Her Mistake His Regret

By Eunnie00

858K 43.3K 3.5K

◇◆◇◆ BOOK 2.2 ◆◇◆◇ malay story| COMPLETE Highest rank : #7 in romance, 24 July 18 #... More

B L U R B
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
preview
S2 | Prologue
※1※
※2※
※3※
※4※
※5※
※6※
7
8
※9※
※11※
※12※
13
※14※
※15※
※16※
※17※
※18※
※19※
※End※
Epilogue
◇DEMELISE◆
◇EUNNIE00◆
A SINGLE TRUTH
100K

※10※

9.9K 583 81
By Eunnie00





H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T




∽※∽※∽※∽








Pek ais dituamkan ke sisi wajah yang membengkak.





Perlahan-lahan mata Elise naik melirik biasan wajahnya di cermin .
Tangan masih menekan lembut pek ais itu dihujung bibir yang kini keungguan .



Kosong lirikan itu , menjadi bebanan jiwa . Tiada air mata mengisi ruangan birai matanya . Hanya tersisa jaluran kehibaan dan penderitaan . Kekecewaan yang dibisukan , dendam yang seakan mencakar -cakar dadanya . Tidak akan mungkin luka ini bisa terubat .




Bersama hela berat , pek ais itu diletakkan di atas meja solek . Tumit tangan menahan hujung meja , baru sahaja tubuh ingin bangun daripada kerusi tiba-tiba sahaja telefonnya berdering .



Panggilan dari nombor asing itu ditatap aneh namun masih ditekapkan ke telinga .








" firasat aku mengatakan ... nombor ini milik Elise Kimberlin ... betul ? "




Berkerut dahi Elise , melirik kembali barisan nombor yang tertera di skrin telefonnya sebelum dibawa ke telinga .




" tak perlu nak buang masa aku . Kau siapa ? " selaran Elise dibalas tawa sinis pemanggil itu .





" ... anak kau mati juga kan even ... bukan di tangan aku "




Bibir diketap kuat , naik turun nafas Elise seusai bisa mengagak gerangan pemanggil itu . Renungan datar berubah gelap dan tajam . Otot bahunya menegang , sedatar dengan rahang yang diketap dingin .




" Luke . Hidup lagi kau ye ? Mana kau sembunyi hum pengecut "




Terang-terang tawa lelaki itu sengaja memprovok Elise . Psiko .
" aku tak sembunyi Elise . Kau yang bersembunyi ... takut dengan aku ke ? Takut aku ... bunuh Demerez macam mana aku bunuh Gaz ? Or ... kau memang tak tidur lena sepanjang dua tahun ni ? Trauma maybe ... tapi , even kau lari dari aku sekali pun ... hidup kau sama je malang dia . Bukan setakat penjara ... malah pusat mental pun kau masuk ? Bravo Elise . Ini baru perempuan Black . A bitch "





" jangan risau ... aku akan beri kau peluang merasa meringkuk dalam penjara dan pusat mental tu . Dan aku akan pastikan ... kau akan spent time di tempat tu lebih lama dari aku "





" jangan cakap kosonglah perempuan . Sebelum aku masuk dalam tempat tu ... kau akan aku bakar hidup-hidup dulu ... macam apa yang Black buat pada abang aku . Biar Black sendiri tengok kesan daripada perbuatan setan dia dahulu ! Kau boleh tempah siap-siap kubur kau di sebelah kubur anak kau tu ! AKu janji aku bawa jambangan bunga untuk kau anak beranak ... dan Black akan ak —— "




Segera Elise matikan panggilan itu . Telefon digenggam erat dalam tangan yang bergetaran . Birai mata yang hangat dibiarkan tanpa peduli .


Dada yang berombak tenggelam dalam emosi cuba dijinakkan kembali . Kedua tangan bertahan pada hujung meja , tertunduk wajah bersama keluhan panjang . Membiarkan air mata menitis , mengalir ke wajah .





