ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda...

By CtNorLiana

5.6M 95K 7.6K

"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
OFFICIAL COVER EMED
ORDER EBOOK EMED DI SHOPEE
PROMOSI RAYA (EBOOK)
SURVEY REPRINT NOVEL EMED
OFFICIAL COVER ANDI
PRE-ORDER ANDI
TEASER #ANDRIA
TEASER #ANDI PENCABUL
TEASER #NASYA GENGSTER
TEASER #NASYA KEJAM
TEASER #GADUH
TEASER #GUGUR
TEASER #PISTOL
TEASER #ANDRIA
TEASER #FIGHT
TEASER #MATI
KOMBO ANDI & ANDRI

BAB 20

99.1K 4.3K 392
By CtNorLiana

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

NASYA melangkah masuk ke dalam bilik. Tubuhnya mengeliat kecil, menghilangkan sengal-sengal yang terasa di seluruh urat dan sendinya itu.  Selesai itu, dia bergerak ke katil.  Punggung dilabuhkan di birai katil.  Tudung yang tersarung di kepalanya dilucutkan.  Dia hanya tidak memakai tudung apabila berada di dalam bilik sahaja.  Di luar bilik, sepanjang masa dia bertudung memandangkan ada Andri di rumah itu.  Telefon yang berada di atas meja sisi dicapai.  Skrin disentuh membuka kunci.  Nasya membelek-belek telefonnya.  Ada satu mesej pesanan ringkas yang diterimanya.  Laju dia membuka mesej tersebut.  Tulisan yang terpapar pada skrin telefonnya itu dibaca teliti. 

-You will die -unknown

Dahi Nasya berkerut halus sebaik membaca sebaris ayat itu. Malas mahu melayan. Sejak akhir-akhir ini memang dia kerap menerima mesej yang entah apa-apa. Daripada siapa pun dia tidak tahu.

Puas membelek telefon, Nasya meletakkannya semula di tempat asal.  Tubuhnya direbahkan di atas tilam.  “Urghh!!  Penatnya...” keluhnya. Tubuhnya digolekkan di atas tilam empuk itu. Seharian buat kerja.  Mengemas rumahlah, dapurlah, melayan Elsa lagi. 

Buk!

“Adoi...” Nasya menyeringai sakit apabila tubuhnya jatuh ke atas lantai.  Mujur berlapik karpet.  Jika tidak, boleh patah tulang belakangnya.   Pinggangnya diusap perlahan. 

“Tak gunalah kau ni katil.  Lain kali aku nak jatuh tu, sambutlah.  Ni tak, kau biar aku tergolek.  Sakit tahu tak?” Amarahnya dilepaskan pada objek tidak bernyawa itu.  Nasya bingkas bangun lalu punggung dilabuhkan semula di atas tilam.   Sambil tangan mengusap pinggang, bebola matanya meliar memerhati sekeliling bilik itu.  Terasa ingin menjelajah bilik itu.  Setelah hampir seminggu dia tinggal di  situ, yang dia tahu hanyalah dapur, ruang tamu, bilik air, halaman rumah dan  bilik tidur.  Malas dia mahu menjelajah lebih-lebih.  Membuang masa!  Cukuplah sekadar dia tahu perkara yang penting sahaja.  Dapur sebagai tempat memasak, ruang tamu sebagai tempat berehat, bilik sebagai tempat tidur dan bilik air sebagai tempat untuk membuang hajat. 

Setelah sakit di pinggangnya berkurangan, Nasya berdiri tegak.  Tangan bercekak pada pinggang.  Setiap almari yang berada di dalam bilik itu dipandang.  Perlahan-lahan dia melangkah ke arah almari pakaian yang berketinggian 8 kaki itu .  Pintu almari dibuka luas.  Isi di dalam almari itu dilihat. Tiada apa yang menarik.  Yang ada hanyalah pakaian yang tergantung.  Macam bodoh pula.  Nasya menutup semula pintu almari.  Dia beralih pula ke kabinet kecil di sebelah almari.  Setiap laci kabinet itu dibukanya.  Seakan mencari sesuatu.  Ada lima laci kesemuanya.  Empat laci teratas, tiada apa-apa melainkan barang kerja milik Andi.  Ditarik sahaja laci paling bawah, Nasya tergamam.  Objek yang berada di dalam laci itu sungguh mengerikan.  Tidak berkelip matanya.  Pisau rembo, bom tangan, pistol, rifle, sniper, dan bermacam jenis senjata berbahaya berada di dalam laci itu.  Gila!  Simpan peralatan berbahaya seperti itu di dalam bilik.  Lagi-lagi bom.  Tiada tempat lain ke hendak simpan?  Puas melihat setiap objek di dalam laci itu,  Nasya menutup kembali laci tersebut.  Tegak bulu romanya melihat objek-objek itu. 

