ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda...

By CtNorLiana

5.6M 95.1K 7.6K

"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
OFFICIAL COVER EMED
ORDER EBOOK EMED DI SHOPEE
PROMOSI AIDILADHA (EBOOK)
SURVEY REPRINT NOVEL EMED
OFFICIAL COVER ANDI
PRE-ORDER ANDI
TEASER #ANDRIA
TEASER #ANDI PENCABUL
TEASER #NASYA GENGSTER
TEASER #NASYA KEJAM
TEASER #GADUH
TEASER #GUGUR
TEASER #PISTOL
TEASER #ANDRIA
TEASER #FIGHT
TEASER #MATI
KOMBO ANDI & ANDRI

BAB 14

81.8K 4.2K 191
By CtNorLiana

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

NASYA termenung di atas katil biliknya itu.  Kipas siling yang berpusing di atasnya itu direnung bagai mahu tembus.  Otaknya masih memikirkan apa yang dikatakan oleh Andri kepadanya petang tadi.  Lelaki itu sudah menceritakan segalanya kepadanya. 

“Apa perasaan you bila parents you terbunuh dengan sekelip mata?  Dan pada usia you yang masih tak kenal dunia.  It's hurt, Sya.  I dengan Andi terpaksa lalui semua tu.  Kerana bisnes, parents kami dibunuh.  Diorang tak salah.  Rezeki memihak kepada diorang, tetapi disebabkan hasad dengki, dendam, cemburu, nyawa diorang melayang.  I baru lima tahun, Andi tujuh tahun.  Apa yang kami boleh buat pada usia sementah tu?  Nothing.  I dengan Andi hanya mampu tengok dan peluk mayat parents kitorang yang dah tak bernyawa.  Andi kekuatan I.  Dia selalu ada dengan I.”

Nasya tergamam apabila mendengar cerita daripada Andri itu.   Begitu terseksa hidup lelaki itu.  Menjadi yatim piatu ketika usia masih mentah.  Berbeza dengannya.  Dia kehilangan ibu bapa ketika umurnya sudah dewasa, sudah pandai meneruskan hidup sendiri. 

“Awak muslim ke?” soal Nasya.

“Asalnya tidak.  I dengan Andi dilahirkan dalam keluarga yang bukan muslim.  Tapi uncle I kahwin dengan Malay woman, dan dia masuk Islam.  Jadi I dengan Andi ikut dia.  Sebab dia uncle kitorang.”

“Pandai cakap melayu daripada kecil?”

“Ya.  Mesti you susah nak percayakan?  Kami tinggal di Malaysia sejak kecil.  Mama papa kami ada buka syarikat di Malaysia.  Sebab tu kami pandai cakap melayu.  Selepas parents kami dikebumikan, uncle kitorang datang untuk jaga kitorang.  Uncle sanggup datang dari Perancis ke Malaysia.  Tu yang dapat jodoh orang Malaysia.”

“Warganegara?”

“Nope.  Kami lahir di sini, Perancis.  Cuma selepas mama papa buka syarikat kat sana, kami ikut pergi sana.  Kami warganegara sini.”

“Adam dan Clark?  Macam mana jumpa diorang kalau awak kata awak stay Malaysia?”

“Selepas uncle kahwin dengan auntie, dia bawa kami pindah ke Perancis.  Dan pada masa tu, I dengan Andi minta untuk dihantar ke kelas menembak dan kelas pertahankan diri.”

“Dan uncle awak izinkan?” soal Nasya hairan.

Andri mengangguk perlahan.  “Kami anak saudara kesayangan dia.  Dan dia hanya ikut apa yang kitorang nak.  Dan kat situ, I dengan Andi berjumpa dengan Adam dan Clark.  Dan kitorang menjadi sahabat baik sampai sekarang.”

“Diorang muslim?”

“Adam muslim.  Clark tak.”

Nasya mengangguk faham.  Apa lagi yang hendak dipersoalkan, lelaki itu mahu menceritakan kepadanya pun sudah dikira bagus.  “Macam mana boleh tubuhkan kumpulan mafia?”

“Kami tubuhkan bukan saja-saja.  Kami ada matlamat.  Kami bukan membunuh tanpa tujuan.  I takkan bunuh orang yang tak salah.  Ada I bunuh you?  Tak ada kan.  Kalau orang cari pasal, memang akan dapat padah.  Tapi kalau orang tak kacau kitorang, tak ada apa.  Lagipun kumpulan kitorang ni bukan membunuh semata-mata.   Kitorang sediakan khidmat pengawal peribadi untuk kepentingan orang lain.”

Nasya memandang dua lelaki di hadapannya itu bersilih ganti.  Andi hanya diam sejak tadi.  Hanya  Andri yang bersuara.  “Macam mana dengan bekas isteri Encik Andi?”

“Dia bukan orang sini.  Dia orang Malaysia.  Cuma kami berjumpa kat sini.  Kahwin kat sini.” Andi yang senyap sejak tadi bersuara.

“Bekas isteri Encik Andi cakap, dia tinggalkan encik sebab encik pembunuh.  Betul ke?”

“Lawak.  Dia tu manusia tak sedar diri.  Dia kahwin dengan Andi, sebab nakkan harta.  Andi pernah tukar nama harta-harta dia kepada nama Rachel.  Jadi Rachel fikir harta Andi semua dah jatuh pada dia.  Dia ada lelaki lain, lepastu dia minta cerai.  Dia ingat dia akan dapat harta Andi.  Tapi tak pun.    Dia silap.  Andi dah kutip dia pun dah kira bagus tau.  Ada hati nak harta Andi.  Gila!” herdik Andri. 

Nasya terangguk faham. 

“Berapa ramai musuh awak kat luar?”

“Tak tahu.  Dan tak nak tahu.”

“Habis saya?”

“Kenapa dengan you?”

“Musuh-musuh korang akan attack setiap orang yang rapat dengan korang kan?  Jadi, diorang mungkin akan serang saya pula lepas ni.  Kan?” soal Nasya.  Itu yang dia bimbangkan.  Bagaimana dengan keselamatannya? 

“Ya.  Tapi you jangan risau.  Apa guna you berkawan dengan kitorang kalau keselamatan you tak terjaga?  Kan?  Selagi you dengan kitorang, you akan selamat.”

“Betul ke?  Dijamin?”

“Of course.”

“Okay fine.”

Prang!

Mata yang tadinya tertutup terus terbuka luas apabila bunyi kuat itu menyapa sistem pendengarannya.  Nasya terus bangun daripada baringan.  Mata melilau memandang sekeliling biliknya.  Tiada apa yang aneh.

Prang!

Sekali lagi bunyi kaca pecah itu menyapa gegendang telinganya.  Bunyi itu datang daripada tingkat bawah rumah banglo itu.  Nasya mula ketakutan.  Sudahlah dia seorang diri di rumah ketika itu.  Abang dan kakak iparnya tidur di rumah abang keduanya memandangkan esok di rumah abang keduanya itu ada membuat birthday party.  Tubuhnya dirapatkan ke kepala katil. 
Bunyi derapan tapak kasut yang menghampiri biliknya itu semakin membuat dia takut.  Nasya terus turun daripada katil.  Telefon bimbit di atas meja solek sempat dicapai sebelum dia berlari masuk ke dalam bilik air.  Pintu bilik air dikunci rapi. 

Bam!  Bam!

Bunyi pintu bilik ditendang membuat jantung Nasya seperti mahu gugur.  Butang on pada telefon bimbitnya ditekan.  Senarai kenalan dilihat.  Andri!  Butang panggil disentuh. Panggilan pertama, tidak berjawab. Nasya mencuba sekali lagi.

“Hello...” Suara serak Andri menyapa di hujung talian.  Baru sedar daripada tidur barangkali.

“Awak...  awak tolong saya,” ujar Nasya, cemas.

“Sya? Hei, kenapa ni?”

“Saya takut.   Tolong...  tolong saya.”

Prang!

“Bunyi apa tu?” soal Andri. 

“Tolong saya...  please...”

“Okay Sya, stay.  Tenang okay? I pergi sana.”

Panggilan terus termati.  Nasya melepaskan telefon bimbitnya.  Dia duduk di atas lantai bilik air itu sambil memeluk lutut.  Air mata mula mengalir ke pipinya.  Dia cuba mengawal tangisannya agar tidak didengari oleh orang yang menceroboh rumah abangnya itu.  Dia tahu penceroboh itu sudah berada di dalam biliknya. 
Gegaran pada tombol pintu bilik air membuat Nasya terkejut.  Nasya memandang tepat ke arah pintu bilik air. 

