ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda...

By CtNorLiana

5.6M 95.1K 7.6K

"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
OFFICIAL COVER EMED
ORDER EBOOK EMED DI SHOPEE
PROMOSI AIDILADHA (EBOOK)
SURVEY REPRINT NOVEL EMED
OFFICIAL COVER ANDI
PRE-ORDER ANDI
TEASER #ANDRIA
TEASER #ANDI PENCABUL
TEASER #NASYA GENGSTER
TEASER #NASYA KEJAM
TEASER #GADUH
TEASER #GUGUR
TEASER #PISTOL
TEASER #ANDRIA
TEASER #FIGHT
TEASER #MATI
KOMBO ANDI & ANDRI

BAB 4

83.5K 4.4K 126
By CtNorLiana

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

SYA!  Sini makan!”

Nasya yang baru sahaja turun dari tingkat atas rumah menoleh ke arah ruang makan. Kelihatan abang dan anak-anak buahnya sedang menjamu sarapan mereka. Nasya memandang pula ke arah kakak iparnya, Nurul. 

“Tak apalah kak. Sya nak keluar. Ada kerja.”

“Lah, takkan sarapan pun tak sempat?  Meh lah makan.  Akak dah masak makanan kegemaran Sya.”  Nurul masih lagi memujuk adik iparnya itu. 

Nasya menggaru kepalanya yang tidak gatal. Jam di pergelangan tangannya dikerling.  Sudah menginjak ke angka lapan. Jika dia sarapan, pasti akan lambat nanti.  

“Dah, awak tak payah nak baik sangat.  Dia tak nak makan, lantak dia.  Tak payah nak manjakan sangat dia tu.” Fiqri yang berada di kerusi utama bersuara. 

Nasya hela nafas. “Err Sya pergi dulu ya.”

“Jangan nak menyundal sangat kat luar tu!  Jangan sampai aku halau kau keluar dari rumah ni,” ujar Fiqri dengan nada yang begitu tegas.

Nasya pekakkan telinga. Mulut abangnya itu memang serupa longkang. Longkang pun lagi wangi sebenarnya. Apalah nasibnya.  Sudahlah orang tua tiada. Abang-abang pula membencinya.  Hinaan dan cacian sudah lali di telinganya. 

Atur langkah ke pintu utama, kasut di atas rak dicapai.  Usai sarung kasut ke kaki, pintu pagar dihampiri. Sebuah teksi sudah sedia menunggu di luar pagar itu. Nasya terus membuka pintu dan menerobos masuk ke dalam perut teksi. 

Sir, can you bring me here?” Kad kecil yang dihulurkan Andri kepadanya semalam ditunjukkan kepada pemandu teksi itu. 

Okay miss.  20 minutes.”

Nasya mengangguk kepalanya. Tubuh disandarkan pada kerusi. Mata merenung ke luar tingkap. Hampir 20 minit perjalanan, teksi yang dinaikinya itu tiba di hadapan sebuah bangunan mewah. Selepas membayar tambang teksi, Nasya keluar. Membulat matanya memandang bangunan di hadapannya itu.

LESTER HOLDINGS.

Perlahan-lahan kaki melangkah ke arah pintu utama bangunan gah itu. Teruja dan kagum. 

Yes miss, can I help you?”  Seorang gadis berambut perang datang kepada Nasya. 

Nasya yang masih teruja melihat ruang di dalam bangunan itu menoleh.   Bibir menguntum senyum.  Tag nama pada baju yang dipakai gadis itu ditilik sekilas.  May.  

Can you show me where's this office?” Kad kecil di tangannya dihulurkan ke arah May.

May menyambut kad tersebut. “Do you have an appointment with him?

No but...”

You need to make an appointment first.”

Err but he asked me to come here,” ujar Nasya sambil garu kepala.  Ketat juga kawalan di dalam bangunan itu. 

Stay here. I call him first.”  Baru sahaja May ingin melangkah ke arah kaunter yang terletak di tengah-tengah ruang lobi itu, suara seseorang memanggil.

Nasya menoleh sedikit.  Bibirnya tersenyum melihat lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam bangunan itu. 

“Hei, lama sampai?” sapa Andri peramah.  Adam dan Clark bersamanya.  Manakala Andi tiada.

“Tak juga.  Baru.”

