Cikgu Math Husband Aku✔

By EvaOliviaPearl

81.4K 3.5K 488

《Start: 05/09/2018 》💕 《End: 04/11/2018 》 💕 Rachella Hanid seorang gadis cantik yang baru berumur 17 tahun m... More

BAB 1: SALAH FAHAM
BAB 2: MEMORI HITAM
BAB 3: MIMPI
BAB 4: NYAMUK BESAR?
BAB 5: SUPRISE?
BAB 7: TRAGEDI
BAB 8: FIRST
BAB 9: VIRAL & PEMBUNUH
BAB 10: GREY?
BAB 11 : KEJUTAN
BAB 12: LIANA?
BAB 13 : AMNESIA
SEMI FINAL
FINAL 1.0
ULTIMATE FINAL

BAB 6: RESORT CEMPAKA

4.8K 211 34
By EvaOliviaPearl

R A C H E L L A

"Bangunlah tu!" Saya ambil bantal terus baling arah kepala dia. Mau jam 12 sudah pun masih kegutan. Mentang-mentang cuti.

Dia bangun terus tengok arah saya. Rambut macam sarang burung.

"Jam berapa sudah?" Dia soal. Dia menggeliat sikit sebelum berdiri dan buat regangan. Ada juga la otot sikit.

"Mau jam 12 sudah ni. Jam berapa jalan?" Saya soal. Panik terus dia bah. Terus dia lari pg mandi.

Saya hampiri meja makeup dan duduk di kerusi. Hmm mungkin cantik kalau saya pakai rantai. Saya buka salah satu laci.

Secara nda sengaja saya terbuka laci tempat saya simpan cincin kahwin kami. Saya capai itu kotak hitam dan buka. Cantik ni cincin. Si cikgu selalu pakai tapi saya pula nda.

Saya tenung itu cincin. Kalau saya pakai ni, maknanya saya terima kenyataan yang zaman remaja saya akan berbeza dari kawan-kawan yang lain.

Ia juga bermakna yang saya terima kenyataan yang saya ni sudah berkahwin. Saya nda dapat pg blind date... enjoy sorang-sorang. Tapi...

- flashback -

"Chel, berkahwin nda bermakna zaman enjoy kau sudah tamat." Bilang Cikgu Jane, guru kaunsaler di sekolah. Dia panggil saya pg pejabat dia sebab dia risau mungkin saya nda dapat terima kenyataan yang cikgu saya adalah husband saya.

Dia pegang tangan saya dan senyum lembut.

"Bercinta lepas kahwin la siok. Kenapa? Sebab kamu bebas sudah. Mana ada lagi yang membawang pasal kamu kalau kamu pegang tangan ka, kiss ka. Yang itu ka." Cikgu kenyit mata terus ketawa.

"Ish cikgu bah!" Macam panas muka saya sebab malu. Entah kenapa hahaha.

"Betullah. Kalau kamu dua manusia biasa, akan terjadi juga. Cuma masa sahaja yang menentukannya. Ingat nasihat cikgu, Cikgu Azhar memang baik. Cuba terima dia. Buka hati kau yang sudah berkerak tu. Nescaya kau akan bahagia." Macam cikgu baca karangan saja. Saya angguk kepala tanda faham.

- end flashback -

Saya sarung tu cincin di jari manis saya. Cantik macam cincin ni wujud untuk saya saja.

Senyuman automatik terukir di bibir saya tapi kejap saja pudar balik.

- flashback -

"Muda lagi pun begitu sudah perangai." Anti cleaner bilang.

Saya baru mau keluar dari tandas, tapi bila dengar nama cikgu kena mention... automatik kaki saya berhenti. Saya diam membisu.

"Betul. Mustahillah Cikgu Azhar diam saja masa tu. Mungkin ni murid yang gete pg rumah dia." Anti cleaner 2 bilang. Saya? Gete?

"Ada lagi yang cakap dia sengaja pakai baju seksi. Minta kena rogol kali."

Sabar Rachella. Sabar.

"Kalau anak saya tu, lama sudah saya buang. Tapi sayang saya nda boleh bagi zuriat dengan suami saya."

Memang padan pun. Kesian kehidupan anak kau nanti. Entah-entah mewarisi mulut bawang kau tu. Sakit hati saya.

###

Masa saya pg kantin, banyak mata memandang. Ada yang berbisik. Kenapa kalau gosip cepat betul tersebar?

"Kau tau ka yang dia ni pernah berherm sama guru lain. Mungkin dia sengaja target Cikgu Azhar." Pelajar entah tingkatan berapa berbisik sesama diorang sambil tengok saya. Saya buat-buat nda layan ja.

"Eee diam kau. Dia dengar juga." Kawan dia siku perut dia. Saya tengok arah diorang terus senyum.

"Semoga kamu bahagia." Saya bilang terus saya jalan. Batal niat mau membeli makanan.

- end flashback -

Tiba-tiba ada tangan melingkar di leher saya. Satu ciuman hinggap di pipi kiri saya.

"Kenapa ni? Kenapa kau menangis?" Cikgu soal dengan lembut. Saya? Menangis?

Saya tengok arah cermin. Kenapa saya menangis ni?

Dengan lembut dia lap air mata saya guna ibu jari tanan kanan dia. Saya diam saja. Sekali lagi dia kiss dahi saya.

"Ada masalah?" Dia soal. Saya geleng kepala saja. Dia macam nda percaya sama tapi dia angguk juga kepala. Dia berdiri tegak terus usap kepala saya.

"Rosak rambut saya bah. Ish."

"Hahahaha! Biarlah bah." Dia bilang sebelum jalan pg arah almari. Saya pegang dada saya.

Macam... pelik saya rasa. Saya happy.

####

"Cikgu! Belum siap ka?" Saya soal dari ruang tamu. Nda lama lepas tu dia jawab dari bilik.

"Kejap!"

Lama betul dia bersiap ni. Kalah pula saya. Saya cuma pakai legging dan crop top warna pink. Pink is my fav color. Muka saya pula tiada makeup cuma tepek bedak saja dengan lipstick. Rambut nda ikat.

Saya pakai kasut converse je. Tak payah high heels.

Saya kasi keluar hp saya. Aneh pula. Kenapa tiada mesej dari orang tu. Sampul surat merah pun tiada ni.

"Bah, marilah jalan."

Saya tengok depan. Ui nah! Terkejut nampak dia oh. Selalunya pg sekolah macam biasa saja dia. Tapi sekarang... dia ka ni?

Rambut dia kasi style ala-ala kpop dengan pakaian simple tapi smart. T-shirt merah dengan jeans. Dia pakai lagi jaket kulit.

"Ella?" Dia panggil. Cepat-cepat saya berhenti tenung dia. Malunya.

Saya berdiri dan tengok tempat lain. "Mari la jalan." Saya bilang sebelum lari keluar dari rumah. Hensem pula dia kalau berabis bergaya.

- skip -

Balik-balik saya silik muka cikgu. Macam artis pun ada. Ada orang swap badan dengan dia ka semalam?

"Kenapa tu? Ada sesuatu yang tidak kena ngan wajah saya?" Dia soal. Mata dia melekat di jalan raya. Saya alih pandangan saya pg luar jendela.

"Nope." Saya jawab.

Keadaan menjadi senyap balik. Nda lama lepas tu saya jadi mengantuk. Saya kasi rendah sikit itu kerusi dan tidur. Muka saya tutup dengan jaket dia.

Dia buka tadi sebab panas dia bilang. Tau sudah panas mau juga pakai jaket hitam. Tapi hensem la pula. Kan bagus kalau hari-hari dia bergaya macam ni.

###

Saya nda tau kami di mana sudah. Saya bangun dari tidur, saya nda banyak gerak. Muka pun masih bertutup dengan jaket dia.

Tiba-tiba hp dia berbunyi.

"Hello."

"Az, you kat mana? Lia ni." Nah suara perempuan. Scandal ka?

"Oh Lia... I ada dekat sabah ni. Dah berdekad tinggal kat sani." Cikgu jawab soalan dia. Lancar slang k.l kau cikgu. Clean ja.

"Oh patut I call rumah lama you tak jawab. Baru nak ajak lepak kat club. You memang dah tak balik sana?" Tu perempuan soal lagi. Mesra betul bah cara diorang bercakap.

"Ish! Gedik betul ni cewe."

"Ha'ah. I akan stay terus di sini since I keje di sini. Kenapa? You dapat nombor I dari siapa?" Soal cikgu. Kenapa mesra betul diorang ni ah.

"Dari kawan you la. You tak rindu I ke?" si Lia ni soal dengan manja.

"Rindu. Siapa tak rindu. You je yang tak contact I langsung."

"Busylah you. Bukan tak nak contact. I jalan dulu. Nak borak lama-lama tak dapat."

"Okay. Bye Lia."

"I miss you. Muah!"

Dan keadaan menjadi senyap. Mungkin tu perbualan sudah kena kasi tamat. I miss you? Ha! Muah? Double ha!

"Jeles ka?" Dia soal tiba-tiba. "Saya tau kau sudah bangun."

Saya bangun dan duduk. Saya berpaling pg arah dia.

"Macam mana kau tau?" Saya soal. Dia senyum sebelum menjawab.

"Kuat betul kau bercakap tadi. 'Ish gedik betul ni cewe.' Hahaha!" Dia tiru suara saya. Astaga saya cakap kuat ka pula tu. Damn.

