

2.6K 70 0
By KANoor6

Fariz, Farah dan Amani bertolak satu kereta ke tempat bakal tunang Mukhlis manakala ahli keluarga tertua yang lain dibawa oleh Mukhlis. Tak semena mereka kena jadi dulang girl dan boy. Mujur exam baru saja habis beberapa hari yang lalu. Jadi, tak adalah kusut sangat fikiran dia nak jadi dulang girl.

"Kau exam macam mana, Ani?" Soal Farah dari tempat duduk belakang. Amani duduk disebelah abang Farah.

"Alhamdulillah, semua dapat jawab. InsyaAllah, result akan elok. Berdebar pulak bila ingat pasal result sebab ni last sem dan last exam aku. Kalau boleh, tak nak repeat lah." Adu Amani dengan wajah yang takut.

"Aku yakin kau boleh, Ani. Kau kan tak pernah repeat lagi kan paper sebelum ni?" Farah memberi semangat kepada Amani.

Sejak Farah berdamai dengannya, banyak perubahan yang Amani nampak. Dulu, tak pernah walau sedikitpun soalan khabar atau senyuman dihadiahkan. Tetapi sekarang, kerap pula Farah bertanya tentang dirinya melalui telefon atau berjumpa. Syukurlah Farah sudah berubah sikap terhadapnya.

"Thanks, Farah. Doa-doa aje lah semoga lulus semuanya."

"Ani sekarang pointer berapa?" Soal Fariz ingin tahu.

"Eh, abang ni. Tak naklah Ani disclose pointer. Itu maklumat sulit ya. Jangan nak ambil tahu sangat."

Fariz tergelak dengan jawapan Amani. Dengan ekor mata, Amani menjeling. Sibuk aje nak tahu pointer aku. Itukan hal peribadi aku. Ceh, apalah kau ni Ani. Bukan sebab hal peribadi, tapi sebab kau malu dengan pointer yang tak berapa nampak macam pointer tu. Nyawa-nyawa ikan aje nak masuk pointer 3.0. Kalau aku beritahu diorang ni, kang malu pulak jadinya. Gerutu Amani didalam hati.

Kereta Honda Civic warna putih yang dipandu Fariz berhenti dibelakang Vellfire hitam Mukhlis. Disebelah mereka, tersergam indah sebuah banglo berwarna putih. Sebagai dulang girl and boy, mereka terus bergegas keluar dan mengangkat semua dulang sambil berjalan dibelakang ahli keluarga yang lebih tua.

Apabila pintu dibuka, bermulalah secara rasminya adat meminang. Kedua ibu bapa bakal tunang Mukhlis tampak begitu lembut dan penyayang. Datin Fatimma dan Datuk Kamal bertanya dan berbual dengan begitu sopan. Selesa rombongan meminang jadinya.

"Hajat kami dah kami sampaikan. Jadi, macam mana dengan jawapan pihak perempuan?" Datuk Ramli menyuarakan soalan muktamad.

"Kami ni tak ada masalah dengan pertunangan ini. Malah, kami gembira dan menerima pinangan ini dengan senang hati. Tapi, kita kena lah tanya empunya badan dulu. Bukan apa, inikan masa depannya juga." Ujar Datuk Kamal lalu memberikan isyarat kepada isterinya untuk pergi kedalam bertanya dengan bakal tunang Mukhlis.

"Mana bakal tunang abang Mukh ni? Ani tak nampak lagi. Nak tengok jugak muka." Bisik Amani pada Fariz disebelahnya.

"Abang pun tak tahu lah Ani." Jawap Fariz acuh tak acuh.

Amani menjeling tajam.

"Hah, saya nak kenalkan seorang lagi anak saya. Mari sini, rombongan dah lama sampai." Datuk Kamal memanggil seseorang yang berdiri dipintu rumah.

Semua mata memandang orang yang dipanggilnya itu. Membulat mata Amani apabila melihat Danish berjalan kearah mereka dengan perlahan-lahan lalu bersalam dengan semua hadirin. Sempat pula senyuman manis dihadiakan pada Amani apabila mereka bertentang mata. Seperti Danish sudah tahu tentang dirinya yang merupakan wakil rombongan Mukhlis.

Kejap, kalau dia ada sini, maknanya bakal tunang abang Mukh adalah adik beradik dia ke? Tapi macam mana semua ni boleh terjadi? Apa dah jadi sebenarnya? Kenapa dirahsiakan dari aku ni? Soal Amani bertalu-talu di dalam hatinya.

"Ini anak lelaki saya, Danish." Perkenal Datuk Kamal sambil menepuk belakang Danish dengan wajah bangga.

