"Kenapa kau boleh terfikir nak berenang tengah malam? Kau tahukan cuaca sekarang sejuk? Ke kau ada niat nak bunuh diri hanya kerana aku marah kau?" Izz membebel biarpun tangannya masih mengacau bubur yang dia sendiri masak untuk Aileen.
"No! Takkan saya nak bunuh diri, saya nak mandi kolam tu je alang alang seluar tidur saya dah basah. Tak sangka pulak boleh kena simpul biawak masa berenang." Aileen menyangkal pertuduhan suaminya mengatakan dia mahu bunuh diri.
Hilang akal ke apa aku nak bunuh diri? Aku ada segalanya, aku cuma perlu usaha untuk buat kau jatuh cinta dengan aku je.
"Sekarang kau dah demam, kau nak pergi kerja pun tak boleh. Takkan aku nak tinggalkan kau sorang sorang, kau tu tanggungjawab aku." Omel Izz meniup bubur mahu disuap ke mulut isterinya.
"Alaa nanti saya bagitahu jelah kat abang kita off dua dua harini, ada emergency. Settle kan?" Aileen seakan akan menunggu setiap suapan bubur buatan suaminya. Rasanya jika diberi tiga mangkuk pun dia sanggup makan jika orang yang menyuapnya adalah Izz.
"Banyaklah! Nanti ayah kau cakap aku ni ambik kesempatan, yelah kau kan anak bos." Jeling Izz acuh tak acuh memikirkan maruahnya tergantung. Risau pula apa yang difikirkan orang sekeliling tentang dia dan ibu.
"Nak pergi mana——"
"Eh aku nak pergi ambik ubat untuk kau lah, lepas——"
"Taknak! Kalau awak suruh saya lepas, saya terjun kolam kat luar tu lagi." Cebik Aileen membaringkan kepalanya dibelakang badan Izz sambil tangannya memeluk erat persis malam semalam.
Ah kau ni mengada betul!
______________________________
"Adik mana? Juna dah telefon? Dorang tak tahu ke harini ada meeting penting," rungut Tuan Mahfiz melihat jam sudah menunjukkan pukul sepuluh pagi.
"Tadi adik mesej Juna cakap dia demam, haa Izz sekali demam. Entah betul ke entah tidak, nanti waktu lunch Juna pergi rumah adik tengok." Arjuna mengangkat kedua keningnya tidak percaya dengan muslihat Aileen. Dia tahu Aileen memang panjang akal bab menipu orang.
"Aik? Takkan dua dua demam? Lain macam, haa tak apelah Juna ada pun kira okay dah."
Rainna dan Arjuna berpakat mahu melawat adiknya untuk memastikan jika adiknya benar sakit. Sepanjang perjalanan Arjuna asyik mencuri pandang gadis yang bakal menjadi isterinya itu, setelah berubah penampilan dia semakin cantik. Rainna yang perasan dia diperhatikan terus memandang ke luar tingkap mahu mengalih perhatian lelaki itu.
"Awak ni kenapa asyik tengok saya je? Ada yang pelik ke?" Rainna memeriksa kembali pakaiannya.
"Tak, saya cuma suka je tengok awak makin cantik macam ni——"
"Selama ni saya tak menariklah? Tak cantik?" Tanya Rainna sedikit terkesan. Benar kata Sofea, orang lelaki memang sukakan semua yang indah.
"Tak, maksud saya sebelum ni awak memang dah cantik. Tapi sekarang awak lagi cantik . Macam ni saya risaulah——"
"Risau kenapa?"
"Risau kalau ada lelaki lain yang pikat awak, tempat kerja kita dah lah lain lain."
"Tak ada yang perlu dirisaukanlah awak, kejap! Ni kenapa tiba tiba kita kena pergi rumah Aileen? Takkan ada makan makan lagi kot——"
"Saya nak check adik tu betul ke dia demam, dia tu dah lah kuat menipu. Pasal dorang tak datang harini, jenuh saya kena takeover segala meeting yang sepatutnya dorang urus." Jujur Arjuna memasuki simpang tanda hampir dekat dengan rumah Aileen.
______________________________
"Kau telefon siapa Airis?!" Hazar merampas telefon yang Airis gunakan membuatkan gadis itu benar benar terkejut.
"Telefon——"
"Oh kau telefon mak kau, kenapa? Kau dah mengadu dengan mak kau semua yang kau hadap kat sini? Kau lupa ke Airis, kau yang tinggalkan keluarga kau untuk kejar apa yang kau dapat sekarang ni? Anak jenis apa kau ni." Gelak Hazar mengingatkan lagi peristiwa dia membawa lari Airis daripada kampung dahulu.
