Saat Cintaku Berbisik Rindu [...

By KANoor6

195K 4.5K 221

Amani tahu dirinya hanyalah anak pungut yang entah dari mana asal usulnya. Namun, tatkala dirinya diperangkap... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59

Bab 15

3.1K 65 0
By KANoor6

"Kau ni memang pelik kan, Ani? Danish tu bukan main lagi sanggup buat macam-macam untuk kau tapi kau tetap tak nak dia."

Omel Fariha yang duduk di hujung katil Amani di compartment nya. Amani menghentikan taipannya pada komputer.

"Aku bukan tak fikir masak-masak, Riha. Aku ada plan aku sendiri untuk masa depan aku. Aku tak nak disebabkan dia, plan aku ditinggalkan atau tergendala."

"Plan apa yang kau nak tu?"

"Aku nak bina sendiri my future. Aku tak nak bergantung pada sesiapa pun. Kau kan tahu, aku ni bukan anak kandung mama dan papa aku. Segala harta yang dicurahkan pada aku selama ini pun belum tentu aku dapat balas. Inikan pula aku nak ambil harta mereka."

Rahsia itu juga diketahui oleh Fariha.

"Ya Allah, Ani. Aku tak sangka sampai macam tu kau fikir pasal parent kau. Tak baik tahu tak. Mereka sayangkan kau dan tak pernah anggap kau macam orang luar. Kau adalah satu-satunya anak mereka."

Amani memandang Fariha dengan mata yang berkaca. Dia memegang kedua belah tangan sahabatnya itu dengan erat.

"Riha, walau apa pun yang kau cakap, hakikatnya, aku bukan darah daging mereka. Aku ni hanyalah anak yang dipungut entah dari mana. Asal usul aku pun aku tak tahu, Riha."

Iya, Amani tidak pernah tahu asal usulnya kerana Puan Latifah dan Datuk Johan tidak mahu dia bertanya. Sudah banyak kali persoalan itu muncul difikirannya namun terpaksa disembunyikan untuk menjaga perasaan kedua ibu bapanya.

"Ani, apa yang kau cuba sampaikan ni?"

"Entah-entah aku ni anak haram, Riha." Serak suara Amani menuturkannya.

"Ya Allah, Ani. Jangan cakap macam tu boleh tak. Kau tak tahu itu semua, jangan buat andaian sendiri. Lebih-lebih lagi andaian yang macam ni."

"Tapi, still possible, right?"

Ajukan soalan Amani itu menyentakkan Fariha. Tiada jawapan yang dapat diberikan pada sahabatnya ini. Hanya kata-kata positif yang mampu dihadiahkan untuk mengubati perasaan negatif Amani saat ini.

"Kau jangan fikir macam tu, Ani. Kalau kau sayangkan mak ayah kau dan aku, tolong jangan fikir macam tu." Rayu Fariha.

Amani mengangguk dengan lemah sebelum menghalakan pandangan kearah skrin komputer semula. Fariha memandang sahabatnya dengan dahi berkerut. Seperti ada sesuatu yang disembunyikan lagi. Dia akan cuba mengagak.

"Ani, kau jangan cakap kat aku sebab sebenar kau tolak Danish tu kerana status diri kau sebagai anak yang tak jelas asal usul."

Amani menghela nafas panjang sebelum memandang Fariha semula.

"Sebenarnya, itu pun antara sebab-sebab aku menolak dia, Riha. Yalah, dengan status aku yang macam ni, aku malu. Aku rasa tak layak untuk dia."

"Ani, kau tak tahu itu semua. Siapa kau untuk menghukum diri kau sendiri dengan perkara yang masih tak jelas. Danish mungkin tak kisah pun siapa status kau. Kau aje yang beratkan diri kau."

Amani berdiam. Tiada reaksi darinya.

"Aku nak tanya something dengan kau. Jujur dengan aku ya. Kau ada perasaan pada Danish atau tak?"