Tangan naik meraup rambutnya sejurus nafasnya kembali normal . Emosi kembali stabil . Telefon diambil , mendail nombor telefon Demerez sambil kaki mengusung langkah ke arah ruang tamu .




Malangnya panggilan itu tidak dijawab malah memasuki peti suara . Sekali lagi Elise mendengus sebelum tegas suaranya menyampaikan arahan .



" call I Rez . ASAP! "


Baru sahaja ingin melabuhkan duduk di sofa panjang itu , ketukan di pintu apartmentnya kedengaran .
Sedar bahawa gerangan itu bukan Demerez lantas kaki diorak perlahan ke arah pintu utama itu . Tangan ragu-ragu untuk membuka daun pintu itu , terimbas anasir-anasir negatif namun pantas dibuang dari fikiran .



Terkuak sahaja pintu itu , sepasang mata Elise merenung tajam pada wajah lelaki dimuka pintu rumahnya . Perlahan-lahan , pandangan mata Elise turun pada tongkat milik lelaki itu .





























" kamu ugut saya ? "


Tajam selaran Kimberlin Hans dilontarkan pada Marcuez yang tersengih . Perjumpaan mereka adalah tidak dirancang malah pegawai muda itu tiba-tiba sahaja muncul dipejabatnya dan mengugut CEO itu .




" jangan ingat kamu boleh sesuka hati nak ugut saya hanya kerana kamu polis berpangkat tinggi ! Saya boleh saman kamu ! "



" saman ? Teruskan sahaja . Tapi , yang pasti bukan saya yang akan duduk dalam penjara . Tapi , isteri tuan ... mungkin tuan sendiri .. atau mungkin satu keluarga tuan . Ellen Kimberlin dan suami dia . Cucu tuan ... saya benarkan bebas " lebar senyuman sinis Marcuez menyentak Kimberlin Hans .



" ugutan tak berasas kamu langsung tak boleh diterima mana -mana mahkamah . Tak perlu memprovok saya . "



Marcuez ketawa . " itu bukan ugutan tak berasas malah lebih lagi . Tuan ingat saya tak tahu ... syarikat ni ada salah laku berkaitan rasuah dan pemilikan haram ke atas aset-aset merangkumi ... estet dibawah nama Kimberlin ? Sebab tu ... tuan rapat dengan bapa saya kan ? Tapi, tuan silap kalau fikir saya semudah bapa saya . Nope . Bukti dan segala hitam putih mengenai salah laku tuan ... ada pada saya . Dan ... saya bukan sahaja boleh berikan bukti tu pada mahkamah malah saya boleh twistkan bukti -bukti tu ... yang boleh menyabitkan seluruh keluarga Kimberlin ke penjara . Afterall , this is my profession "


" kamu tak boleh buat macam tu ! "


" tuan tahu saya boleh . Tak perlu saya teruk-teruk nak tegaskan setiap perkataan saya . Fikirkan hal ni baik-baik tuan Hans . Saya cuma minta satu sahaja, tuan boleh teruskan hidup macam biasa lepas ni . Asalkan saya dapat apa yang saya nak . "




" beri saya Elise "































Meliar mata melirik ruangan kafe itu sebelum dibawa kembali pada Judah . Masing-masing terus membisu , membiarkan suasana antara mereka samakin janggal .




" how are you ? "


Elise menahan diri daripada mencebik sinis , straw minumannya dipusing-pusingkan .



" kalau you nak luahkan simpati you pada I , tak perlulah . I tak ada masa "


Judah mendiamkan diri buat sesaat dua . Melepaskan hela berat sebelum menyambung bicaranya .