"Maaf sangat. Saya ada kerja urgent kena siapkan. Tak sempat nak layan tetamu dari awal." Pohon Danish.

Wajah amani yang kebingunan itu ditatap secara curi-curi. Lucu melihat wajah keliru dan terkejut itu.

"Tak apa. Danish ni kerja kat mana? Muda lagi gayanya." Datuk Ramli memuji.

Memang Danish seorang yang kelihatan muda. Mungkin kerana wajahnya yang putih, badannya yang tinggi serta penampilannya yang sentiasa nampak smart dan bergaya.

"Saya kerja di syarikat Abi saya sebagai COO. Saya ni, tak adalah muda mana pak cik. Dah nak masuk 30 an dah."

"Dah fikir nak kahwin belum?" soalan Datin Rohaya membuatkan Danish tersengih-sengih.

"Kalau belum, kami ada calon." Datin Safiah mencelah.

"Hisy, kita datang untuk meminang yang perempuan. Yang lelaki tu, nanti dulu. Lagipun, mesti Danish dah ada yang berkenan di hati kan?" Puan Latifah pula mengusik.

Danish hanya tersenyum-senyum malu.

Kelibat Datin Fatimma mendekati mereka terus mematikan soalan dan usikan pada Danish. Semua mata tertumpu kearah Datin Fatimma.

"Saya sudah bertanya pada anak kami." Datin Fatimma melabuhkan dudukannya disebelah Datuk Kamal. Semua mata tertumpu padanya dengan harapan yang menggunung.

"Dia setuju."

Satu jawapan yang benar-benar menggembirakan seisi rumah itu. Amani tersenyum bahagia melihat wajah ceria Mukhlis dari jauh. Semua sudah mengucapkan kesyukuran kepada Allah dengan wajah yang tersenyum girang.

"Boleh kami sarungkan cincin pertunangan sekarang?" pinta Datin Rohaya.

"Boleh. Silakan, saya tunjuk jalan."

Mereka membuntuti Datin Fatimma dari belakang. Hanya wanita sahaja yang bergerak ke bilik tunang Mukhlis. Amani sedar yang Danish tak lepas memandangnya apabila dia berjalan sambil membawa dulang dibelakang Farah.

Sampai sahaja dibilik, Amani sekali lagi dikejutkan dengan susuk tubuh seorang wanita yang sedang duduk dibirai katil dengan baju yang begitu cantik. Ya, tak salah lagi. Itulah Najiha yang selalu melawatnya di pejabat sewaktu praktikal dulu. Macam-macam dia nak tanya sekarang ni tapi disabarkan hati. Biar cincin ini disarung pada jarinya dahulu.

"Kami ada sediakan kenduri sikit untuk menambah keberkatan majlis pertunangan ini. Mohon yang muda, turun dahulu ya. Ada sedikit sesi soal menyoal dari ibu-ibu kamu." Datin Fatimma mengarah Farah dan Amani untuk beredar dahulu setelah cincin disarung.

Sebelum beredar, Amani sempat menghadiahkan senyuman manis dengan anggukan berkali-kali kepada Najiha. Apabila mata mereka bertentang, melebar senyuman Najiha.

"Ani, cantik hari ni." Suara pujian itu mengejutkan Amani yang sedang menyedok makanan di buffet.

Amani hanya membalas dengan senyuman.

"Awak okay tak?" Danish bertanya lagi.

"Saya okay aje. Kenapa?" soal Amani dengan kerutan di dahi.

"Pasal Shazlan.." Danish seperti gusar untuk membangkitkan hal itu.

"Oh, pasal dia. Saya okay aje. Dia pun dah dapat balasan dia. Lagipun, awak yang tolong uruskan hal itu senyap-senyap tanpa ada orang lain tahu. Saya berterima kasih sangat pada awak"

Tiada seorang pun yang mengetahui kes Shazlan. Amani ingin merahsiakan hal ini kerana tidak mahu keluarganya risau atau mengeruhkan lagi keadaan. Shazlan sudah dijatuhi hukuman yang setimpal. Itu sudah cukup baginya.

"Danish, banyak benda saya nak tanya."

Amani meletakkan pinggannya dimeja.

"Apa dia?"

"Macam mana semua ni boleh terjadi? Maksud saya, abang Mukh dengan kak Jiha."

"Saya pun tak tahu. Yang jelas, Jiha cakap kat saya yang dia akan bertunang dengan sepupu awak. Itu yang saya tak terkejut sangat tengok awak tadi. Kalau awak nak tahu lebih lanjut, tanya diorang sendiri."