"Entahlah, Riha. Aku pun tak pasti dengan perasaan aku. Boleh tak stop pasal Danish? Kita ada 2 minggu aje lagi untuk final exam. Aku nak fokus."

"Kau ni nak lari dari topik lah ni. Exam konon."

"Bukan nak lari tapi memang aku nak fokuskan pada exam dulu. Kau tu macam banyak aje masa kosong nak bergosip bagai. Aku tak nak join okay. Kalau kau nak jadi mak cik bawang sangat, pergi membawang tempat lain" Balas Amani.

"Selamba kau aje nak cakap aku ni mak cik bawang. Hoi, yang dibawangkan tu kau. Jadi, aku bukan membawang bila cakap pasal kau dengan kau. Faham ke tidak?" geram Fariha dengan ayat Amani.

"Kalau datang sini nak membawang, sila pergi jauh. Mata aku dah pedih ni kena bawang kau." Perli Amani lagi.

Fariha mengangguk geram lalu bingkas bangun dari katil.

"Boleh aku cakap sesuatu sebelum aku pergi?" Fariha berhenti di pintu compartmentnya. Amani mengangguk.

"Aku hanya nak kau bahagia, Ani."

"Thanks, Riha. Tapi, kalau kau masih lagi kacau aku dengan hal Danish ni, aku rasa aku tak akan bahagia. Kau tahu sebab apa? Sebab aku akan fail. Aku nak fokus belajar untuk masa depan aku. Kalau kau nak fail, pergi fail seorang diri, jangan ajak aku sekali."

Fariha mengetap bibirnya.

"Suka-suka hati aje kau nak aku fail. Kau ingat aku ni pemalas sangat? Sudahlah, aku nak balik rumah dulu. Aku serius, boleh pulak dia main-main." Rajuk Fariha.

Amani ketawa melihat reaksi sahabatnya itu. Dia tahu, Fariha hanya mahu yang terbaik untuk dirinya.

"Kau balik bila?" soal Fariha sambil berjalan ke compartmentnya.

"Dalam jam 10 malam. Aku nak habiskan chapter ni dulu baru gerak."

Memang Amani sudah membiasakan diri study di bilik hostelnya dahulu sebelum balik ke rumah. Kalau dah sampai rumah, memang tak akan study. Bukan sebab sibuk cuma suasana di rumah membuatkan study mood hilang.

Jam 10:30 malam Amani sampai dirumahnya. Perkarangan banglo milik Datuk Johan memang sangat cantik dengan bunyian air yang mengalir di hadapan rumah. Sampai sahaja dirumah, Amani melihat Mukhlis bersama pak long dan mak long di ruang tamu.

"Apa khabar Pak long, mak long?" soal Amani sambil menyalami tangan mereka.

"Alhamdulillah, sihat. Ani macam mana?" soal Datuk Ramli.

"Alhamdulillah. Sekarang Ani tengah prepare untuk final exam."

"Ini last semester kan? Buat yang terbaik ye, sayang." Datin Rohaya memberi semangat pula. Lembut bicara kakak ipar papanya ini.

"Ada apa semua datang malam ni?" Soal Amani lalu menyalami papa dan mamanya lalu duduk disebelah mamanya. Mukhlis hanya memandang Amani dengan senyuman.

Semua yang hadir tersenyum memandang Amani.

"Sebenarnya, kami datang ni nak bincangkan hajat abang Mukh kamu ni la."

"Hajat? Hajat apa tu, mak long?"

Mak longnya tersenyum girang sambil memberi isyarat pada Mukhlis untuk bersuara.

"Ani, abang ada hajat yang nak disampaikan pada Ani."

"Abang nak sampaikan hajat apa ni? Kenapa nampak macam serius aje."

