ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda...

By CtNorLiana

5.6M 95.1K 7.6K

"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
OFFICIAL COVER EMED
ORDER EBOOK EMED DI SHOPEE
PROMOSI AIDILADHA (EBOOK)
SURVEY REPRINT NOVEL EMED
OFFICIAL COVER ANDI
PRE-ORDER ANDI
TEASER #ANDRIA
TEASER #ANDI PENCABUL
TEASER #NASYA GENGSTER
TEASER #NASYA KEJAM
TEASER #GADUH
TEASER #GUGUR
TEASER #PISTOL
TEASER #ANDRIA
TEASER #FIGHT
TEASER #MATI
KOMBO ANDI & ANDRI

BAB 6

82.4K 4.4K 567
By CtNorLiana

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

MANA budak tu?”

Andri memandang ke arah Adam.  Keningnya terjongket sebelah, tidak mengerti soalan yang diajukan oleh Adam.  “Siapa?”

Babysitter Elsa lah.  Sejak bila jadi bodoh ni?” Giliran Clark menyampuk. 

“Siapa bodoh?  Aku ke kau?” Andri mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan Clark dan Adam.  Elsa sudah diletakkan di dalam stroller.

“Kau lah,” balas Clark mendatar. Mocha miliknya dihirup perlahan. 

“Kau dua kali ganda lebih daripada aku.”

“Dah!  Dua-dua sama je.  Andri, mana budak tu?” Adam mengajukan soalan sama, sekaligus menghentikan perbalahan mulut di antara Andri dan Clark. Kepalanya tergeleng perlahan.  Geram melayan dua malaun itu. 

“Manalah aku tahu.  Tadi dia nak naik teksi.  Jadi aku biarkan jelah.”

Seriously bro?  Kau tinggalkan dia?” Adam agak terkejut mendengar jawapan Andri itu. 

“Ya!  Yang kau caring pasal dia kenapa?  Dah jatuh cinta?”

“Jatuh cinta tu taklah.  Tapi kalau dia nak kahwin dengan aku, aku on je.” Sejurus itu Adam tergelak besar. Coffee di dalam cawannya dicicip.

“Gila!” Serentak Clark dan Andri menuturkan perkataan itu.

Adam tersengih. Cawan diletakkan semula di atas meja. Wajah Andri direnung. “Yang kau tinggalkan dia kenapa?  Kau tahukan, setiap orang yang dekat dengan kita akan dalam bahaya. Walaupun dia pekerja kita sendiri.  Kau tahu semua tu kan?”

“Ya, aku tahu. Kau ni kecohlah. Sekejap lagi sampailah tu. Tadi aku nak tumpangkan dia, lepastu aku nampak Andi. Jadi aku mesej Andi suruh angkut budak tu sekali,” ujar Andri.  Minumannya yang baru dihantar oleh pelayan restoran dicicip.

“Elsa okay?” soal Clark setelah keadaan sunyi untuk seketika.

“Hmm okaylah.  Pandailah budak tu jaga.  Tak ada meragam dah dia ni,” balas Andri.  Mata melihat ke arah Elsa.  Lena sahaja bayi itu tidur. 

“Baguslah tu.  Nak harapkan bapak dia yang jaga, aku rasa awal-awal dah mati kot,” ujar Adam.

Clark mengangguk setuju.  “Aku rasalah kan, Elsa perlukan ibu.”

“Maksud kau?”

She's a baby, Andri.  She needs mom.  To love her, protect her.

Andri menghela nafas perlahan.  Entahlah.  Elsa bukan anaknya.  Jika bayi itu anaknya, sudah lama dia mencarikan ibu baru.  Tetapi Elsa anak kepada abangnya.  Abangnya yang serupa ahli keluarga syaitan itu.  Tiada hati perut, belas kasihan.  Layak dicampak ke dalam api.  Biar insaf sikit. 

“Kau pujuklah Andi tu.”

“Pujuk apa?  Kau rasa dia akan terpujuk ke? Memang tak. Dia tu pentingkan diri sendiri. Tak guna,” ujar Andri.  Dia cukup kenal dengan abangnya itu.  Hati batu!  Keras kepala!  Susah mahu makan pujukan orang.

“Hmm…  Kasihan Elsa.  Kecil-kecil dah diuji macam ni.” Adam yang berada di hujung meja terus menarik stroller Elsa menghampirinya.  Rambut nipis Elsa diusap lembut.  Comel sahaja bayi itu.  Tiada cacat cela.  Tidak tahulah mengapa Andi terlalu membencinya.

*****

NASYA mengekor sahaja langkah Andi yang berjalan di hadapannya itu.  Hati mendongkol geram dengan sikap lelaki itu.  Menyakitkan hati!  Annoying!  Masuk sahaja ke dalam sebuah restoran, Nasya terpinga-pinga. 

“Encik, kita buat apa kat sini?” soal Nasya, memandang Andi yang sedang bermain telefon bimbit itu.

“Buat bodoh,” balas Andi dingin.

“Ooo.  Patutlah encik nampak bodoh, sebab selalu sangat buat bodoh,” ujar Nasya selamba. Matanya melilau memandang sekeliling restoran itu. Matanya terarah pada sebuah meja yang diduduki oleh tiga orang lelaki. Wajah setiap lelaki di meja itu diperhati satu persatu. 

“Aku bodoh ke kau yang bodoh?” soal Andi.  Mata mencerlung tajam ke arah gadis di sebelahnya itu.

Pandangan Nasya beralih ke wajah Andi.  “Enciklah.  Saya manusia paling pandai di bumi Perancis ini.” Tanpa ada rasa takut, Nasya menjawab.

“Kau ni kan...”

“Encik!  Lady gaga!” Nasya menjerit kecil sambil jari telunjuk menunjuk ke luar restoran.  Apabila Andi menoleh, Nasya terus mengambil kesempatan untuk melarikan diri.  Dia berlari anak menuju ke meja yang menjadi perhatiannya tadi. 

“Mana ad...” Ayat Andi tergantung sebaik dia menyedari Nasya sudah tiada di sebelahnya.  Matanya mengecil memandang ke arah meja yang dituju gadis itu. Tak guna! Dia ditipu hidup-hidup oleh gadis itu.

“Awak!”

Andri yang sedang berbual bersama Adam dan Clark menoleh ke arah suara tersebut.  “Hey girl, bila sampai sini?”

Ktuk!

“Adoi, sakitlah.  Kenapa pukul kepala I?” Andri menggosok kepalanya yang baru sahaja diketuk oleh Nasya. 

“Kenapa tak ambil saya tadi? Biar je saya kat tepi jalan. Awak ni memang tak ada hati perutkan?” soal Nasya, berang. 

“Kenapa I nak kena ambil you pula?  Kata nak naik teksi,” jawab Andri selamba.

Terjegil mata Nasya mendengar jawapan Andri. Dengan menggunakan beg silangnya, Nasya memukul pula bahu Andri. 

“Adoi... sakitlah. Janganlah pukul. Ingat bahu I ni murah ke?  Sesuka hati you je nak pukul,” bebel Andri sambil memuncungkan mulutnya.  Tadi kepala.  Ni bahu pula.

Nasya menjeling tajam ke arah Andri.  Dia menuju ke kerusi tidak jauh dengan Andri. Baru labuhkan punggung, suara seseorang menerpa sistem pendengarannya.

“Woi!  Berani kau tipu aku ya?”

Nasya memandang gerangan yang menyoal. “Mana ada tipu. Betullah tadi ada Lady Gaga lalu.  Dia nak masuk sini tadi.  Tapi bila dia nampak encik, dia terus blah.  Mungkin sebab muka encik menakutkan, macam pembunuh kot,” balas Nasya selamba. 

“Menakutkan? Pembunuh? Sini kau!  Sini aku bunuh.” Andi mula mengatur langkah hendak menuju ke arah Nasya.

Arghh!  No!  Awak, sini!” Nasya terus menarik Andri agar duduk di sebelahnya.  Menghalang daripada sang harimau duduk di tempat itu. 

Andri menggelengkan kepala melihat pergaduhan dua manusia itu.  Dia pasrah duduk di tengah-tengah.  Nasya di sebelah kiri, manakala Andi di sebelah kanannya. 

“You nak makan tak?  I belanja.” Andri menoleh ke arah Nasya.

“Nak. Lapar.”

Andri terus mengangkat sebelah tangan, memanggil pelayan yang sedang berdiri di hadapan kaunter itu. 

Yes sir...

“You nak makan apa?”

“Err apa je ada kat sini?”

“Makananlah sayang oi...”

Nasya diam sejenak.  “Apa-apa jelah.  Nak jus oren tau.”

Andri mengangguk.  Dia memandang ke arah pelayan restoran yang berdiri di tepi meja.  Pesanan dibuat.

Nasya diam di tempat duduknya. Matanya meliar memandang seluruh ruang di dalam restoran itu.  Adam, Clark dan Andri sudah leka dengan telefon masing-masing.  Elsa sedang tidur. Andi?  Nasya mencuri pandang ke arah lelaki itu. 

