Cure

Af HelmiEffendy

11K 553 40

Mereka hidup ketika dunia diambang kiamat. Mereka hidup pada saat dunia sedang merintih mencari nyawa. Mereka... Mere

Prolog
Bab 1: Patriots
Bab 2: Gladiator
Bab 3: Pekan Yang Berdarah
Bab 4: Bas Perisai Besi
Bab 5: Malam Yang Paling Panjang
Bab 6: Femme Fatale
Bab 7: Pembunuh Tuhan
Bab 8: David Vs Goliath
Bab 9: Kecil-Kecil Cili Padi
Bab 10: Bazar Bayu
Bab 11: Falsafah Cinta
Bab 13: Genting Highland
Bab 14: Memori Pertama
Bab 15: Saya Yang Menurut Perintah

Bab 12: Tetamu Malam

317 19 0
Af HelmiEffendy

Malangnya, apa yang dirancangkan tidak menjadi. Gulam masih lena membuta di sebelahnya sementara Aidi masih terus memandu. Begitu juga dengan Komander Azzmel yang sepertinya keletihan selepas hari yang sangat panjang. Namun, selepas beberapa ketika, barulah Aidi menyedari bahawa seluruh penghuni bas tersebut sedang dibuai mimpi indah masing-masing, sementara dia seorang diri memandu bas sekolah itu menuju ke destinati yang dituju.

Jadi, inilah yang dirasai oleh Gulam pada setiap malam mereka mengembara di atas jalanan? Keseorangan sambil ditemani oleh kesunyian alam. Untuk hari itu, alam mendatangkan hujan salju yang sayu turun dari langit sambil Aidi memandu perlahan. Tidak lama lagi, selepas keluar dari jalan lama itu, dia akan masuk ke Lebuh Raya Bentong, lalu terus memasuki ke persimpangan yang akan membuatkan mereka memanjat kawasan tanah tinggi.

Bosan kerana bas itu terlalu sunyi, lantas Aidi menghidupkan radio. Sebenarnya pada waktu seperti itu, radio masih lagi wujud walaupun siaran televisyen sudahpun mati. Namun, baisanya isi kandungannya adalah berkenaan propaganda Perdana Menteri Khairy untuk memastikan dia kekal bersemayam di atas takhta.

"Anda bersama dengan saya Acha dan sahabat saya... Nazirah di siaran rahsia Jebat. Khabar-khabar angin mengenai pasukan revolusi pemberontakkan melawan Khairy akan terus dimainkan dari semasa ke semasa di radio ini..." Suara yang berkumandang daripada cerung radio membuatkan kedua-dua kening Aidi terangkat. Dia mengintai pada frekuensi yang dimainkan. Bukan frekuensi biasa-biasa. Lantas dia menoleh ke arah Gulam. Jadi, setiap malam Gulam akan setia mendengar siaran radio rahsia Jebat?

"Keputusan Pertempuran Dataran Merdeka akhirnya berjaya dimenangi oleh pasukan pemberontak ARAD! Angkatan tentera Loyalist yang dipimpin oleh Jeneral Amir Wijaya yang setia di belakang Perdana Menteri Khairy akhirnya mengangkat senjata apabila beberapa pasukan tentera yang berpaling tadah kepada raja-raja Melayu akhirnya turun ke medan perang! Jeneral Amir Wijaya telah menyerahkan senjatanya bersama sisa-sisa tentera Loyalist." Berita yang disebarkan melalui siaran Jebat itu terus berkumandang.

Bas sekolah yang dibawa oleh Aidi kini sudah mula memasuki Lebuh Raya Bentong. Dia tidak menggunakan bahagian yang menghala keluar daripada Kuala Lumpur kerana betapa jalan terseburt terlalu penuh dengan banjiran kereta yang sudah 10 tahun ditinggalkan tanpa pemandu suatu masa dahulu. Jalan menuju ke arah Kuala Lumpur pula kelihatan kosong, jadi jalan itu yang digunakan oleh Aidi mengarah ke Genting Highland meskipun kalau pada 10 tahun, Aidi akan mencatat sejarah sebagai salah seorang pemandu gila dalam sejarah Malaysia yang memandu melawan arus.

