sweet pervert💕

By lynaegi

20.7K 1.7K 672

"ahjusshi . saranghaeyo " - jiwon "kau ingat ni goblin ke nak ahjushhi² . kita sebaya tau " - juyeon More

1+ my poor love
3+ aku bukan pervert
4+ sudden
5+ temankan aku?
6+ 가지마
7+ closer to you
not an update
8+ i'll protect
9 + the truth
10+ confession
11+ you or him
12+ save me
13+ final chapter
not an update (TOLONG RESPONNN)
not an update (TOLONG RESPON LAGI)
not an update

2+ first meet?

1.6K 147 18
By lynaegi

× juyeon pov

"Oppa kat mana? Oppa dekat kedai jam . Kenapa? " kataku melalui telefon.

Ada dua orang perempuan memasuki kedai itu dan salah seorang dari mereka menarik perhatian aku. 

"Jangan cakap yang oppa beli hadiah untuk yena ! Oppa ! Kan orang dah cakap jangan beli! " marah adikku. 

Suara dia boleh buat aku pekak sebelah telinga.  Mujurlah sayang adik aku sorang ni. 

"Saya nak yang tu ye" aku menunjuk pada jam couple itu. 

"Dah tu . Nak oppa beli apa? Teddy bear? Cliche lah " terangku sambil memandang sekilas gadis disebelah ku ini. 

"SIRHEO~! YENA NAK ICE CREAM !" Jeritnya lagi. 

Aku tergelak kecil kerana terhibur dengan perangai yena yang banyak sangat karenah nya.  Ada ke hadiah birthday nak ice cream?

"Jeogi . Saya nak yang tu " perempuan disebelahku bersuara sambil menunjuk pada kotak jam pilihanku. 

Penjual itu memandangnya dengan muka serba salah. 

"Minta maaf sangat cik tapi ni yang terakhir . Dah ada yang nak beli" ujar penjual itu. 

Entah kenapa aku rasa macam kesian pula kat budak tu sampai manyun.  Kecewa betul tu. 

Tak apalah . Saya tak jadi beli " balas ku lalu menunduk kemudian keluar dari kedai itu. 

"Arasseo . Oppa beli aiskrim okay? Jumpa kat rumah nanti" jelasku sebelum mematikan panggilan. 

Sesiapa pun gadis tadi, aku harap aku akan jumpa dia lagi. 

Kini aku berjalan ke kedai kek dan kemudian membeli sedikit aiskrim untuk yena. Alang alang nak tunggu senja,  aku berjalan jalan sekejap. 


Seperti biasa kami akan menyambut hari jadi yena di rumahku dan hanya kami berdua pun dah memadai. 

√√√

Aku memandu ke lorong belakang.  Aku selalu menggunakannya untuk balik ke rumah . Lagipun senja macam ni jalan luar sesak . Baik aku lalu kat sini tapi hati ni ada sesuatu tak kena .  Seperti ada sesuatu yang tak baik akan berlaku kerana aku dah mula tak sedap hati. 

Dalam perjalanan aku ke rumah , tiba tiba aku nampak ada manusia tengah piggy back seorang perempuan jauh di hadapan. Dia nampak berhati hati sangat sampai tengok sekeliling nya seperti takut takut ada orang nampak mereka.

"Ada benda yang tak betul ni. Baik aku turun." kataku pada diri sendiri. 

Pada mulanya takut juga nak munculkan diri . Manalah tahu lelaki tu sebenarnya dukung yeochin dia , malu aku nanti. 

Tapi bila aku dah berhampiran, aku cam muka perempuan tersebut dan dia ialah gadis kedai jam tadi. Dia keluar dengan kawan perempuan dan bukan lelaki. 

Lelaki itu memasuki ke dalam rumah usang kemudian menutup pintu.  Aku mendekati rumah tersebut tetapi aku tak dapat buat keputusan nak masuk atau tak.  Kalau dia namchin gadis tadi,  kenapa dia masuk sini?  Gadis itu pun keihatan seperti tak sedarkan diri. 

