ELEMENTOM ©️

By shahidayat

85.1K 9.3K 799

❤❤❤❤❤❤❤❤❤ Aku Pyro. Seorang remaja dan penjaga unsur api. Aku tak kenal bapaku sejak lahir lagi. Kata ibu , b... More

PROLOG
Memori Pyro
Perhimpunan
Lawan
Sebab
Penjaga unsur air
★PYRO★
Sejarah
Awal Pagi
Hari Sukan Unsur
Berjuang!
Tak Dijangka
★AQUA★
Kerjasama
Junior vs Senior
Cuti
Pengaruh
Bencana
★GEO★
Askar SOLID
Lari
Selamatkan Aqua I
Selamatkan Aqua II
Sarjan SOLID
★WINDY★
Kawan Baru
Halaman rumah
Lelaki misteri
Doktor Chrone
Hujan
★FLORA★
Terowong masa
Debaran
Spike
Fajar pagi
Throwback Spike
★SHINY★
Ditangkap
Strategi
Senja
Kejutan demi kejutan
Askar WISDOM
★ZACK★
Lidah berbilah
Tujuan
Sedar
Perpisahan
Tak mungkin
★DASH★
Bye bye Dr. Chrone!
Hutan
Ohm
Pemanipulasi Cuaca
Puting beliung
★IZZ★
Tiada pilihan
Selesai?
Kevin
Pengorbanan
Negara Kelam
★TONI★
Negara Sinar
Negara Pasifik
Negara Lahar
Negara Granit
Negara Voltan
★STELIX★
Negara Ozon
Negara Toksik
Negara Toksik II
Negara Toksik III
★REO★
Bersama Kembali
Hapuskan Ohm dan Kevin!
Bebas dari Markas
Tebus
Flashback Ohm
Flashback Ohm II
Flashback Ohm III
Perwira
Bye Semua! :)
EPILOG

Negara Logam

385 55 0
By shahidayat

"Kau datang pada masa yang tepat anakku...,"kata Raja Venom lalu datang ke arah Toni.

Raja Venom menepuk-nepuk bahu anak tunggalnya itu sebagai tanda meraikan kedatangannya.

"Bagaimana tinggal di Negara Unitex kamu tu? Tentu membosankan betul tak?,"soal Raja Venom.

Toni hanya diam tak menjawab. Lagipun dia tidak fokus langsung untuk mendengar apa yang diperkatakan ayahnya, kerana fokusnya daripada tadi ialah Windy yang terduduk di hadapan mereka.

"Haha. Apalah soalan ayah ni kan... mesti lah kamu sudah bosan. Kerana itulah kamu balik ke sini, betul tak?,"soal Raja Venom lagi.

Toni menganggukkan kepala perlahan. Cukup untuk membuat ayahnya faham bahawa dia mengiyakan kata-kata ayahnya.

"Dan kamu sangat beruntung anakku. Kebetulan, kedatangan kamu disambut dengan kehadiran dua orang penceroboh yang telah menceroboh negara kita"

"Kamu kan dulu paling menyukainya. Kamu suka untuk menyeksa tebusan dan hamba , jadi ayah rasa kamu pasti teruja untuk membuat mereka berdua merana,"kata Raja Venom lagi.

"Ya-yaa. Sudah tentu,"jawab Toni ringkas.

'Toni... dia sanggup untuk menyeksa kami berdua? Sedangkan dulu dia nampak seperti budak yang baik...Dasar talam dua muka!,'monolog Windy.

Tanpa disedarinya, Windy sudahpun mengepalkan tumbukannya akibat kegeraman.

"Baiklah Toni, kamu tolong masukkan perempuan angin ke dalam kurungan tersebut bersama dengan budak bunyi itu,"arah ayahnya kepada Toni.

Raja Venom pun meninggalkan ruang tersebut. Dia bergerak ke kawasan rehat , tak lain tak bukan untuk mengisi kekosongan perut.

Tinggallah Toni berseorangan berdiri di hadapan Windy. Toni dan Windy tidak henti-henti merenung mana masing-masing.

"Haa raja jahat tu dah tak ada. Toni, cepat lepaskan aku. Ini peluangnya,"kata Reo dari dalam kurungan.

Toni hanya memandang Reo sekilas sebelum kembali merenung Windy. Toni bergerak menuruni tangga yang sangat mewah tersebut mendekati Windy.

"Bangun,"ringkas Toni.

Windy terkesima. Apa? Dia mengarahkan aku?

"Bangun aku kata, tak dengar ke?,"ulang Toni dengan nada yang sedikit ditinggikan.

Namun Windy masih begitu. Matanya dijegilkan memandang rupa Toni yang mana sudah berubah serta-merta.

"Aku kata bangun kan!,"bentak Toni lalu menggenggam lengan Windy.

Toni menyentap tangan Windy secara paksa. Windy juga mahu tidak mahu terpaksa berdiri akibat kesakitan.

"Woi Toni! Jangan kasari Windy lah! Kita kan kawan!,"jerit Reo dari dalam kurungan dengan lantang.

"Kawan? Sejak bila kita kawan?! Korang pun pernah anggap aku kawan ke ha?!". Tiba-tiba Toni membentak dengan suaranya yang naik seokaf.

Reo terkedu. Dia agak terasa akibat dimarahi sebegitu.

"Ka-kau dah lain Toni. Kau tak sama macam yang aku kenal. Kau biasanya baik, pendiam, pemalu, sopan dan...."

"Lemah?! Dan lemah kan?! Aku memang nampak lemah, sebab tu korang semua sisihkan aku betul tak?!,"balas Toni memotong kata-kata Reo.

Reo terkedu sekali lagi. Kali ini, dia betul-betul terbisu. Toni sangat berlainan, Toni yang dulu tidak sama lagi dengan apa yang dilihatnya didepan mata.

Windy yang berada di dalam genggaman tangan Toni cuba meronta untuk dilepaskan.

Namun Toni tetap memegang lengan Windy hanya dengan wajah bersahaja. Dia menyeret Windy ke arah kurungan.

"Lepaskan aku! Lepaskan aku si talam dua muka!,"ronta Windy yang cuba menarik tangannya .

Toni berhenti berjalan seraya berhenti menyeret Windy. Toni memandang Windy dengan wajah kosong yang cukup menakutkan. Dia mendekatkan wajahnya ke telinga Windy.

"Kau dengar sini... kalau kau tetap nak memekak macam ni, aku tak segan-silu untuk membunuh kau dan membuang mayat kau di kawasan pembuangan sampah,"bisik Toni perlahan tapi cukup berbisa.

Windy mencebik. Betapa kejamnya kata-kata Toni itu. Jadi memang benarlah orang kata, penduduk di dalam Negara Toksik memang semuanya tidak berhati perut. Tidak ada nilai simpati langsung!

Melihat Windy yang akhirnya hanya diam menukur tanah, Toni kembali menyeretnya sehingga ke depan pintu kurungan.

Pintu kurungan dibuka lalu Windy dicampak masuk ke dalam . Windy mengaduh kesakitan apabila bahunya berlanggar dengan lantai batu tersebut.

"Kurang ajar kau Toni. Kau memang tak berhati perut! Kau kejam! Aku menyesal kenal kau, aku menyesal anggap kau sebagai kawan aku!,"jerit Reo sambil memandang Toni.

"Diam! Kau tu yang tak tahu peribadi aku. Aku adalah penduduk Negara Toksik, ianya memang lumrah aku untuk jadi macam ni. Ini menandakan yang aku ni lagi kuat daripada korang!,"balas Toni sebelum bergerak meninggalkan mereka berdua.

Toni turut ke kawasan rehat untuk menyertai ayahnya.

Sejurus sahaja kelibat Toni hilang dari pandangan, Reo segera mendapatkan Windy yang terbaring lemah.

"Kau tak apa-apa ke Windy? Ada apa-apa kecederaan serius?,"soal Reo dengan nada yang agak resah.

"Ergh... aku okey. Ba-bagaimana dengan kau?,"balas Windy pula.

Sejujurnya Windy agak gugup untuk bercakap dengan Reo , lebih-lebih lagi untuk bertanyakan khabar. Windy sudah terbiasa dengan personaliti lamanya yang agak sombong dan jarang bersosial.