"Menyambut kemenangan ulung kita selepas kekalahan demi kekalahan ARAD, kami di Jebat ingin memasang kagu revolusi yang sentiasa tertanam dalam jiwa kita, para pemembenci dictator dan pemerintahan tirani!" Suara DJ Radio berkumandang lagi. Muzik terus dimainkan manakala Aidi begitu kusyuk mendengar.

Apakah kau mendengar nyanyian itu?

Nyanyian manusia penuh amarah

"Lagu propaganda yang hebat..." gumam Aidi mengulas pada lirik awal dan tempo lagu yang dipersembahkan.

Inilah muzik sebenar rakyat

tidak mahu lagi diperhambakan!

Bila detakan jantungmu

samalah gema paluan gendang

itulah kehidupan yang bakal bermula

kala esok menjelang!

"Tak sangka yang masih ada lagi manusia yang percayakan pada kebebasan pada dunia akhir zaman ni," tutur Aidi sambil tersenyum sinis.

Apakah kamu akan menyertaiku?

Ini bukan perjuangan kosong

ini perjuangan penuh kemuliaan!

Mahukah kamu bersamaku

menghadapi ombak cabaran mendatang?

Jika engkau mahu melihat

cahaya dunia

di sebalik tembok bernama tirani

maka sertailah perjuangan ini

yang memberi hak padamu

bebas dari cengkaman diktator!

"Dan akhirnya ramai akan mati kerana percaya pada kata-kata lagu ni..." Aidi terus bermonolog sendirian. Kini, dia mula memasuki jalan cenuram menuju ke puncak Genting Highland. Aneh, radio yang sedang dimainkan itu tiba-tiba diganggu oleh bunyi aneh, seperti ada gangguan yang menutup gelombang radio. Dan kemudian, dari kejauhan kelihatan seorang wanita lengkap dalam kebaya berjalan sambil membawa sesuatu kelihatan seperti uncang. Lantas Aidi mengintai di tingkap. Salji semakin tebal turun dari dada langit, menyembah bumi. Dan perempuan yang sedang melangkah, lagi-lagi di kawasan tanah tinggi seperti itu dalam keadaan.. sekadar berbaju kebaya?

"Gulam... bangun!" kejut Aidi ketika dia mula memperlahankan bas sekolah itu. Namun, dengkuran Gulan terus berkumandang membuatkan Aidi menggeleng. Terus dia menoleh belakang, melihat isi bas tersebut. Ternyata bukan Gulam sahaja, tetapi semua sahabatnya sedang lena dibuai mimpi masing-masing.

"Ini yang aku tak suka ni," gerutu Aidi seorang diri. Tiba-tiba, tanpa diduganya, bas tersebut berhenti dengan senidri walaupun kakinya sedang menekan pedal minyak. Seolah-olah ada satu kuasa yang sedang menahan bas tersebut daripada bergerak. Gadis yang kelibatnya sedang lenggang-lenggok berkebaya merah, sambil membawa uncang di tengah-tengah salji yang sedang turun sedang berdiri di hadapan pintu masuk bas sekolah, tersenyum memandang Aidi yang terpingga-pingga dengan situasi yang berlaku.

Gadis itu tidak pula nampak tanda kesejukan walaupun Aidi percaya bahawa suhu sudah jatuh dibawah takat beku. Baru sahaja dia berkira-kira mahu membuka pintu itu, tiba-tiba sahaja tanpa langsung dalam kawalannya, bunyi kerut bergema menandakan bahawa pintu bas tersebut sedang terbuka dengan sendirinya. Tanpa diperlawa, dia melangkah masuk ke dalam bas lalu mengambil tempat duduk kosong di belakang Aidi.

"Macam mana...." tutur Aidi tidak percaya.

"Abang Aidi... boleh hantar saya ke rumah saya? Dah tak jauh dah...." tuturnya.

