ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda...

By CtNorLiana

5.6M 95K 7.6K

"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
OFFICIAL COVER EMED
ORDER EBOOK EMED DI SHOPEE
PROMOSI RAYA (EBOOK)
SURVEY REPRINT NOVEL EMED
OFFICIAL COVER ANDI
PRE-ORDER ANDI
TEASER #ANDRIA
TEASER #ANDI PENCABUL
TEASER #NASYA GENGSTER
TEASER #NASYA KEJAM
TEASER #GADUH
TEASER #GUGUR
TEASER #PISTOL
TEASER #ANDRIA
TEASER #FIGHT
TEASER #MATI
KOMBO ANDI & ANDRI

BAB 8

80.2K 4.4K 171
By CtNorLiana

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

BRO!”

Tingkah Andi yang sedang menekan papan kekunci komputer riba terhenti. Angkat wajah,  Andri yang baru masuk ke dalam pejabatnya itu dipandang dengan kerutan di dahi.  “Apa?”

“Aku ada benda nak minta tolong kau,” ujar Andri lalu duduk di kerusi berhadapan dengan meja kerja abangnya. 

“Aku tak nak tolong,” balas Andi mendatar.  Matanya kembali tertumpu pada skrin komputer riba.

“Dengarlah dulu.”

“Tak nak dengar.”

Andri mula geram dengan perangai abangnya itu.  Bangun daripada duduk, kaki laju melangkah ke arah Andi.  Kolar baju lelaki itu dicengkam kuat.  “Woi!  Dengarlah dulu!  Menguji kesabaran orang betul lah kau ni!”

“Releks bro.  Period ke?” Andi menyoal sambil tersenyum senget.  Selalunya Andri yang akan menyakitkan hatinya.  Tetapi hari ini, biarlah dia pula. 

“Banyak kau punya period!  Aku nak minta tolong ni!” hambur Andri.  Kolar baju Andi dilepas kasar.  Mata merenung tajam ke arah lelaki itu. 

Andi menongkat wajahnya dengan tangan kanan. “What?”

“Tolong bawa Elsa pergi klinik.”

Senyuman di bibir Andi terus hilang apabila kata-kata Andri menerpa ke sistem pendengarannya.  “Dah kenapa aku kena bawa dia pergi klinik?  Memang taklah aku nak bawa!”

Andri mengeluh kecil. Perkara yang memang dia dah duga daripada awal.  “Tolonglah aku.  Aku ada meeting lepas ni.  Elsa ada appointment doktor. Lagipun, Nasya ikut sekalilah.  Aku minta kau bawa diorang je,” ujarnya. 

“Kau buat lawak ke apa ni?  Elsa?  Nasya?  No!  Dua-dua aku tak suka.  Kau lah bawa.  Tak ada kaitan dengan aku,” bidas Andi.  Sebuah fail hitam di atas meja dicapai lalu disemak.  

“Tolonglah aku. Susah sangat ke nak tolong?  Tak guna betullah kau ni!” amuk Andri.  Berang dengan sikap abangnya itu.  Dasar manusia tidak berhati perut. 

“Adam mana?  Clark?  Suruh diorang jelah,” balas Andi lalu menyambung semula kerjanya. 

Diorang ikut aku nanti.  Tolonglah wei.  Teman je diorang.  Kau ni pun, cuba sekali-sekala jadi baik sikit.  Asyik nak menyetan je kerja kau.  Tak ada sifat baik langsung.”

“Tak ada susahkan sesiapa pun,” balas Andi.

“Susahkan aku!  Dah, aku tak nak dengar apa-apa alasan.  Bawa diorang.  Tepat pukul 12 nanti.  Faham?  Got to go!  Bye!  Love you bro, muah!” Tanpa menunggu jawapan abangnya, Andri terus keluar dari bilik pejabat itu. 

Andi merenung ke arah pintu yang baru ditutup oleh Andri.  Dia mendengus geram. 

“Apa hal aku yang kena bawa diorang ni?  Aku CEO, bukan driver!”

*****

PEJAM celik pejam celik, sudah hampir sebulan dirinya bekerja sebagai babysitter kepada bayi comel bernama Elsa Aurora.  Dan sepanjang tempoh itu, bermacam-macam perkara yang terjadi.  Andri sering menjadi pelindungnya, manakala Andi suka membuat masalah dengannya.  Perwatakan dua beradik itu amat berbeza.  Andri terlalu baik, manakala Andi terlalu kejam. Ya, mungkin ada masanya Andri suka menyakitkan hatinya, tetapi lelaki itu penyayang.  Jika hendak dibandingkan dengan Andi yang serupa iblis keluar dari neraka. Clark dan Adam pula seperti bodyguard yang sentiasa menemani Andri dan Andi.  Kerana Elsa dan Andri, dia bertahan bekerja di situ.  Jika tidak, sudah lama dia berhenti. 

Nasya tersenyum sendiri.  Jari runcingnya bermain di sekitar pipi gebu Elsa.  Bulu mata Elsa yang sedikit lentik itu turut diusik.  Mengeliat bayi itu apabila tidurnya terganggu.  Dan tidak lama kemudian, mata si bayi itu tercelik luas.  Bulat mata Elsa memandang ke arahnya. 

“Hei, bangun dah?  Nak susu tak?” soal Nasya lembut. 

Elsa diam.  Jika dia hendak susu, pasti dia merengek.  Tetapi kali ini dia kelihatan tenang.  Bibir halusnya manarik senyum tipis.  Lekuk lesung pipit jelas kelihatan di kedua belah pipinya.  Comel! 

“Comelnya Elsa ni.  Mummy geram.” Nasya terus menggomol pipi bayi itu.  Elsa mengeliat geli apabila diperlakukan seperti itu. 

“Seronoknya dia…”

Perlakuan Nasya terhenti apabila mendengar suara garau itu.  Kepalanya perlahan-lahan berpaling.  “Ada apa encik datang sini?” soalnya.  Pelik dengan kemunculan tiba-tiba Andi di bilik itu.

“Ikut aku.” Ringkas arahan yang dikeluarkan oleh Andi.

“Pergi mana?”

“Budak tu ada appointment doktor kan?”

Nasya pandang Elsa. “Iya betul. Tapi Encik Andri yang bawa kitorang nanti.”

Andi menjulingkan bebola matanya ke atas.  “Boleh ikut je tak? Jangan banyak cakap sangat. Kau ingat aku nak sangat ke bawa korang?  Kalau tak disebabkan Andri, memang taklah aku nak bawa.  Cepat!  Lima minit kau tak turun, nahas kau. Faham?” Usai memberi arahan, Andi terus berlalu keluar dari bilik itu.

Nasya mencebik bibir  “Sikit-sikit marah. Patutlah muka cepat tua. Urgh,” omelnya perlahan.  Tidak membuang masa, Nasya bingkas bangun bersama Elsa di dalam dukungan.  Beg tangan digantung ke bahu.  Beg galas berisi barang peribadi Elsa turut dibawanya.  Nasya terus keluar dari bilik dan melangkah ke arah lif.  Lif pekerja sahaja yang digunakannya.  Takut sang harimau mengamuk pula seperti tempoh hari.  Jika bersama Andri atau Clark atau Adam, barulah dia berani menggunakan lif VVIP.  Jika berseorangan, lif pekerja yang paling selamat. 

Ting!

Pintu lif terbuka perlahan.  Nasya terus keluar dan matanya melilau mencari kelibat seseorang.  “Aik, mana pula harimau ni.  Lima minit konon.  Dia yang tak sampai lagi.  Cakap tak serupa bikin.” Nasya membebel sendiri. 

“Apa kau cakap?”

Bulu roma Nasya terus meremang apabila bisikan itu kedengaran di tepi telinganya.  Bebola matanya bergerak memandang ke tepi. Bibir diketap. Bila masa agaknya lelaki itu berada di sebelahnya.  Ada magik barangkali. Menyeramkan!   Nasya berdehem kecil.

“Cepatlah!  Lambat nanti, klinik ramai orang.” Nasya menonong melangkah meninggalkan Andi di belakang. 

Andi tergelak sinis.  Langkah diatur.  Kedua belah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar.  Normal apabila lelaki berbuat sebegitu.  Kan?  Nampak ganteng.

“Mana kereta encik?” soal Nasya apabila Andi berdiri di sebelahnya. 

Belum sempat Andi menjawab, sebuah kereta mewah berhenti di hadapannya.  Seorang lelaki bersut hitam keluar dari tempat pemandu. 

Your car, sir...

Tidak berkata apa, Andi terus melangkah ke bahagian pemandu.  “Masuk cepat!  Aku tinggal nanti.” Pintu dibuka lantas tubuhnya menerobos masuk ke dalam perut kereta.

Nasya menjuih bibir.  Dia melangkah ke bahagian penumpang hadapan.  Masuk sahaja ke dalam kereta, pintu kereta sengaja dihempas kuat. 

“Woi!  Nak pecahkan kereta aku ke apa?” Mata Andi menjegil.

“Kaya kan?  Kalau rosak, beli baru.  Apa ada hal,” balas Nasya sambil tersenyum jahat.  Tali pinggang keselamatan dipakai.

Ergh!  Aku potong gaji kau bulan ni,” ujar Andi.  Kereta dipandu laju meninggalkan pekarangan bangunan syarikat miliknya itu. 

Spontan Nasya menoleh ke sebelah. “Ala...  sorrylah...  Janganlah potong,” rayunya sambil membuat wajah kasihan.

“Makin kau buat muka buruk macam tu, makin aku rasa nak buang kau terus dari office aku.”

