I Miss You | ✔

By NurMiraHani

2.2M 90.3K 4.5K

~ Pulangkan dia padaku, tak tertanggung merindu, biarkan kami hidup di bawah langit cinta-Mu ~ ❄ Amir Jayden... More

I Miss You
Prolog
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Preview
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Important Notes
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
Bab 58
Bab 59
Bab 60
Bab 61
Bab 63
Bab 64
Bab 65
Bab 66
Epilog
ENDING
IMY I
IMY II
IMY III
IMY IV
IMY V
IMY VI
IMY VII
IMY VIII
IMY IX
IMY Epilog

Bab 62

31.5K 1K 20
By NurMiraHani

🐺🐺🐺







Hari itu mereka mula berpindah masuk ke banglo lama Pn Aurora. Tuan Amran yang bersungguh sungguh mahu mereka tinggal di situ. Tidak mahu menghampakan Tuan Amran, mereka ikutkan saja. Tambahan lagi, hubungan mereka sekeluarga sudah beransur pulih.

"Abang, abang okey ke kita pindah sini?" Sofea bertanya ketika Jayden membaringkan tubuh ke atas katil. Penat, seharian berkemas.

"Kenapa tanya macam tu?" Jayden menoleh ke arah Sofea.

Sofea bangun dari sofa. Televisyen di depannya ditutup sebelum dia turut berbaring di sisi Jayden.

"Fea tanya...sebab dulu abang...kat sini...sendiri." Takut takut Sofea menjawab. Risau jika Jayden berkecil hati.

Namun Jayden hanya tersenyum. Tangannya menjalar ke perut Sofea yang semakin mengembung.

"Memang abang pernah lalui hari hari yang sedih kat sini. Tapi masih ada cebisan memori indah untuk dikenang. Sayang jangan risaulah. Benda dah lama. Abang dah tak nak ingat. Lagipun...mulai hari ni. Kita akan cipta kenangan yang indah indah saja. Ya?"

Sofea mengangguk. Tangan dilekapkan di atas tangan suaminya yang berada di atas perutnya.

"Sayang...kandungan sayang dah nak masuk 8 bulan. Barang barang baby satu pun kita tak beli lagi."

"Tapi kita tak tahu baby kita lelaki ke perempuan."

"Abang rasa lelaki." Jayden berkata yakin.

Sofea mencebik. "Ya ke? Mana abang tahu?"

"Firasat abang sebagai seorang papa." Dia tersengih sebelum menyambung. "Lagipun baby suka tendang tendang. Lasak macam ni mesti lelaki."

"Abang yakin sangat. Nanti kalau keluar baby girl macam mana? Abang kecewa?" Sofea sekadar menduga.

Jayden berkerut kening. "Sayang ni. Kenapa nak kecewa pula? Baby girl pun tetap anak abang juga. Kalau baby girl, boleh abang pakaikan reben bunga bunga kat kepala dia. Ish, mesti comel."

Sofea tergelak.

"Tak sabarnya abang nak tengok baby kita..." Jayden menurunkan badannya sehingga kepalanya berada di paras perut Sofea.

Satu ciuman dilabuhkan di perut Sofea yang memboyot itu. "Sayang anak papa." Kepala disandarkan di situ sebelum dia merangkul pinggang Sofea.

Sofea tersenyum. Kepala Jayden diusap lembut. "Abang..."

"Em?"

"Nanti kita pergi scan nak? Lepas tu boleh lah nak beli barang baby."

"Okey. Kita pergi esok?" Jayden mendongak mencari wajah isterinya.

"Abang tak kerja ke esok?"

"Abang kan bos." Dia tersengih.

"Ish, abang ni. Bos pun kena bertanggungjawab abang."

"Ya abang tahu. Abang pergi kerja pagi. Kalau boleh tinggalkan pada anak buah abang, abang tinggal. Kita boleh pergi klinik."

"Ikut suka abang la." Tangannya masih dimain mainkan di rambut Jayden.

Jayden menutup mata. Belaian Sofea membuatkan matanya melayu. "Sayang, abang ingat nak besarkan kedai kita tu." Jayden sekadar memberitahu tanpa memandang Sofea.

"Ya? Baguslah. Senang hati Fea bila bisnes abang berkembang. Abang cukup duit tak nak besarkan kedai abang tu? Fea boleh tolong kalau abang tak cukup duit."

Jayden tergelak kecil. Perut Sofea dicium cium.

"Fea tanya betul betul lah abang."

"Sayang jangan risaukan abang. Sayang jaga saja diri dan anak kita elok elok. Yang lain biar abang yang uruskan."

"Betul?"

"Betul mak buyung!"

Sofea mencebik. "Abang..."

Jayden hanya tergelak kecil. Dia kembali naik, meletakkan kepala di bantal Sofea. Dahi Sofea diciumnya.

"I love you sayang."

Sofea tersenyum. Terpujuk dengan pengakuan dari suaminya. "I love you too abang."

Jayden mengemaskan pelukan. "Abang dah fikir nama untuk baby kita."

"Eh, cepatnya." Sofea mendongak memandang Jayden.

"Sebenarnya abang dah cari cari sebelum ni." Jayden tersenyum.

"Apa nama anak kita?"

"Kalau lelaki..."



🐺🐺🐺



"Mama masak apa ni? Sedapnya bau..." Sofea menegur Pn Aurora setelah kakinya menjengah ke dapur.

"Sofea, come here." Tangan menarik tangan Sofea sebelum menyuakan sesudu hasil tangannya ke mulut Sofea. "Cuba rasa. Careful. It's hot."

Sofea membuka mulut, merasa makanan itu. Dia membulatkan mata. "Sedapnya...daging kan?"

"Yes. It's Beef Pie. I tried it for the first time. Okey tak?"

"Okey sangat. Sedap!" Sofea angkat ibu jari. "Fea tolong mama hidang ya?"

Pn Aurora mengangguk. "Jayden tak turun lagi, dear?"

"Belum. Sofea naik tengok Jay kejap." Sofea berkata sebaik saja meletakkan sepinggan pie di atas meja makan.

Baru saja dia bergerak keluar, Jayden turun dari tingkat atas. Sofea tersenyum. "Abang, jom makan. Mama masak menu baru."

"Ya?" Tangan Sofea dicapai sebelum dia masuk ke ruang makan.

"Mama masak apa?"

"Beef Pie. Sedap..."

Jayden tersenyum. Kalau bab makan semuanya sedap isterinya seorang itu. Dia menarik kerusi untuk Sofea sebelum duduk di sebelah isterinya.

Pn Aurora meletakkan seteko air sebelum duduk di hadapan mereka.

"Mama, Sofea minta maaf ya. Susahkan mama pula masakkan sarapan. Sepatutnya tu tugas Sofea."

"It's okey, dear. You're a preggy mommy. You should not doing anything."

"Betul kata mama tu. Sibuk saja dia tu. Nak jalan pun kemain susah. Ni kan pula nak masak?" Jayden menyokong.

Sofea muncung dan Pn Aurora hanya tergelak kecil. Sepotong pie dihiris sebelum dihulurkan pada Jayden dan Sofea.

"Mama, esok akan ada maid yang datang buat kerja rumah. Hari ni, mama biar saja lah dulu kalau tak larat nak kemas."

Pn Aurora berkerut. "Kenapa ambil maid? Mama boleh buat kalau setakat nak kemas rumah."

"Ma... Rumah ni bukan kecil. Lagipun takkan lah Jay nak suruh mama buat kerja rumah pula. Kalau masak tu lain lah. Jay mana boleh tak makan air tangan mama kalau mama ada depan mata." Jayden tersengih.

"Ya. Just suit yourself."

Siap bersarapan, Jayden bergerak ke pintu rumah. Sofea dipimpinnya sekali.

"Duduk rumah elok elok. Jaga diri. Jangan lasak sangat. Kalau abang boleh balik awal, kita pergi klinik ya."

"Okey..." Tangan Jayden masih dipegang.

"Kalau nak makan apa apa call abang. Abang belikan."

"Abang ni makan je..."

Jayden tergelak. "Sayang yang suka makan. Mestilah abang offer makanan."

"Abang nanti kalau lepas bersalin, berat badan Fea tak turun macam mana? Abang sayang Fea lagi tak?"

"Sayang, kenapa tanya macam tu? Mestilah abang sayang. Kalau sayang gemuk pun sebab kandungkan anak abang apa."

"So, masih sayang la...?"

"Sayang..."

Sofea senyum. Tangan Jayden dicium. "Abang pergilah. Lambat nanti." Tangan Jayden dilepaskan perlahan.

