kato's tot [✔]

By broleecomel

116K 75 7

Apa yang engko perlu buat sebelum baca cerita ini ialah,cari tempat tersorok,cari angin agar ketiak kau kekal... More

Interview Asasi Tesl UiTM DENGKIL 2018

1.5K 75 7
By broleecomel

Assalam :)

Aku dah lama nak cerita pasal pengalaman aku pergi interview asasi tesl. (Kalau malas baca intro ni kau scroll bawah sikit, cerita sebenar bermula bila ada emoji ✌🏻 ni ya) Maaf la aku tak tulis dalam bahasa inggeris. Kalau bahasa inggeris selalu aku formal habis and I dont like being formal in my own wattpad page, so I'll use rojak language la apa lagi to make things fun.

First, aku tahu masih ada yang masih berkelembapan sikit bila dengar TESL ni. Mesti ada yang macam. Tesl itu menatang apa ya? Carnivore ke Herbivore? Maaf. Tesl bukan binatang ke menda. Dia course. Course teaching english as second language. Sedih atau gembira untuk aku katakan, aku dah aim course ni sejak aku form 4 tapi requirement dia ialah SPM bi at least A tolak dan Math C. A tolak tu tak apa. Aku okay nak dapat menda tu. Tapi C math? Babe, aku dapat E je aku dah tersungkur atas lantai sebab terkejut. Mana pernah math aku lulus! Tapi...

✌🏻 (it starts here kids)
✌🏻
✌🏻
✌🏻

Turned out, my SPM result was quite okay and I managed to get A solid for my English and C for my Maths. It was such a bless, Alhamdulillah. Sebab at last dapat isi UPU dengan ASASI TESL UiTM di dalamnya. I failed to get a C+ for my math so tak dapat isi UIA cuz UIA requires for c+ maths to pass the requirements. Tapi tak apa la aku tak kisah la tak lepas math c, Allah tu sebaik baik perancang, sebab at least tak ada la aku pening nak asasi tesl uitm ke uia first choice.

Aku terkejut sebab aku tak tahu yang kalau kau nak lepaskan diri kau untuk asasi tesl punya interview, kau wajib isi asasi tesl sebagai pilihan pertama UPU. Nasib baik lah aku memang dah isi as the first choice. Kalau tak. Sayonara sayang. Sebab, kalau kau tak isi asasi tesl uitm as pertama. Kau pergi mendua, tiga or empatkan dia untuk pilihan UPU ni, memang kau takkan dipanggil untuk interview.

Tak panggil.

Tandanya apa?

Tandanya kau takkan la dik dapat nak masuk asasi tesl UiTM langsung. Kau dah kena reject mentah mentah macam tu.

So, bila keputusan panggilan untuk interview keluar, aku memang dah expect aku akan dipanggil untuk interview . Tapi of course walau aku dah expected for that, aku still anxious, worried, gelabah and so on untuk pergi interview tu. Sebab menurut kawan kawan aku yang lagi tua dari aku. Dan juga pakcik makcik bawang. Diorang kata interview tu sengit gila dan susah. Tak semestinya kau dipanggil interview , kau boleh lepas nafas lega dan fikir, oh, im in a comfort zone, I have passed the requirements so bro imma stay calm and pass the interview as well, gitu. Cuz I have a friend yang tak pass that Iv, and also bila aku baca pengalaman lepas orang lain dekat web, aku jumpa ramai yang tak dapat. Dan nak jadi sedih lagi, bila aku cerita kat orang aku nak amik asasi tesl, (that pakcik makcik bawangs) they will say. "Oh itu ambil interview boleh, berharap jangan. Sebab susah nak dapat tu. Semua orang nak! Kamu pun nak! Nanti tak dapat, kamu kecewa." Pakcik, pakcik cakap macam tu, dah lemahkan semangat saya, saya dah kecewa dah awal awal sebab pakcik. Tapi sokey, takkan bisikan kumbang macam tu boleh patahkan semangat aku kumpul setahun kan.

Aku prepare untuk interview tu. Aku rasa ada la awal seminggu atau dua minggu dia bagitahu sebelum interview tu tiba. It happened waktu hujung bulan 4 rasanya.

So apa aku buat waktu nak tunggu interview ni tiba? Aku lepak? Na-ah. Aku study kaw kaw do dan benefit kan kuasa stalk aku. Aku pergi search pengalaman interview tesl dekat google, dan muncul banyak gila yang sangat membantu aku. Aku jugak cari orang yang dah berjaya jadi student asasi tesl uitm dan mintak tips dari diorang.

Untuk yang masih lagi kelam pasal interview asasi tesl uitm ni. Korang harus tahu yang korang kena hadapi dua neraka dunia. Satu, kau akan kena buat exam bertulis, dua, interview bercakap waktu hari kejadian. Exam bertulis, korang akan diberi  comprehension test dan writing. Meanwhile, waktu interview bercakap, kau akan dihadap dua interviewer yang actually lecturers tempat tu sendiri. Soalan dia apa? Sekejap lagi kita cerita okies!

So aku banyak search la soalan past years, apa tajuk essays yang seniors pernah dapat. Aku perasan, ada yang susah. Ada yang senang. Semua yang aku dapat tu aku kumpulkan. Aku pergi search dan baca essay yang boleh bantu aku jawab kut kut dia ulang soalan past years tu. And kids, ada soalan past year yang aku baca sebelum aku pergi interview tu, yang betul betul masuk. Memang betui dia repeat soalan macam yang aku expect untuk jadi. Aku tak tahu nak kata lucky ke tak, sebab waktu dalam kereta aku baca essay tajuk tu, tapi aku baca separuh sebab aku malas. WALHAL ESSAYS LAIN AKU BACA SUNGGUH SUNGGUH LAST LAST TAK MASUK WOIII, ESSAY YANG AKU BACA A UMM YE KE OH LA YE KE MCM NI, OH AH MALAS AH BACA, YANG MASUK. Sokay. Benda lepas jangan dikenang hahahaha.

Dan, tips yang aku dapat dari seniors untuk interview bercakap (which bagi aku la, pandangan aku, tahap bagusnya interview bercakap kau lagi affect possibility untuk kau diterima berbanding tahap bagusnya interview bertulis kau)

1-pakai pakaian yang buat kau nampak lebih menarik dan sedap mata memandang. Aku dinasihati untuk pakai baju warna lembut, supaya  nampak lebih attractive. So aku pakai baju warna pink waktu tu. Ya, baju pun matters tau! Tapi kau kalau kau perempuan, pakai la baju kurung. Sopan sopan sikit. Okay? (Tapi memang kena pakai baju kurung pun cuma aku pun tak faham kenapa waktu aku iv ada lagi pakai baju selain baju kurung, bukan lelaki ok hanya bagi waniterz)

2-greet interviewers kau politely. Kalau boleh salam, salam. Senyum lebar. Kalau nervous pun jangan tunjuk sangat. Tunjukkan first impression yang kau peramah dan nampak senang didekati. Kalau kau masuk bawak awan hitam kau sama sama. Habis la teruk first impression yang kau bakal dapat.

3-preparekan introduction sebaiknya. Ini je benda yang bagi aku, kau tak payah buat spontaneously. Kau boleh fikir dari waktu kau dalam rahim mak kau lagi. Tapi. Introduction kau, mengikut mitos kami semua, akan affect soalan yang kau akan terima seterusnya. Contoh ringkas, kalau dalam intro diri kau, kau ada cakap kau suka pergi gym. Mungkin kau akan disoal, peralatan gym apa kau suka? Atau kau cakap kau suka masak, mungkin interviewers akan tanya, ha kau suka masak apa? Ha, kau pun jawab la, masak dengan perangai member, sir. Interviewer tu pun akan tanya lagi, oh bagus, apa resipinya? Gitu, dia akan tanya pasal benda benda random yang buat kau terdiam dan tersumpah menjadi blur sekejap. Dan kalau kau lucky, at least those random things still relate to your introduction.