Nasya kembali ke katil.  Dia memandang ke meja sisi katil.  Di atas meja itu hanya ada lampu tidur.  Dan terdapat dua laci pada meja itu.  Dia belum pernah melihat isi di dalam laci meja sisi itu.  Perlahan-lahan laci paling atas ditariknya.  Sekali lagi Nasya tercengang.  Berapa banyak senjata yang disimpan oleh suaminya di dalam bilik itu?  Sepucuk pistol berwarna silver yang berada di dalam laci itu diambil.  Menggigil sedikit tangannya memegang pistol itu.  Ini adalah kali kedua dia memegang pistol.  Sebelum ini, pistol milik Andri.  Kini, pistol milik Andi pula. 

Nasya membelek-belek pistol di tangannya itu.  Cantik.  Elegan.  Menarik.  Itu yang dia mampu simpulkan daripada apa yang dlihatnya.  Matanya tertumpu pada ukiran huruf yang berada pada bahagian tepi pistol itu.  Ukiran huruf berwarna emas itu ditilik. 

AC. 
AC apa? 
AC Mizal ke? 

Malas mahu memikirkan tentang itu, tangannya yang sedang memegang pistol itu diangkat lurus.  Muncung pistol dihalakan ke arah almari pakaian, seakan ingin menembak sasaran. 

“Hmm not bad.  Macam menarik je main benda ni,” omelnya perlahan.  Timbul rasa mahu mencuba pistol itu, walaupun dia sendiri tidak tahu bagaimana hendak menggunakannya.  Hentam sajalah. 

Nasya bangun.  Bersama pistol di tangan kanannya, dia melangkah ke arah balkoni.  Matanya meliar mencari sesuatu.  Sesuatu yang boleh dibuat sasaran untuk menembak.  “I got it!” ujarnya bersama senyuman.  Pistol diangkat.  Pemicu ditarik.  Nasya menghalakan muncung pistol ke arah objek yang mahu ditembak.  Matanya mengecil sedikit.  Nafas panjang ditarik sebelum dihela semula. 

Satu.
Dua.
Tiga.

Bang! Bang!

*****

ANDI dan Andri yang berada di tingkat bawah terkejut apabila bunyi tembakan itu kuat kedengaran.   Andi memandang Andri di sebelah. 

“Sya!” Keduanya menyebut serentak.  Mereka berdua terus bangun daripada sofa dan bergegas berlari ke tingkat atas. Elsa yang berada bersama Andri terus terjaga. 

Sampai sahaja di hadapan bilik tidurnya, Andi terus menguak kasar daun pintu.  Susuk tubuh isterinya tiada di dalam bilik itu.  Andi masuk ke dalam bilik, diikuti oleh Andri di belakangnya.  Langsir pintu gelongsor yang sedikit beralun itu menarik perhatian Andi.  Perlahan-lahan dia melangkah ke arah pintu gelongsor.  Langsir berwarna kelabu itu diselak sedikit. 

“Hahaha!  Bestnya main benda ni.”

Nafas Andi sudah berubah rentak.  “Nasya!”
Gadis yang sedang berdiri di balkoni itu memusingkan badan.  Riak wajahnya jelas terkejut. 

“Apa kau buat ni?” jerkah Andi.  Matanya mencerlung tajam ke arah isterinya itu. 

Nasya mati kata.  Kepalanya digaru.  “Err...”

“You buat apa dengan pistol tu Sya?” Andri yang berada di sebelah abangnya menyoal. 

Andi terus memandang pistol yang berada di tangan kanan isterinya.  Langkah diatur menghampiri gadis itu.  “Pulang,” ujarnya tegas.  Tangan ditadah, berharap Nasya memulangkan semula pistolnya itu. 

“Sekejap.  Sekali lagi.  Please...”  

“Sya, tu bukan mainan,” ujar Andri.  Pelik dengan kakak iparnya itu.  Tidak takut ke dengan pistol?

Please... satu tembakan je.  Boleh?”  Nasya membuat wajah comel di hadapan suaminya.

Tidak menjawab, Andi terus merampas kasar pistol di tangan isterinya itu.  “Ni bukan mainan!” tegasnya. 

Nasya terdiam.  Wajahnya ditundukkan. 

“Lebih baik kau bawa dia pergi kelas menembak.  Aku rasa dia berminat tu,” ujar Andri.  Bahu abangnya ditepuk sedikit sebelum dia melangkah keluar dari bilik itu. 