"Okey." Ubun ubun isterinya dicium sebelum dia bergerak ke kereta. Namun langkahnya terhenti sebelum kembali menoleh pada Sofea.

"Kenapa, abang?"

Jayden kembali merapati Sofea. "Sayang nak tahu satu rahsia tak?"

Sofea berkerut kening dengan wajah teruja. "Nak! Apa?"

"Abang memang dah sukakan sayang sejak kita di universiti lagi."

Sofea terdiam.

"Sejak sayang masih tembam."

Sofea tersengih.

"Eh, sayang tak percaya ke?"

"Percaya. Tapi Fea dah tahu... Yara yang bagitahu."

"Bila dia beritahu? Macam mana Yara boleh tahu yang..." Jayden terdiam seketika. "Oh ya. Abang pernah beritahu dia."

Sofea tergelak.

"Jadi dah lama la sayang tahu ni?"

"Em, lepas kita pindah ke kondo abang."

"Yara ni. Buat malu abang aje." Jayden mengomel.

"Tak sangka Fea abang dah lama suka Fea. Tapi kenapa lepas kita kahwin, abang macam tak suka. Abang dingin dengan Fea." Akhirnya soalan yang selalu berlegar di fikirannya terluah juga.

"Sebab...sebelum kahwin lagi abang dah tahu yang sayang sukakan Dafi."

Sofea membulatkan mata. "Abang dah lama tahu?"

"Ya, abang tahu. Nampak sangat. Sayang tak pandai nak sorok perasaan sayang."

Sofea menunduk. "Fea minta maaf. Tapi abang percayalah. Fea dah tak ada hati pada Dafi. Fea hanya cintakan abang."

"Ya...abang percayakan isteri abang."

"Abang, Fea sayang, cintakan abang."

Jayden tergelak. Bersungguh sungguh Sofea mahu meyakinkannya. "Abang pun sayang, cinta, rindu isteri abang." Satu ciuman berlabuh di dahi Sofea.

"Abang pergi dulu ya?" Kepala Sofea diusap sebelum dia melangkah ke kereta.

Kereta diundur keluar. Sempat dia melemparkan flying kiss pada Sofea yang melambainya.

Sofea tersenyum sebelum masuk ke dalam rumah. Ibu mertuanya dicari.

"Mama..." Kaki menghala ke bilik wanita itu. Pintu ditolak perlahan selepas mengetuknya.

"Yes dear? Sofea nak apa apa ke?"

"Tak adalah. Saja nak berbual dengan mama. Sebelum ni tak sempat pun nak berbual panjang dengan mama."

Pn Aurora tersenyum sebelum menggamit Sofea duduk di sisinya.

"Apa tu ma? Gambar Jayden ke?" Sofea bertanya melihat sekeping foto di tangan Pn Aurora.

Pn Aurora menghulurkan pada Sofea. Sofea berkerut kening melihat gambar perkahwinan Pn Aurora dan Uncle Raphael.

"Ma, kenapa...?"

"Kami dah bercerai."

Sofea terkedu.

"He slept with other girl in our room. Mama mengamuk marah. He's too. He got mad. Divorced me and chased me out from the house."

"Mama..." Bahu Pn Aurora dipeluk.

"I'm fine."

"Mama buat keputusan yang betul, mama balik sini. Jay dengan Fea ada untuk mama. We'll support you."

"Thank you dear. Thank you. This is my real family."





❄ ❄ ❄

To us, family means putting your arms around each other and being there.

~ Barbara Bush ~






VOTE, COMMENT, SHARE ♥

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 55.2K 50
Dia sentiasa mengejar cinta lelaki itu. Baginya lelaki itu adalah anugerah cinta yang sangat berharga untuknya. Tapi sampai bila? Hati lelaki itu ter...
1.3M 37.1K 61
4th Bella. Hidupnya tidak seceria dulu apabila dia dibenci oleh lelaki yang amat dicintai. Bertahun dia membawa diri. Pulangnya dia langsung tak diha...
262K 17.2K 42
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
577K 16.1K 39
KEPADA SESIAPA YANG DAH PERNAH BACA, AISHA NAK INGTKAN NI VERSI EDIT YE. JALAN CERITA AKAN SEDIKIT BERUBAH ❤ Menjadi anak buangan tidak pernah diimp...