"Airis, Airis... cuba kau bayangkan kalau kau kahwin dengan aku? Hidup kau pun senang, kita dah boleh balik jumpa keluarga kau. Ini tak... kau lagi pilih nak jaga hati lelaki tu——"
"Dia tak ada kena mengena dengan masalah kita Hazar——"
"Ada! Disebabkan dia kau taknak jadi isteri aku!" Tengking Hazar menarik belakang tudung Airis membuatkan gadis itu terketar ketar ketakutan.
"Aku bersyukur aku tak jadi isteri lelaki jahat macam kau——"
"Hahaha jahat? Nak tengok apa lagi jahat? Nombor mak kau aku padam——"
"Jangan Hazar! Jangan!" Rayu Airis memegang kaki lelaki itu mahu mendapatkan semula telefonnya namun nombor orang tuanya sudah dihapus depan matanya.
Airis mengutip telefonnya yang retak sedikit setelah dibaling oleh Hazar ke lantai. Nombor itu memang sudah dihapus, salahnya juga tidak mencatit dalam apa apa kertas. Lyna baru pulang membeli makanan menerpa ke arah Airis yang terduduk di luar rumah seorang diri. Dia yakin lelaki jahat itu pasti ke sini menyakiti Airis sewaktu ketiadaannya.
"Cik Airis kenapa ni? Hazar buat apa?!"
"Dia dah padam nombor mak saya Lyna——"
"Ya Allah... apa masalah dia?! Cik Airis sabar jelah, inshaaAllah mak Cik Airis mesti telefon semula nanti. Dah jom kita masuk..." Lyna membantu Airis untuk bangun lantas dibawa masuk ke dalam.
"See? Saya dah cakap adik saya tipu je. Mana ada orang demam boleh berkebun." Arjuna menunjukkan jarinya ke arah Izz yang sedang ralit memotong daun pokok sebelum mulutnya lantang memberi salam.
"Waalaikumussalam, eh? Abang buat apa kat sini? Aileen tak cakap ke——"
"Haa cakap, dia cakap kau dengan dia sekali demam. Orang demam boleh berkebun?" Jeling Arjuna melihat sarung tangan yang dipakai Izz masih belum ditanggalkan lagi.
"Kejap! Bila pulak Izz demam? Aileen nih..." getus Izz awalnya keliru lantas mereka masuk ke rumah mencari Aileen di bilik mereka.
Aileen membayangkan betapa seronoknya memeluk Izz tadi, yang paling membahagiakan lelaki itu biarkan saja dengan alasan tidak mahu dia terjun lagi ke kolam renang.
"Adik sorang je demam buat apa tak bagi Izz pergi kerja? Macam tak teruk je demam?" Sergah Arjuna mematikan lamunan Aileen tentang visual romantiknya tadi.
"Abang nih! Habis kalau adik sakit sorang sorang macam mana? Cuba abang bayangkan kalau Rainna yang sakit, sanggup abang tinggalkan dia? Macam tulah jugak dengan adik." Cebik Aileen mengambil kesempatan memeluk lengan suaminya dihadapan Arjuna.
Dia manfaatkan keadaan... bijak bijak!
"Just next time jangan cakap dua dua demam, sebab risaulah abang datang tengok. Entah dua dua tak boleh bangun, entah makan ke tidak." Arjuna menasihati adiknya supaya tidak mengulangi lagi penipuan seperti itu.
"Awww, abang ni so sweet lah! Untung Rainna dapat abang kan." Aileen mengusik abangnya sambil mengangkat kening ke arah Rainna yang tersipu malu.
"Habis awak tak untung ke dapat saya? Saya sanggup cuti demi nak jaga awak sakit..." ucap Izz tiba tiba membuatkan Aileen yang tersengih tadi tidak bereaksi, segala kata katanya menjadi kelu. Panahan mata Izz benar benar membakar setiap cinta dalam dadanya.
Aku tak salah dengar ke?
Panggilan aku kau menjadi saya awak?
"Kalau dua dua okay takpelah, abang dengan Rainna nak pergi lunch. Takut lambat masuk kerja pulak. Kalau adik okay esok, masuklah kerja ye?" Arjuna dan Rainna pamit meninggalkan rumah mereka. Sememangnya niat Arjuna hanya mahu menjenguk dan segera pulang ke pejabat.
Aileen memandang suaminya dengan penuh rasa cinta. Wajah Izz yang bengis boleh juga berubah menjadi comel saat dia tersenyum, persis sewaktu pertama kali mereka berjumpa.
