CREEPYPASTA(MALAY VER.)

By crash_05

1.9K 150 19

Jika anda seorang yang penakut,anda tidak digalakkan membaca buku ini yang mengandungi kisah kisah menyeramka... More

WRISTBAND
10 DAY DREAMS
BENANG PUTIH
ZEBRA CROSS
JIRAN DI TINGKAT ATAS
RUANG BAWAH TANAH
REBEN MERAH
GOZU (KEPALA LEMBU)
JILAT
21...21...21...
MERAH
Nombor 31
Wifi Percuma
Kandang Ke-7
Lisa Pulang Lewat
Elevator To Another World
Kabus Tebal
Rancangan Melarikan DIRI
Unnie
Mata(Part 1)
Mata(part 2)

Lelaki Kacak

80 7 0
By crash_05

Jam menunjuk pukul 11 malam. Amber baru sahaja pulang dari perpustakaan di universiti. Dia ada study group dengan rakan-rakannya memandangkan lagi seminggu akan ada ujian statistik. Dia pulang membawa kereta ke rumah sewanya di apartment Baiduri. Dia pulang keseorangan.

Sampai sahaja ke apartmentnya, dia pergi ke arah lif untuk naik ke tingkat 14 iaitu tingkat paling atas. Sewa agak murah di tingkat itu. Apabila pintu lif terbuka, dia masuk dan menekan butang 14. Sebaik sahaja pintu mahu tertutup, ada seorang lelaki yang kacak masuk ke dalam dan berdiri sebelah Amber.

"Awak naik ke tingkat 14?" tanya lelaki kacak itu.

"Ya saya." jawab Amber.

"Oh saya tinggal di tingkat 13.''

"Tak tanya pun."

Lif mula naik ke atas. Mereka berdua berdiri dalam keadaan janggal. Sesekali Amber mengintai lelaki itu. Dia lihat lelaki itu berpakaian pejabat seperti baru balik kerja. Tiba-tiba Amber ternampak ada kesan merah di baju pergelangan tangan lelaki itu. Amber mula risau dan berfikir bukan-bukan. Dia takut itu adalah kesan darah.

Lif mula naik satu tingkat ke satu tingkat. Amber menunggu dengan penuh risau dan takut dia di apa-apakan oleh lelaki itu. Apabila lif sampai ke tingkat 13, lelaki itu mula keluar.

"Ok kita jumpa lagi ye." kata lelaki itu sambil keluar dari pintu lif.

Amber tidak menjawab dan berharap lelaki itu cepat pergi. Semasa pintu lif mahu ditutup. Lelaki itu pusing ke depan pintu lif dan mengeluarkan pisau yang berlumur darah dari jaketnya.

"Tingkat 14! Hahaha!" jerit lelaki itu.

Lelaki itu gelak seperti orang gila dan terus berlari ke arah tangga. Dia naik ke tingkat 14. Amber begitu terkejut dan cuba menekan butang berhenti namun sudah terlambat. Lif itu sudah mula naik ke tingkat 14.

Apabila lif sampai ke tingkat 14, pintu lif terbuka dan lelaki tadi sudah berdiri di depannya sambil memegang pisau.

p/s. Kisah ini dikatakan kisah benar yang berlaku di Korea. Wanita itu dijumpai mati ditikam di dalam lif itu


Credits to: https://www.facebook.com/penselstudio/ or      http://mycreepypastacollection.blogspot.com

Continue Reading

You'll Also Like

339K 32.5K 58
Leslie dan Sean sudah dinyatakan lulus dari Grandes High School. kini mereka tengah menuntut ilmu di sebuah universitas. Awalnya kehidupan mereka ber...
4.1M 314K 186
■ MALAY VERSION ■ Wattys2016 awards: EDISI PENGUMPULAN Horror - Feeling brave? Prepare for a scare with these creepy tales , eeri encounters , urba...
12.9K 576 19
Mr oyen vs miss putih.... Kisah dua ekor kucing dengan tuan kesayangan mereka... seekor kucing bernama oyen dan lagi seekor bernama putih ... tuan m...
2.9K 259 18
Tahu tak permainan Mafia? ala yang selalu kita main dengan kawan kawan tu? best kan? Tapi, macam mana pula kalau kita tiba tiba masuk dunia mafia? at...