DIA LELAKI IDAMAN MALAYA

By thechapterbookstore

6.1K 328 8

D0N WAZIEN AIDAN He is really something! Ada ke tiba-tiba muncul dan kacau life aku yang sudah sedia kacau n... More

BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 7

456 20 2
By thechapterbookstore

11 kuntum bunga putih, 1 kuntum bunga merah. Kononnya, berjuta kali maaf dan mohon cinta kekal abadi... Begitu? Memang tak la aku nak layan!

"Motif si Khair ni apa? Dulu dia buat kau macam sampah, sekarang berbakul dia bagi kau hadiah bagai... Apa kes?"

Aku menjongket bahu. Entah. Dari minggu lepas lagi aku terima macam-macam barang. Notanya semua sama, maafkan abang. Maafkan abang, my foot la! Motif atau alasannya, aku tak tahu dan aku tak boleh nak jawab soalan Solehah. Yang aku boleh jawab...

"Nak mati agaknya!"

Selalunya, orang nak mati ni, dia memang selalu buat benda pelik-pelik. Lagipun, tiba-tiba aje muncul. Aku dah tak dengar cerita pasal dia, selepas hampir setahun aku jumpa dia di atas badan setiausaha dia di pejabat. Aku, keluarga aku dan keluarga dia, saja nak buat kejutan, menyambut hari jadi Khair yang ke-30 tahun. Malam tu, dia kata, dia tak boleh nak celebrate. Kerja banyak katanya. So, aku decide, untuk buat surprise visitlah. Memang surprise sungguh la. Tergamam aku, nasib baiklah tak pengsan mummy Khair masa tu.

"Dia yang goda abang."

"Okey."

"Apa yang Liya tengok tu... Itu..."

"Cara goda terbarulah ya? Abang duduk atas dia, cara goda millenium, betul?"

"Jangan perli abang, Juliya."

"Bukan Liya perli abanglah. Liya cuba backup abang ni. Liya tengah buat kan alasan abang tu, nampak logik. Liya nak berdepan dengan semua orang, bukan hanya dengan diri Liya sendirilah bang. Jadi, biarlah alasan abang itu nampak real."

Khair mengeluh. "Kalau Liya, terima saja lamaran keluarga abang, tak ada nak tangguh-tangguhkan perkahwinan kita, tak adalah benda macam ni boleh berlaku. Dua tahun tau abang tunggu Liya buat keputusan. Kita dah bertunang dua tahun, apa yang abang dapat?"

"So, ini salah Liya?"

"Yes."

"Salah Liya ke, kalau abang yang tak pandai jaga diri abang untuk Liya? Salah Liya ke, kalau abang duduk atas badan perempuan tu? Salah Liya ke, kalau abang tak pandai didik nafsu abang? Oh... Ini semua salah Juliya Nour. Great. So great!"

Khair terdiam.

"Abang tahu tak, malam ini sebenarnya, malam Liya nak tetapkan hati Liya terima abang dalam hidup Liya. Malam ni, sebenarnya, Liya yakin, Liya nak terima abang. Liya dah setuju dengan ayah dan ibu, nak teruskan perkahwinan ni. Mummy dan daddy abang dah seronok sangat dengan keputusan Liya. Tapi..."

Berubah wajah Khair waktu itu.

"Allah sayang Liya, bang. Terima kasih. Abang bagi la cincin berlian abang ni, pada perempuan yang buat abang tergoda tu. Dia lebih berhak. Jangan cari Liya lagi, jangan cuba pujuk Liya. Liya bukan perempuan bodoh yang akan terima abang semula."

Aku pulangkan cincin itu pada Khair, depan mummy dan daddy dia, depan ibu dan ayah aku. Pertunangan selama dua tahun itu, putus begitu saja. Patutlah, susah untuk aku buat keputusan berkahwin dengan Khair. Hanya dengan satu malam, aku buat keputusan untuk berkahwin dengan dia, Allah tunjukkan aku, niat aku itu... Tidak boleh diteruskan.

