Cikgu Math Husband Aku✔

By EvaOliviaPearl

80.9K 3.5K 488

《Start: 05/09/2018 》💕 《End: 04/11/2018 》 💕 Rachella Hanid seorang gadis cantik yang baru berumur 17 tahun m... More

BAB 1: SALAH FAHAM
BAB 2: MEMORI HITAM
BAB 3: MIMPI
BAB 4: NYAMUK BESAR?
BAB 6: RESORT CEMPAKA
BAB 7: TRAGEDI
BAB 8: FIRST
BAB 9: VIRAL & PEMBUNUH
BAB 10: GREY?
BAB 11 : KEJUTAN
BAB 12: LIANA?
BAB 13 : AMNESIA
SEMI FINAL
FINAL 1.0
ULTIMATE FINAL

BAB 5: SUPRISE?

4.4K 217 12
By EvaOliviaPearl

R A C H E L L A

Masa mau pg sekolah, cikgu soal saya berapa lama sudah saya dengan Tasha berkawan.

"Dekat 4 tahun. Dia pindah sini masa umur dia 13 tahun. Kenapa?" Saya soal dia balik.

"Ohh. Kau rasa memang dia ka yang perangkap kita?"

Saya mendiamkan diri.

"Rachella, belum ada bukti kukuh untuk tuduh dia. Mungkin bukan dia. Fikirkanlah persahabatan kamu. Pernah ka dia buat macam ni?"

Bila cikgu cakap macam tu terus saya terfikir. Sedangkan pasal pen tertukar pun si Tasha panik macam mau kiamat sudah. Takut saya marah.

Inikan pula macam ni. Mungkin bukan dia?

"Jangan ikut perasan. Mungkin dia juga diperangkap macam kita."

####

"Hari ni saya akan bagi balik kertas ujian yang kamu buat dulu. Saya harap lepas kamu nampak markah kamu, kamu akan berusaha lebih lagi." Cikgu Mun bilang.

Sekarang ni kami ada di bilik sains sukan. Macam biasa saya akan duduk sebelah si Tasha. Sinilah tempat duduk fav saya sebab dekat ngan guru.

Sabar sajalah.

Saya tenung si Tasha. Kenapa macam dia sakit ni? Mungkin dia perasan yang saya tenung dia.

Dia berpaling pg arah saya dan senyum. Cepat-cepat saya tengok depan. Mau 5 minit juga saya tunggu baru giliran saya untuk ambil kertas ujian. Mau 34 orang dalam kelas saya.

Saya ni bukan budak sains tulen yang student dia nda sampai pun 15 orang.

"Macam biasa, Rachella dengan Tasha dapat markah tinggi. Dua-dua dapat hampir A ah. 78 markah." Cikgu Mun bilang terus senyum lebar. Semua orang tepuk tangan.

Saya dengan Tasha serentak pg ambil kertas ujian kami.

"Teruskan kecermelangan kamu." Cikgu Mun bilang sebelum kami pg duduk balik. Kelas diteruskan. Hari ni cikgu kasi terang pasal kardiovaskular.

Tapi saya nda dapat fokus. So saya conteng-conteng ja nota di depan saya. 10 minit berlalu, tiba-tiba si Tasha mengerang kesakitan.

"Tasha?" Saya panggil dia. Astaga berpeluh sama pucat bah dia. "Tasha!!!"

Automatik satu kelas tengok kami. Cikgu Mun pun tanya kenapa tapi saya nda terjawab sebab fokus sama Tasha.

Dia pegang perut dia sambil mengerang kesakitan. Sampai menangis dia menahan sakit. Saya berdiri dan terus papah dia keluar.

Saya nda sengaja tergenggam kuat lengan kiri dia. Bila saya tarik tangan saya, ada darah.

"Tahan." Saya bisik. Nasib bilik sakit nda jauh betul dari bilik sains sukan. Sampai ja di sana terus saya kasi baring dia di katil.

Saya selongkar rak-rak di dinding sampai saya dapat apa yang saya mau. Kain bandage. Cepat-cepat saya balut lengan dia supaya tu darah berhenti mengalir.