"Memang pun! Benci saya dengar cara kamu bercakap. Macam itu couple yang mengada-ngada. Sikit-sikit couple." Saya kasi bagus posisi itu kerusi dan terus menyandar sambil berpeluk tubuh.

"Kalau jeles cakap saja la." Dia ejek.

"Buat apa mau jeles! Saya bukan suka kau pun!" Saya tercakap dengan kuat. Dia cuma mengeluh saja. Saya silap cakap ka.

####

Akhirnya sampai! Kami sekarang di depan Resort Cempaka. Di depan ni resort ada pantai. Sebab kami lambat jalan, dekat jam 7 sudah kami sampai.

"Ini suprise kau?" Saya soal. Bukan nda suka, tapi saya ingat grand la suprise dia.

"Nda. Suprise tu bukan sekarang." Dia jawab.

Kami pg kaunter pendaftaran. Saya berdiri sebelah dia. Cikgu soal ada bilik kosong lagi ka tiada.

"Bilik cempaka kosong."

"Cadar dia warna apa?" Cikgu soal lagi. Terus saya tengok dia. Dia tutup telinga saya. Saya masih dapat dengar tapi samar-samar saja.

Diorang bercakap-cakap sekejap. Saya mau buka tangan cikgu tapi nda dapat. Nda lama lepas tu barulah cikgu buka tangan dia.

"Nanti saya suruh pekerja lain tukar. Ada apa-apa lagi?"

Cikgu geleng kepala.

"Kalau macam tu dalam masa 5 minit, encik dengan isteri encik boleh masuk dalam bilik tu."

- skip-

Lepas siap settle semua. Sewa bilik dan angkat barang, kami pg cafeteria. Lapar. Dia terus pg sana tapi saya singgah toilet lagi kejap.

Bila saya sampai sana. Kiri kanan depan belakang ada perempuan bah. Menggedik lagi tu. Si cikgu pun melayan saja ni. Ee!

Saya cepat-cepat pg tempat dia.

"Sayang." Si cikgu panggil dengan lembut. Berubah terus riak muka semua itu perempuan.

"Kami jalan dulu la." Salah satu itu perempuan cakap. Yang lain angguk kepala dan terus diorang jalan. Saya tarik kerusi di depan cikgu terus saya duduk.

"Macam banyak betul perempuan dalam hidup kau ni." Saya bilang. Cover-cover ini perasaan jeles. Nda tau kenapa saya nda suka. Mungkin sebelum ni dia mesra sama saya ja.

Memikirkan dia mesra dengan perempuan lain. Goddamnit!! Panas terus hati saya.

"Tapi kau saja yang bertakhta di hati saya sebab saya cinta dan mahukan kau sorang saja." Dia bilang.

"Erm... cepatlah order." Saya ubah topik perbualan. Dupdapdupdap sudah hati saya. Tidak sangka ayat yang saya mati-mati rasa menyampah kalau dengar, boleh buat saya begini.

####

Ahh! Segarnya udara pantai.

"Syok juga sekali sekala lari dari kehidupan seorang guru. Tiada kerja." Cikgu kasi mula perbualan. Saya angguk kepala saja.

"Tiada homework math." Saya bilang.

"Kenapa bah kau benci betul math ni?" Dia blok jalan saya di depan. "Asal kelas saya saja, mesti kau saja kena denda berdiri di luar. Mana ada orang lain."

Dia berjalan ke belakang. Jatuh la kau ini.

"Kau yang denda. Lagipun math susah. Saya nda pernah lulus." Yang part last tu saya bisik. PT3 pun saya gagal math ah. Memang magic la kalau lulus math time SPM.

"Orang suruh buat homework nda mau. Nah rasain loh." Dia ejek. Senyum-senyum lagi tu.

"Boleh ka cikgu cakap macam tu sama murid dia sendiri?" Saya soal. Kejam juga.

"Saya sekarang bercakap bukan sebagai cikgu. Tapi sebagai husband kau wahai Rachella sayang." Dia senyum. Pandangan mata dia. Wahai hati, jantung... jangan kamu berdegup laju saja.

Tiba-tiba dia jatuh. Nah siapa suruh mengejek. Instant karma eh hahahaha!

"Pfft! Padan muka! Instant karma" Saya kasi ketawa dia. Dia tarik saya. Habis kotor baju yang saya pakai.

"Instant karma." Dia bilang.

"Cikgu!!!!" Saya jerit. Dia macam faham-faham saya mau pukul dia. Cepat-cepat dia bangun and lari.

"Jangan kau lari sana!"

"Hahahaha! Kejarlah kalau dapat!!!"

####

Satu badan saya kena pasir tau. Di rambut pun ada. Terpaksa cuci waktu malam. Lepas mandi saya pakai baju tidur.