Menyesal ibu dan ayah, memaksa aku memilih anak kawan baiknya, sebagai pasangan hidup aku. Nasib baik aku bagi tempoh dua tahun, sebagai syarat sebelum disatukan. Kalau aku terus setuju, memang serah tengkuklah.

Tapi, hubungan aku dengan ibubapa Khair tetap diteruskan begitu juga dengan ibubapa aku. Cuma aku dan Khair... Sorrylah nak baik. Lepas tu, raya ke apa ke... Aku memang tak jumpa langsunglah. Ibu dan ayah, mummy dan daddy Khair pun tak ada nak paksa-paksa. Lagipun, Khair bukan ada dalam Malaysia. Setahu aku, selepas dia memalukan aku sekeluarga, mummy dan daddy Khair, hantar dia uruskan syarikat keluarganya di Amsterdam. Tapi, sekarang, kenapa Khair kembali? Pelik!

Apa-apa pun, biarlah Khair nak bagi apa pun, aku boleh bagi orang. Jangan dia hantar hantu ke, santau ke, memang aku jadi iblis paling besar. Ataupun dia muncul depan aku, memang dia masuk wad!

Tak boleh terbayang aku kalau aku terima dia semula. Akulah manusia paling bodoh daripada orang bodoh dalam dunia ni. IQ kira negatiflah tu maknanya. Tak susah untuk aku melupakan Khair berbanding untuk aku lupakan orang lain. Since mamat tu memang buat hal dalam hidup aku, so buat apa aku perlu ingat dia lagi dalam hidup aku. Memang tak la nak terima dia balik dalam hidup aku.

Masalahnya, aku pernah ke bercinta dengan orang lain sebelum Khair? Kenapalah aku tak ingat, siapa sebelum Khair? Mustahil aku tak ada sesiapa. Even, perihal Wazien pun aku tak ingat langsung! Aku macam ada short term memory lost. Takkan masa aku accident dulu... Aku hilang ingatan kut? Tapi, kenapa ibu atau ayah tak cakap pun? Pelik!

"Tapi Liya, kalau sungguh Khair memang nak mati?"

"Kenapa, Sol? Kau nak aku patah hati berapa banyak kali?"

"Kalau Shila Amzah pun boleh patah seribu... Kau patah sejuta pun, apa ada hal."

Aku ketawa.

"Kau buat la lagu, Liya. Mana tahu meletup, sampai ke India pula."

Poyo!

Kalau boleh, aku tak mahulah dilukai lagi. Benda boleh elak, aku elaklah. Macam hal Don Wazien Aidan ni. Agak-agaklah nak mengurat aku pun. Line mamat ni, semua dalam poket aku. Aku dah pernah laluinya sebelum ini. Kalau tak, tak adalah aku setuju dengan pilihan ibu dan ayah dulu. Khair Aryan... Dia tu memang sweet talker pun. Kalau tak, tak adalah dia duduk atas badan setiausaha dia sendiri.

"Tak payah layan. Kau layan aje mamat Don Juan tu."

"Dia tu penipulah, Sol. Aku ni kalau bab hutang, aku ada tulis list tau, Sol. 20 sen tu tak ada dalam buku aku. Takkanlah aku tak ambil apa-apa nombor dia atau, simpan apa-apa particular pasal dia masa aku hutang dia tu. Aku hutang dia kat mana pun aku tak tahu."

"Mana tahu, kau nak cepat, kau tak sempat nak tulis."

"Mustahil, Sol. Ini buku 555 aku. Aku hutang lima sen kat mamak sebelah pun aku tulis. Ini, macam ni. Aku tunjuk dekat kau."