Berdebar juga hati Amani saat ini. Selalunya, perkataan hajat ni kalau tak ke tandas, untuk meminang. Hisy, takkan lah Abang Mukh nak pinang aku? Mustahil sangat. Aku dan dia dah macam adik beradik kot. Fikir positif Ani, mungkin dia nak tunaikan hajat ke tandas aje kot. Fikir Amani dengan kepala sewel dia tu.

"Abang nak masuk meminang.." belum sempat ayat Mukhlis habis Amani terus memotong dengan berdiri.

"Tak! Abang Mukh jangan buat macam ni. Kesian lah kat Ani." Ujar Amani dengan wajah yang masam.

Berkerut dahi semua yang ada disitu. Amani memandang wajah yang ada disitu satu persatu. Tak kisahlah mereka nak pandang aku macam mana pun. Aku memang tak boleh terima Abang Mukh. Dari bagi harapan, baik aku jelaskan segalanya sekarang.

"Apa maksud Ani? Abang Mukh nak masuk meminang aje dulu."

Amani menghela nafas panjang dengan wajah yang serius.

"Ani anggap abang macam abang kandung sendiri. Ani sayangkan abang macam abang Ani sendiri. Takkan Ani nak terima abang."

Makin berkerut wajah yang ada disitu.

"Terima abang sebagai apa?" soal Mukhlis dengan dahi yang semakin berkerut. Pelik bin hairan dengan Amani.

"Ani, apa yang Ani cakap ni?" soal Puan Latifah pula. Datuk Johan pula sudah mendirikan dudukannya tegak.

"Abang Mukh, jangan buat Ani macam ni. Ani anggap abang tak lebih dari abang. Ani tak ada perasaan langsung selain itu pada abang. Jadi, kalau Ani tolak pinangan abang, Ani harap abang akan tetap jadi abang Ani."

Puan Latifah bingkas mendekati anak perempuannya itu.

"Ani, apa Ani cakap ni sayang? Siapa nak pinang Ani ni?"

Tersentak Amani dengan soalan ibunya.

"Bukan hajat abang Mukh nak pinang Ani ke, ma?" soal Amani dengan mata yang membulat.

Terburai ketawa seisi rumah dengan soalan Amani. Hanya dia seorang saja yang terpinga-pinga di situ.

"Ani, abang bukan nak pinang awak lah."

Merona merah wajah Amani tatkala itu. Aduh, apa punya situasi lah ini? Memalukannya. Kalau boleh, nak aje aku sorokkan diri aku bawah sofa ni.

"Syok sendiri betullah budak seorang ni." Usik Mukhlis lagi, bertambahlah hilai tawa di ruang tamu itu.

Amani hanya berdiam. Malu sangat Ya Allah. Itulah cepat sangat buat andaian. Kang dah kena panggilan syok sendiri.

"Mukh nak masuk meminang orang lain. Datang ni nak bincang pasal hantaran dan wakil untuk jadi rombongan. Bukan masuk meminang awak." Datuk Johan menjelaskan dengan usikan pada anak daranya yang berdiri malu.

"Ani, ani. Itulah tak dengar cakap orang sampai habis." Puan Latifah menambah rasa malu Amani dengan usikannya sebelum duduk semula.

"Kenapa diam? Tak nak cakap apa-apa lagi?" usik Mukhlis.

Amani duduk semula lalu membenamkan kepalanya di bahu Puan Latifah. Hanya Allah yang tahu perasaan malunya saat ini.

"Sudah-sudah. Kita bincangkan hal ni dengan serius. Usik Ani lagi, kang lari pulak kang budak tu." Datuk Ramli menenangkan keadaan. Tapi, masih ada lagi ketawa kecil dan senyuman dihujung katanya.

"Jadi, apa pandangan Angah?" soal mak long.

"Saya sangat gembira kerana Mukh nak masuk meminang anak gadis orang. Dia pun bukannya muda lagi. Lagi pula, kalau dah berkenan tu, elok kita percepatkan apa yang diberkati Allah." Ujar Datuk Johan yang berpakaian melayu serta berkopiah.

