Hancurnya Sekeping Hati Suami

By Zalrara

1.6K 3 0

Hancur nya sekeping hati seorang suami yang setia terhadap perkhawinanya ,isterinya, hubungan 10 tahun. More

Satu- Melangkah

1.6K 3 0
By Zalrara


Satu - Melangkah

Rizal ini lah nama diberikan oleh "Batt" gelaran seorang ayah dan ibu "Ma" yang disayangi. Di besarkan dengan sepenuh kasih sayangi oleh kedua-dua ibubapanya. Panggilan nya abang dijamah mesra oleh empat adik beradiknya lain. Dia merupakan seorang lelaki yang amat disayangi oleh ramai kenalan dan ahli keluarganya sendiri. Perwatakanya amat sopan dan berlembut dari sisinya yang menampakan ketegasan seorang lelaki yang bertanggung jawab dan penuh dengan persoalan. Berjaya menamatkan pelajaran di peringkat tertinggi di sebuah IPTS di ibukota merupakan detik bahagia, menemui apa yang dikatakan cinta dan kehidupan yang diibaratkan melangkah kedalam sebuah kehidupan yang sebenarnya.

Bermula 2008 merupakan detik yang tidak dapat dilupakan oleh Rizal kerana Berjaya masuk ke alam universiti betul-betul berada di ibu kota Kuala Lumpur. Dengan perasaan bercampur kegembiraan dan takut untuk melangkah ke ibu kota yang asing bagi dirinya dan menempuhi persaingan untuk belajar di sebuah universiti terkemuka di kuala lumpur walaupun mengambil jurusan "Diploma In Information Technology" adalah satu tindakan nekad untuk melangkah pergi dari keluarga dan mengejar cita citanya untuk terus berjaya.

Pada minggu pertama adalah sesi yang mendebarkan hati rizal yang mana rizal terpaksa menempuhi segalanya keseorangan berteman kan rakan-rakan yang baru dikenali semasa Orentasi. Bermula sebuah cerita kehidupan Rizal pada minggu terserbut. Berteman seorang rakan yang diangap boleh masuk kepala bersama iaitu seorang remaja lelaki berbadan besar diberi dan dikenalkan sebagai "Bob". Yang dimana Bob merupakan seorang berperwatakan seorang ceria dan selalu mengiburkan hati si Rizal.

Hari pertama di universiti dan memasuki kelas pertama selepas pendaftran sesi pelajar baru di dewan bersama-sama Bob, mata Rizal melilau melihat dan memerhati setiap kelakuan dan tingkah laku mereka sama ada perempuan mahupun lelaki sama ada mahu dijadikan kawan atau lawan. Rizal boleh dikategorikan seorang lelaki yang mempunyai karisma tersendiri yang mampu dilihat oleh orang sekelilingnya sebagai seorang lelaki yang segak dari segi airmuka, penampilan mahupun pergaulan dan percakapan. Setiap langkah masuk kedalam kelas pertama berjaya mencuri perhatian orang sekelilingnya dengan hanya memakai Shirt hijau berseluarkan denim jeans dan berkasutkan Sneaker. Tiba-tiba "Rizal Haris" nama dipanggil untuk tampil ke depan oleh petugas universiti untuk mengambil Kad pelajar, tersentak dari lamunan Rizal terus melulu dengan cemas dan takut Rizal bangun dan berlari kedepan kelas . mengambil kad pelajarnya yang terpampang nama dan gambarnya.

