DIA LELAKI IDAMAN MALAYA

By thechapterbookstore

6.2K 328 8

D0N WAZIEN AIDAN He is really something! Ada ke tiba-tiba muncul dan kacau life aku yang sudah sedia kacau n... More

BAB 1
BAB 2
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10

BAB 3

687 40 1
By thechapterbookstore

MENGARUT betul mamat tu. Kenal pun tak sampai 10 minit, bercakap pasal kahwin pula.

Serius sweet talker.

Serius womanizer.

Tak pasal, semalam aku tak boleh tidur. Nasib baiklah walaupun tak boleh tidur, aku masih boleh buat kerja walaupun... Proposal mengarut dia tu mengacau kepala otak aku sesekali. Memang aku confirm, aci kerat jari... Mamat ni sure Don Juan Ipoh!

Eh... Silap, Don Juan Malaya!

"Nah... Caption aku dapat untuk artwork kau."

Solehah tersengih. "I heart it! Macam caption McDonald, I'm loving it."

"Mula-mula... Aku nak buat caption, I baked you eat. Tapi, I heart it... Much more better. Kau pilihlah. Aku ada buat beberapa pilihan."

Aku ambil keluar beberapa keping kertas daripada beg aku dan berikan kepada Solehah.

"Ini Adra apa pula?"

Solehah menunjukkan kertas draf yang aku conteng atas gambar kasut yang Don Juan tu Whatsapp kat aku semalam. Aku buat juga walaupun mulut ni membebel-bebel. Memang bodoh berlapis-lapislah mamat tu kalau dah lebih 44 kali aku sebut!

"Oh... Ini ada orang minta tolong reka kan brand name untuk kasut."

"Adra by Fajra Adara. Nice caption."

"Kan... Aku pun rasa style. Aku pakai Adra, kau? Aku Jimmy Choo aje."

Solehah ketawa. "Memang style."

Tengah seronok-seronok ketawa dengan Solehah, Jaspreeth muncul. Pantang betul.

"Liya..."

Aku menoleh. "Yes, Jas."

"Ada client kat bawah, looking for you. Bos tengah entertain. Serius shit kasut minah tu memang terbaik. Kalau boleh, tanyalah dia... Dia beli kasut tu kat mana. Aku macam berkenan pula."

Aku tersengih. Apalah si Jaspreeth ni? Takkanlah aku nak tanya, tentang kasut orang tu pula! Aku mencapai pen dan diari. Aku turun ke bawah. Masuk aje bilik miting, langkah aku... Terhenti. Alamak... Ini namanya, aku dah terjerat!

"Juliya..."

"Err... Bos."

"This is Mr. Wazien and his friend Ms. Fajra Adara. Dia kata dia dah bincang dengan you. So, you carry on. Anything please inform me."

"Yes, bos."

"She is the best copywriter in town. Happen to work for me, who is lucky now?"

Mr. Lim, bos aku menepuk bahu aku. Dia tu bos yang baik. Siapalah yang tak mahu kerja dengan dia? Selalu memuji staf, tak ada simpan-simpan.

"Tu sebab I datang sini Mr. Lim."

Menyampah pula aku tengok si Wazien tu, tersenyum-senyum sampai tersenget-senget. Dasar Don Juan gatal... Meluat!

Belum sempat aku menarik kerusi, Wazien dah menarik kan kerusi untuk aku. Nak tak nak, aku kenalah duduk. Nanti memalukan dia pula, tak duduk bila dia dah tarik.

"Juliya Nour."

"Fajra Adara. Panggil Fajra."

Aku bersalam dengan Fajra. Lembut tangannya, manis orangnya. Tapi dia ni, bukan minah pejabat sebelah semalam. Aku sempat melihat kasut yang dipakai Fajra Adara. Serius shit... Memang stylo! Patutlah Jaspreeth berkenan. Aku yang tak minat stiletto pun, nampak macam nak try aje. Tengok gambar pun dah cantik, apalah lagi tengok berdepan. Belum pakai dah rasa selesa.

"How? You dah buat apa yang I minta you buat semalam? Proposal I yang pertama bukan yang kedua tu." Wazien sempat mengenyit mata.

Pleaselah!

"Semalam ada terfikir beberapa nama. Tapi nama yang sedap dan sesuai untuk jadi label pada kasut, ringkas dan senang disebut ialah ADRA. ADRA by FAJRA ADARA. Ini yang paling sesuai. Kalau tengok jenama kasut yang direka oleh designer terkenal pun, kebanyakannya dia orang menggunakan nama dia orang sendiri. Macam Jimmy Choo, macam Adidas. Selain memperkenalkan kasut, perkenalkan sekali nama penciptanya."

Fajra Adara tersenyum. "Wow... I tak pernah fikir nama tu. Dalam kepala I, Fajr ke, Dara ke. I tak terfikir pada Adra. I rasa, I setujulah dengan label name tu. Adra by Fajra Adara. Good job, Juliya. I suka!"

Aku tersenyum. Senang betul buat duit aku ni. Sekejap aje pelanggan dah suka. Alhamdulillah, Allah SWT memudahkan segala urusan aku.

"See... I dah kata dengan you, copywriter ni memang ada idea di luar kawalan."