Dum!

Arghh!!!” Nasya terjerit kuat apabila pintu bilik air itu ditendang.  Wajahnya ditekup dengan kedua tapak tangan.

Hey girl, we found you.” Lelaki yang berdiri di muka pintu mula melangkah masuk ke dalam bilik air.

“Jangan dekat!  Pergi!” jerit Nasya.

Shut your mouth bitch!”

GoGo!”

Shut up!  Or I kill you.”

Ugutan daripada lelaki berambut perang itu serta-merta menghentikan jeritan Nasya.  “What... what do you want? Please...  don't kill me.”

Follow me.  Now!”

No!”

Don't mess with me!”

Nasya terjerit kecil apabila lengannya ditarik kasar.  Automatik tubuhnya terbangun. 
Let me go!  Lepaslah!  Bodoh!  Lepaslah!” Lengannya cuba direntap daripada pegangan lelaki itu, namun gagal.  Semakin kasar tangannya ditarik. 

“Lepaskan aku!  Lepas!” Dia menjerit lagi. 

Pang!

Kepala Nasya terteleng ke kiri akibat tamparan yang hinggap di pipinya. Perit dan sakit.

Shut up!” tegas lelaki itu. 

Let me go!” Tangan lelaki yang sedang memegang lengannya itu digigit.  Sejurus itu pegangan terlerai.  Kesempatan itu diambil oleh Nasya untuk melarikan diri.  Namun belum sempat dia sampai di pintu bilik, lengannya direntap kasar daripada belakang.  “Lepaslah!  Lepas!” Dia meronta kuat.

Wanna die?”

Rontaan Nasya terhenti apabila sesuatu menyentuh bahagian tepi kepalanya.  Dadanya berombak laju. Liur yang ditelan rasa kelat. Pejam mata, Nasya beristighfar di dalam hati, berharap agar pertolongan muncul. Dia tidak sedia nak mati lagi.

Hey dude, what are you doing?”

Kelopak mata Nasya pantas terbuka apabila mendengar suara garau yang mengajukan soalan itu. Suara yang dia sangat kenal. 

“Andri!” Nasya terjerit kecil melihat Andri yang berdiri di muka pintu biliknya itu.  Dia meronta mahu melepaskan dirinya.  Namun tangan lelaki yang memegangnya itu terus melingkar pada lehernya.  Hujung pistol semakin ditekan ke kepalanya. 

“Woah, relax bro. Tak elok main pistol.”

Lâche mon ami! (Lepaskan kawan aku!)” arah lelaki yang sedang memegang Nasya itu.  Matanya melirik ke arah rakannya yang telah diikat.

Haha, tu sais quoi? Une fois que j'aurai une victime, je ne la lâcherai pas, (Kau gurau ke apa?  Sekali aku dah dapat mangsa, aku takkan lepaskan,)” balas Andri bersama senyuman sinis di bibir.

Tu veux que je la tue? (Kau nak aku bunuh dia?)” soal lelaki itu lagi.

Tue-le. (Bunuhlah.)” Selamba Andri menjawab.

“Andri!  Tolong sayalah!”  Nasya menjerit apabila melihat Andri seakan tidak mahu menolongnya.  Andri mahu melihat dia mati ke? 

“Tenang Sya.”

Ktak.

Bunyi ringkas itu sudah membuat jantung Nasya berdegup laju.  “Andri!  Dia nak bunuh saya!”

Releks sweetie...”

“Banyak awak punya releks!  Kalau datang tak membantu, baik tak payah datang!” hambur Nasya.  Geram pula melihat wajah selamba Andri itu.

Andri tergelak kecil.  Dia berdiri sambil bersandar di tepi pintu.  Kedua tangannya disilangkan ke dada.   

Nasya ketap gigi melihat Andri. Tak membantu langsung! Matanya dipejam rapat. Fikiran sudah memikirkan kematian. Kalau sudah ajal, apa boleh buat.  Dia hanya merelakan. 

Seminit berlalu, tiada apa yang berlaku. Nasya membuka semula kelopak matanya.  Eh?  Lingkaran pada lehernya sudah tiada.  Kepalanya menoleh ke sisi.  Tidak berkelip mata Nasya melihat lelaki tadi sudah terbaring di atas lantai. 

“Hahaha kan I dah cakap, releks.  Gelabah sangatlah you ni,” ujar Andri seraya tergelak kecil.

Nasya terpinga-pinga.  “Macam mana...”

“Aku yang bunuh.” Pintas satu suara garau di belakangnya. 

Nasya berpaling ke belakang.  “Encik...”

“Maaf, aku terpaksa membunuh dalam bilik kau,” ujar Andi lalu melangkah ke arah katil.  Punggung dilabuhkan di atas tilam. 

“Encik bunuh guna apa?” soal Nasya pelik.  Dia tidak mendengar bunyi apa-apa.

Tidak menjawab, Andi hanya menunjukkan pistol yang berada di atas meja sisi katil itu. 

“Tapi...”

“Tu pistol tanpa bunyi.” Andri menjawab bagi pihak abangnya. 

Nasya membisu.  Matanya memandang pula ke arah lelaki yang berada di sebelah Andri.  “That guy...”

“I nak buat eksperimen sikit dengan dia ni,” ujar Andri lalu mengusap kasar rambut lelaki itu.  Lelaki itu nyata marah diperlakukan sebegitu oleh Andri.  

“Kau kena ikut kitorang.” Andi bangun dari tempatnya.  Pistol di atas meja sisi disimpan di belakang seluarnya. 

“Kenapa?”

“Kau dalam bahaya.  Tolong dengar cakap aku.”

“Tapi...”

“Bukan ikut kitorang balik rumah.” Andri mencelah.

“Habis tu?”

“Balik hotel.”

“Isyh!  Betul-betullah!”  Nasya mencapai bantal lalu dibaling ke arah Andri. 

“Hahaha.  Taklah, balik rumah uncle kitorang.  Jomlah.”

“Tapi nanti abang saya cari.”

“Esok je uruskan abang you tu.  Dah, jangan banyak bunyi.  Kalau tak nak ikut, sudah. Tapi kalau ada yang datang serang you lagi nanti, jangan cari I. Tahu? Balik dulu. Daaa…”

“Cepat.  Lambat, aku tinggal kau kat sini.” Andi sudah melangkah ke arah pintu bilik.  Mayat lelaki yang ditembaknya tadi turut diangkut bersama.  Namun beberapa saat kemudian, dia memusingkan kepalanya semula.  “Cantik rambut kau.”

Mendengar sahaja ayat Andi itu, Nasya meraba kepalanya.  Matanya terus membulat.  Serius?  Macam mana dia boleh terlupa pakai tudung?

*****

AWAK, tak apa ke saya datang rumah uncle awak ni?”  Nasya yang mengekori Andi dan Andri menyoal.  Bimbang jika kehadirannya di rumah itu mengundang rasa tidak selesa kepada si penghuninya. Matanya meliar memandang sekeliling rumah itu. Cantik. Nampak mewah. Bukan nampak, tetapi memang mewah pun.

“You ni banyak songehlah. Diam je tak boleh? I humban masuk kolam tu nanti. Dahlah I tengah ngantuk ni, nak layan soalan you lagi,” bebel Andri. Entah untuk kali ke berapa, dia menguap besar.

“Tanya je kot. Tu pun marah.” Nasya menggumam perlahan. Bibirnya dijuihkan.

“I dengar okay.”

“Oh dengar. Okaylah tu. Telinga sihat,” ujar Nasya selamba.

What? Sini, I nak campak you masuk kolam.” Andri sudah berura hendak mendekati Nasya.

“Encik!” Nasya terus berlari ke sebelah Andi.

“Woi, korang ni tak reti diam ke hah?” soal Andi, kasar.

Andri menjeling ke arah Nasya. “You tunggu esok. Ada lori ada bas.”

“You mati I puas.” Sambung Nasya selamba. Lidah dijelir ke arah Andri. Sengaja mahu menyakitkan hati lelaki itu.

Andi tergelak kecil.

“Eh you ni.  Sepatutnya I biar je you mati tadi.  Menyakitkan hati!”

“Dah terlambat.  Saya dah pun selamat,” balas Nasya.

“Potong gaji untuk bulan ni.”

“Encik Andi yang bayar gaji saya, bukan awak.  Gaji awak pun dia yang bayar, ada hati nak potong gaji orang. Piiraahh!” bidas Nasya.

Andri mengetap giginya. Kecil besar kecil besar sahaja dia pandang gadis di sebelah abangnya itu. Melihat tudung Nasya yang sedikit beralun, terbit idea nakal di fikirannya.  Tangan kanannya diangkat perlahan-lahan. Hujung tudung gadis itu ditarik kuat.

Kepala Nasya terus terdongak apabila tudungnya ditarik. “Andri!”

Andri mencicit berlari ke arah pintu utama rumah mewah milik bapa saudaranya itu. Tanpa salam, dia terus menolak kasar daun pintu rumah dan menonong masuk.

“Kalau membunuh tu tak salah, kau orang pertama aku bunuh,” omel Nasya. Tudungnya yang sudah senget itu dibetulkan semula.

Andi menggelengkan kepalanya melihat perangai dua manusia itu. Tiba di hadapan pintu utama, Andi terus membuka kasut yang dipakainya lalu diletak di atas rak kasut. Kasut Andri yang bersepah di hadapan pintu itu turut diletak di atas rak kasut. Adiknya memang dilahirkan untuk menjadi manusia yang tidak beradab.

“Encik...”

Andi yang baru melangkah setapak itu menoleh. Kening terjongket sedikit.

“Boleh ke saya masuk? Saya takut...”

“Dah tu duduk luar, tidur dengan hantu,” ujar Andi lalu terus masuk ke dalam rumah bapa saudaranya itu.

Nasya terkontang-kanting sendirian di luar rumah itu. Sampainya hati membiarkan dia seorang diri di luar rumah itu.

“Woi! Masuklah.”

Nasya bergegas membuka sandal yang dipakainya lalu diletakkan di atas rak kasut.

“Hantu!”

Jeritan itu mengejutkan Nasya yang masih berdiri di depan pintu. Cepat-cepat dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Daun pintu terus dirapatkan.

“Hahaha hantu pun takut. You dengan hantu tak ada beza pun sebenarnya.” Andri yang sedang duduk di sofa ketawa terbahak-bahak.

Nasya hanya menahan sabar. Mujur di rumah orang. Kalau di luar, sudah dihempuk kepala Andri menggunakan pasu bunga.

“Jumpa uncle dengan auntie.”

Nasya memandang sekilas ke arah Andi sebelum dia mengangguk akur. Kakinya melangkah perlahan ke ruang tamu. Pasangan yang sedang duduk di sofa twin itu dihampiri.

“Assalamualaikum auntie,” ucap Nasya lantas menghulur tangan ke arah wanita yang elok sahaja memakai baju kelawar.

“Wow, calon menantu mithali,” perli Andri selamba.

Nasya menjeling tajam ke arah Andri. Sabar, sabar, sabar. Seorang Andri memang menguji kesabarannya.

“Waalaikumussalam. Duduklah.”

Nasya akur. Dia duduk di atas sofa tunggal. Wajah menunduk saja ke bawah. Malu, takut, gelisah. Ah, macam-macamlah yang dia rasa ketika itu.

“Aik, dah jadi perempuan melayu terakhir ke apa ni?”

Shut up Andri! Kau nak rasa kena tendang dengan aku ke apa?” Andi yang berada di sebelah Andri terus memulas telinga adiknya itu. Bingit apabila daripada tadi asyik suara lelaki itu saja yang kedengaran.

“Auwww sakitlah! Tak syoklah kau ni. Dahlah, aku nak naik tidur. Goodnight abangku yang hodoh. Muah!” Andri bingkas bangun tanpa sempat abangnya itu berbuat apa-apa. “Goodnight darling. Muah!” Flying kiss dibuat pula ke arah Nasya.

“Dasar tak betul. Gila. Buang tebiat,” hambur Andi. Tidak lari matanya daripada memandang susuk tubuh si adik.

“Dah habis gaduh?”

Andi memandang ke arah gerangan yang menyoal.  Belakang kepalanya digaru perlahan. “Sorry mama...”

Wanita itu menggeleng kecil. Dia kemudiannya memandang ke arah Nasya yang menunduk sejak tadi. “Nama auntie, Maryam. Ni suami auntie, Henderson...”

