Antologi Fiksyen Mikro

By AmbassadorsMY

2K 114 21

Cerita-cerita yang bakal anda temui dalam koleksi ini bukan kisah biasa. Mengetengahkan bakat-bakat terbaik d... More

SAPTEMBER: ULAR BERGADING
SuriMawarneKaidar: CINTA DATE PLANNER
Hayazikajirangtae: KEMATIAN MATAHARI
fiirooustea: Terbakar! Iskandariah, Terbakar!
Urstlkr: Giant Hyrab
farisjamalFJ: Culik
sugachip: CREEPYPASTA

miiraandy: Tragedi Pantai Aru

153 7 0
By AmbassadorsMY

Di Kampung Jepak terdapat satu lagenda yang menakutkan, yang menjadi buah mulut orang kampung namun bagi Zain, ia hanyalah sekadar amaran untuk melarang anak muda bersuka-ria di tepi pantai itu hingga lewat malam.

Namun hari itu adalah hari jadinya yang ke-18.

Rancangan sudah lama diatur dan rakanya sudah dijemput. Sejak dulu lagi, Zain bercadang untuk menyambut hari jadinya di pantai dikelilingi oleh rakan-rakannya. Maka tahun ini dia berhasrat untuk merealisasikan impiannya itu.

Selepas Isyak, Zain membonceng motosikalnya ke Pantai Aru, satu-satunya tempat beriadah untuk penduduk kampung itu. Bunyi ngauman Yamahanya bergema sepanjang laluan dari kebun Pak Tam hinggalah ke persisiran pantai. Dari jauh, sudah nampak kelibat rakan-rakannya yang bergembira ditepi unggun api yang marak.

"Birthday boy dah datang lah!" jerit Hafiz, disambut oleh sorakan yang lain. Zain tersengih malu. Dia memarkir motosikalnya di tepi kayu mati lalu berlari anak mendapatkan rakan-rakannya.

"Jom, tiup lilin! Kami tunggu kau je." Hafiz menarik Zain ke tengah-tengah. Amri mengeluarkan sebiji kek kecil dari kotak dan memegangnya di hadapan Zain. Rakan-rakannya yang lain mengeremuni Zain untuk sama-sama menyanyikan lagu 'Selamat Hari Jadi.' Selepas meniup lilin, mereka bertujuh bersorak tanpa mempedulikan keadaan sekeliling kerana mereka yakin tiada siapa yang berada di pantai pada waktu itu.

Zain tidak pernah berasa segembira itu dalam hidupnya. Mereka makan, bernyanyi dan bergurau sehingga tidak sedar hari sudah semakin lewat dan jam hampir menginjak pukul 12 tengah malam.

"Hei, korang tahu tak pasal cerita seram di sini?" Amri tiba-tiba memulakan bicara.

"Kisah apa?" Troy yang baru saja berpindah ke kampung itu bertanya.

"Ah, kisah karut orang kampung di sini?" sindir Zain yang sememangnya tidak percayakan khabar angin itu.

"Ada sebuah keluarga bertujuh, kerana difitnah, mereka dibunuh dan mayatnya dibuang ke dalam laut. Dengar cerita, pada setiap bulan mengambang dan tepat jam 12 tengah malam, suara tangisan si kecil akan kedengaran. Ada penduduk di sini pernah ternampak roh keluarga itu merayau-rayau di pantai ini," jelas Amri tanpa mempedulikan Zain. Dia bersemangat bila Troy mula menumpukan perhatian.

Zain ketawa. Begitu juga dengan yang lain. "Orang tua di sini sanggup reka cerita sebab tak mahu kita jadi kutu rayau."

"Yalah, aku pun boleh buat cerita macam tu," kata Kong. "Tapi kenapa roh itu merayau-rayau? Saja nak takutkan manusia?"

Amri menggelengkan kepala. "Nenek aku beritahu mereka mencari bekas."

"Bekas?"

"Manusia untuk dirasuk."

Mendengarkan itu, masing-masing terdiam. Zain memandang pantai yang diterangi cahaya bulan. Bila dia pandang ke atas, baru dia sedar bulan sedang mengambang penuh.

"Tengok," bisiknya, dan semua pun menoleh. Zain mengerling jam. "11.59 malam."

Tiba-tiba, kedengaran hilai tawa yang mengerikan dan suara tangisan yang menyebabkan bulu roma mereka meremang. Semua berdiri, terpaku.

Dari jauh, kelihatan tujuh bentuk yang lutsinar dengan ketinggian yang berbeza sedang terbang ke arah mereka.

"Tak mungkin," bisik Zain dengan mata membulat.

"La-lari!" jerit Amri. Belum sempat dia bergerak, ada sesuatu melintas di depannya. Sesuatu dengan kepala yang hampir tercabut, mata terbeliak dan darah menitis di lehernya.

"Aku punya."

Zain memandang dengan rasa tidak percaya. Satu persatu rakannya rebah. Kini hanya tinggal dia seorang. Dengan sekuat tenaga, Zain berlari tanpa menoleh ke belakang lagi sehingga dia menemui seorang lelaki berhampiran pondok Pak Tam. Dia tidak pernah melihat lelaki itu di kampungnya namun kerana terdesak, dia terus meluru ke arah tubuh tinggi itu.

"Pak cik, tolong saya! Ada hantu makan kawan-kawan saya!"

"Macam mana rupa hantu itu?" tanyanya tenang. "Macam ni?"

Zain hanya tergamam, memerhati lidah lelaki itu menjulur keluar dan rupanya berubah. Apa yang diingatnya sebelum dia rebah adalah satu bisikan ngeri.

"Kami datang untuk membalas dendam."Di Kampung Jepak terdapat satu lagenda yang menakutkan, yang menjadi buah mulut orang kampung namun bagi Zain, ia hanyalah sekadar amaran untuk melarang anak muda bersuka-ria di tepi pantai itu hingga lewat malam.

"Kami datang untuk membalas dendam."

-Tamat-

Continue Reading

You'll Also Like

196K 695 25
18+ ပါ။ စောက်ပတ်ထဲလိုးမသွင်းခင် လုပ်မယ့်ဟာတွေ ရေးမှာ။ ညစ်ညမ်းစာတွေပါ။
151K 2.6K 67
Just some short stories about my favorite Ninjago couple, Jay and Nya. This book contains canon oneshots. I have a second book called "The Jaya Chro...
37.4K 140 8
a collection of smutty one shots :) gay warning haha ENJOY! (cover page is tamen de gushi by tanjiu)
115K 4.3K 34
A fire incident at his(Kim Jae-soo) husband's home while he (Baek Ji-Hu )was away made Kim Jae-soo return to his third year of university (he was reb...