[C] Jeon For Sale | JJK

By iamyourcupcake

118K 18.3K 2.2K

Kau bayar. Jungkook sedia berkhidmat. Berminat. Hubungi Jeon di talian 001. Start: 13/10/2018 End: 07/11/2018... More

Jeon For Sale | Intro & Prolog
1
2
3
4
5
6
7
8
9
💖
11
12
13
14
15
Contest [Winner]
Jungkook in "Senpai, I'm in Love"
Epilog
Thank You

10

5.4K 872 142
By iamyourcupcake

Jeon For Sale | JJK

Bab 10

----


-Jeon Jungkook

-----

"Ada kejutan di akhir bab. Sila baca author note (A/N) ya."

Kepulangan Jung Hoseok ke luar negara dihantar dengan linangan air mata Joo Yeon

Wanita itu bersandar di satu sudut berdekatan dengan tingkap biliknya sendiri

Jauh pemikiran Joo Yeon melayang jauh. Rindunya terhadap sahabat baik Jung Hoseok sudah terlunas.

Namun, kegembiraan akan berganti semula dengan kesedihan.

"Aku akan rindukan semua kenangan kita, 001 JJK. Aku akan buat kau bencikan aku. Kebahagiaan kau, aku akan serahkan kembali."

Perlahan-lahan bibir Joo Yeon melafazkan ayat-ayat yang terasa begitu perit untuk dihadapnya kelak.

Angin yang datang dari arah tingkap seperti menampar Joo Yeon untuk sedar dari mimpi.

Bibirnya digigit tanda resah. Telapak tangannya semakin berpeluh sakan.

"Aku harap k-keputusan aku ini betul."gumam Joo Yeon.

----

Jungkook menggosok kelopak mata apabila terasa kakinya seperti dicuit oleh seseorang.

Wajah manis Kang Joo Yeon terus menyapa pandangan matanya.

"Cik J-joo Yeon, selamat pagi!"

Terkebil-kebil Jungkook memandang majikannya. Joo Yeon hanya diam membisu.

Dia angkat telapak tangan kanannya dan diletakkan di atas kepala Jeon Jungkook.

Dibelainya dengan penuh ralit. Jungkook tersenyum manja. Senang hatinya tatkala dilayan sebegitu rupa oleh Joo Yeon.

"Jungkook, bersiap sekarang. Lepas sarapan pagi, saya nak bawa awak keluar. Nak tak?"

Pertanyaan Joo Yeon dibalas dengan anggukan kepala oleh Jungkook.

Mana mungkin dia menolak perlawaan tuannya.

Namun, hati Jungkook diserang rasa kurang enak.

Senyuman kelat diukir kepada Joo Yeon. Didekatkan lagi kepalanya untuk memudahkan Joo Yeon untuk membelainya.

"Baik, Cik Joo Yeon. 001 JJK sudi menemani Cik."

Joo Yeon tersenyum pahit. Terketar-ketar tangannya mengelus rambut Jungkook.

----
Tepat jam 12 tengah hari, Joo Yeon mengajak Jungkook untuk singgah ke satu kiosk yang menjual barisan aiskrim yang kelihatan sedap.

Mata Jungkook bersinar. Dia menarik hujung lengan baju yang dipakai Joo Yeon.

"N-nak aiskrim. Boleh? Aku nak perisa coklat."

Kening Jungkook semakin berkerut apabila dia terpandang wajah Joo Yeon yang muram.

"Joo Yeon, tak sihat ke?"soal Jungkook.

Joo Yeon menggelengkan kepala. Duit kertas disuakan ke arah penjual. Aiskrim coklat yang berada di dalam genggaman Joo Yeon sudah memancing selera Jungkook.

"Bagi aku aiskrim tu. Sedap sangat tu!"rengek Jungkook.

Joo Yeon berpura-pura senyum. Dia pantas menyerahkan aiskrim coklat kepada Jungkook.

Dalam hatinya, dia berharap rancangannya pada hari itu berjalan lancar.

Dia sedar dia begitu kejam. Namun, hanya itu caranya untuk memutuskan ikatan antara dia dan Jungkook.

"Cepat Kook. Kita pergi kedai hujung sana."arah Joo Yeon sambil jari telunjuknya menunjukkan kedai dari arah bertentangan.

Dibiarkan Jungkook untuk jalan terlebih dahulu.

Jari Joo Yeon menekan skrin telefon pintar. Matanya melirik ke arah kereta yang sedang meluncur laju ke arah mereka.

"Jungkook."

001 JJK memandangnya dengan penuh riang. Barisan gigi yang jelas kelihatan menggambarkan perasaan Jungkook pada waktu itu.

"Ya, Cik Joo Yeon."

Joo Yeon mengetap bibir. Sedaya upaya dia menahan diri daripada menangis.

Dia menjauhkan diri dan tubuh Jungkook ditolak ke tengah jalan.

Terhuyung-hayang badan lelaki itu mengimbangkan badannya sendiri akibat ditolak Joo Yeon.

Bersama gelak ketawa yang dibuat-buat, Joo Yeon tersenyum sinis.

"Saya tamatkan hubungan kita pada hari ini. Jika awak bernasib baik, awak hidup. Ini s-semua rancangan saya untuk hapuskan awak. Selamat tinggal 001 JJK."

Jungkook menjatuhkan aiskrim coklat ke atas jalan raya. Matanya bergenang air mata.

Dia menggengam erat tangannya. Bunyi tempikan orang ramai dan hon kereta tidak lagi mendatangkan kesan apa-apa kepada Jungkook.

Matanya tetap fokus terhadap Joo Yeon.

"Jika ini yang kau mahukan, aku a-akan hidup dalam kebencian yang direka kau sendiri Joo Yeon. Aku bersumpah."ujar Jungkook.

Jungkook mengalihkan pandangan ke arah kirinya.

Kereta yang dipandu seseorang meluncur laju mendekatinya.

Kelopak matanya dipejam erat.

"001 JJK menurut perintah. 001 JJk akan bencikan Joo Yeon. Akan."

Darah merah pekat mengalir di kepalanya. Orang ramai mula mengerumuni Jungkook.

Joo Yeon terundur ke belakang. Mask hitam ditarik untuk melindungi wajahnya.

"Terima kasih Jeon Jungkook. Aku lepaskan kau. Mulai sekarang."

🍟
A/N

Maka beruntunglah anda jika tidak tidur lagi.

Adakah bab ini hambar?

Aggagagahahshs.

01:41 pagi.

----

Story ini akan tamat pada bab yang ke-15 . ♥

Terima kasih atas sokongan kalian.

Continue Reading

You'll Also Like

39.1K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
407K 18.7K 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradi...
4.9K 667 57
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
80K 389 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur