ANDI CEDRIC: Encik Mafia Duda...

By CtNorLiana

5.6M 95.1K 7.6K

"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap... More

PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
OFFICIAL COVER EMED
ORDER EBOOK EMED DI SHOPEE
PROMOSI AIDILADHA (EBOOK)
SURVEY REPRINT NOVEL EMED
OFFICIAL COVER ANDI
PRE-ORDER ANDI
TEASER #ANDRIA
TEASER #ANDI PENCABUL
TEASER #NASYA GENGSTER
TEASER #NASYA KEJAM
TEASER #GADUH
TEASER #GUGUR
TEASER #PISTOL
TEASER #ANDRIA
TEASER #FIGHT
TEASER #MATI
KOMBO ANDI & ANDRI

BAB 3

85.6K 4.7K 549
By CtNorLiana

P/s : Saya up semula dari prolog hingga bab 20. Tetapi yang ni versi edit punya.
____________________________________________________

NASYA yang duduk di bahagian hujung restoran sambil bermain telefon bimbit mengangkat sedikit wajah apabila terdengar suara halus bayi menangis.  Matanya melilau memandang sekeliling restoran, mencari arah datangnya tangisan halus itu. Dan pandangannya tertumpu pada sebuah meja di mana ada empat orang lelaki di situ. Meja itu terletak selang empat buah meja daripada mejanya. Dahi Nasya berkerut halus. Seorang daripada empat lelaki itu dilihatnya cuba memujuk bayi yang sedang menangis. Manakala yang dua lagi hanya melihat. Dan yang seorang lagi sibuk bermain dengan telefon bimbit.

Empat lelaki bersama seorang bayi. Agak pelik.  Pelanggan lain yang berada di dalam restoran itu turut melihat ke arah meja yang diduduki oleh empat lelaki tersebut.  Namun masing-masing tidak melakukan apa-apa.  Sekadar melihat. 

Nasya hela nafas perlahan. Tidak betah sekadar melihat, dia mula bangun daripada duduknya. Beg silang disangkut ke bahu. Kaki melangkah perlahan ke arah meja empat lelaki tersebut. 

Excuse me.  Can I help?”

Keempat-empat lelaki tersebut memandang serentak ke arah Nasya. 

“Apa kau boleh tolong?” Salah seorang daripada mereka menyoal.

Nasya terkebil sejenak. Tidak lama selepas itu, bibirnya tersenyum tipis.  “Boleh cakap Malay ke?”

“Dah tu ada nampak aku cakap bahasa Alien?” Soalan dibalas soalan.

Nasya mengetap gigi. Geram. Lelaki itu memang menjengkelkan.

“Apa you boleh tolong?” Giliran lelaki lain menyoal. 

Nasya senyum segaris.  “Sini baby tu,” pintanya seraya menghulur tangan mahu mengambil bayi yang masih belum berhenti menangis itu.

Sebaik bayi itu berada di dalam dukungannya, Nasya bergerak ke meja sebelah. Kerusi ditarik lalu dilabuhkan punggungnya di situ.

Hey baby girl, what's your name?” Nasya menyoal sambil jari telunjuknya mencuit pipi gebu si bayi itu. 

“Harap muka cantik, tapi bodoh.”

Nasya ketap gigi mendengar kutukan itu.  Mahu sahaja disimbah gerangan yang mengutuknya itu dengan coffee latte, namun dia cuba bersabar. Malu dilihat dek orang lain.

“Nama dia, Elsa Aurora. Nama I, Andri. Ni abang I, Andi. Ni, Adam dan Clark.”

Nasya mengangguk kecil mendengar nama-nama yang disebut. Tumpukan perhatian pada Elsa, diusap lembut kepala bayi itu.

“Boleh diamkan budak tu tak? Bisinglah! Sakit telinga aku. Nak minum pun tak selesa.” Andi bersuara, memandang Nasya dengan tajam.

Terlepas satu keluhan kecil daripada Nasya. Mengapalah garang sangat lelaki seorang ini.  Yang lain semuanya nampak okay. Datang bulan agaknya.

Sorrylah.  Abang I memang perangai hauk sikit.  Err, you pandai jaga baby ke?” Andri yang duduk di sebelah Andi menyoal.

Nasya pandang sekilas ke wajah Andri. “Tak adalah pandai mana.  Tapi sebelum ni saya pernah tolong jagakan anak abang-abang saya.  Jadi tahulah sikit. Baby dah minum ke?”

“Dah.  Tapi tak tahulah kenapa dia menangis lagi.”

Nasya mengangguk kecil. Baju yang dipakai oleh Elsa diselak sedikit. Tapak tangannya menepuk lembut bahagian perut Elsa beberapa kali.
“Ada minyak angin tak?” soal Nasya memandang empat lelaki di meja sebelahnya itu bergilir.

“Sekejap, I check dalam beg dia.” Andri terus angkat beg berisi barangan Elsa.

Sementara menunggu Andri mencari minyak angin yang diminta, Nasya cuba urut-urut lembut bahagian perut Elsa. Bagi bayi itu sendawa.

“Err tak adalah minyak.  Kenapa ya dengan Elsa?” soal Andri, meletakkan semula beg Elsa ke bawah meja.

“Dia kembung perut ni. Sebab tu menangis tak berhenti,” ujar Nasya. Dia menyelongkar pula beg silangnya, mencari minyak angin.  Selalunya memang dia akan membawa minyak angin apabila keluar.  Tetapi tidak tahulah ada ke tidak di dalam begnya itu, memandangkan beg itu baru dibelinya. Setiap poket pada beg silang itu diseluk. 

“Ada pun...” gumam Nasya apabila tangannya menyentuh sebuah botol kaca. Pantas ditarik keluar botol kaca kecil itu daripada dalam beg. Penutup botol dibuka lalu minyak di dalamnya dituang sedikit pada tapak tangannya.  Baju Elsa diselak. Tapak tangannya yang berminyak itu disapu lembut di bahagian perut Elsa. Belakang badan dan tapak kaki turut disapu dengan minyak. Selesai itu, dia menurunkan kembali baju Elsa. 
Tangisan Elsa mula reda. Tidak lama kemudian, kelopak mata bayi itu terpejam.

“Berapa bulan baby ni?” soal Nasya setelah pasti Elsa sudah tidur.

“Err baru dua minggu.”

Melopong sedikit mulut Nasya mendengar jawapan Andri. Dia memandang ke arah Elsa yang sedang lena di dalam dukungannya itu. Baju pendek, tidak berstokin, tidak dibedung.  Seriuslah? 

“Mak dia mana?” Nasya menyoal lagi. Musykil. Sepatutnya bayi seusia itu menempel dengan maknya.

“Mati.”

Sepatah jawapan Andi itu buat Nasya terdiam. Tidak berani lagi dia hendak menyoal.

“Elsa dah tidur. Lain kali jangan pakaikan baju yang terdedah sangat ya kalau malam. Lepastu pakaikan stokin.  Dan bedung. Bayi kena angin boleh kembung. Lagipun tak elok bayi kena sejuk. Boleh kena sawan kalau terlampau sejuk.  Nak mudah, bedungkan dia sepanjang masa.  Lagi-lagi malam, waktu dia nak tidur,” jelas Nasya lantas menghulurkan semula Elsa kepada Andri.

Andri yang mendengar hanya mengangguk kecil.  Hakikatnya dia tidak faham apa yang dikatakan oleh gadis itu.  Bedung?  Apakah itu?  Seumur hidupnya belum pernah dia dengar perkataan itu. 

“Okaylah, kalau tak ada apa saya pergi dulu ya.” Nasya bangun daripada kerusi. Langkah yang mahu diatur terbantut apabila mendengar soalan Andri.

Thanks.  By the way, you nak jadi babysitter dia tak?”

Nasya memandang Andri lama. Kemudian pandangannya beralih ke wajah Elsa.  “Tak apa ke?”

Of course. Tengok pada gaya you, macam dah terer jaga baby. I ni, tak pandai. Lagipun I busy, jadi tak ada masa sangat nak jaga dia,” ujar Andri.

Nasya diam sejenak.  Jadi babysitter? Ya!  Memang itu yang dia inginkan. Iaitu kerja! Tiadalah dia perlu menadah telinga mendengar bebelan abang-abangnya sahaja.

“Err bolehlah.  Tapi bila ya?  Kat mana?”

As soon as possible.” Sejurus itu, Andri membuka dompetnya. 

“You datang ke pejabat ni.  Boleh?” Sekeping kad dikeluarkan lalu dihulurkan kepada gadis di hadapannya itu. 

Nasya menyambut. Setiap perkataan yang tertera pada kad kecil itu dilihat.  Lester Holdings. 

“Hmm okay. Terima kasih.  Saya balik dulu.  Bye.”  Tidak menunggu balasan, Nasya terus berlalu dari situ. Tangan dilambai ke arah empat lelaki di meja itu.  Tiga orang membalas lambaiannya, kecuali seorang. 

Iaitu...

Si dingin!

*****

SERIOUSLY Andri?  Babysitter?” Andi nyata tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat adiknya itu. 

Yes! Ada masalah dengan kau? Sekurangnya dia boleh jaga Elsa. Nak harapkan kau?  Mati budak ni,” balas Andri selamba.  Coffee latte miliknya diminum. 

“Betullah apa yang Andri buat.  Lagipun dia tak sentiasa dengan Elsa.  Takkan meeting nak bawa Elsa pula.  Kan?” Clark yang duduk berhadapan dengan Andi mencelah.  Adam di sebelah mengangguk setuju. 

Andi menjulingkan matanya ke atas.  “Whatever,” ujarnya sepatah.  Dia menyambung semula bermain telefon bimbitnya. 

Andri menjeling tajam ke arah abangnya itu.  Sangat menjengkelkan.  Pandangan ditumpukan ke arah Elsa.  Tenang sahaja wajah bayi itu tidur. Ya, wajah suci. Bayi yang dilahirkan tanpa dosa. Tetapi sayang, dibenci oleh bapa kandungnya sendiri.  Pipi merah Elsa dikucup lembut. 

Uncle love you...”

Continue Reading

You'll Also Like

1.1M 28K 24
Dia pelik dan gila. itu je yang ada dalam kepala Damia Nabella bila seorang lelaki secara tiba tiba muncul dan paksa dia menuduh lelaki itu cuba mero...
5.6M 95.1K 38
"Excuse me. Can I help?" "Apa yang kau boleh tolong?" "Boleh cakap Melayu ke?" "Dah tu ada nampak aku cakap bahasa alien?" Andi dan Nasya. Pertemua...
5.5K 118 7
"Nak selamat kahwin dengan aku"dxionz -HANZ DXIONZ 32 -HANX DANNZ 32 -HYDER DAXELZ 31 -HYDEN DALEXZ 30 -QAISYA NATASYA 22 -QAYRA NAISYA 22 -ELYN EK...
2.4M 193K 79
(COMPLETED) "Siapakah MARIA? Pada satu sisi, Maria hanyalah seorang wanita biasa yang terpilih menjadi pelatih dalam kem latihan tentera Gavriel. Na...