"Memanglah saya nak tanya, tapi sebab orang yang bertunang sibuk melayan bakal mertua, tak jadilah nak tanya. Tu, tengok tu, berborak dengan bakal bapa mertua." Tunjuk Amani kearah Mukhlis yang sedang menjamu selera dimeja bersama Datuk Kamal dan Datuk Ramli.

"Tak apa. Yang penting, majlis pertunangan berjalan lancar."

Amani menghela nafas panjang.

"Lagi satu, saya tak tahu pulak yang awak dengan kak Jiha tu adik beradik. Setahu saya, dia tak ada pertalian darah dengan awak. Kak Jiha sendiri pernah beritahu saya yang dia tak ada adik beradik."

Danish menatap wajah Amani dengan senyuman. Tiada jawapan mahu dikeluarkan.

"Alang-alang dah rombongan keluarga awak datang meminang kan? Apa kata saya masuk meminang awak pula?" soalan Danish yang entah datang dari mana mengejutkan Amani.

"Eh, awak ni. Kan saya dah cakap saya tak sedia lagi. Jangan nak buat kerja gila boleh tak? Nak saya sepak? " kasar Amani bertanya.

Disebabkan Danish tiba-tiba bertanya soalan itu, dia bercakap suka hati saja. Laju jantungnya berdetak saat itu. Takut si Danish itu betul-betul meminangnya sekarang. Mati kutu jawabnya.

Danish ketawa terbahak-bahak. Berkerut wajah Amani memandangnya.

"Kenapa awak ketawa?"

"You should see your face? Macam kucing berak kapur." Kutuk Danish sambil tergelak-gelak.

Amani mengetap bibirnya. Dia tahu Danish memainkannya tadi.

"Excuse me, Mr. Danish. You use the wrong one. Bukan kucing berak kapur tapi ayam berak kapur." Amani membetulkan Danish tu.

Lagi berhambur ketawa si Danish.

"Jadi, awak mengaku muka awak macam ayam?" soal Danish dengan ketawa mengekek. Nak hantuk aje kepala mamat ni. Omel hati Amani.

"Hi, nampak macam ada benda lucu je. Share lah sikit." Farah menyapa dari belakang.

Terus mereka menoleh. Danish menghabiskan sisa tawanya sambil memandang Amani. Farah menghampiri.

"Hi, saya Farah."

Farah menghulurkan tangannya.

"Danish." Danish menyambut huluran tangan itu.

Ada sedikit rasa sakit hati timbul dihati Amani saat melihat mereka bersalaman. Kenapa aku sakit hati ni? Bukannya aku ada hati kat mamat ni pun kan. Mungkin sebab diorang bersalaman tanpa berlapik. Yalah, diorang bukan mahram. Jadi, mana boleh bersentuhan macam tu. Ya, ya, sebab perbuatan haram tu, bukan sebab aku cemburu. Monolog Amani sendiri.

"You kenal ke dengan Ani?"soal Farah sambil melenggokkan badannya. Baju kurung putih yang ketat itu jelas menampakkan segelinap tubuh Farah yang cantik itu.

"Ya, in fact, dah lama kami kenal." Jawab Danish dengan senyuman manis dihadiahkan pada Amani.

Amani buat muka toya.

"Saya nak masuk ke dalam. Korang berboraklah ye." Ujar Amani dengan muka bosan.

Amani mengangkat pinggannya lalu beredar. Danish seperti ingin menahan Amani dari pergi tetapi Farah menghalangnya dengan memaut lengan. Danish melihat Amani berjalan dari belakang.

Amani tiba-tiba menoleh. Terus Danish melepaskan pautan Farah dengan laju. Gusar wajahnya khuatir Amani melihat pautan itu. Amani perasan sebenarnya tapi malas nak dilayan dan dimasukkan kedalam kepala otaknya.

"By the way, alang-alang you nak masuk meminang kan, apa kata pinang je Farah. Korang nampak sweet sangat." Ujar Amani lalu masuk kedalam rumah.

Farah tersenyum girang mendengarnya. Danish pula sudah tak keruan sebab Amani kelihatan biasa. 

Continue Reading

You'll Also Like

70.6K 2.8K 37
syaza seorang yang dingin dan langsung tiada belasbelas kasihan...tetapi sikap nye mula berubah apabila seseorang muncul dalam hidupnye "WHAT?!?!?! S...
eqa By puterasp

Non-Fiction

36K 60 1
xxx
292K 26.4K 197
warning; mempunyai kata-kata yang agak panas. kalau kau bosan baca. buku ini mengandungi segala fakta, auta, lawak, sentapan tentang kehidupan seor...
1.9K 109 10
Maryam mempertaruhkan kepercayaan kepada Asyraf selama bertahun-tahun. Sayangnya majlis perkahwinan mereka bertukar kecoh apabila Asyraf bertindak me...