"Saya pun setuju sangat dengan cara ni, abang long. Kita ikut cara islam baru diberkati. Lagipun, saya rasa bakal isteri Mukh tu memang baik orangnya. Hari tu Mukh bawa kita jumpa, sejuk mata saya memandang."

"Mama dah jumpa bakal isteri abang Mukh?" celah Amani dengan teruja.

"Aik, dah tak malu dah? Ingat nak benam kepala tu sampai esok pagi." Usik Datuk Johan. Amani mencebik geram. Ada saja benda nak diusik.

Ruang tamu itu diisi dengan hilai tawa lagi.

"Abang dah perkenalkan pada ahli tertua keluarga kita. Nanti, hari meminang, Amani kenallah dia."

"Cantik ke mama? Mak long?"

"Mestilah cantik. Kalau tak, abang tak terpikat." Mukhlis yang menjawab pertanyaan Amani.

Amani buat muka loya.

"Bila tarikh nak masuk meminang?" soal Puan Latifah.

"Mukh ingat nak masuk meminang hujung bulan ni. Kalau pak ngah, mak ngah dan Ani tak sibuk, bolehlah jadi wakil temankan mak dan ayah." Pinta Mukhlis.

"InsyaAllah. Untuk benda baik macam ni, kita perlu luangkan masa. Lebih-lebih lagi untuk keluarga kita." Jawab Datuk Johan.

"Mak ngah pun gembira dapat bantu Mukh. Inikan masa depan Mukh, mestilah mak ngah tolong. Tak minta pun, mesti mak ngah ikut belakang mak kamu tu." Puan Latifah jawab dengan sedikit gurauan.

"Alhamdulillah. Ani pula macam mana?" soal Mukhlis.

"Ani pun tak kisah. Hujung bulan ni dah habis exam. Setakat masuk meminang, tak ada masalah lah bang. Amani akan sediakan pantun berkerat-kerat."

"Eh, nak berpantun segala ke nanti?" soal Mukhlis lurus. Mak long dan pak long dah tersenyum dengan reaksi Mukhlis.

"Abang Mukh ni. Mestilah kena berpantun. Itu kan adat kita. Abang pun kena sediakan pantun tahu tak. Kang, bila orang suruh balas pantun, terkinja-kinja. Malu Ani."

"Tak nak lah abang berpantun-pantun. Bukan Ani tak tahu, abang kan memang tak pandai berpantun."

"Mana boleh tak pandai. Itu semua dah jadi adat kita tahu tak bang. Pantun untuk meminang tu kena ada. Kalau tak, tak tahulah Ani."

Puan Latifah memegang lembut bahu anaknya itu dengan senyuman. Mukhlis yang masih takut bila mendengar nasihat Amani tadi tersedar yang dirinya dipermainkan. Terus matanya menjeling tajam kearah Amani. Terburai lagi ketawa diruang tamu itu.

Continue Reading

You'll Also Like

Only you By kitten

Non-Fiction

12.8K 21 2
I'm so sorry , it was my first time but i'll try my best ! Not for kids and dosa tanggung sendiri :>>>
32.2K 684 24
Tya tidak sangka walaupun sudah hampir 2 tahun dia mendirikan mahligai indah bersama Nadzhan, suami itu masih dibayangi cinta pertamanya, Ain Nabehah...
73.8K 212 5
KOLEKSI CERITA PENDEK BERBAGAI JENIS NAFSU 21SX BACAAN DEWASA SAHAJA. KALAU AKU TERIMA REPORT LAGI. AKU TAK AKAN TULIS LAGI APA-APA CERITA TQ
292K 26.4K 197
warning; mempunyai kata-kata yang agak panas. kalau kau bosan baca. buku ini mengandungi segala fakta, auta, lawak, sentapan tentang kehidupan seor...