Semasa mengambil Kad Pelajar nya , Rizal terpandang seorang perempuan yang duduk didepan dia memakai baju kurung hijau dengan rambutnya melepas dan matanya melirik melihat Rizal. Rizal kaku tanpa membalas pandangan perempuan tersebut disebabkan Rizal seorang yang pemalu. Malah perempuan berbaju kurung hijau itu juga tersenyum kepada Rizal membuatkan hati Rizal berdebar-debar sehinggakan lulut Rizal menggeletar akibat senyuman manis dan manja dari seorang perempuan yang bagi Rizal seorang perempuan yang cantik dan ayu. Senyuman itu berjaya mencuri perhatian Rizal dan membuat dia seolah-olah berada dalam dunia nya tersendiri. "Oittt" panggilan keras Bob terhadap rakanya . Rizal terperanjat dan mula sedar dari lamunan terhadap perempuan berbaju kurung hijau tersebut. "Engkau dah kenapa Zal? Engkau Nampak hantu ataupun engkau sudah Berjaya mimikat perempuan " usik Bob berseloroh sambal melihat Rizal senyum kambing. " Eh, Mana ada lah aku niat nak belajar la Bob! Tiada masa aku untuk mencari teman wanita" ujar Rizal menafikan pertanyaan bob. "Bob aku nak cakap something dekat ko ni Bob" "Apa dia?" "Tadi masa aku didepan aku ada terpandang dan melihat seorang perempuan cantik ayu dan sedap je mata memandang Bob!" terang Rizal. Bob tergelak "Hahaha, kan aku dah cakap aku dah tengok ko dari tadi lagi Zal" "Engkau perhatikan je perempuan baju hijau tu kan" "Yes Bob" jawab ringkas Rizal. "Macam ni jika engkau berminat engkau pergilah tanya nama dia mintak No talifon ke". "Ok Bob dah sekarang ni aku nak pergi makan jom Bob , aku pun nak kenalkan sepupu aku sambung belajar dekat Uni ni jugak" . Setelah keluar dari kelas yang yakini hari pertama untuk pendaftran sahaja. Rizal dan Bob melangkah ke café untuk makan tengah hari sambil ingin berjumpa dengan sepupu Rizal yang mereka telah berjanji untuk makan bersama. Selepas melihat café di kawasan university penuh. "Kring-kring" bunyi handphone Rizal. " Hello" jawab Rizal sambil melekatkan handphone ke telinga sambil Bob memerhati dengan khusyuk. "Hello, Zal aku ni Ayu . Zal kita jumpa café depan universiti café sebelah Bank Islam sebab café dekat kawasan Uni tu penuh . Ko datang sekarang jugak taw sebab aku nak kenalkan kawan aku " Zal cukup mengenali suara lunak dan petah bercakap adalah sepupunya Ayu. Membalas dengan singkat " Ok ,Ayu aku datang sekarang". Terus talian dimatikan. Rizal menerangkan perbualan tadi dan Bob bersetuju.

Sampai nya di café yang telah dijanjikan Ayu, mata Rizal meliar mencari kelibat sepupunya itu dalam café yang agak sesak dengan pelanggang. " ZAL, sini-sini kat sini lah" jeritan dari Ayu. Rizal dan Bob melihat dan terus maju ke meja Ayu . Diperhatikan ada lima orang perempuan bersama sepupunya. Langkah Rizal terhenti secara tiba-tiba membuatkan Bob terlanggar. "Weyhh, Zal ko dah kenapa beerhenti tiba-tiba?" Mata Rizal terpaku , melihat perempuan berbaju kurung tadi berada sebelah Ayu sambil berborak dan bergelak tawa bersama sepupunya itu yang ceria." Zal sini ko duduk depan ni" jerit Ayu . Tempat yang dimaksudkan itu betul-betul berada didepan perempuan berbaju kurung hijau. Tanpa melihat perempuan tersebut hati Rizal makin berdebar dan makin menebal perasaan malu dan terus duduk berhadapan dengan perempuan yang pernah tersenyum semasa didalam kelas pagi tadi. "Zal, kenalkan ni semua kawan hostel aku, ini Sya,Anis,Fika,dan depan engkau ni budak kelas ko tau? Nama dia Liza" ujar Ayu memperkenalkan seorang demi seorang. Sampai pengenalan terakhir tu Rizal baru mendapat tahu nama perempuan yang dia suka itu. Perempuan berbaju hijau itu menyampai sambil melambai tangan kerarah Rizal. " Hai Zal, I Liz" sambil tersenyum manis kenalkan dirinya terhadap Rizal . Rizal kelam tidak terkata disebabkan tidak pernah disapa begitu mesra dan manja oleh seorang perempuan cantic bagi dirinya. Hanya balasan ringkas diterima oleh Liza. "Hii Rizal , panggil Zal je". Mata liar Rizal tidak mampu lagi untuk memandang muka Liza dan bertentang mata disebabkan sifat pemalu Rizal terhadap perempuan. "Kita Sekelas kan Zal?" begitu mesra Liza walaupun baru pertama kali berjumpa. " I tengok you tadi masa dalam kelas". Dengan perasaan malu cuba berborak dengan Ayu dan Bob tapi membalas soalan Liza " Ahh, yela tadi ada perasaan dalam kelas DIT kan?" terus Rizal menamatkan perbualan antara Liza .

