[2019]Gangstarism

By SUNFLOWER77-

80.1K 8.1K 1.4K

Money , girls , power Dia ada segalanya. Semua yang diinginkan dia akan dapat pada akhirnya. Dia seorang ga... More

Prolog ; gangstarism&secret agent
1 ;
2 ;
3 ;
4 ;
5 ;
6 ;
7 ;
8 ;
9 ;
10 ;
11 ;
00 ;
12 ;
13 ;
14 ;
15 ;
00 ;
17 ;
18 ;
19 ;
20 +
21 +
Epilogue

16 ;

2.2K 290 32
By SUNFLOWER77-

Deu Rim berjalan dengan langkah yang perlahan menuju ke pintu rumah agam tersebut.

Dengan perlahan dia membuka pintu rumah itu , dia menoleh ke belakang untuk melihat jika ada sesiapa yang nampak namun keadaan rumah terlalu gelap sehingga dia tidak dapat melihat apa apa.

Dengan itu , dia berfikir tiada siapa yang melihatnya. Namun dalam diam , Lucas sedang memandangnya melalui biliknya di tingkat atas.

Dengan pantas Deu Rim menutup pintu rumah lalu berjalan ke garaj kereta.

Dia menghela nafas lega setelah dapat menghidupkan enjin kereta dengan selamat.

"Nasib baik lepas... fuh"

⚪️⚪️⚪️

Deu Rim memandang ke kanan dan kirinya. Bayang Jungkook masih tidak kelihatan saat ini. Sudah 20 minit dia menunggu ketibaan lelaki itu namun masih tak kunjung tiba.

Berbeza dengan situasi lelaki itu , Jungkook sedang memerhatikan gadis itu sambil tersenyum suka. Pisau di tangannya dipegang erat.

"Kau nak bunuh aku? Nak bodohkan aku demi Taehyung? Kau salah Dee"

Dia memandang ke arah Yoojung yang sedang menanti di dalam kereta berdekatan dengan mereka. Ibu jari diangkat untuk perempuan itu.

Dengan perlahan , dia menapak mendekati Deu Rim yang sudah tak senang duduk.

"Jung... lamanya awak. Saya ingat awak tak datang tadi" Deu Rim mengukirkan senyuman manisnya buat lelaki itu. Tanpa rasa curiga sikitpun dia berjalan mendekati Jungkook.

"Kenapa nak jumpa saya?" Deu Rim memandang wajah Jungkook yang serius. Dia tahu lelaki itu dalam keadaan tidak baik. Namun dia masih berani mendekati lelaki itu.

"Aku cuma nak kau jujur..." Jungkook meregangkan lehernya. Matanya tajam menikam Deu Rim.

"Selama ni saya pernah tipu awak?" Deu Rim melangkah setapak ke belakang. Aura Jeon Jungkook buat masa ini tidak baik. Seolah - olah lelaki itu menyimpan satu muslihat untuknya.

"Kau rasa , kau dengan Taehyung mampu perangkap aku?"

"Apa awak cakap ni... saya tak faham Jungkook" Deu Rim terketawa sinis.

"Berhenti berpura - pura. Aku muak" Jungkook menarik pergelangan tangan Deu Rim. Tubuh gadis itu diheret ke dalam kereta yang diletakkan berdekatan dengan kawasan itu.

Dia memandang ke arah Yoojung yang sedang menghidupkan enjin keretanya. Ibu jari diangkat lalu dia tersenyum suka.

"Dan si bodoh pun percaya"

⚪️⚪️⚪️

"Jungkook , saya rasa lebih baik awak hantar saya balik seka—"

"Kau tak percayakan aku kan?" Jungkook tersenyum sinis. Wajah gusar Deu Rim dipandang sekilas.

Tangan kirinya bergerak mendekati tangan Deu Rim yang diletak di atas pehanya. Dia memegang erat tangan itu.

"Saya percayakan awak. Tapi jangan buat kepercayaan saya dekat awak hilang"

"Walau apa pun yang terjadi , tolong percayakan aku saja. Jangan simpan prasangka buruk sebab aku cuma sayang kau sorang" Tangan Deu Rim yang digenggam dengan perlahan dicium olehnya.

"Bila awak nak selesaikan masalah dengan Taehyung?"

⚪️⚪️⚪️

"Masuklah , aku tahu kau rindukan rumah ni" Jungkook meletakkan beg bagasinya di ruang tamu. Dia kemudian membuka pintu bilik utama itu.

Keadaan bilik yang masih kemas membuat bibirnya tersenyum suka. Keadaan rumah ini masih sama walaupun ibu dan ayahnya sudah lama pergi.

"Saya tak sangka awak masih simpan rumah ni dalam keadaan baik" Deu Rim meletakkan tas tangannya di atas meja. Dia kemudian mengambil tempat duduknya di atas sofa.

"Ini satu-satunya rumah yang selamat untuk ibu duduk dulu. Kau pun tahu ayah sibuk macam mana sampai tak dapat nak lindung ibu. Rumah ni bagaikan pengganti ayah" Jungkook melangkah mendekati Deu Rim yang duduk di atas sofa.

