MONOLOG : Aku yang Lari dari...

By Noha-fiq

45 4 0

Resah yang mengocakkan hati, telah membawa diri jauh bersama sakit yang melukakan. Memencil rasa menghindar... More

Monolog : Aku yang Lari dari Semua Orang

45 4 0
By Noha-fiq

Games, anime, dan movie... itu hidup aku sejak kebelakangan ini. Aku tidak tahu sejak bila ianya bermula. Tapi setiap kali aku stress setiap kali itulah aku menghadap tiga benda ni.

Mungkin aku bukan stress, Aku Cuma... ingin lari dari kesibukan dunia. Ingin dari dari 'dia'.

Ya 'dia'

Aku tidak tahu kenapa aku mesti ada perasaan ini. Tapi itu yang aku sedang rasa. Cinta kepadanya sudah mati. Sayang mungkin ada, tapi hanya sebagai kawan. Bukan lagi sebagai kekasih.

Aku terlalu terburu mengikat hubungan ini dengan kata cinta. Aku tidak tahu aku akan hilang rasa cinta ini seiring dengan peredaran waktu. Bukan ingin menjadi pengecut. Tapi aku buat keputusan untuk diam, tunggu dan berharap satu hari nanti perasaanya terhadap aku, menghilang...

Aku menjauhkan diri dari semua orang, bahkan kawan aku sendiri. Kerana aku tahu apa 'wataknya' dalam hidupku. Dia memang kawan aku, tapi dia juga adalah mata-mata 'dia'. Tapi sejak aku menjauhkan diri daripadanya, kawanku itu sepertinya sudah lupa akan 'wataknya'. Lalu aku mendekatinya kembali. Kerana 'wataknya' yang dulu itu yang membuat hidup aku terasa dikongkong. Tapi sekarang? Dia kembali menjadi kawan yang betul-betul kawan.

Aku terlalu memendam, dan aku perlukan tempat untuk meluahkan rasa ini. Tapi pada siapa? 'Dia'? Orang yang sedang aku hindari buat masa ini? Mustahil. Kawanku itu? Aku masih tidak boleh percayakan dia buat masa ini.

Lalu, Games lagi, anime lagi, movie lagi... hanya itu tempat aku lepaskan kegeraman. Sehinggalah satu hati, aku berkenalan dengan seseorang. Susah aku ingin jelaskan, kerana dia begitu baik pada pandanganku. Kelakuannya, penjagaan dirinya dari bergaul dengan orang lain... Dan yang paling penting, dia juga sukakan benda yang aku suka. Aku tahu dia boleh menjaga rahsia. Dan, aku luahkan segala yang aku pendam sendiri selama ini, kepadanya.

Aku tidak tahu kenapa , tapi aku selesa bercerita dengannya. Ya, perasaan ini sama seperti perasaan yang aku lalui saat mula-mula menjalinkan hubungan dengan 'dia'. Tapi aku tidak berniat lebih, biarlah kali ini hanya sebagai kawan. Kawan tempat aku berkongsi cerita.

Masa berlalu, dan aku tidak tahu kenapa. Tapi orang yang baru aku kenali itu mulai menjauh. Aku sedar aku tidak patut mengejar. Lalu, aku menjauhkan diri lagi... dari semua orang. Rasa ini aku pendam lagi, bersendirian.

Ohh, rupanya dia hanya sebuah watak 'pengajaran' kepadaku. Watak yang akan kita temui selama kita masih hidup. Mereka yang tidak kekal tetapi memberi pengajaran yang besar. Hanya terima kasih dalam diam aku sampaikan kepadamu.

Kini, hidupku kembali sunyi daripada orang untuk meluah, mengadu dan berkongsi cerita. Kawanku itu, aku kembali hindari. Tidak tahu kenapa tapi kekok saat berada dengannya. Games, anime dan movie kembali menjadi sahabat.

Dan aku masih berusaha menghindar dari 'dia'

Alam tempat aku berfikir. Merenung ... dan mengingati. Mungkin aku perlu tambah ALAM selain games, anime dan movie dalam senarai hidup aku. Ya, Alam juga sudah menjadi sebahagian tempat aku meluah rasa ini.

Continue Reading

You'll Also Like

409K 5.5K 28
Emmett loves to be a rebel. He skips school to hang out, drink, and smoke with his two friends when suddenly he and his best friend are cornered and...
155K 23K 106
Translation novel Unicode only Zawgyi users များ page မှာဖတ်လို့ရပါတယ်ရှင်
38.3K 2.5K 61
𝐭𝐡𝐞 𝟐𝐧𝐝 𝐛𝐨𝐨𝐤 𝐨𝐟 𝐬𝐡𝐨𝐫𝐭 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐚𝐛𝐨𝐮𝐭 𝐨𝐥𝐢𝐯𝐢𝐚 𝐫𝐨𝐝𝐫𝐢𝐠𝐨 𝐚𝐧𝐝 𝐲/𝐧'𝐬 𝐦𝐞𝐞𝐭-𝐜𝐮𝐭𝐞𝐬/𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐬𝐭𝐨𝐫𝐢�...
267K 40.3K 103
ပြန်သူမရှိတော့ဘူးဆိုလို့ ယူပြန်လိုက်ပြီ ဟီးဟီး ဖတ်ပေးကြပါဦး