Poyo mamat ni, kenal aku pun baru 10 minit semalam, macam dah kenal lama macam Mr. Lim kenal aku pula. Pandai dan memandai-mandai.

"Saya punya pelan sebenarnya besar. Konon nak penetrate sampai Paris. Di Paris, I dah ada kaki. Yang tak ada sekarang, label. Bila Zen cakap yang dia ada kawan copywriter yang pernah buat untuk AHZ Couture for Adam Harith Zakuan, FF Cafe yang terkenal di Greentown, Sweet Cuppies kedai anak Datuk Samsuddin, banyak lagi I pun dah lupa apa yang Zen cakap dengan I semalam..."

Mata aku membulat.

Aku memandang Wazien.

Macam mana dia tahu?

"I ada buat research sikit-sikit."

Wazien senyum. Macam dia tahu-tahu aje soalan dalam hati aku. Hesy... Pandai betul! Mamat ni kerja apa? Doktor psikologi ke?

"Sebab itulah, I minta Zen tolong I untuk minta you buatkan label untuk kasut-kasut I ni. Hebat betul la you ni, Juliya. Tak sempat I panaskan kerusi ni, you dah buat I setuju dengan idea you tu. Amazing! Sekarang, I tak sabar nak start Adra by Fajra Adara." Fajra Adara tersenyum.

One happy customer...

Aku pun senang hati.

Yang tak senang, mamat sebelah aku ni. Dari tadi menayang senyum gatal dia tu, dah kenapa? Banyak benda dia tahu ke tentang aku ni, ini sangat bahaya!

"So, sekarang label dah ada... Kalau you nak buat iklan, I boleh introduce you kepada perunding pengiklanan kami."

"Memang nak pakai pun, Juliya. Tapi, better I set up dulu company I, then I will come back for an advice."

"Oh, okey... No problem."

"Memang kita akan ke sini lagi sebab Juliya ada hutang satu benda dengan I."

Dahi aku berkerut.

Aku berhutang? Dengan dia? Hutang apa?

"Oh, ini bahaya. You hutang apa dengan Zen?"

Aku pandang Fajra dan menjongket bahu. "Dia merepek!"

"She owes me an answer. So, sekarang ni... Kita semua saling berhutang."

Wazien tersenyum memandang aku. Aku rasa nak muntah! Jawapan apa? Jawapan proposal dia semalam tu? Ah, gila!

"Jangan layan dia, Juliya. Dia ni, sejak balik dari London... Kepala dia tak betul sikit. Itulah, perubahan cuaca agaknya."

Aku tersengih. "Bukan sikit tapi banyak..."

Fajra Adara ketawa kecil. Wazien tak puas hati sebab tak ada orang yang menyokong dia. Padanlah muka.

"Zen ni, kawan baik I. Masa kat London, dia rajinlah melawat I dan Rizal, my other friend. Kita orang ingat, Zen nak stay forever kat London dan balik bila berjaya dia orang bangunan pencakar langit... Tup-tup... Muncul kat Ipoh dan balik for good."

"Balik nak kahwin. Feel old already!"

"Minah-minah London tu?"

"Tak naklah. Bukan taste I. Lagipun, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri."

Wazien menjeling-jeling aku. Aku buat-buat tak faham. Apa ni... Hujan-hujan, batu-batu? Hempuk dengan batu, baru tahu!

"Yalah tu. Anyway, thanks Juliya. I nak jumpa Mr. Lim sekejap, I nak ucap terima kasih."

"Oh, bilik dia kat depan tu aje."

Fajra Adara bangun dan keluar dari bilik mesyuarat itu. Aku? Apa lagi tunggu...!

"Terima kasih, Encik Zen... Sebab bagi saya job ni. Assalamualaikum."

"Eh... Sekejap, Cik Juliya. Kita berdua belum selesai."

"Proposal nombor dua awak tu, saya tak berminat."

"Saya berguraulah dengan awak. Awak ni ambil serius sangat."

"Bab nikah, kahwin, cinta, jodoh tu bukan benda boleh buat main-main tau, Encik Zen."

"Saya tahu. Tapi, kalau saya tak main-main pun, awak anggap saya main-main. Habis tu, saya nak buat macam mana?"

"Mana ada orang yang baru jumpa 10 minit semalam, tiba-tiba nak ajak kahwin. Kalau awak kat tempat saya, awak akan punya reaksi yang sama. Merepek tau... Merepek!"

"Saya dah kenal awak dah lima tahunlah, Cik Juliya. Sampai hati awak terlupa tentang saya!"

Wazien terus keluar dari bilik mesyuarat itu dan tinggalkan aku... Tercengang!

Lima tahun?

Bila masa...

Continue Reading

You'll Also Like

499 71 10
Maybe this time i can love you without hesitation Maybe this time our heart could beat as one
6.5K 320 100
Incorrect quote about seventeen again!
74.6K 3.4K 29
so what will happen when kunti tell about the truth of karna to her remaining sons, when they settled in indraprastha..... how will pandavas get thei...
10.4K 135 106
(MTL/BL) 一线吃瓜[娱乐圈] STORY IS NOT MINE || For Offline Reading Purpose DO NOT REPORT || DO NOT VOTE || CHINESE BL PURE MTL (isn't edited) Author(s) 海底见月...