"Masuk jelah" aku mengarah diri sendiri dan akhirnya masuk ke sini. 

Segalanya nampak menyeramkan dan suram.  Apa lelaki tu buat dekat sini?  Aku dah nampak apa yang diorang buat.  Lelaki tu ikat tangan dan kaki gadis itu yang sedang duduk di atas kerusi.  Sah ini kes penculikan. 

Lelaki tadi menyelongkar beg bimbit milik gadis itu dan dia mengambil dompet. 

'Tak guna betul manusia zaman sekarang . Tak ada duit nak mencuri . Tak boleh jadi ni' bisik hatiku. 

Aku mencari sesuatu yang boleh dijadikan senjata.  Biar aku ajar lelaki tak guna ni. 

Aku menghampirinya yang sedang terduduk sambil leka mengira duit.  Aku mencuit bahunya kemudian tersenyum. 

"SIAPA KAU?" marahnya lalu berdiri. 

Aku malas nak panjang cerita jadi aku ketuk kepala dia dengan botol kaca.  Kemudian lelaki itu jatuh terbaring tak sedar. 

"Sorry lah bro tapi kau buat kerja tak elok tahu tak . Kau jangan mati sudah lah" aku membaling botol kaca tadi kemudian aku mengemas semula barang barang dalam begnya ternasuklah dompet tadi. 

Aku menghampiri gadis itu. 

Rambut serabai, makeup hancur.  Tapi dia tetap nampak cantik. 

Baru je nak angkat dia,  gadis ini tersedar dan mula meronta kemudian menjerit meminta tolong. 

"ARGHHHH TOLONG! awak buat apa hah?!" gadis ini menangis teruk. 

Aku panik.  Aku ni nak tolong dia bukannya nak buat benda tak elok. 

"Ani... " tangan aku dah peluk bahunya. 

"PERVERT! ADA PERVERT KAT SINI TOLONG!" dia menjerit lagi. 

Aku mengeluh lalu terus mengangkatnya dan mencapai beg bimbitnya. Aku ni punyalah risau kalau lelaki ni terbangun sekejap lagi. Selepas itu aku langsung taknak bersuara apa apa.  Karang aku suruh diam , dia cakap aku nak apa apakan dia .

Kereta pula jauh.  Mujur lah tak ada siapa kat lorong ni. 

"Lepaskan lah saya . Kenapa awak buat macam ni . Tahu tak baik culik orang? Saya tahulah saya cantik" dalam tangisan dia ni sempat jugak memuji diri sendiri. 

Akhirnya dah sampai ke kereta.  Aku masuk yeoja itu ke belakang dan aku pandu sampai ke rumah.  Walaupun mulut dia ni bising, aku hanya berdiamkan diri .

"Awak nak bawa saya ke mana ni?" dia masih menangis. 

"Aku bukan orang jahatlah" jelasku. 

"Habis tu . Kenapa awak letak saya dalam kereta ni ?" soalnya pula. 

Aku dah malas nak bersuara sebab penat seharian berjalan.  Dah lama aku tak berjalan macam ni dengan tolong perempuan ni lagi. 

"Awak ! Jawablah ! " dia bising lagi. 

Dia banyak membebel sepanjang perjalanan aku bawa dia ke rumahku. 

√√√

Nasiblah dia ni tak berat.  Aku dukung dia masuk dan letak dia atas sofa. 

"Kita kat mana ni awak?" soalnya lagi. 

Aku dah penat sangat jadi aku duduk dekat meja makan.  Aku melihat jam di dinding. 

'Sekejap lagi yena sampai' keluhku dalam hati. 

Persiapan apa apa pun aku tak buat lagi. 

"Awak. Kita kat mana ni? Lepaskan lah saya." pintanya pula. 

Banyak sangat mulut yeoja ni. 

Lama juga aku berfikir sama ada nak lepaskan dia atau tak . Kalau aku lepaskan dia,  mungkin dia akan larikan diri.  Bukannya dia percayakan aku. 