Saya cari ubat gastrik lagi terus saya letak di sebelah dia.

"Saya pg beli air dulu."

Saya keluar dan lari pecut pg beli air mineral di kantin. Agak jauh la pula ni kantin. Ambil masa juga mau pg sana.

"Chel, kenapa ni?" Si Cikgu Azhar tanya. Dia sedang lepak dengan guru-guru lain sambil minum kopi.

Saya nda jawab soalan dia. Saya ambil ja air mineral kecil terus tunjuk pg arah cikgu.

"Dia bayar." Saya bilang terus saya lari balik pg bilik sakit. Setibanya saya di sana, Cikgu Mun berdiri di sebelah katil tempat si Tasha. Si Tasha pula pandai cover badan dia guna selimut. Nasib tebal juga itu selimut. Nda la cepat tembus itu darah.

Saya pg dekat si Tasha terus suruh dia makan itu ubat. Masa dia mau duduk tu, saya cover badan dia guna selimut. Pelan-pelan saya tolong dia makan dan minum air terus baring balik.

"Chel, kau jaga la si Tasha di sini." Cikgu Mun arah. "Lagi pun lepas ni kelas husband kau kan?"

Saya angguk kepala.

"Nanti saya pm dia. Jaga si Tasha ah." Cikgu Mun bilang sebelum dia keluar. Saya ambil kerusi yang nda jauh dari katil terus saya duduk.

Suasana senyap ja. Si Tasha pun macan okay sudah sikit.

"Kenapa kau tolong saya?" Dia soal dengan lemah.

Oh ya. Kenapa pula? Mungkin sebab habit ni. Selalu kalau dia kena gastrik, saya yang jaga dia.

"Bukan kau benci saya ka?" Dia soal lagi. Saya diam ja. Malas mau menjawab. Betul ka dia yang perangkap? Tapi saya tiada bukti.

Saya mengeluh terus berdiri. "Kau masih buat kan?" Saya soal. Dia ketawa ja.

"Kau ja yang kenal saya." Dia bilang.

Saya pg ambil peralatan untuk basuh luka dan letak di sebelah katil. Saya pg tutup jendela dengan tabir. Pintu saya lock.

Saya suruh dia buka baju putih kurung dia. Memang ada luka fresh. Apa lagi masalah dia ni?

Selalunya dia akan cerita sama saya. Tapi mungkin kali ni dia rasa dia nda mau share so saya nda paksa.

Masa saya rawat luka yang dihiris menggunakan razer di lengan dia, dia menangis. Saya diam ja. Biar la dia kasi keluar semua.

Selepas siap rawat luka dia, saya terus pg ambil spare baju di rak. Jangan hairan. Bilik sakit kami memang macam ni.

Bilang senior dulu ada kes pelajar jatuh di lopak lumpur. Habis kotor baju dia terus terpaksa balik awal. Sejak dari tu pihak sekolah kasi sedia spare baju baru di bilik sakit supaya tiada alasan bagi pelajar untuk balik awal.

"M... M... saiz M..." saya berbisik sama diri saya sendiri sambil membelek-belek itu susunan baju. "Ini dia."

Saya bagi si Tasha itu baju dan suruh dia pakai. Lepas pakai terus saya suruh dia baring. Baju yang dia pakai tadi, saya lipat bagus-bagus dan bagi dia.

Jendela sama tabir pun saya buka balik. Kunci pintu masuk saya kasi unlock balik. Beberapa puluh minit berlalu. Si Tasha sudah tidur.

####

"Macam mana si Tasha?" Cikgu Azhar soal.

"Okay sudah tadi tu. Laju betul lari." Saya jawab. Dia angguk kepala tanda faham.

"Btw, tahniah sebab dapat markah tinggi dalam ujian sains sukan." Dia bilang. "Minggu depan cuti sudah satu minggu. Saya ada suprise untuk kau." Dia bilang terus dia senyum-senyum.

"Suprise apa?"saya soal.