"Izz——"
"Kau ni tak patut tipu cakap aku sakit, tengok abang kau sampai redah datang sini." Izz meninggalkan Aileen masuk ke dalam setelah menghantar Arjuna dan Rainna di pintu depan.
"Izz——"
"Ye kau nak apa Aileen?"
"Learn to love me, maybe?" Senyum Aileen manis menampakkan barisan giginya yang putih.
"Err... kau cakap apa ni Aileen? Dah jom masuk, dekat luar tu nak hujan." Izz mendongak melihat langit yang kian mendung. Dia berdiri di muka pintu menanti gadis itu datang ke sisinya.
"Nope! Selagi awak tak bagi saya peluang, saya taknak masuk. Saya cuma nak awak belajar terima saya, im not that bad. I can be your good wife." Yakin gadis itu menuturkan kata katanya memujuk Izz menerima tawarannya.
"Tolonglah jangan buat benda benda bangang macam ni, semalam terjun kolam and then harini nak berhujan. Kau ni menyusahkan akulah!" Izz tidak mahu melayan lantas terus masuk ke dalam untuk membersihkan dirinya yang berpeluh setelah berkebun di halaman tadi. Dia yakin Aileen pastinya sudah masuk dan baring di bilik mereka.
Sehari tak menyusahkan aku tak sah!
Nanti apa keluarga kau kata? Aku tak pandai jaga bini. Bukan keluarga kau je, ibu pun boleh marah aku disebabkan kau.
Usai membersihkan dirinya, Izz masuk ke bilik untuk mengambil pakaian namun dia mendapati Aileen lansung tiada disitu. Sangkaan Izz pasti gadis itu sedang di ruang tamu atau pun di dapur seperti kebiasaan. Dia meneruskan niatnya mahu solat Zuhur tanpa ditemani jemaah setianya, Aileen. Petir yang sabung menyabung diluar sedikit sebanyak mengganggu bacaannya dalam solat, sesekali terperanjat juga bunyi berdentum begitu.
"Aileen, naik solat Zuhur. Dah nak habis waktu!" Laung Izz daripada atas malas mahu membazirkan tenaganya turun ke bawah.
Aik? Dah panggil baik baik taknak naik. Kena turun heret naik atas agaknya. Tunggu kau!
"Aileen! Kau dengar tak ni?! Oi!" Jeritnya menuruni anak tangga memanggil sang isteri yang lansung tidak mahu menyahut.
Mana pulak pergi ni, dapur tak ada. Ruang tamu tak ada. Jangan jangan dia betul maksudkan apa yang dia cakap tadi!
"Aileen!" Jerit Izz meredah hujan lebat saat matanya terbuntang melihat isterinya berdiri di luar rumah. Gadis ini benar benar maksudkan apa yang dikatakan!
"Izz..." suara Aileen terketar ketar menahan kesejukan memeluk suaminya.
"Kau buat apa kat luar ni? Kau gila ke apa berdiri tengah hujan petir macam ni!" Jerit Izz terpaksa meninggikan suaranya dikala nadanya tidak kedengaran dek kerana petir yang tidak putus putus menyabung.
"Saya sayang awak----"
Bagaikan bunyi petir menyabung dalam hati Izz saat suara gadis itu terhenti seiring dengan tubuhnya terkulai layu melepaskan pelukan yang erat tadi.
"Aileen bangun Aileen! Bangun!" Panik Izz menyedarkan gadis itu namun wajah isterinya sudah berubah menjadi terlalu pucat. Izz segera mengangkat Aileen untuk dibawa masuk ke kereta. Dia benar benar berharap tidak ada sesuatu terjadi kepada Aileen. Sesungguhnya jiwa Izz meronta dihuni dengan perasan bersalah yang amat sangat.
Ya Allah... aku benar benar mohon kau jaga dia. Tiada apa lagi selain dia cuma yang aku mahu. Aku mohon...
Hancur luluh hati Izz terpaksa melepaskan tangan isterinya saat katil itu ditolak masuk ke dalam ruang kecemasan. Dalam kebasahan seluruh pakaiannya, dia terduduk betul betul di hadapan bilik kecemasan menundukkan kepalanya memikirkan kesalahannya kali ini. Mata Izz terpejam tatkala terbayangkan semua usaha isterinya demi mendapatkan secebis kasih dan cintanya. Aku minta maaf Aileen... aku buta kerana terlalu mengharapkan kasih orang yang sudah tidak mahukan aku!