"Aku okey juga. Maaflah sebab menyusahkan kau. Aku tahu sebenarnya kau mampu je nak larikan diri tadi,tapi sebab aku terkurung... kau tak pergi,"kata Reo dengan nada bersalah.

Reo tahu yang Windy bukan jenis sebegitu. Dia takkan mudah mengalah. Lagipun Windy antara pelajar terbijak dan terhebat dalam sekolah. Semestinya kebolehan Windy tidak boleh dipandang rendah. Ini menambahkan lagi rasa serba salah Reo.

"Baguslah kalau kau dah sedar. Kau ni daripada dulu memang tak henti-henti menyusahkan orang. Kau ni-..."

"Er... ma-maafkan aku. Maksud aku,takkan lah aku nak selamatkan diri sorang-sorang. Itu selfish namanya,"sambung Windy.

Reo yang tadinya menunduk bersalah, mengangkat mukanya. Dia tersenyum lega dan begitu juga Windy.

"Sebenarnya macam mana kau boleh terkurung di sini?,"soal Windy penuh tanda tanya.

"Begini ceritanya.."

Imbas kembali

Aku terjatuh ke dalam portal hitam Ohm. Aku tak mampu berbuat apa-apa selain daripada hanya menuruti laluan yang lubang itu kehendaki.

Beberapa ketika kemudian aku terus pengsan. Keadaan sekeliling menjadi gelap-gelita dan aku tak ingat apa yang berlaku.

Tetapi bila aku sedar sahaja, aku dapati bahawa aku berada di satu pelabuhan perkapalan. Dan aku sekarang berada di atas sebuah kapal persiaran.

Belum sempat aku bersedia, tiba-tiba aku mendengar satu jeritan.

"Ada penceroboh telah menaiki bumbung kapal!,"teriak pekerja tersebut.

Aku yang serta merta menjadi panik segera berdiri.

Beberapa pekerja yang mengelilingi aku membuka kuda-kuda. Lalu terbanglah beberapa batang busur besi ke arah aku.

Aku mengelak setiap satu darinya dan nasib aku baik, aku terselamat daripada tusukan mana-mana busur.

Kini barulah aku sedar, aku berada di kapal pelabuhan Negara Logam.

Aku mengumpulkan segala tenaga yang aku ada kerana aku yakin pada tahap kemampuanku yang sudah menaiki Tahap 8.

Aku berteriak dan melaungkan sepenuh tenaga .

"Lonjakan Stereo!"

Boomm!!!

Aku serta-merta melompat ke udara bagaikan lompatan beribu kali ganda katak pokok. Aku melihat ke bawah dan pekerja-pekerja tadi kelihatan semakin mengecil kerana sudah terlalu jauh.

Aku mendarat dengan penuh bergaya apabila sudah mencecah permukaan tanah. Tapi nasibku malang.

Bagaikan keluar kandang harimau, masuk kandang buaya...aku sedar bahawa aku mendarat tepat-tepat di hadapan pintu pagar sebuah istana yang sangat besar . Dan aku tahu istana ini merupakan istana negara apa hanya berdasarkan reka bentuknya. Tak disangkal lagi, ini adalah Istana Negara Toksik.

Dan seperti yang aku jangkakan, aku pun berakhir dengan ditangkap beberapa pengawal istana dan kemudiannya dimasukkan ke kurungan ini tanpa sempat melawan.

Imbas kembali tamat.

"Ha begitulah ceritanya". Reo mengakhiri ceritanya yang panjang dengan postur lagak seperti seorang wira yang bercekak pinggang.

_____________________
to be continue..

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 61.5K 58
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummyny...
495K 1.2K 17
Mula mula
1.6K 122 13
Hannah Insyirah, seorang gadis muda ditugaskan untuk menulis artikel mengenai topik 'crush', satu tugasan buatnya sebagai seorang wartawan junior. M...
32.8K 1.8K 23
"Kau kenapa terintai-intai macam kera dekat belakang blok ni? "-Dani Nama penuh Tengku Muhammmad Ashraf Daniel atau lebih dikenali sebagai Dani.Tingg...