"Kalau kasi tau bukan suprise namanya tu."

Oh ya kan. Jangan suprise nda bagus sudah. Sebelum balik rumah, kami singgah lagi di G-Mart. Mau beli barang dapur.

Kebanyakkan dia saja yang urus, saya pula ikut-ikut ja di belakang. Tiada juga yang tengok-tengok kami. Sebab macam abang sama adik saja.

Selepas shopping barang dapur, dia bawa saya shopping baju. Mula-mula saya menolak tapi dia paksa juga. Terpaksa saya ikut.

Mau 2 jam kami shopping baju.

"Untuk apa juga semua ni?" Saya soal dia.

"Ada la tu. Marilah balik." Dia pegang tangan saya terus tarik keluar dari tu kedai baju.

Selepas siap shopping sana barulah kami balik rumah. Sampai ja terus dia suruh pg mandi. Dia akan masak makan malam.

Demam kali dia ni.

####

A Z H A R

Semoga saja rancangan saya ni menjadi. Rakan sekerja bilang senang mau tawan hati perempuan ni. Cuma ikut tips dia saja.

Saya mesti berani buat langkah pertama. Mau harap dia jatuh cinta sendiri ibarat menunggu kucing bertanduk.

Bila saya ingat plan saya balik, saya terus senyum sendiri. Saya nda sabar mau luangkan masa dengan dia di sana selama seminggu. Moga-moga hati dia terbuka untuk terima saya.

Saya masak dengan penuh kasih sayang. Mama dia bilang makanan fav si Rachella adalah isi ikan masak sos. So itu yang saya masak. Leceh tapi biarlah. Demi bini tercinta kamaa.

Lepas saya siap potong bawang, saya hiris itu isi ikan cantik-cantik sebelum mula menggoreng. Kuah dan isi ikan saya masak berasingan. Itu tips mama si Rachella.

Time saya menggoreng tu, si Rachella masuk. Rambut dia basah lagi. Mungkin baru siap mandi. Bila dia nampak apa saya masak, automatik dia senyum tapi cepat-cepat dia buat muka serius balik.

"Lama lagi?" Soal dia.

"Baru mau goreng isi ikan. Kuah dia belum masak lagi." Saya bilang. Dia balut rambut dia yang basah guna tuala terus datang dekat saya. Dia tolong kasi sedia bahan untuk kuah sos ikan ni nanti.

Suasana senyap ja. Hanya kedengaran bunyi gorengan dan tetakan pisau si Rachella saja. Walaupun senyap, saya tetap happy. Nda tau kenapa.

Lepas siap memasak, kami makan malam sama-sama. Nampak betul si Rachella happy time makan. Makanan fav kan? Siapa nda suka.

"Nanti kau pack baju ah. Saya mau bawa kau pg satu tempat ni." Saya bilang. Dia tanya di mana tapi saya mendiamkan diri saja. Biarlah rahsia.

####

Barang sudah siap pack! Kerja-kerja menanda buku pelajar, alamak belum habis. Bertan-tan lagi tu dalam kereta. Bagus saya kasi siap. Baru enjoy.

Saya pg ambil kunci kereta saya di bilik. Si Rachella sibuk packing baju walaupun nda tau mau pg mana. Serius juga muka dia masa melipat kain.

Saya keluar dari rumah terus pg kereta saya. Time saya mau angkat itu buku-buku pelajar, saya nampak kelibat orang.

"Woi!!" Saya jerit. Tiada respon. Mungkin perasaan saya saja kali. Saya angkat keluar tu buku-buku dan tutup balik pintu kereta saya.

Sikit ja bah ini buku yang mau ditanda. Nda sampai 100 pun. Bukan macam dulu time saya kena bagi 4 kelas. Nah matai saturang.

####

Saya siap kerja menanda buku pelajar jam 3:50 pagi. Sejuk dan penat. Rasa ngantuk pun jelas terasa sudah. Saya bangkit berdiri dari kerusi saya dan buat regangan sikit.