“Habis tu buat apa kat sini?” soal Andri. 

“Err, dia tu tak bagi saya pergi office awak.  Dia kata kena buat appointment dulu,” ujar Nasya sambil jari menunjuk ke arah May. 

May hanya menayang riak bingung.  “Sorry sir, but...”

It's okay.  Continue your work.”

May mengangguk kecil.  Gadis itu terus melangkah ke tempat asalnya. 

Nasya tersenyum tipis. Matanya memandang ke arah Adam.  “Elsa!” bayi yang berada di dalam dukungan lelaki itu diambilnya.  Pipi gebu Elsa dikucup bertalu-talu, sehingga terjaga bayi itu daripada lenanya.  “I miss you baby...

Andri yang melihat tersenyum.  Ya, dia yakin kepada gadis di hadapannya itu untuk menjaga Elsa. “Jom pergi office I.”

Nasya mengangguk. Bersama Elsa di dalam dukungannya, dia mengikut Andri daripada belakang. Mereka semua melangkah masuk ke dalam lif. 

Miss you, miss you, miss you.”  Tidak henti pipi Elsa digomolnya.  Bayi itu mula mengeliat dan merengek kecil.

“You memang suka baby ke?” Andri yang sejak tadi menjadi pemerhati menyoal. 

Nasya mengangkat sedikit wajahnya.  "Sangat suka.  Dulu selalu je gomol anak-anak buah saya.  Cuma...” Ayatnya tergantung.  Sekarang dia tidak mampu berbuat seperti itu.  Abang-abangnya telah melarangnya untuk mendekati anak-anak mereka.  Dia dikatakan pembawa malang.  Jadi mereka tidak mahu malang tersebut singgah kepada anak-anak mereka. 

“Sekarang apa?”

“Tak ada apa.” Nasya tersenyum tipis.  Matanya kembali memandang ke arah Elsa.  Comel sahaja wajah bayi itu.  Putih.  Mata bulat.  Pipi gebu.  Bibir pinkPerfecto!

Terjongket kening Andri memandang gadis di sebelahnya itu. Ada rahsia yang disorokkan oleh gadis itu. 

Ting!

Bunyi pendek itu menandakan mereka sudah tiba di aras yang hendak dituju.  Adam dan Clark keluar terlebih dahulu. Kemudian, barulah Andri keluar. 

“You ikut I.”

Nasya mengangguk kecil.  Kakinya mengikut ke mana sahaja Andri membawanya. Sehinggalah mereka tiba di hadapan sebuah bilik. 

“Ni bilik you untuk jaga Elsa.  Segala barangan dia, ada dalam bilik ni.  Okay?”

Nasya tidak menjawab.  Daun pintu dikuak sedikit.  Membulat matanya melihat keadaan di dalam bilik itu. “Cantiknya...” gumamnya perlahan. Namun masih dapat didengari oleh Andri. 

Do your work okay?  Apa-apa nanti inform I.  Pejabat I ada kat sebelah ni je.”

“Okay.”

Andri terus berlalu ke bilik sebelah.  Dibiarkan sahaja gadis itu bersama Elsa. 

Sebaik kelibat Andri hilang daripada pandangan, Nasya terus menolak daun pintu dan melangkah masuk ke dalam bilik tersebut.  Daun pintu ditutup rapat.  Teruja dia melihat bilik itu.  Sangat cantik.  Dan comel.  Seluruh bilik ditampal kertas dinding bercorak Barbie.  Katil bayi yang terletak bersebelahan sofa itu turut bercorakkan Barbie.  Bilik yang sederhana luas itu cukup kemas dan selesa.  Mempunyai sebuah sofa, meja kopi dan juga televisyen.  Wah, nikmat sungguh. 

Nasya mengambil tempat di atas sofa.  Elsa yang berada di dalam dukungannya dibetulkan sedikit posisinya.  “Mummy will love you Elsa,” ujarnya perlahan.  Dahi dan pipi Elsa dikucup penuh kasih sayang.  Dia sudah jatuh sayang kepada bayi itu.  Kan seronok jika Elsa anaknya. 

Posisi duduknya dibetulkan sedikit.  Elsa dibaringkan di atas dadanya.  Mata dipejam.  Akhirnya dia turut terlena bersama Elsa yang berada di dalam dakapannya itu. 

*****

MANA budak tu?” Andi yang sedang duduk di kerusi meja kerjanya menyoal. 

“Ada kat bilik dialah.” Mendatar sahaja Andri menjawab.  Dia masih panas hati dengan abangnya itu.  Seorang bapa yang tidak bertanggungjawab.  Senang kata bapa daripada neraka.

“Sampai bila kau nak benci anak kau sendiri ya?” soal Andri setelah lama mendiamkan diri. 

“Sampai bila-bila.” Mudah jawapan Andi.

“Gila!  Orang macam kau baik mati jelah.” Andri merengus geram. 

“Aku yang mati atau kau yang patut mati?”

“Berani ke nak biar aku mati?” Soalan dibalas soalan.  Andri tersenyum sinis. 

“Kalau aku mati, kumpulan ni akan hancur.”  Sambungnya.  Ya, tanpa dia, kumpulan Red Evil Mafia takkan berfungsi.  Dialah perancang segala-galanya.  Dialah perisik di dalam kumpulan itu, dan dialah perancang utama. Ya, abangnya ketua dalam R.E.M.  Tetapi bukanlah manusia yang paling berguna di dalam kumpulan mafia mereka itu.  Kelebihan abangnya hanya setakat membunuh dan berlawan.  Tetapi bukan dalam hal merisik atau merancang.  Clark dan Adam pula berfungsi sebagai backup killer. 

“Okay fine!”

Andri tergelak kecil.

“Kau memang tak ada kerja dah ke?  Kalau tak menyemak kat bilik aku tak boleh?” soal Andi, ubah topik perbualan.

“Aku bukan yang suka tangguh kerja.  Kerja aku dah siap.  Makanya aku bolehlah melepak sesuka hati aku.”

“Banyak kau punya suka hati. Ni syarikat aku. Kalau nak curi tulang, elok berambus je.”

“Iya? Macamlah aku peduli.”

Andi melepaskan keluhan geram.  Berlawan mulut dengan Andri, memang dia yang akan kalah. Dan sakit hati. “Blah boleh? Tak selesa aku nak buat kerja.”

“Memang nak blah pun.  Oh ya, aku nak keluar lunch sekejap lagi.  Aku bawa Elsa dengan perempuan tu sekali.  Daaa...” Andri bangun dari tempat duduknya.  Dia terus keluar dari bilik abangnya itu.  Pintu bilik sengaja dihempas kuat. 

“Tak guna punya budak,” gumam Andi.  Matanya kembali fokus pada komputer riba.  Hanya mata di situ, tetapi fikirannya menerawang ke tempat lain. 

“I nak cerai!”

Andi memandang tepat ke wajah Rachel.  Dahinya berkerut sedikit.  “You cakap apa ni?”

“I nak cerai!  Faham tak?!  I tak  nak jadi isteri you!” Rachel membentak kasar.  Dadanya berombak sedikit kerana marah. 

“Tapi kenapa?” Andi masih tidak mengerti. Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja nak cerai.

Hei, You ingat I tak tahu ke You ni siapa?  Mafia!  Pembunuh!  I tak nak hidup dengan pembunuh!”

Andi tersentak sebaik mendengar kata-kata wanita itu.  “Macam mana...”

“Macam mana I tahu?  Huh?  Ingat I bodoh?  Dahlah Andi, I nak kita berpisah.  Please...”

“No!  I takkan ceraikan you!”

“I nak cerai!”

“No!  Stay as my wife.  Or...”

“What?”

“I kill you.” 

Continue Reading

You'll Also Like

566 160 17
Rayyan Mikhail × Fiqa irissa Rayyan Mikhail,seorang jejaka yang memiliki wajah yang kacak dan sifat yang lemah lembut.Fiqa Irissa,gadis cantik yang...
6.4K 891 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...
4.2K 292 39
#1st MR'S series ~ MR PIRATE'S Princess for Pirate~ Ayden Callisto Roys sebaris nama yang telah mengubah segala nasib malang dalam hidup seorang gadi...
4.7K 66 60
Sipnosis:Ti Amo Mr Blind Mafia "Bodoh!!!!!Baik aku jual kau kat bapak ayam jer!Hidup suka menyusahkan orang!!" Dicaci dan dihina seolah tiada beza an...