Masa di shower tu, saya baru perasan yang cincin kahwin kami ada di jari manis saya.

"Aik? Saya ingat saya buka tadi." Cepat-cepat saya buka itu cincin dari jari manis saya dan letak di tepi sinki. Mahal itu.

Lepas mandi, saya sarung balik. Selesa pula ada ni.

Sebaik sahaja saya melangkah masuk dalam bilik terus ada bantal landing tepat di kepala saya. Saya menjeling pg arah cikgu.

"Peace." Dia buat gaya peace sambil senyum kambing. Eh ni orang. Saya pungut balik tu bantal terus balas balingan dia.

Kena tepat pada sasaran saya. Sampai dia jatuh dari katil. Saya nda dapat tahan ketawa saya.

"Hahahaha!!"

"Oh main kasar." Dia berdiri terus mendekati saya dengan senyuman sinis. Amaa bikin takut.

Selangkah demi selangkah dia semakin menghampir. Kedua-kedua tangan dia angkat di udara.

"Saya main-main ja ba. Hehehe." Ayu cara saya cakap.

"Main-main?" Dia soal.

"Ya hehehe."

Dengan laju dia lari pg tempat saya dan terus geletek badan saya. "Serangan bertubi-tubi!"

"Hahaha! Cikgu! Geli!!!" Saya jerit sambil ketawa. Geli satu badan. "Ci... cikgu!!! Hahahaha!"

"Siapa nama saya?" Dia soal. Masih lagi menggeletek saya. Saya nda dapat jawab sebab sibuk ketawa.

"Say my name, Ella." Dia bilang.

"Azhar!" Saya jerit nama dia. Automatik dia berhenti.

"Lepas ni jangan panggil saya cikgu kalau bukan dalam kawasan sekolah. Kalau nda... saya ro- eh geletek kau!" Dia bilang dengan serius. Keluar sudah tanduk lelaki dia.

"Nda mau. Cikgu-" belum sempat saya kasi habis ayat saya, cepat-cepat saya kasi betul. "Ya Az! Ok lepas ni saya panggil Azhar ja."

Bukan apa, itu tangan dia ready sudah mau serang bah.

"Pandai! A+ untuk itu."

"Napa nda bagi saya A+ dalam exam?" Saya soal.

"Sebab kau nda pandai math. Jawapan kau semua mengarut. Hohohoho." Dia ketawa terus jalan pg arah katil. Boleh ka saya pukul dia?

####

Saya terbangun awal pagi. Cikgu peluk saya dalam tidur dia. Kali ni saya nda cuba buka pautan tangan dia.

Malah saya kasi bagus lagi supaya posisi tangan dia selesa sikit.

"Mmm." Dia tarik saya dekat sikit.

Siapa sangka saya dapat tengok side cikgu yang macam budak-budak. Manja mengalahkan budak-budak kalau dia mau. Selama ni nda pernah dia tunjuk di sekolah.

Saya ambil tangan dia terus genggam. Hangat. Cincin kahwin kami, nda pernah tiada di jari manis dia.

Mungkin tiada salahnya jika saya belajar untuk membuka hati untuk cikgu. Tapi nanti apa pandangan orang kalau nampak kami mesra? Cikgu dan murid.

Nda ka cikgu malu nanti? Kalau cikgu kena label guru teruk? Terus kena buang kerja.

Baru mau fikir pun sakit sudah hati saya. Saya lepaskan keluhan yang berat. Nantilah fikir.

Pelan-pelan mata saya tertutup dan saya kembali ke alam mimpi.

----

💕Siap sudah chapter 6! Diorang bercuti di sana selama 7 hari! Apa yang akan terjadi? Cewahh😂 apa-apa pun... setiap komen adalah dialu-alukan. Especially pendapat hehehe.💕

Continue Reading

You'll Also Like

395K 20K 41
Lya Zandra yang banyak sangat baca novel dan tonton drama pelbagai jenis dari drama Melayu, Hindustan, Sinetron, Korea, China, Jepun dan Inggeris men...
Zafiq's [C] By D

Short Story

89.3K 3K 36
1st Flirty series Gelagat isteri yang nakal dengan suami. |HIGHEST RANKING #1in flirty| 4/3/24 |HIGHEST RANKING #1in purelove| 18/12/23 |HIGHEST RA...
1.5M 24.7K 21
Start : 25 october 2016 End : 19 disember 2016 INI KISAH HANI & REZA Kawan pon tak sudi apatah lagi bercinta Namun dia tekad aku harus jadi miliknya...
123K 3.3K 10
"Wah wah wah. Ayu eh kau? Kenapa nak jadi setan ke duduk lama-lama dalam bilik air tu? Ouhh lupa , kau memang setan dah pun. Sanggup musnahkan kebaha...