Saya keluar dari pejabat dan terus pg bilik tidur. Si Rachella lena sudah tidur. Saya naik atas katil dan baring mengiring pg arah dia.

Tangan saya memaut kemas sana pinggang dia. Kepala saya letak atas bahu dia. Beberapa saat kemudian saya tertidur sambil peluk si Rachella.

####

R A C H  E L L A

Saya bangun-bangun ja terus saya terkejut. Sejak bila saya jadi bantal peluk dia ni. Saya cuba buka pautan tangan dia di pinggang saya tapi nda dapat.

"Mmmm." Dia bergerak sikit dalam tidur. Terasa nafas hangat dia di belakang leher saya. Mungkin kalau saya buka pelan-pelan. Boleh tu kan?

Saya pelan-pelan pusing pg arah dia. Bila saya pusing tu, muka dia landing di sana. Automatik saya terbangun bila muka dia landing sana.

Baru saya mau berdiri, saya kena tarik balik. Sekarang ni dagu dia di atas kepala saya. Pautan tangan dia makin erat.

"Kau bangun sudah ni kan?" Saya soal tapi tiada respon. Pura-pura tidur lagi. "Cikgu." Saya panggil.

Tiada juga respon. Saya panggil lagi. "Cikgu bangun." No respon juga.

"Azhar, bangun. Pagi sudah." Saya bilang dengan nada suara lembut.

"Nanti bah. Ngantuk." Dia menjawab dengan suara garau. Uhh seksi jugalah.

Nah pandai pula menjawab. Terpaksa laini tidur balik. Tapi kekok la pula macam ni. Ah lantaklah!

Saya baring dekat lagi dengan dia. Sebab mau undur pg belakang nda dapat. Posisi saya sekarang pun nda selesa.

Selepas beberapa kali adjust, barulah selesa. Saya sambung tidur balik.

####

Pelan-pelan saya buka mata. Dia senyum lembut.

"Pagi sayang." Dia ucap terus dia senyum. Cepat-cepat saya bangkit berdiri dari katil. "Kau mau pg mana ni?" Dia soal.

"Mandi."

"Sini bah. Awal lagi." Dia merengek macam budak kecil. Ish mabuk. Tiba-tiba macam ni. Itu bibir pun muncung dia boleh buat ampaian kain sudah.

Saya tengok jam di dinding terus berpaling balik pg arah dia.

"Mau jam 10 pagi sudah. Awal apa benda." Saya bilang terus saya kasi tinggal dia saturang atas katil. Sempat lagi saya dengar dia merengek.

"Alaaaaaa! Rachella! Ellaaa baaaaaaa."

Ya Tuhanku, kau bukalah syaitan dalam diri dia sekarang. Tiba-tiba mengada-ngada. Padahal selama ni nda pun macam tu. Amin.

  - To Be Continued -

💕 Nah saya kasi huruf kecil la nota di hujung😂 btw gais! Siap sudah chp 5! Seperti biasa, bagilah komen. Jangan f seja😂😂😆 hehehe. Bikin bakar semangat juang mau taip chp seterusnya itu😉 hehehe.💕

💕💕Terima kasih yang bagi advice sebelum ni. Berjumpa lagi kita di update seterusnya~💕💕

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 44K 133
Medyna Fatehah yang berusia 22 tahun merupakan seorang gadis kampung nerd bakal dijodohkan dengan sepupu nya sendiri iaitu Andiq Fateh , 24 tahun...
290K 13.8K 61
(Cerita pertama yang mengandungi banyak KESALAHAN) Tengku Ghibran Adrean X Haura Ameena Konflik tk berat,story jenis yang chill Tengku Ghibran Adrean...
365K 10.3K 33
Selalu nya kerabat tengku ni ada yang friendly,ada yang sombong nak mampus,ada yang riak dan lain-lain.. Tapi bukan jejaka yang bernama Tengku Haikal...
5.8K 193 8
"Kenapa encik tipu saya tempoh hari?" - Nurina Nabeelah "Mana ada saya tipu. Saya usik awak sikit je." - Megat Hafizul Hanis Hampir nak pecah relung...