Nasya mengangkat wajahnya. “Nama saya Fiqlia Nasya. Boleh panggil Nasya je,” ujarnya sopan.

“Tahu. Andri dah bagitahu dekat auntie,” balas Puan Maryam lembut. Bibirnya tersenyum manis.

Nasya peut-il rester ici un moment? (Boleh Nasya tinggal sini untuk sementara waktu?)” Andi menyoal dalam bahasa France.

Papa ne dérange pas. (Papa tak kisah.)” Encik Henderson menjawab.

Merci. (Terima kasih pa.)”

Quand veux-tu l’épouser ? Combien de temps vas-tu la garder? (Bila nak kahwinnya? Sampai bila nak simpan anak dara orang?)” soal Puan Maryam.

Errr, je n’en ai pas encore parlé, (Errr, belum bincang apa-apa lagi,)” jawab Andi.

Ok, c'est à vous de voir. (Okay. Terpulang pada kamu.)”

Andi mengangguk kecil. Dia memandang ke arah Nasya. “Naik atas. Belok kanan, bilik paling tepi. Elsa ada dalam bilik tu.”

“Tapi...”

“Esok kita bincang. Tidur, dah lewat sangat ni.”

Nasya berdehem kecil. Dia bingkas bangun daripada duduknya. “Auntie, Nasya naik dulu. Terima kasih tumpangkan Nasya kat sini.”

“Tak apa. Pergilah masuk bilik.”

Nasya mengangguk. Langkah diatur ke arah tangga yang terletak tidak jauh dari ruang tamu itu. Kakinya mendaki anak tangga satu persatu sehingga tiba di tingkat atas. Belok kanan, bilik paling tepi. Daun pintu berwarna coklat gelap itu ditolak perlahan. Nasya terus masuk ke dalam bilik lalu pintu dirapatkan semula. Katil dihampiri.

“Elsa...” Elsa yang sedang lena di atas tilam itu dikucup penuh kasih. Berhati-hati, Nasya memanjat ke atas katil. Tubuh dibaringkan di sebelah bayi itu.

Mummy here for you,” ujarnya sambil tangan mengusap pipi mulus Elsa. Mata yang terasa berat itu mula tertutup perlahan-lahan. Seminit kemudian, dia mula berlayar ke alam mimpi.

Sementara di tingkat bawah, Andi masih bersama ibu bapa saudaranya itu.

“Dia dah tahu semuanya?” soal Puan Maryam.

Andi mengangguk. “Andri dah cerita semuanya.”

“Dan apa reaksi dia?” Giliran Encik Henderson menyoal.

“Biasa. Cuma terkejut sikit. Tapi tak adalah sampai trauma ke apa. She's fine.

“Hmm. Cuba bincang elok-elok. Mama terima apa je keputusan Andi. Yang penting terbaik untuk Andi, tu pun mama dah okay.”

“Papa pun tak kisah. Pastikan tak berulang apa yang jadi sebelum ni. Papa nak anak papa bahagia.”

Sekali lagi Andi menganggukkan kepalanya. “Thanks ma, pa. Andi naik atas dulu ya. Goodnight...” Andi bangun daripada duduknya. Dia terus melangkah meninggalkan ruang tamu itu.

Ketika sampai di tingkat atas, dia tidak terus menuju ke bilik tidurnya. Sebaliknya, bilik yang didiami oleh Elsa dituju. Daun pintu yang tertutup rapat itu ditolak sedikit. Dia melihat ke dalam bilik. Kelihatan Nasya sudah nyenyak tidur bersama Elsa di sisinya. Bibirnya mengukir senyum tipis.

Daddy will do anything for you baby...”

Continue Reading

You'll Also Like

95.5K 4.5K 42
Adakah semua anak dara sunti dapat diselamatkan? Dan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan? Mulalah membaca buku Alam Vampire ini Alam Vampire ...
14.4K 1.4K 28
Little Star? Kenapa bintang? Kenapa bukan little girl? Cerita ini mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Haifa Awfiyah.Di mana dirinya baru d...
4.3K 325 39
#1st MR'S series ~ MR PIRATE'S Princess for Pirate~ Ayden Callisto Roys sebaris nama yang telah mengubah segala nasib malang dalam hidup seorang gadi...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...