" Ye kita satu kelas selamat berkenalan ". Lirikan manja dengan senyuman sambil bermain dengan talifonnya tidak lekang di tangan Liza.

Hati Rizal makin berdebar dengan bermacam persoalan bermain di fikiran dan khayalan nya. Seorang perempuan yang berwatakan menarik , bertubuh tinggi-lampai ,pandai bergaya dan senyuman nya manis bermanja dan lirikan mata yang menggodakan membuat Rizal tidak keruan dalam khayalanya sendiri. Tapi apakan daya Rizal hanya mampu mengalihkan perhatian dari melihat Liza dan berbual kosong bersama Ayu dan teman yang lain. Sesekali Rizal perasan Liza menidakan pandanganya dan berterusan sambil merenung tepat ke mata Rizal membuatkan Rizal berasa amat malu dan melihat kearah lain. Semacam hati kedua-dua nya bergerak kearah yang sama dan terus bedebar-debar. Rizal menghentikan segalanya beranggapan hanyalah khayalan dibenak fikiranya. Selesai mereka semua minum dicafe tersebut. Bob dan Rizal terus meminta diri dari café tersebut . " Ayu aku gerak dulu aku ada kelas pukul dua tengah hari" jelas Rizal kepada Ayu. "Zal, tunggu lah kan Liz ni satu kelas dengan ko? Ko jalanlah bersama." Pinta Ayu. Ketika itu berubah merah muka si Liza . "Tidak mengapa Zal you masuk dulu I jalan kemudian" jelas Liza. Tanpa mengendahkan sesiapa Rizal dan Bob terus meninggalkan mereka dalam suasana bising café tersebut.

Semasa berada dikelas , Rizal hanya menanti dengan penuh harapan agar Liza masuk ke kelas yang sama. Setibanya Liza masuk ke dalam kelas Rizal hanya mampu melihat dari jauh disebabkan kedudukan mereka dipisahkan oleh depan dan belakang. Niat Rizal dari nak tumpu pelajaran terganggu dan terkenang kan senyuman pertama dari seorang perempuan yang mampu mengentarkan hati Rizal yang sekian lama telah terkunci rapat. Cuma apa yang bermain difikiran Rizal kali ini agak nakal dan mungkin keterlaluan dalam hatinya terdetik "Aku mahukan dapatkan Liz, Aku mahukan jadikan dia menjadi isteri ku satu hari nanti" bisik hati Rizal dalam fikiranya. Rizal tersedar dalam dunia yang nyata dan teruskan pembelajaran seperti biasa dan menumpukan apa sedang disampaikan oleh pensyarah.

Tamatnya kelas petang itu, Liza sedang menunggu lif untuk ke lobby tersempak dengan Rizal dan Bob. "Hii Zal, Cousin Ayu kan? Satu kelas kan rupanya kita". Ujar Liza. "Yes,I cousin Ayu. Hehe" sambil Rizal malu dan tergaru-garu kepala yang tidak rasa gatal sedikit pun. "Ok, Lift dah ada, I turun dulu Zal". Tanpa sempat membalas pintu lift sudah tertutup rapi ibarat pintu hatinya dahulu. Terus tersenyum Rizal keseorangan terkenangankan senyuman dan satu-satunya perempuan yang menegur dan bercakap denganya.