3.1- masih lagi intro. Kalau boleh waktu intro, kau tolong la cakap benda yang boleh buat interviewers kau tertarik nak dengar lagi apa kau nak cakap pasal diri kau. Aku punya intro, tak ada la mesmerizing sangat, tapi bagi aku cukup la kut nak buat interviewer aku tertarik kut. Kut la eh kut. Aku cerita benda benda normal, macam nama, datang dari mana, pi sekolah mana. And aku ada tambah, waktu sekolah aku president prs. And waktu aku tunggu result spm, aku kerja sebagai staff dekat satu pusat tuisyen ni dan aku pernah mengajar english form 1 dan juga darjah 1-6. Bila aku dah dapat result spm. Aku tukar kerja jadi kerja tulis novel dan keluarkan buku dan jual buku aku sendiri. So waktu umur aku 17, aku berjaya capai cita cita aku untuk keluarkan novel. (17 sebab belum birthday ok) Gitu.

4. Macam aku cakap, lepas tu kau akan terima soalan random. So yes, here comes the random questions. Random dia tu boleh buat kau jadi blur, tapi tak ada la sampai tahap speechless. Soalan tu in sha Allah kau boleh jawab. Yang penting jujur dan yakin.

5. Selalunya soalan yang boleh buat speechless bila interviewers test kau punya general knowledge. Dia boleh je tanya, apa current issue yang kau tahu sekarang? Ada masa kau unlucky sebab dia akan spesifikkan soalan macam, apa current issue pasal hal yang berkaitan ekonomi yang kau tahu? Atau pelajaran. Atau apa apa je la. Atau dia akan tanya nama perdana menteri waktu zaman atuk kau, atau nama menteri pendidikan sekarang.

5. Kau juga akan ditanya soalan macam, kenapa nak ambil tesl? Atau, kenapa saya kena pilih awak out of thousands of others who come here as well? Jujur la dik bila kau menjawab soalan. Paling common kau akan ditanya kenapa kau nak amik tesl? Kau jujur la cakap kenapa. Tapi kalau boleh jangan jujur sangat cakap "oh sebab asasi kan setahun je. So fast track kut. Sape tanak." Jujur tu ye, tapi jangan jujur sangat la please. (Lecturer aku cakap bila dia dengar je jawapan ni dia terus reject orang orang tu) Aku jawab sbb aku nak jadi cikgu, sbb time mengajar tuition tu, aku sedih ramai lagi yang lemah bi and aku pun tak ada la hebat lagi bi aku. So kalau aku belajar tesl at least aku boleh ah tolong lagi anak anak orang ni pandai lagi bi.

6. Walaupun setiap perkara di atas aku tulis bahasa melayu, kau jangan lurus pembaris sangat fikir iv ni bahasa melayu ya dik. Its in english. So berlatih latih la cakap bahasa inggeris depan cermin. Kurangkan gagap. Kalau boleh jaga sikit grammar kau. Tak payah try hard sangat, just be yourself. Kalau kau tak biasa accent british, tak payah la kau gunakan ia demi kebahagiaan diri kau. Sebab. Ia boleh bawa duka jugak. Even aku pergi interview degree, lecturer aku pun cakap tak payah la beriya dengan accent kau, cakap je dengan jelas dan baik.

7. Suara kau tolong la kuat dan clear enough.

8. Confident tu penting! Kau faham tak?! Ini paling penting !! Kalau kau pun aa emm entah la erm im not sure. Interviwers pun akan a erm umm er tak tahu la nak amik ke tak budak ni.

9. Sekali lagi jujur je. Kalau kau tak tahu nak jawab satu soalan. Kau cakap je. "I'm sorry I dont know about this."

10. Jangan la natang kamu menjawab soalan dengan sepatah ayat je. Orang tu tanya panjang lebar kau jawab yes or no je. Please jawab panjang tapi jawapan kau matured and you know what you are talking about.

11. Bila dah habis. Leave the hall dengan salam dan senyuman.. cakap terima kasih apa semua.

Ok enough tips.

Cerita bakal disambung dengan soalan aku terima pada tempoh hari.

Kertas interview writing, aku dapat soalan disadvantage of social media. Alhamdulillah ni kira senang lagi, cuba tengok past year papers orang tahun lain, nangis nak jawab.

Interview verbally pulak, ok ini situasinya.

Aku masuk bilik interview, ada dua orang lecturer perempuan. Dengan sopan, aku beri salam dan salam mereka berdua. Aku mintak izin untuk duduk. Kedua-dua lecturers tu chill je sebenarnya, siap kunyah asam waktu aku interview.

Aku pun kenalkan diri aku, macan aku describe kat atas.

Soalan-soalan yang aku ingat aku terima ialah.

"Buku apa yang aku published? Genre apa?"

"Aku memang ada menulis buku lain ke?"

Tiba tiba dia tanya. "Apa masalah yang selalu aku dengar di kalangan remaja?"

"Kalau kawan aku ada masalah nak sesuaikan diri dekat universiti apa nasihat aku bagi?"

"Kenapa aku nak ambil tesl?"

"Kenapa aku ptut dipilih?"

" siapa menteri pendidikan sekarang?"

"Siapa perdana menteri?"

Itu la semu soalannya. Sejujurnya aku tak boleh jawab siapa menteri pendidikan, dan aku cuma be honest yang aku tak tahu. Sbb otak aku blank takde nama muncul. Bila perdana menteri, waktu tu masih lagi encik najib, aku jawab as tun sri najib, which waktu tu dia belum tun lagi. And the the lecturers said "he hasnt become the tun yet, he is still dato' sri" aku malu gila bodo rasa nak lompat bangunan. So aku cakap sorry and cuma tersengih.

Waktu tu aku rasa aku memang dah buat teruk la iv memang takkan dapat la ni sbb jawapan menteri th aku tak dapat jawab, tapi soalan lain aku jawab dengan elok ya.

Dan please, lecturer akan tanya kau ada nak tanya apa apa ke? Please jawab ada. Dan tanya la apa apa, contohnya, adakah saya boleh diterima? Atau bila keputusan keluar? Apa apa je.

And ini antara tips yang lecturer aku sendiri bagi, (salah seorang interviwer waktu tu,). Oh ya btw aku diterima, waktu tahun 2018. Sekarang aku dah degree dah pun hoho lambat betul upload sorry do.

Nanti kalau ada rezeki masuk, tips ni diberi oleh sir afiq. Goodluck anak anak kiut sekalian.

1. English kena fluent
2. Be confident, jgn malu.
3. Jgn scripted sgt jawapan.
4. Tahu current issues, pasal education and one general
issues.
5. Make sure tahu apa yg korang nk ckp apa. For example, ckp suka reading, bila tanya fav book takleh nk jawab. so kena tahu.
6. Be careful with ethics. Masuk, bagi salam, be polite.
7. Wear appropriately.
8. If interviewer ada tanya ada pape soalan tak, better to ask at least one question (regarding the course).

ha tu je yg i boleh ingt for now 😂

Continue Reading

You'll Also Like

70.7K 2.4K 18
Rose iaitu seorang asistant kepada seorang ceo yang digilai oleh ramai wanita tanpa dia sedar ceo tersebut tanpa sengaja telah jatuh cinta kepadanye...
617K 23.2K 33
"Umur Nuh dah 32 tahun, bila nak bagi nenda cucu menantu?" -Nenda Asiah "Isa kan ada..."-Isa Iman Jika diikutkan hati dan diri sendiri, Nuh Iman tak...
550K 20.5K 77
[Complete] 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 : 𝐇𝐢𝐬 𝐝𝐚𝐢𝐬𝐲 𝐙𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝐀𝐝𝐡𝐚𝐦 | 𝐍𝐮𝐫𝐚𝐫𝐞𝐲𝐬𝐚 𝐌𝐞𝐝𝐢𝐧𝐚 Dari satu pertemuan yang tidak dirancang. Tan...
555K 27.1K 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya...