Janji💕💕

By jihayoo

175 5 0

Aku tiada siapa siapa lagi, Aku cuma ada kau. Jadi, tolong janji dengan aku, Jangan tinggalkan aku. Cover by... More

Janji 2
Janji 2
Janji 3

Janji 1

94 4 0
By jihayoo

Apakah perasaan seseorang seperti aku yang bakal kehilangan orang yang bermakna? Sedih? Aku sendiri tidak pasti apa yang aku rasa. Apa yang aku tahu, aku tak kuat hadapinya. Jadi, boleh tak kita buat perjanjian? Tolong janji dengan aku, jangan tinggalkan aku.

Kau dah janji. Tepati janji kau. Aku akan sentiasa sokong kau. Asalkan kau sihat dan mampu jaga janji kita, itu sudah cukup untuk aku. Tolong kuatkan diri kau, demi janji kita.

"Luqman. Bila kau nak sihat ni? Aku rindukan kaulah."kejut Khadijah yang melihat luqman terbaring di atas katil di sebuah wad hospital. Tiada jawapan daripada luqman. Luluh hatinya melihat kawan baiknya sebegitu. Air mata khadijah hampir mengalir tetapi dikesatnya secepat mungkin. Khadijah mesti kuat tak kira dimana sekalipun kerana luqman tak suka melihat khadijah menangis ataupun sakit.

"Janji dengan aku, jangan pernah menangis kalau aku dah tak ada."pesan luqman pada khadijah sebelum luqman koma. Pesanan yang diberi, khadijah ingat sampai sekarang. Apa yang dia tahu, dia perlu kuat. Dia yakin luqman takkan tinggalkannya sendiri. Luqman sudah sepakat kotakan janjinya. Apa yang dia buat hanyalah menanti keajaiban bakal berlaku.

Pintu bilik wad dikuak. Sebelum pergi, sempat lagi khadijah berbisik di telinga luqman.

"Tolong janji dengan aku, jangan tinggalkan aku."dia tersenyum kelat. Apakan daya, air mata yang di tahan mengalir jua. Luqman, kau tak lupa janji kita kan? Tolong luqman.

Laju khadijah berjalan meninggalkan wad tersebut. Susah untuk dia bertahan. "Aku tak kuat luqman" perkataan yang sering diucap olehnya. Hanya tangisan sahaja meneman saat duka dan laranya. Selain itu, tiada lagi.

"Ya Allah aku tak kuat. Mengapa dia yang harus engkau uji? Mengapa bukan aku? Aku sanggup terima semuanya asalkan dia tidak meninggalkan aku."jeritnya di dalam hati. Dengan bersandaran dinding dan orang di sekeliling melihat, khadijah meratapi ujian yang diterima.

Perlahan lahan khadijah membangunkan diri untuk berjalan meninggalkan hospital tersebut.

Apabila teksi berdekatan dengan hospital tersebut sampai, khadijah memasuki dirinya ke dalam perut teksi tersebut. Matanya sembap. Dirinya seperti tidak terurus. Hanya kerana luqman dia jadi sebegini.

"Cik nak pergi mana?"Tanya pemandu tersebut sebelum bergerak.

"Kampung melayu"jawabnya sepatah. Dia penat. Dia mahu rehat. Apa yang sentiasa berada di fikiran ialah luqman. Biarpun esok khadijah bersekolah tapi dia sanggup bersusah payah datang menjenguk luqman. Kalau boleh dia mahu menjenguknya setiap hari.

Setelah berberapa minit berlalu, akhirnya khadijah sampai di hadapan rumahnya. Duit tambang dibayar lalu dia keluar daripada teksi tersebut. Tidak lupa juga, khadijah sempat mengucapkan terima kasih kepada pak cik tersebut. Pintu pagar rumahnya dibuka. Kunci di dalam beg sandang dicari. Pintu rumahnya di buka dan dia laju memasukinya. Seperti menjadi kebiasaan baginya, rumah tiada sesiapa. Kakaknya sibuk berkerja. Ibu bapanya berada di bandar tetapi khadijah tidak mahu menetap bersama orang tuanya.

Dalam umur 15 tahun ini, khadijah mampu berdikari tanpa ibu bapanya. Tekad keputusan khadijah untuk menetap di sini sehingga dia habis bersekolah. Kerana dia tahu, dia akan berjauhan dari luqman. Dia tidak mahu kerana takut takut luqman mencarinya selepas sedar dari koma.

Khadijah merehatkan dirinya di atas sebuah sofa. Dia terlena di buai mimpi. Perasaannya yang bercampur baur diharap akan menghilang.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Selepas lena di buai mimpi. Khadijah bangun untuk membersihkan dirinya. Selesai mandi dan mengambil wuduk, khadijah menyarungkan pakaian dan terus membentang sejadah. Telekung yang tersidai dicapai olehnya.

"Ya Allah aku hanya mampu berdoa. Engkau ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku. Panjangkan umur mereka berdua. Ya Allah ya Rahman ya rahim, aku sedar aku hanya insan biasa. Benarkanlah dia sihat seperti dahulu kala. Aku tidak sanggup ya Allah. Sekiranya takdir sudah tertulis, aku terima seadanya. Tetapi, engkau berikan kekuatan kepada aku untuk menerima semua dugaan ini. Aamin ya robalalamin."

Telekung dibuka. Air mata yang menitis dikesat. Dugaan apakah ini ya Allah. Semakin lama dia cuba untuk kuat, memori indah mereka berdua tersemat di mindanya.

"Dah besar nanti kau nak kahwin dengan siapa?"Tanya luqman pada khadijah. Khadijah tersenyum sinis mendengar pertanyaannya.

"Kenapa? Kau nak kahwin dengan aku ke?"gurau khadijah. Diketawanya sendiri. Luqman luqman.

"Hmm boleh juga. Itupun kalau tak ada siapa nak kau." Ucap luqman sinis. Khadijah yang duduk di sebelahnya memandangnya semacam.

"Kau!! Sampai hati. Tak nak kawan."merajuk khadijah berpeluk tubuh berpaling daripada luqman.

"Guraulah. Tapi,apa yang aku kata,semuanya aku maksudkan. Janji dengan aku,kahwin dengan aku."ucap luqman serius. Kali ini riak wajahnya tampak dia ikhlas.

"Boleh. Tapi janji dengan aku, jangan tinggalkan aku." Khadijah tersenyum memandangnya. Luqman yang berada di situ turut tersenyum.

"Khadijah!!!" Jerit kakaknya.

"Ye. Khadijah datang."sahutnya. Telekung yang di pakainya tadi, terus disidai. Pintu biliknya dibuka, dia terus menuruni anak tangga. Makanan. Ahahahha makanan.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Alarm di atas meja berbunyi menandakan bahawa dia harus bangun untuk berangkat ke sekolah. Dengan rambut panjang tidak terurus dan masih mamai, khadijah mencapai tuala dan masuk ke dalam bilik air.

Seusai dia membersihkan diri, seperti biasa khadijah solat subuh. Setelah selesai dia sembahyang, dia terus memakai pakaian sekolahnya yang siap digosok olehnya malam semalam. Perfume di sembur sedikit dan laju dia turun ke bawah untuk bersarapan. Kelihatan kakaknya, khalisa sedang menyiapkan mi goreng dan air milo untuknya. Khadijah menjamah sedikit mi goreng dan air milo tersebut apabila melihat kakak keduanya iaitu khaledaa sudah siap untuk berangkat ke kerja.

Laju dia menyalam tangan khalisa sebelum menaiki kereta. Beberapa minit kemudian, akhirnya dia sampai di hadapan sekolah. Tangan khaledaa disalam dan dia terus masuk ke pintu pagar sekolah.

Kelihatan rakan rakan sekelasnya sedang asyik berborak di sebuah dewan besar. Laju dia mengambil tempat bersebelahan kawan baiknya iaitu Maisarah. Kawannya yang comel itu sentiasa berada di sisinya. Ucapan nasihat dan semangat tidak pernah lekang di bibir maisarah.

"Kau okay tak? Luq macam mana?"soalnya. Dia hanya memandang mai sayu. Sudah dapat diagak oleh mai melalui riak mukanya. Luqman memang tak okay.

"Mai, aku tak kuat. Kenapa sekarang mai. Aku sayang dia sangat mai. Aku tak dapat nak jadi kuat seperti yang disuruh. Aku tak mampu tengok hari hari dia terlantar di hospital saja. Aku rindu nak bercakap dengan dia. Rindu sangat. Dapat ke aku tengok senyuman dia macam dulu?" Khadijah meluahkan perasaan yang terpendam. Sungguh dia tidak mampu menipu perasaannya di hadapan kawan baiknya sendiri. Khadijah memperlahankan suaranya. Dia tidak mahu sesiapapun tahu keadaannya macam ni selain mai.

Mai yang bersebelahannya memujuk khadijah.

"Dah dah jangan nangis. Buruk rupa jadinya. Aku tau kau kuat."gurau mai sambil menyelitkan sedikit kata kata semangat. Khadijah tersenyum mendengar gurauan tersebut.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Seharian khadijah berada di sekolah memang memenatkan. Dengan perangai mai yang gila gila dan budak kelas macam haram sentiasa menghiburkan hatinya. Tudung yang masih tersarung dibuka lalu diambilnya telefon yang tersusun kemas di atas meja biliknya.