"Oppa~ na wass.. Seo Oo? OPPA?!" Tepat pada masanya adik aku sampai. 

Dia terus melulu ke arah gadis itu. 

"Oppa . Kenapa eonni ni terikat tangan kaki? Oppa buat apa hah? Eonni gwaenchanha?" yena pula yang tak keruan. 

Sekurang kurangnya dia tolong bukakkan ikatan. 

Gadis itu mengangguk tanda dia okay.  Aku menghela nafas lega. Segalanya dah okay. 

"Oppa . Apa yang oppa dah buat ni? " yena menghampiriku lalu dia menumbuk numbuk lenganku. 

"Ya ya ya! Bukan macam tulah . Oppa selamatkan dia . Ada orang cuba rompak dan culik dia . Faham?" terangku pada yena. 

Gadis itu hanya mengangguk kemudian dia tercari cari aiskrim. Bukannya buka aiskrim nak suapkan aku yang penat ni tapi dia pergi ke yeoja tadi balik semula. 

"Eonni mesti takutkan ? Makanlah ni" adik aku memang baik. 

Aku rasa lega sekarang sebab ada yena selamatkan keadaan tapi aku serba salah pula tak dapat nak sambut birthday dia dengan sempurna tahun ni. 

√√√

Yena terpaksa bawa balik kek tu sebab dia nak yeoja tadi berehat. 

"Esok oppa bawa yena shopping mm? Kesian pula adik oppa tak dapat sambut birthday ." aku mencubit pipinya dengan muka serba salah. 

Yena menggengam tanganku. 

"Tak payahlah . Oppa jagakan eonni tu tau . Yena kesian dengan dia . Birthday yena , yena dah sambut dengan eomma appa pagi tadi . Gwaenchanha" dia menghayun tanganku dengan muka comel. 

"Tapikan . Kenapa yena bawa baju lebih? Nak tidur sini ke?" soalku agak curious. 

Dia tertawa pula. 

"Yena ingat oppa nak buat prank macam tahun lepas . Simbah air kat orang sebab tu orang bawa baju lebih . Nanti suruh eonni tu mandi lepastu tukar baju sebelum tidur tau. Tafi yena dah pesan kat dia . Manalah tahu diatak buat lagi . Yena balik dulu" gadis itu memelukku dengan erat. 

Aku membalas pelukannya. 

"Saengil chukhahae " aku menepuk belakangnya perlahan. 

Kami meleraikan pelukan dan dia berjalan memasuki kereta.  Mujurlah dia pergi dengan driver ke sini.  Haih. 

Aku memasuki semula ke dalam rumah dan yeoja tadi dah siap tukar baju dan sekarang dia tengah pandang aku. 

"Kau ok?" soalku ringkas. 

Dia mengangguk tanda ya.  Kemudian suasana jadi tegang semula selepas ketiadaan yena. 

Aku mengusap leher sendiri sambil berfikir nak buat apa.  Baik aku mandi then tidur. 

"Jeogi.... " panggilannya buat aku terpandang dia semula. 

"Gomawoyo" ucapnya malu malu. 

Aku mengangguk kemudian masuk ke dalam bilik air. 

To be countinue

Sila abaikan typo...

Continue Reading

You'll Also Like

9.3K 1.1K 24
; will your first love , be your last love? ❝ didn't you see it now? I'm trying to love you again , kang mina. ❞ - mark lee. start ; nineteenth of m...
12.8K 2.1K 16
Perkahwinan yang tidak dirancang dan rupanya berkawin bersama anak tapir. Tak sangka aku kawin dgn anak tapir -Seo JiHyun highest ranking # 1 - renju...
87.5K 7.9K 23
byun baekhyun adalah seorang mafia terbesar di seoul.. Dia adalah lelaki yang ganas dan kejam.bayangkan berkhawin dengan seorang perempuan yang dungu...
674K 25.7K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...