Pintu bas tadi tiba-tiba tertutup dengan sendirinya. Bas tersebut bergerak memanjat jalan raya yang semakin curam. Aidi yang terkejut dengan babak yang baru sahaja berlaku depannya terus mengeluarkan sepucuk pistol lalu diacukan tepat ke arah gadis itu.

"Keluar dari bas aku sekarang..." Aidi memberi amaran ketika bas tersebut berterusan bergerak dengan sendirinya. Gadis tersebut sekadar membetulkan selendangnya. Senyuman sinis terukir di wajahnya.

"Saya tahu... abang Aidi tak akan berani tembak gadis... secantik saya," tuturnya membuatkan Aidi seperti tergamam untuk seketika. Gadis tadi tiba-tiba berdiri, lalu membuatkan tangan Aidi yang baru sahaja jatuh tadi bangkit teracu pistol semula ke arah gadis itu. Dia melintas ditepi Aidi lalu menekan sebuah punat.

"Tenang.... saya cuma nak hidupkan alat sodok salji tu. Kat atas sana, ada salji tebal. Takut bas ni tak boleh lalu nanti," tuturnya yang seperti tersangat arif dengan segala punat-punat yang tersedia di tempat pemandu bas itu. Dia melintasi tepi Aidi buat kali kedua. Namun kali ini, lintasan itu menyebarkan bau harum yang semerbak.

"Bunga kemboja?" soal Aidi.

"Dah sampai," tuturnya lalu bangkit daripada tempat duduk itu. Pintu bas sekali lagi terbuka dengan sendirinya. Bas tersebut berhenti tepat di tepi jalan yang dikelilingi hutan tebal. Aidi terus mencapai jaket kulit berbulunya yang digantungkan pada tempat duduk bas itu, sebelum mengekori si gadis dari belakang. Pistol jenis Glock 19 di tangannya diacu kemas. Si gadis terus melangkah ke dalam hutan tebal.

"Woii! Bahaya dalam tu! Kau nak ke mana?" teriak Aidi yang cuba mengejar langkah kaki si gadis dari belakang. Aneh, walau dari gaya jalannya seperti seorang janda yang sedang berlenggang-lengguk dengan gerakkan pinggul menggoda, tetapi semakin Aidi menghampirinya, semakin jarak antara mereka menjadi lebih jauh. Akhirnya, selepas kepenatan Aidi baru sahaj amenyedari bahawa kelibat si gadis sudahpun hilang, namun dia sedang berada di tengah-tengah kawasan lapang di tengah-tengah hutan di tengah-tengah malam. Malangnya, dia tidak keseorangan sebaliknya dia ditemani oleh ratusan rangka manusia lengkap yang jumlahnya dalam ratusan, dan kegelapan malam dan hutan menyukarkan proses pengiraan.

"Alamak..." tutur Aidi sambil melihat sekitarnya. Serentak itu, dari kejauhan Gulam dan Shakila muncul bersama dengan lampu suluh. Aidi masih keliru dengan apa yang dihadapkan kepadanya.

"Woii celaka! Kau tinggalkan bas dengan pintu terbuka, lepas tu kau hilang kat tengah-tengah hutan ni? Kau ni...." Gulam tidak mampu menghabiskan kata-katanya apabila dia melihat sekitarnya.

"Aku ada cerita hantu yang akan buat kau excited habis!" kata Aidi dengan wajah yang berseri aneh. 

Fortsæt med at læse

You'll Also Like

610K 36.1K 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga ma...
402K 34.8K 56
Series 1 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. Dia bukan sesiapa, Dia tiada agama, Dia dahagak...
8.6K 821 60
BLURB MR. ZK - Dia selayaknya tinggal dengan binatang. Itu kata orang yang bencikan dia. Itu kata mereka yang sudah terang menjadi musuhnya. Kerana...
277K 42.8K 42
"membongkar rahsia yang terselindung" Bermula dari kematian Tuan Mustakim, segalanya berubah untuk Irdina. Syarikat Rangkasa hilang punca. Irdina dia...