Ear fone diambil dan dia terus membuka lagu kegemarannya. Lagu cinta. Of course la.

Ding!!

Mai menghantar sesuatu padanya. Audio? Ditekan audio tersebut. Lagu yang bertajuk saat terakhirku menjadi dendangan di minda, hati dan perasaannya. Perlahan lahan dia meneliti sebutir butir maksud liriknya.

Saat terakhirku~

Tak pernah terfikir olehku,
Tak sedikitpun ku bayangkan,
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri,
Begitu sulit ku bayangkan,
Begitu sakit ku rasakan,
Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri,
Tibalah bab tangisan kini,
Kau tlah sandarkan kasih sayang kamu begitu dalam,
Sungguh ku tak sanggup ini terjadi kerna ku sangat cinta,
Inilah saat terakhirku melihat kamu,
Jatuh air mataku, menangis pilu,
Hanya mampu ucapkan,
Selamat jalan kasih,

Satu jam saja ku telah bisa,
Cintai kamu kamu kamu di hatiku,
Namun begitu melupakanmu,
Butuh waktu ku seumur hidup.

Satu jam saja ku telah bisa,
Sayangi kamu...di hatiku,
Namun bagiku melupakanmu,
Butuh waktu ku seumur hidup.
Di nantiku...

Mengalir terus air mata khadijah menghayati lagu tersebut. Tidak dapat dia gambarkan perasaannya sekarang. Bercampur baur. Ya Allah apa yang dia sedang buat sekarang? Bila lagi kau nak sedar luqman. Aku tak kuat. Aku tak kuat. Bila luqman? Kau kata lepas buat chemotherapy kau akan sedar. Tapi sekarang? Lain yang jadinya.

"Lama ke kau chemotherapy nanti? Kau nanti sihat tak?" Soal khadijah bertubi tubi. Nampak sangat dia risau keadaan luqman.

"Lama tu aku tak pasti. Yang pasal sihat tu In syaa Allah kalau Allah izinkan aku hidup lagi." Balasnya tenang. Khadijah pelik memandang muka tenang luqman.

"Tak takut ke?" Tanya khadijah lagi. Luqman mengelengkan kepalanya.

"Aku ada buat research pasal penyakit kau. Ada orang kata kanser darah boleh diselamatkan lagi. Kena buat chemotherapy selalu. Nanti perlahan lahan kanser tu hilang." Luqman tersenyum memandang khadijah.

"Kau ni. Kalau buat banyak manapun cara tradisional atau chemotherapy pun, kalau tak diizinkan oleh Allah, aku tetap pergi. Jadi, semuanya aku serahkan dan redha dengan ketentuan-Nya." Panjang lebar luqman menjelaskan pada khadijah. Kerana dia tahu, khadijah berharap agar dirinya cepat sembuh seperti sedia kala.

Ring!!

Telefon khadijah berbunyi. Dia melihat pemanggil tersebut. Mak zu iaitu mak cik luqman. Setelah kedua ibu bapa luqman pergi menghadap ilahi, makciknya lah yang menjaga luqman bagai menatang minyak yang penuh. Lagipun, makcik zu tidak mempunyai anak sebelumnya tetapi atas berkat menjaga anak yatim piatu, kini makcik zu dikurniakan dua cahaya mata yang masih berumur sekitar dua hingga lapan tahun.


"Assalamualaikum Dijah? Luqman. Dia dah sedar." Beritahu makcik zu. Alangkah gembiranya khadijah apabila dia mendapat tahu berita tersebut. Gembira sangat. Terima kasih ya Allah.

"Alhamdulilah. Dijah datang sekarang."laju khadijah menutup telefon dan terus bersiap.

Dia terus menelefon grab untuk mengambilnya setelah dirinya siap membersihkan diri dan bersiap. Jam ditangan dipandang. Tidak sampai beberapa minit, grab tersebut sampai di hadapan rumahnya. Dengan perasaan yang gembira dan tidak sabar, dia terus menaiki grab tersebut.

Dia membuka telefon untuk memberitahu berita gembira pada mai.

Khadijah~

Assalamualaikum. Mai!!!! Luqman dah sedar. Gembiranya aku. Sekarang aku dalam perjalanan ke hospital sultan Ibrahim. Tak sabar nak jumpa luqman.😚😚

Mai~
Waalaikummusalam. Alhamdulilah. Jaga diri. Kirim salam aku pada luqman tau.

Khadijah~

Baik bro. Tapi, aku nak ucap terima kasih sangat sebab banyak bantu aku time senang dan susah. Maafkan juga kalau aku ada buat dosa pada kau. Seriousla kau memang bestfriend aku di dunia dan akhirat. Jaga diri mai. Kirim salam kawan lain yang aku minta maaf tau. Halalkan makan minum aku Mai. Aku tahu aku banyak susahkan kau. Aku sayang kau Mai.

Mai~
Ish kau ni. Macam nak balik kampung je. Bila balik? Aku pun nak ikut juga kau balik kampung.

Bang!!!!!

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Mundar mandir makcik zu menunggu kedatangan khadijah. Dari tadi tak sampai lagi. Kerusi yang tersedia di dalam wad didudukinya. Luqman tak habis habis bertanya mengenai khadijah. Runsing jadinya.

Sambil menunggu makcik zu membuka tv untuk ditonton. Siaran berita menjadi pilihannya. Luqman di sebelah tak habis habis memegang telefon untuk menelefon khadijah.

"Berita hari ini dilaporkan bahawa kemalangan di jalan raya yang menyebabkan kematian seorang mangsa iaitu muhamad syahrul bin azmi selaku pemandu grab dan penumpangnya iaitu Nur khadijah binti Ismail mengalami kecederaan teruk. Dua mangsa tersebut kini dikejarkan di hospital Sultan Ibrahim Johor Bahru. Sekian terima kasih."

Makcik zu dan luqman yang mendengar berita tersebut terkejut. Adakah ini kebetulan ataupun benar? Laju luqman mencabut wayar yang lekat ditangannya lalu berlalu untuk mencari khadijah. Hampir menitis air matanya mendengar berita tersebut. Mak cik zu yang berada di situ cuba untuk menahan luqman tetapi tidak mampu. Dia tahu kedegilan anak buahnya itu.

Sekeliling hospital yang besar luqman redah untuk mencari kelibat khadijah. Nurse yang menjaga di kaunter pertanyaan menjadi buruannya.

"Nurse, ada tak pesakit yang bernama Nur khadijah binti Ismail dimasukkan akibat kemalangan." Tanya luqman resah. Badannya yang lemah dikuatkan juga untuk mencari khadijah.

"Bilik no 125."jawabnya ringkas. Luqman terus berlalu untuk menuju ke bilik tersebut. Dengan menjadikan dinding sebagai pautan, luqman tetap gigih.

Dia melihat doktor yang baru sahaja keluar dari wad tersebut. Dihalangnya doktor tersebut.

"Doktor, macam mana kawan saya khadijah. Dia tak apa apa kan."tanyanya. Perasaan risau menyelubungi hatinya.

"Kawan awak khadijah sudah tiada. Dia sudah meninggal selepas dikejarkan ke hospital. Kecederaannya teruk."ucap doktor tersebut serba salah.

Terduduk luqman mendengar jawapan doktor tersebut. Tak mungkin. Dia seakan akan tidak percaya. Tapi, kenapa. Kenapa kau khadijah. Kita dah janji kan. Kenapa kau pergi dulu sebelum aku. "Aku tiada siapa siapa lagi. Aku cuma ada kau. Jadi, tolong janji dengan aku, jangan tinggalkan aku." Perkataan itu sentiasa diucap oleh khadijah untuknya.

Lemah longlai luqman meratapi mayat yang ada di hadapanya. Kain yang ditutup dimuka, dibukanya. Khadijah. Seolah olah mimpi buatnya. Khadijah benar benar pergi meninggalkannya dahulu. Menitis satu persatu air mata milik luqman.

"Khadijah janganlah main main. Kau dah janji. Kata nak kahwin dengan aku bila dah besar nanti. Kau mungkir janjila. Tak aci. Kau tipu aku. Aku dah sihat tapi kau? Kau pergi tinggalkan aku sebelum janji kau dikotakan. Sampai hati. Bangunlah khadijah. Aku perlukan kau." Semangat tiada lagi di dalam dirinya. Ucapan yang diberi olehnya untuk khadijah tidak diendahkan. Baginya buat apa dia memberi semangat itu sedangkan dirinya tak kuat. Luqman menangis sekuat hatinya. Habis lencun pakaian yang dipakainya.

"Aku cintakan kau khadijah. Terima kasih untuk semuanya. Maafkan aku kerana terlalu meratapi pemergian kau"ucap luqman sebelum menutup kain mayat tersebut. Ahli keluarga khadijah yang baru saja sampai memenuhi ruang bilik tersebut. Tangisan makin kuat didengari. Luqman keluar menenangkan dirinya.

