3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔

By Marliya_

446K 20.4K 926

[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berb... More

n o t e
01 | ♡
02 | ♡
03 | ♡
04 | ♡
05 | ♡
06 | ♡
07 | ♡
08 | ♡
09 | ♡
10 | ♡
11 | ♡
12 | ♡
13 | ♡
14 | ♡
15 | Raya edition 1 ♡
16 | ♡
17 | Raya edition 2 ♡
18 | ♡
19 | ♡
20 | ♡
21 | ♡
22 | ♡
23 | ♡
24 | ♡
25 | ♡
26 | ♡
27 | ♡
28 | ♡
29 | ♡
30 | ♡
31 | ♡
32 | ♡
34 | ♡
35 | ♡
36 | ♡
37 | ♡
38 | ♡
39 | ♡
40 | ♡
41 | ♡
42 | ♡
BTK
WICME

33 | ♡

8.6K 415 23
By Marliya_

~ Diri ini masih menanti ~







DUA TAHUN KEMUDIAN,

EISHAL hanya memerhatikan gelagat manusia yang berada di kampus nya. Sudah lima bulan dia belajar di situ. Percaya atau tidak dia tidak mempunyai seorang kawan pun.

Siapa saja yang sudi hendak berkawan dengan dirinya yang sudah separa cacat itu? Dengan berkerusi roda? Adakah pada mereka dirinya hanya beban dan menyusahkan?

Eishal redha.

Ini takdirnya , tak semua diuji seperti yang dia lalui. Malah ada yang lebih teruk darinya. Eishal bersyukur kerana dia masih mampu untuk melihat dan bergerak seperti biasa walaupun dengan menggunakan kerusi roda.

Tak ada kawan? Sedikit pun dia tidak heran. Tujuannya menyambung pelajaran bukan untuk bersuka ria. Cukuplah dia mempunyai ahli keluarganya yang amat menyayangi dirinya.

Kasih sayang yang abadi.

" Hey cacat kau buat apa dekat sini! " sergah satu suara nyaring.

Eishal membatu. Dalam keadaannya yang sebegitu dia tidak mampu melawan. Hinakah dia dimata mereka kerana tidak mampu untuk berjalan seperti biasa?

" Babe, jangan lah marah dia " sampuk sahabat perempuan itu lalu tertawa halus.

" Habis kita nak buat apa dengan, perempuan cacat ni? " Eishal berkira kira untuk pergi. Kerusi roda ditolak ke jalan yang dikhaskan untuk pelajar kurang upaya sepertinya, namun segera di halang.

" Kau nak pergi mana? Apa kata kita main nak? " pantas Eishal menggelengkan kepalanya.

" Guys! " dua orang perempuan menghampiri Eishal dan menolak gadis itu jatuh ke lantai pondok . Kerusi roda di campak ke tanah.

" Amy kau buat apa ni! " jerkah satu suara. Pantas gadis itu berpura pura untuk menolong Eishal.

Tubuh perempuan bernama Amy itu ditolak kasar. Pantas lelaki itu mencempung tubuh Eishal dan meletakkannya semula di atas kerusi roda yang di angkat oleh sahabatnya.

" I, i nak main dengan dia je. Yang you nak marah marah kenapa? " rengek Amy tak puas hati.

" Main? Kepala hangguk kau lah perempuan ,kau ni memang hati binatang kan? " Amy mencebik. Eishal yang berada di belakang lelaki itu di jeling tajam.

" Hey cacat, suka lah kau ada orang bela kan? Kau tunggu!  Aku tak habis lagi dengan kau! " Amy memberi amaran. Dan melangkah pergi diikuti oleh rakan rakannya.

" Awak okey? " soalnya perihatin.

" Awak tak sepatutnya tolong saya! Suka lah awak lepas ni tengok saya kena buli lagi terukkan? " Hambur Eishal geram.

" Hey makcik ni, orang dah tolong tu cuba cakap terima kasih " sampuk kawannya.

" Zaf " lelaki itu mengangkat tangannya dan melangkah tiga tapak ke belakang.

" sorry and thankyou sebab sudi tolong saya, tapi saya tak perlukan pertolongan awak, saya dah biasa. Kalau awak tolong saya, lagi teruk saya kena " Jujur Eishal bersuara.

" Ok, dengar sini . Lepas ni saya akan pastikan yang tak akan ada sesiapa pun yang berani apa apakan awak. Sebab hero awak ada dekat sini "

Eishal diam. Lelaki yang bernama Zaf tadi terbatuk batuk mendengar ayat yang keluar dari mulut sahabatnya.

" Apa apa je lah, dah jangan tolong saya lagi. Assalamualaikum " Kerusi roda elektonik itu bergerak ke lobi yang di mana terdapat sebuah vellfire hitam berhenti betul betul di hadapannya.

" Kau ni dah gila ke apa Syaf? " Kata Zaf sambil mata tak lekang daripada melihat Eishal yang sudah dicempung oleh seorang lelaki dan diletakkan pada seat kereta.

" Mungkin, gilakan dia " dahi Zaf berkerut. What theee.














————



PANDANGAN dibuang keluar tingkap. Otaknya masih lagi cuba untuk memproses kata kata lelaki gila tadi.

" Jauh termenung kak " suara Eiman memecah kesunyian didalam kereta tersebut.

" Hmm "

" Kita singgah mall kejap tau kak, aku nak belikan groceries yang Nadia pesan tadi " kata Eiman dan menoleh sepintas lalu ke arah Eishal yamg masih lagi di dalam dunianya.

" Eiman... " panggil Eishal.

" Kenapa? Sakit ke? " soal Eiman bernada cemas.

" Pada kau aku ni menyusahkan ke? " soalan daripada Eishal membuatkan Eiman berdecit.

" Kak , you are my sister and i love you damn much.  Tak pernah walau sesaat kau menyusahkan atau membebankan aku. Kau pun tanggungjawab aku juga " balas Eiman dengan penuh keikhlasan.

" thanks " balas Eishal sepatah. Akhirnya Mereka tiba di tesco , Eiman memakir kereta dan membantu Eishal keluar dari dalam kereta.

" Ni senarai barang yang dia nak, Nad kata Ibu nak masak special sebab bakal mak mertua Eimar nak datang " Eishal hanya meng'o'kan sahaja .

Banyak juga barang yamg hendak dibeli antaranya ialah, bawang, pasta, sos tomato, daging cincang, bebola ketam, susu fullcream, telur , salary , capsicum , lada hitam, coklat masakan. Macam nak kenduri saja Nad ni.

Eishal memilih barang yang hendak dibeli dan diletakkan di dalam troli yang ditolak oleh Eiman. Tiba tiba kaki Eishal dipeluk oleh seseorang kanak kanak perempuan .

Kedua mereka tersentak.

" Eh kau tak bawak Aif kan? " Eiman menggeleng laju. Dahi Eishal berkerut. Anak siapa lah pulak ni.

" Mama! " jeritnya.

Tubuh kecil itu diangkat dan diletakkan di atas pehanya. Comel!  Muka macam iras iras seseorng, tapi siapa ya ?

" Anak siapa ni? " Soal Eishal.

" Apa bengap sangat kau ni kak? Budak tu baru setahun lebih mana lah dia tahu nak jawap dia anak siapa " Balas Eiman sarkastik.

" Nia... Ya Allah satu mall papa cari dekat sini kamu rupanya " satu suara menyentak mereka. Senyuman Eishal terus mati. Dia amat mengenali suara itu. Suara yang dipuja dan dirinduinya.

" Maaf cik— " bagaikan dipanah petir. Mereka diam membisu.

" Ei... Man, jom ba... Balik! " Eishal menundukkan wajahnya ,kerusi roda ditolak pergi meninggalkan lelaki itu.

" Eishal? " panggilnya. Namun Tidak dia endahkan.

" Eishal stop " panggilnya lagi.

" Kau nak apa lagi dengan kakak aku? Nak malukan dia? Ketawakan dia? Sukalah kau tengok keadaan dia macam tu kan! " kata kata Eiman menusuk tepat ke dalam dadanya.

Dibiarkan saja mereka melangkah pergi. Semakin lama bayang mereka semakin jauh dan menghilang.









Adakah pertemuan ini yang dinamakan takdir? Takdir untuk aku dan dia bersama semula?














To Be Continued ,

Continue Reading

You'll Also Like

897K 36.5K 101
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
1.3M 62.5K 57
SYED ZARIF IZZHAN jatuh cinta pandang pertama kepada NUHA QISRINA, adik kembar NURA QISTINA. Dia sanggup merendahkan egonya untuk meminta bantuan dar...
3.3M 294K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
75.9K 6.6K 25
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐌𝐢𝐥𝐢𝐤 𝐃𝐢𝐚 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐍𝐮𝐫𝐞𝐞𝐧 𝐑𝐚𝐮𝐝𝐡𝐚𝐡 | 𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐙𝐚𝐲𝐫𝐚𝐧 "𝐓𝐚𝐤𝐡𝐭𝐚 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐧𝐠𝐠...