"Rumah ni jugak jadi tempat dated yang pertama kita dulu"

"Jangan nak ungkit eh , aku demam masatu sebab tu aku suruh ibu call kau"

Deu Rim mencuit hidung lelaki itu kemudian berlari ke tingkat atas dengan tawa. Teringat pula kenangan dia bersama ibu Jeon dulu.

"Kalaulah ibu masih hidup masa tu , mesti saya dengan Jungkook tak akan berpisah"

Deu Rim mengusap gambar ibu Jeon yang masih tergantung elok di dinding.

Keluarga Jeon begitu baik kepadanya walaupun dia anak yatim piatu yang tiada keluarga mahupun saudara. Mereka melayan Deu Rim seperti anak mereka sendiri. Lebih manja berbanding Jungkook.

"Salah aku yang tinggalkan kau. Aku yang buta masa tu"

Deu Rim menoleh ke tepi. Wajah Jeon Jungkook yang berdiri sebelahnya dipandang.

"Saya tahu awak masih sayangkan saya"

Deu Rim melentokkan kepalanya ke atas bahu Jungkook.

⚪️⚪️⚪️

Taehyung menggengam telefonnya. Berkali - kali dia mendail Deu Rim namun masih tidak diangkat.

"Kau tak akan boleh lari dengan dia"

Taehyung mengusap gambar Deu Rim yang dijadikan sebagai wallpaper telefonnya. Kemudian dengan segera dia mendail seseorang.

Seseorang yang boleh membantunya untuk memusnahkan Jungkook dan Deu Rim.

"Hello... Yoojung"

Dengan wajah yang serius , dia menapak meninggalkan kawasan rumah. Taliannya masih bersambung dengan wanita itu.

Lucas memegang palang tangga itu dengan kuat. Dia memandang bayang Taehyung yang semakin hilang dari pandangan matanya.

Dia tahu segalanya. Apa yang berlaku antara Jungkook dan Deu Rim. Kisah antara Taehyung dan Yoojung yang menjadi orang ketiga. Dia tahu apa yang mereka tidak tahu.

⚪️⚪️⚪️

"Taehyung suruh saya balik. Saya kena selesaikan misi terakhir"

Deu Rim meletakkan telefonnya. Mesej daripada Kim Taehyung baru sahaja dia dapat. Seperti biasa , Taehyung menyuruhnya pulang ke rumah secepat mungkin.

Tetapi yang berbeza , kali ini dia disuruh balik untuk menyelesaikan satu misi. Segala tanggungjawab diletakkan di atas bahunya.

Dia memandang Jungkook , wajah lelaki itu ditatap lama.

"Kenapa?" Soal Jungkook yang sedar dirinya diperhatikan.

"Tak ada apa" Deu Rim mengambil tas tangannya.

"Kena balik?" Jungkook berdiri lalu berjalan membelakangi Deu Rim.

"Janganlah marah" Deu Rim mengeluh. Dia tahu Jungkook akan terasa hati dengan kelakuannya.

"Kau percaya tak pada takdir?" Soal Jungkook tiba- tiba. Walaupun dia tidak memandang wajah Deu Rim ketika ini.

"Takdir kita indah , kita berpisah buat beberapa tahun dan berjumpa semula dengan satu perasaan yang sama" Jungkook akhirnya menoleh ke arah Deu Rim. Wajah gadis itu akhirnya dipandang.

"Namun , kita berjumpa dalam keadaan yang salah" Sambung Deu Rim. Dia mendekati tubuh Jungkook ,bibir lelaki itu dikucup perlahan.

"Apa pun yang kau lakukan. Tolonglah.. jangan tinggalkan aku.."

"Saya janji , saya tak akan tinggalkan awak.." Deu Rim mengukirkan sebuah senyuman manis buat lelaki itu. Dia melepaskan tangannya yang menggenggam erat tangan Jungkook.

"Selamat tinggal.." Deu Rim menapak meninggalkan rumah Jungkook. Airmatanya mengalir laju saat dia tiba di luar kondominium itu.

"Misi kau yang terakhir , bunuh Jeon Jungkook"

"Sama ada dia mati atau tidak , kau akan bebas selepas tu"

"Aku tak mampu nak bunuh dia.."

Bersambung...

Siapa tak faham?

Tak , memang aku akan buat kau tak faham selagi tak sampai ending HAHAHAHAA.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 35.2K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
109K 5.9K 24
" Bagi aku rogol kau sekali boleh ? "
99.5K 7.2K 33
+𝑆𝑒𝑚𝑒𝑛𝑗𝑎𝑘 𝑖𝑠𝑡𝑒𝑟𝑖𝑛𝑦𝑎 𝑚𝑒𝑛𝑖𝑛𝑔𝑔𝑎𝑙 𝑑𝑢𝑛𝑖𝑎 𝑘𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎 𝑚𝑒𝑙𝑎𝒉𝑖𝑟𝑘𝑎𝑛 𝑎𝑛𝑎𝑘 𝑝𝑒𝑟𝑡𝑎𝑚𝑎 𝑚𝑒𝑟𝑒𝑘𝑎, 𝐽𝑒𝑜𝑛 �...
1.2M 55.9K 76
𝐂𝐨𝐦𝐩𝐥𝐞𝐭𝐞𝐝 | 𝐇𝐌 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟏 "Kalau ini yang boleh bahagiakan ibu, Sara sanggup" - Sara Lyana Erlich "Dia adalah tanggungjawab ak...