“Apa pandang-pandang?” Andi yang perasan akan pandangan daripada Nasya menyoal kasar.

“Apa?  Pandang je pun.  Bukan luak apa pun.  Kecoh betul,” bebel Nasya.  Mata memberi jelingan ke arah Andi. 

“Kau memang cabar aku.” Andi bangun dari tempatnya. 

Melihat Andi yang mahu menghampirinya, Nasya terus mencapai sebuah gelas di hadapannya yang berisi air kosong.  Dengan selamba disimbah air kosong itu ke arah Andi, tepat mengena bahagian dada lelaki itu.  Semua yang berada di meja itu terkejut dengan apa yang berlaku.  Nasya menelan liurnya.  Rasa tersekat pula.

Andi memandang diri sendiri. Melihat bajunya lencun di bahagian dada, automatik wajahnya berubah merah padam.  Tangannya terus diangkat tinggi mahu memukul Nasya.

“Releks bro.  Dia perempuan.  Hal kecil je kan?” Andri pantas menahan tangan abangnya itu. 

Andi mendengus geram.  Dia menarik kasar tangannya daripada pegangan Andri.  Mata helangnya merenung tajam ke arah Nasya yang duduk di sebelah adiknya itu.  “I will kill you,” ujarnya dingin.  Sejurus itu, tubuh dipusingkan.   Dia terus melangkah ke pintu keluar restoran itu.

Nasya diam di tempat duduknya. Mata memerhati sahaja kelibat Andi yang sudah semakin jauh.  
“Awak, dia marah saya ke?” Soalan diajukan kepada Andri. 

“Kenapa you buat macam tu?  You nak mati ke?”

Nasya menggigit bibir bawahnya.  “Err... dia betul-betul nak bunuh saya ke?”

I don't know. Lain kali jangan bermain dengan harimau.  Bahaya.”

Nasya terkedu mendengar kata-kata Andri.  Meskipun dia tidak begitu mengenali siapa diri Andi yang sebenar, tetapi ugutan daripada lelaki itu tadi sungguh menakutkan.  Kecut segala urat sarafnya. 

“Nah, makan cepat.  Lepas ni balik office.”

Makanan yang diletakkan oleh Andri di hadapannya itu dipandang kosong.  Moodnya sudah hilang.  Seleranya sudah mati.

“Makan tu.  Lambat I tinggal,” ujar Andri.  Mata mengerling sekilas ke arah gadis di sebelahnya itu.  Nampak gelisah. 

Nasya menggeleng kepala.  “Saya nak balik.  Saya tak nak kerja lagi. Saya minta maaf.” Nasya terus bangun daripada kerusi. 

“Hei, mana boleh macam ni.  Siapa nak jaga Elsa?”

“Saya tak nak!  Macam mana kalau dia bunuh saya?  Saya...  saya tak nak mati lagi.  Pahala saya belum banyak nak bawa masuk kubur nanti.” Tubir mata Nasya sudah berair.  Dan perlahan-lahan cecair jernih itu mengalir. 

Andri menghela nafasnya.  “Chill okay?  I kan ada.  Dia takkan buat apa-apa.  Percaya pada I.”

“Tapi...”

Sit and eat.  Now!” tegas Andri.

“Tak nak...”

Andri terus menarik tangan Nasya dan dipaksa gadis itu untuk duduk semula.  “Trust me.  Dia takkan buat apa-apa.  Okay?”

“Saya takut...”

“Jangan takut.  Kalau dia sentuh you, I sendiri yang akan bunuh dia.”

“Janji?” Nasya memandang wajah Andri. 

Andri mengangguk.  “Makan.  Nak balik sekejap lagi.”

Nasya akur.  Air mata di pipinya dilap dengan tapak tangan.  Pinggan di hadapannya itu ditarik ke arahnya.  Jus oren disedut perlahan. Perasaannya bercampur.  Baru hari pertama kerja, dia sudah buat hal.  Dengan bos besar pula tu.  Apalah nasibnya selepas ini.

Continue Reading

You'll Also Like

6.4K 893 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...
5.5K 118 7
"Nak selamat kahwin dengan aku"dxionz -HANZ DXIONZ 32 -HANX DANNZ 32 -HYDER DAXELZ 31 -HYDEN DALEXZ 30 -QAISYA NATASYA 22 -QAYRA NAISYA 22 -ELYN EK...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...
1.7M 92.8K 54
❌DILARANG SAMA SEKALI DARI MENIRU CERITA INI. ❗CERITA INI 100% DIKERAH OLEH OTAK SAYA. Akibat daripada sikap Rizq Haikal, Hanin Sofea terpaksa menj...