Kembali nya Liza ke hostel perempuan ternyata, Ayu telah tercegat depan pintu bilik disebabkan mereka sebilik dengan Liza. Ternyata Ayu sedang menunggu Liza pulang dari Kampus. Setibanya Liza merebahkan diri atas katil sambil menadah angin kipas. Ayu datang dengan muka yang penuh berseri dan senyum kambing. "Liz aku nak tanya ko something ni?" tanya Ayu. "Apa dia Ayu?" "Ko kene jawab dengar jujur apa aku nak tanya ni dan ikhlas" ujar Ayu. Akibat soalan permintaan, Liza sedikit keresahan menjawab"Apa ni Ayu? Aku tak faham la? Ok ko tanya nanti aku jawab. Aku pun tengah penat sekarang ni" ujar Liza cuba menepis soalan dari Ayu. "Liz jujur aku tanya ko. Ko suka tak Cousin aku tu ?Zal? Ko rasakan ko tengok bila ko jumpa Zal tadi ko rasa Zal tu Handsome tak? Ko suka tak Zal? Aku perasaan la masa dicafe tadi dua-dua masing-masing perhati dan memerhatikan antara satu sama lain ko jujur la Liz? Bederai darah si Liza mahu menjawab soalan yang tak dijangkakan dan ditanya oleh sepupu Rizal. "Erhh, aku nak mandi "balas pendek Liza. Ayu menahan muka marah disebabkan mahukan jawapan dari Liza. Ayu bangun menahan Liza dari meneruskan niatnya untuk mandi."Ko jawab dulu Liz,please" Si Ayu merayu dengan Liza." Ok , Baiklah aku jawab soalan ko"Sape name cousin ko tu?."Rizal" jawab Ayu. " Ahh, Rizal tu aku tengok lah , orangnya agak handsome dan berperwatakan menariklah juga, sedap mata memandang. Mata dia tu buat aku terpesona . Seriously aku suka tengok mata dia Ayu. Boleh buat perempuan cair nga dia. Jap yang ko tanya aku pasal dia ni kenapa? Jawab Liza. Ayu mencelah" Tak ada apa pun aku sebab aku tengok macam ko perhatikan dia je tadi masa jumpa." "Tapi sayang Ayu handsome pun mesti dah berpunya tu hahaha. Aku suka tengok dia je tak ada apa pun Ayu". "Ko nak tak nombor dia Liz?" "Aku nak nombor dia nak buat apa Ayu? Jeling Liza pada kawannya itu. "Meh aku story dekat ko Ayu. Zal tu memang ramai perempuan suka dekat dia dulu-dulu Liz. Tapi dia tu tak ada couple dengan sape-sape pun. Ramai orang suka dengan dia. Hah dah elok aku rasa nk match kan ko dengan Zal. Hehe dia pun single. Aku tahu la Zal tu baik la Liz dia cousin aku kot". Jawab Ayu dengan penuh yakin. "Hahahaha" gelak si Liza. "Ko pun singlekan Liz?" Elok sangat lah tu." "Nah amik nombor phone dia Liz". "Yela , yela aku amik save nombor dia nie sebab dia dan aku pun sekelas ayu." "Berapa no dia Ayu?" Balas Liza. "0129202945". "Done! Aku dah save no cousin ko ni Ayu. " Baiklah jangan lupa ko text la dia say hii" Ayu sambil tergelak. "Oh aku lupa la Liz esok 15 July kan . Esok birthday dialah. Ko call lah dia wish or text wish his birthday." Jawab Ayu. "Laya iya ke? Nanti aku msje la dia macam tu.Ok lah aku nak mandi ni". Ringkas Liza membalas ayu.

Continue Reading

You'll Also Like

856K 27.7K 69
"Real lifeမှာ စကေးကြမ်းလွန်းတဲ့ စနိုက်ကြော်ဆိုတာမရှိဘူး ပျော်ဝင်သွားတဲ့ယောကျာ်းဆိုတာပဲရှိတယ်" "ခေါင်းလေးပဲညိတ်ပေး Bae မင်းငြီးငွေ့ရလောက်အောင်အထိ ငါချ...
870K 72.4K 34
"Excuse me!! How dare you to talk to me like this?? Do you know who I am?" He roared at Vanika in loud voice pointing his index finger towards her. "...
3M 115K 32
"Stop trying to act like my fiancée because I don't give a damn about you!" His words echoed through the room breaking my remaining hopes - Alizeh (...
309K 18.1K 19
"ဘေးခြံကလာပြောတယ် ငလျှင်လှုပ်သွားလို့တဲ့.... မဟုတ်ရပါဘူးဗျာ...... ကျွန်တော် နှလုံးသားက သူ့နာမည်လေးကြွေကျတာပါ.... ကျွန်တော်ရင်ခုန်သံတွေက...