Nasya mengecilkan matanya.  “Ergh!  Manusia paling annoying di dunia.  Tak apa, saya ngadu dekat Encik Andri.  Biar dia bunuh encik,” ugutnya.

Do I care?  He's my brother.”

So what?  Setakat adik bunuh abang, eh normal lah tu.  Anak bunuh mak bapak pun ada dalam dunia ni,” balas Nasya selamba. 

Andi menjeling ke sebelah.  Gadis itu memang mencabar kesabarannya.  Jika bersama gadis itu, tidak pernah aman harinya.  Ada saja perkara yang membuatkan mereka bertikam lidah.

“Apa pandang-pandang?  Pandang depanlah!  Nanti accident, tak pasal-pasal encik mati tanpa sempat bertaubat.  Api neraka panas tau.”

Shut your mouth before I kill you!” Tegas suara Andi berkata. 

“Tak habis-habis nak ugut orang.  Agaknya encik ni pemeras ugut bersiri dekat Perancis ni kan?”

Argh!  Diamlah!  Kau memang suka cari pasal kan?” Stereng kereta dihentak kuat dengan tangannya.  Boleh gila dirinya apabila melayan gadis itu. 

Well, I'm Fiqlia Nasya.  Memang bukan Nasya lah kalau tak cari pasal dengan orang.” Nasya sudah tergelak besar. 

Andi mendengus perlahan.  Kenapa?  Kenapa?  Kenapa?  Menyesal dia menjadi peneman gadis itu.  Selama dia menjadi mafia, dia tidak pernah stress.  Tetapi bersama gadis di sebelahnya itu, terasa mahu serah diri kepada hospital mental.

*****

NAK makan tak? Dah waktu lunch.”

Nasya yang sedang memberi susu kepada Elsa memandang sekilas ke arah lelaki yang berdiri di hadapannya itu. Elsa baru sahaja disuntik vaksin. Kemain melalak bayi itu apabila jarum tajam menembusi kulit bahagian pahanya. Untuk meredakan tangisan bayi itu, dia berikanlah susu.

“Hoi! Nak makan ke tak?” Andi mengulang soalan sama.

“Encik dah nak mati ke?” soal Nasya tiba-tiba.

“Apa hal kau tanya macam tu?” soal Andi dingin. Sesuka hati gadis itu sahaja mengatakan dia hendak mati.

“Selalu jadi jahat je. Ni tetiba jadi baik dah kenapa? Buang tebiat?” Botol susu yang digunakan oleh Elsa tadi disimpan ke dalam beg.

“Jadi jahat salah, jadi baik pun salah. Kalau tak nak sudah. Buang masa aku je.” Andi terus mengatur langkah meninggalkan Nasya di belakang.

“Eh nanti!” Terkocoh-kocoh Nasya bangun dan mengejar langkah Andi.

Sorrylah, gurau je. Janganlah marah,” ujar Nasya sebaik dia berjaya menyaingi langkahnya dengan lelaki di sebelahnya itu.

Andi hanya mendiamkan diri. Mereka berdua terus melangkah keluar dari klinik itu.

“Encik... marah lagi kke” soal Nasya apabila mereka sudah masuk ke dalam perut kereta.

Sekali lagi Andi membisu. Malas mahu menjawab, kerana pengakhirannya dia yang akan terkena oleh gadis itu.

Melihat kebisuan Andi itu, Nasya menghela nafas kecil. Lelaki di sebelahnya itu sukar untuk diajak bergurau. Dingin dan serius sepanjang masa. Berbeza dengan Andri, yang boleh bergurau tidak kira masa.

“Makan kat mana?” soal Andi setelah lima minit keretanya bergerak di atas jalan raya itu.

“Ikut encik. Saya tak kisah,” jawab Nasya. Dia kembali bermain bersama Elsa. Tersenyum kecil bayi itu apabila diagah. Gelak tawa mereka kedengaran di dalam kereta itu.

Andi yang sedang memandu menoleh sekilas. Satu keluhan pendek dilepaskan. Bukan niatnya hendak membenci bayi yang tiada dosa itu. Tetapi... Apa yang telah berlaku sebelum ini, itulah yang mendorongnya berbuat begitu.

Continue Reading

You'll Also Like

8.1K 605 15
"--once kau dah kena gigit kau jadi milik dia selamanya" Vampire Love story👻 Story by : @brownenas + Hyunjin si vampire + Nenas yang sedap
34.1K 2.4K 27
4 kata aku nak cakap "Aku benci perkahwin ni" 2 kata.. "Bagaikan neraka" Tapi 3 kata aku tak mahu lafazkan "Aku ceraikan kau" -pcy
4.1K 287 39
#1st MR'S series ~ MR PIRATE'S Princess for Pirate~ Ayden Callisto Roys sebaris nama yang telah mengubah segala nasib malang dalam hidup seorang gadi...
1.7M 92.6K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...