CREEPYPASTA(MALAY VER.)

By crash_05

1.9K 150 19

Jika anda seorang yang penakut,anda tidak digalakkan membaca buku ini yang mengandungi kisah kisah menyeramka... More

WRISTBAND
10 DAY DREAMS
BENANG PUTIH
ZEBRA CROSS
JIRAN DI TINGKAT ATAS
RUANG BAWAH TANAH
REBEN MERAH
GOZU (KEPALA LEMBU)
21...21...21...
MERAH
Lelaki Kacak
Nombor 31
Wifi Percuma
Kandang Ke-7
Lisa Pulang Lewat
Elevator To Another World
Kabus Tebal
Rancangan Melarikan DIRI
Unnie
Mata(Part 1)
Mata(part 2)

JILAT

68 5 0
By crash_05

Suatu hari seorang gadis remaja yang bernama Chaeyoung ditinggalkan oleh orang tuanya yang akan menginap di tempat saudara mereka.Dia meyakinkan orang tuanya untuk berhenti khuatir tentangnya. Dia akan mengunci semua tingkap dan pintu. Lagipun, gadis itu ada seekor anjing setianya yang menemaninya di biliknya.

Malam itu,sebelum Chaeyoung hendak tidur,dia mengunci semua pintu dan tingkap. Namun ada sebuah tingkap yang tak boleh di kunci. Akhirnya dia hanya menutupnya begitu saja.

Gadis itupun naik ke atas katilnya dan di bawah katilnya anjing setianya sedang berbaring.

DIa mengulurkan tangannya ke bawah dan anjingnya menjilati jari-jarinya, seperti yang biasa dilakukannya.Dia  akan merasa aman jika anjingnya melakukan hal itu supayadia tidak merasa sendirian di biliknya.

Gadis itu kemudian tertidur. Namun pada tengah malam, dia mendengar bunyi "Tip tap tip tap ...". Seperti bunyi air menitis di dalam bilik airnya.

Semasa Chaeyoung membuka mata, biliknya gelap gelita. Dia pun menjulurkan tangannya ke bawah dan merasakan jari-jarinya dijilati.

Chaeyoung pun kembali tidur.

Beberapa jam kemudian, dia kembali terbangun.

Suara "Tip tap tip" itu masih kedengaran.

Ia menjulurkan tangannya ke bawah.

Jari-jarinya terasa hangat dan basah oleh jilatan

Kemudian Chaeyoung kembali tidur. Dia tak memikirkan bunyi itu lagi. Mungkin saja itu bunyi titisan air paip di bilik airnya.

Untuk ketiga kalinya, dia kembali terbangun disebabkan bunyi"Tip tap tip tap" itu.

Chaeyoung menjulurkan tangannya kembali ke bawah.

Namun kali ini tak ada jilatan.

Gadis itu terfikir anjingnya tertidur dan menyalakan lampu.

Namun anjingnya tiada di bawah katilnya.

"Tip tap tip tap"

Bunyi itu masih kedengaran.

Chaeyoung pun memutuskan untuk bangun dan memeriksa dari mana bunyi datangnya bunyi "Tip tap tip tap ..." yang dia dengar. Rupanya bunyi itu datang dari bilik air di sebelah biliknya.

Dia pun membuka pintu dan menyalakan lampu bilik air.

Segera dia menjerit.

Di dalam kamar mandi terlihat anjingnya yang tergantung tergantung di atas tab mandi. Lehernya dikelar dan darahnya menitis di atas tab mandi, membuat bunyi "Tip tap tip tap."

Yang lebih mengerikan, di dinding terdapat kata-kata yang ditulis dengan darah anjingnya.

"AKU JUGA BOLEH MENJILAT."

Continue Reading

You'll Also Like

213K 4.2K 50
Highest ranking #77 in romance #52 in romance : 27/7/17 #1 in taubat : 13/11/19 (like whattt???) (mungkin biasa2 bg org lain tp sangat menakjubkan u...
60.4K 4.5K 76
Hai! Assalamualaikum. Koleksi kisah benar Kali ini adalah sambungan daripada koleksi kisah benar yang pertama. Stay tuned
383K 3.1K 29
Mengisahkan ttg seorang bdk perempuan yg bernama Nurin Alya... Bacalah kalau nak tau...ni first time author guna nama org melayu...tapi ni kuning tau...
96.4K 1.5K 29
Peristiwa hitam yang berlaku pada puluhan tahun lalu kini kembali. Zaki dihantui kembali makhluk yang pernah mengancam nyawanya. Adakah zackruddin da...