Andi menghantar pemergian adiknya dengan ekor mata.  Kemudian matanya kembali merenung tajam ke wajah Nasya.  “Kau selongkar barang aku?”

Nasya masih diam.  Bibirnya sengaja digigit perlahan. 

“Aku tanya, jawablah!” tengking Andi tiba-tiba. 

Terhinjut bahu Nasya akibat tengkingan tersebut.  “Sorry.”

“Apa sorry?  Lain kali jangan selongkar.  Faham?”

Lambat-lambat Nasya mengangguk kepala.  Air mata yang mengalir di pipinya diseka.  Terkejut punya pasal, sampai ternangis.

Melihat isterinya yang sudah menangis, Andi melepaskan keluhan berat.  Pistol di tangannya disisip ke pinggang.  Kakinya menapak ke arah Nasya.  “Kau suka menembak?” soalnya.  Intonasi suara sudah berubah lembut.  Tidak sekasar tadi.

Nasya menggeleng kepala.

“Nak masuk kelas menembak?” soal Andi lagi. 

Nasya mengangkat wajah.  “Boleh ke?”

“Kalau kau nak, aku hantar kelas menembak.  Andri dengan Adam akan ajar,” ujar Andi.  Rambut panjang Nasya dirapikan dengan jari.  Air mata yang bersisa di pipi gadis itu dilap dengan tapak tangannya. 

“Betul?  Awak tak tipu?”

“Ada nampak aku macam penipu?”

“Terima kasih,” ucap Nasya lembut.  Bibir mula mengukir senyum. 

“Hmm... Masuk. Bahaya duduk luar.”

Nasya mengangguk akur.  Kakinya mengorak langkah masuk ke dalam bilik.  Namun baru beberapa tapak melangkah, dia berpatah semula ke arah suaminya. 

“Kenapa?” Andi memandang isterinya pelik.

Tidak menjawab apa, Nasya menjengketkan sedikit kakinya.

Cup! Cup!

Usai itu, Nasya berlari masuk ke dalam bilik.  Tudung disarung semula ke kepala, dan dia terus keluar dari bilik itu. 

Andi yang masih berdiri di balkoni itu tercengang. Pipinya dipegang.  Terkejut menerima ciuman daripada isterinya itu.  Unexpected!  Matanya memandang ke arah pintu bilik yang sudah tertutup rapat itu.  Bibirnya mengukir senyum tipis.  Nakal!

*****

BANG!

Buah epal yang diletak di atas satu permukaan rata pecah apabila terkena tembakan tersebut. 

Good.  Ada peningkatan,” komen seseorang. 
Rachel terus berpaling ke belakang.  Bibir mengukir senyum ke arah Kevin yang sedang melangkah ke arahnya itu.  Pistol diletakkan di atas sebuah meja kecil di tepinya. 

“Macam mana?  Okay?” soal Kevin lalu merangkul erat pinggang wanita di hadapannya itu.  Bibirnya sempat mencuri cium bibir wanita itu. 

“Okay.  Lepas ni apa pulak?” soal Rachel.  Dada bidang Kevin diusap lembut dengan tapak tangannya.

“Sabarlah.  You mahirkan dulu teknik menembak ni.  I akan ajar banyak benda lagi,” ujar Kevin.  Peluh yang merenik di dahi Rachel dilap dengan tangannya. 

I can't wait to kill all of them,” ujar Rachel perlahan.  Di ruang matanya sudah terbayang mayat-mayat manusia yang dibencinya itu.  Bibir tersenyum jahat. 

Just wait for it.  Okay? Now you need to...” Kevin mengukir senyum nakal. 

Rachel turut tersenyum nakal.  “Let's go.”

Tidak menunggu lama, Kevin terus menarik tubuh Rachel mengikutnya keluar dari bilik latihan itu.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 35K 34
Warning : kiss scene/ harsh words Warning 2 : cliche ****** "Aku sayang kau Najwa, tapi aku tak boleh cintakan kau lagi." - Adam ****** "Lepaskan say...
137K 9.7K 70
Apa itu Crush? C inta yang di R ahsiakan hanya U ntuk S eseorang dengan H arapan dia akan menyedarinya ❇ menurut twitter sebanyak 98% crush tid...
4.6K 66 60
Sipnosis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!!!Baik aku jual kau kat bapak ayam jer!Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza an...
4.1K 287 39
#1st MR'S series ~ MR PIRATE'S Princess for Pirate~ Ayden Callisto Roys sebaris nama yang telah mengubah segala nasib malang dalam hidup seorang gadi...