Tahun 2016, 15 September, aku ada hutang lima sen dengan kedai mamak sebelah pejabat. Aku tak cukup 10 sen dan yang ada lima sen. Aku bagi lima sen dan wife mamak tu, tak nak diskaun pun. So, aku tulis hutanglah. Paid lagi on 16 September, siap tulis waktu 10.05 pagi.

"Gila kau ni. Aku kenal kau dah lama tapi aku tak pernah tahu kau secomplicated ini!"

"Ha... Bab hutang ni jangan nak buat main. Roh kau terapung-apung, kau nak ke?"

Solehah memegang buku 555, dia menyelak satu per satu. Kemudian dia memandang aku.

"Liya..."

"Kenapa? Kau ada jumpa 20 sen tu ke?"

"Tak. Seratus tahun kau cari pun tak jumpa. Mana nak jumpa sebab buku ni pun start tulis tahun 2014, ni pun start tulis bulan selepas kau accident. Takkan la tahun-tahun sebelumnya kau tak ada berhutang kan? Hutang bulanan macam bayar bil tu semua... Tahun lain pun kau tulis. Lagipun, kau kata Don Juan tu jumpa kau lima tahun lepas kan? Lima tahun lepas ialah 2012. Mana buku yang tulis tahun 2012? Mesti ada lagi buku lain yang tercatat hutang kau sebelum ni. Bukan banyak sangat hutang kau pun, ni... Satu buku pun guna sampai empat tahun. Mesti ada buku lain. Mungkin buku tahun 2011 sampai bulan sebelum kau accident tu."

Yalah, setakat bil telefon, bil utiliti, loan rumah, loan kereta... Tu aje. Termasuk la hutang kalau aku tak bawa beg duit, aku pinjam duit Solehah la. Lain hutang mana ada. Kad kredit aku tak pakai.

Aku menjongket bahu. "Ini aje buku yang ada, Sol. Itu sebab aku kata, aku tak pernah hutang dia pun. Aku confirm, ini hanya helah Don Juan."

"Tak la. Ada buku lain ni."

Aku terdiam. "Mungkin buku ada kat rumah ibu. Hmmm... Memang kebetulan hari ni aku nak ke rumah ibu. Aku simpan sana kut! Yalah, tahun 2012 tu kan, memang aku masih duk dengan ibu dan ayah. Mungkin ada kat sana!

"Aku pun baru masuk pejabat ni tiga tahun lepas. Kalau aku jumpa kau lima tahun lepas, senanglah aku nak jadi timeline kau. Masa aku jumpa kau pun, kau pun baru bersama dengan Khair."

Kes Solehah, samalah dengan Awie. Aku berkenalan dengan dia orang sewaktu aku baru bersama dengan Khair. Sebelum itu, aku pun tak berapa ingat sangat. Yang aku tahu, projek-projek yang disebut Wazien tu, memang antara projek yang meletup, yang aku buat dua tahun sebelum aku ditunangkan dengan Khair. Adakah lima pertemuan itu, berlaku dua tahun sebelum aku bertunang dengan Khair?

Hmmm...

Tunggu sajalah Juliya. Kalau kau memandai-mandai jadi Detektif Konon tu... Aku takut, kau terlepas cakap, masuk mulut bapak buaya tembaga!

"Tak apalah, Sol. Orang kalau menipu ni, bukan berkat pun hidupnya. Macam Khair. Lama-lama jatuh macam tupai, tergolek dog!"

"Tak semua lelaki itu, nak ambil kesempatanlah, Liya. Kalau kerana Khair kau jadi macam ni, kau nak judge semua lelaki tu macam Khair, itu tak adillah. Aku rasa, kalau kau macam ni, patah sejuta hati kau pun, belum tentu, kau boleh beza, antara ikhlas dan tidak. Bak kata aku, don't judge the book by its cover. Kan betul... Apa yang aku nilaikan pasal Wazien tu sebelum ini."