Pintu bilik wad dikuak. Dinding menjadi sandaran. Luqman berjalan perlahan lahan sambil mengimbau kenangan lama.

"Boleh aku tanya? Kenapa kau panggil nama aku luqman. Sedangkan ramai kawan lain panggil aku luq ataupun man. Dalam banyak banyak kawan aku, kau sorang je panggil luqman."Tanya luqman runsing. Khadijah ketawa.

"Sebab aku special." Jawab khadijah ringkas. Luqman memandang khadijah seperti sebuah ancaman. Marah le tu.

"Sebab nama kau bermaksud kebaikan. Lagipun buat apa nak pendekkan, sebab nama tu banyak makna. Aku suka nama tu. Sangat suka. Kalau aku ada anak, aku nak namakan anak aku luqman Al hakim. Kau pula? " Panjang lebar khadijah bercakap. Luqman tersenyum di sebelahnya.

"Aku suka nama khadijah. Sebab nama isteri nabi. Selain itu, nama tu cantik macam ...kau" ucap luqman tersenyum sendiri. Khadijah yang di sebelahnya terpinga pinga. Perkataan yang terakhir di perlahankan.

Mak cik zu di hadapan terus dipeluk. Luqman menangis sepuas puasnya. Perkataan kuat tidak wujud buat dirinya ketika ini. Kenapa kau boleh khadijah? Sedangkan aku susah. Ternyata kau kuat daripada apa yang aku sangkakan. Terlalu kuat.

🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁🍁

Pengebumian telah selesai. Kawan baik khadijah iaitu mai turut hadir berduka cita. Mai sendiri tidak menyangka bahawa chat yang di hantar olehnya adalah yang terakhir. Mai berlalu membawa harapan agar kawannya tenang di sana.

Luqman tetap berdiri di sebelah kubur khadijah. Dia ingin bersendirian bersama khadijah. Dia menadah tangan untuk sedekahkan Al fatihah untuk khadijah. Ketika ini, dia merasakan khadijah seolah olah duduk di sampingnya.

"Assalamualaikum khadijah. Perkataan yang selalu diucap oleh kau tak pernah hilang dari ingatan aku. Khadijah, sepatutnya aku yang cakap macam tu. Bukannya kau. Kau tahu kan janji kau tersemat dalam hati aku. Mungkin ini takdir Allah untuk aku khadijah. Mungkin benar kau sudah tiada, mungkin benar aku tidak kuat, tapi aku tidak pernah menafikan, betapa indahnya hari hariku bersamamu sayang. Alhamdulilah. In syaa Allah aku akan cuba mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Inilah janji aku setelah kau tiada." Luqman pergi membawa dirinya. Air matanya mengalir sekali lagi apabila melihat kelibat khadijah berpakaian serba putih di sebelah kubur tersenyum gembira. Ya Allah manis sungguh dia waktu itu.

Di pagi yang indah ini, aku telah berjanji bahawa tiada perkara yang mustahil di dunia ini. Mungkin berakhir dengan kedukaan mahupun kegembiraan, ia tetap kehidupan. Perjalanan hidup, kita tentukan. Kerana ia berlandaskan pengajaran.

Khadijah,
Aku tiada siapa siapa lagi,
Aku cuma ada kau.
Jadi, tolong janji dengan aku,
Jangan tinggalkan aku.

"Kau kuat luqman. Aku yakin kau boleh hidup tanpa aku."

Tamat🍁🍁🍁













Alhamdulilah selesai juga cerita pendek jiha. Terima kasih pada yang sudi menyokong karya jiha. Karya eh😐😁 jangan lupa vote.

Jiha mempersembahkan karya yang bertajuk Janji untuk and semua.💕💕

Continue Reading

You'll Also Like

465K 26.3K 44
The story continues to unfold, with secrets unraveling and new dangers lurking in the shadows. The Chauhan family must stay united and face the chall...
3.6M 290K 96
RANKED #1 CUTE #1 COMEDY-ROMANCE #2 YOUNG ADULT #2 BOLLYWOOD #2 LOVE AT FIRST SIGHT #3 PASSION #7 COMEDY-DRAMA #9 LOVE P.S - Do let me know if you...
1.4M 34.5K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
844K 27K 68
"Real lifeမှာ စကေးကြမ်းလွန်းတဲ့ စနိုက်ကြော်ဆိုတာမရှိဘူး ပျော်ဝင်သွားတဲ့ယောကျာ်းဆိုတာပဲရှိတယ်" "ခေါင်းလေးပဲညိတ်ပေး Bae မင်းငြီးငွေ့ရလောက်အောင်အထိ ငါချ...