"Aku akan buktikan, kata-kata kau tu ada salahnya. Sebab, kalau dia beria-ia sangat, dia tak akan... Letakkan aku dengan posisi yang macam-macam syaratnya. Sekarang ni aku dah terikat. Ini semua, contoh-contoh womanizer tau. Letakkan kau di posisi yang berat sebelah."

"Posisi yang macam mana? Apa yang berlaku semalam?"

Aku pun cerita pada Solehah hal semalam. Solehah ketawa mengekek tentang deal aku dengan Wazien jam empat pagi tu.

"Apa da... Ini kau kata womanizer?"

"Yalah. Selain cakap manis dan suka buat syarat berat sebelah."

"Ini namanya, ikat kau supaya lebih dekat, lebih rapat. Senanglah nak buat kerja, bila hati dah sehala."

"Phuih..."

"Jadi kau acceptlah?"

"Yalah. Itu saja caranya nak tangkap dia."

"Itu sebab lagu Rude pagi-pagi ni. Can I have your daughter for the rest of my life? Say yes, say yes 'cause I need to know, ya? Alkisahnya!" Solehah senyum-senyum.

"Say yes, bukan sebab aku yes nak kahwin. Yes pada syaratnya la!"

Solehah senyum, mengejek akulah tu. Itulah, itu sebab aku malas nak cerita. Nanti, aku juga yang jadi bahan.

"Relaks la. Lagu tu tengah top. Aku baru dengar kat Hot FM tadi."

Solehah senyum lagi.

"Lagipun, from now on... Aku nak positif. Aku nak relaks. Aku nak follow the flow. Aku tak nak fikir teruk-teruk sangat, nanti tak pasal, aku kena kahwin dengan Don Juan ni."

Solehah ketawa. "Kahwin pun apa salahnya. Ngam kut. By the way, only dead fish aje follow the flow."

"Phuih..."

"Actually Liya... As your friend, aku suka aura baru kau ni. Lagipun Liya, lama juga aku tak dengar kau menyanyi-nyanyi macam ni. Tapi, biasalah, kalau kita mula untuk berubah, adalah syaitan laknatullah tu mula nak kacau. Ini bahananya, kalau hati dah channel dekat hati orang lain, selalu la ada watak antagonis, mula nak interframe. Aku harap, kau bijak buat keputusan Liya."

Aku ketawa. "Kenapa? Kau ingat aku nak berpatah semula pada Khair? Tak ada maknanya. Oh please, so not Juliya Nour okey!"

"Sebab aku rasa... Khair tak saja-saja muncul. Aku rasa, mesti ada sesuatu."

"Wazien tu yang patut kau risaukan, Sol. Dia pun tak saja-saja nak muncul."

"Itu jodoh namanya. Orang yang baik, tak akan muncul hari-hari, Juliya Nour."

Pigidah. Mana tau baik? Itu semua palsu! Samalah dengan Khair. Apa hal Khair Aryan ni muncul semula eh? Rasa tak sedap hati pula. Telefon aku tiba-tiba berbunyi. Aku tengok nama di skrin, aku pandang Solehah.

"Kenapa?"

"Mummy Khair."

Huh!

Continue Reading

You'll Also Like

32.8K 3.2K 104
Male Lead pr ဇာတ်လမ်းအကျဥ်း အရှေ့ဘက်နဲ့ဝေးတဲ့မြေမှာ မီချယ်လင် ကြယ်သုံးပွင့်အဆင့်သတ်မှတ်ချက်ကို အကြိမ်ကြိမ်ငြင်းဆိုထားတဲ့ ထူးဆန်းတဲ့စတိုးဆိုင်တစ်ခုရှိ...
226K 11.5K 45
A plan. A disguise. A checklist. Time to play cupid. Copyright © 2019 by jayscitylights. All Rights Reserved.
24.3K 205 70
Just some memes i thought were funny
69.6K 1.9K 34
Charlotte coleman a badass who doesn't care about the rules or people becomes friends with a group of guys after she found out the one girl she could...