" I'm sorry for the lost . Aku tak sempat jumpa kau waktu pengebumi —— "



" I cakap stop Judah ! I tak perlukan simpati you "


" kau yang patut berhenti Elise . Tengok diri kau ... tak macam Elise yang aku kenal . Yang aku pernah ... " membisu sekali lagi lelaki itu , menghapuskan sedikit ingatan silam yang mulai terkenang di fikiran . " ubah mindset kau tu Elise . Simpati yang kau fikir satu kesilapan dan kelemahan ini bukan simpati semata-mata tapi bukti ... bukti keprihatinan orang lain atas kesedihan kau . Aku peduli pasal kau Elise ! Perkara tu tak akan berubah sampai bila-bila . "


Elise tertunduk , kekesalan bergabung dengan keraguan . Firasat hatinya ingin mempercayai namun masih ada ragu-ragu . Sampai bila dirinya perlu meragui firasat ini ... sampai bila mata hati terus buta tanpa sinar kepercayaan ... mengapa gelora ini membadai diri ... sampai bila bebanan ini harus dipikulnya... bila penderitaan ini bakal diakhiri ..





" kaki you ... " lirih pertanyaan Elise , membalas tatapan mata Judah sebelum beralih pada tongkat lelaki itu disisi kerusinya .




Tersenyum kecil Judah , menjungkit bahu bersahaja . " accident happended . Fate happened , kita sebagai manusia biasa ... terima sahajalah . "



Elise menundukkan wajah . Mungkin kerana simpati ... namun pada siapa simpati ini ditujukan ... buat lelaki itu atau diri mereka yang sama-sama malang . Terpaksa menerima segala yang berlaku ...







Seruan namanya membuatkan lamunan Elise terjeda lantas kepala didongakkan . Bertentang mata dengan sepasang mata Judah yang redup .






" jangan putus asa dengan kehidupan ni "




Buat sesaat , bicara itu ibarat gelora yang menghempas jiwa raga Elise .
Seakan ombak yang menghapuskan segala noda yang berlumut di hatinya . Noda dinamakan dendam dan kekecewaan .





" aku tahu ..sukar dan aku tak layak nak nasihat kau ..aku tak berada di tempat kau ... tapi , dendam tak akan beri kau bahagia . Aku tahu .. sebab aku nampak sendiri macam mana perasaan dendam itu bagai racun yang mengancam nyawa setiap detik . Seperti mana Demerez ... hidup dalam dendam yang makan diri ... tenggelan dalam masa silam yang memaksa dia lukakan orang sekeliling dia . Termasuk kau . Jadi aku mohon pada kau ... don't repeat his mistake . Aku tak nak kau menyesal Elise ... aku tak nak sakiti orang di sekeliling kau ... sebab kesakitan tu akan berbalik pada kau . Don't make this mistake ... or else he'll gonna regret for letting you hurting in the process ... the rest of his life "





" salah ke ... I cuma ... nak tegakkan kebenaran . I cuma nak dorang terima balasannya ! Is that wrong ? " selar Elise , menggelengkan kepala dalam proses menidakkan segala ucapan Judah .





" kau nak jadi macam Demerez ? Tak mahu lepaskan masa silam sehingga lukakan orang dia sayang ? Dendam tak akan selesai apa-apa Elise . Kau yang akan terluka nanti "




" stop it Judah ! Hidup I tak pernah bahagia sejak ... insiden tu berlaku . Anak I mati . Why ? Kenapa I seorang je yang terluka , menderita ?! Kenapa I kena tengok dorang happy ... macam tak ada apa yang berlaku ?! I dah muak Judah . I tak boleh terima . KAlau I tak boleh hukum dorang melalui undang-undang then ... I akan hukum ikut cara I . And there is no one will stop me "



Sejurus itu , Elise akhiri duduknya . Dadanya berombak ganas , emosi memonopoli kewarasan akal .
Berpusing diri , berura-ura untuk pergi namun ...




" kau sendiri pernah laluinya kan . Terjebak dalam dendam Luke "





Laju kepala menoleh . Bertatapan dengan Judah . Jelas terkesima dengan kebenaran itu . Kebenaran bahawa Judah mengetahui hal Luke dan dendam lelaki psiko itu .






Judah mengangguk sebagai jawapan kepada hampir separuh persoalan Elise tika itu .







" aku tahu . Gaz dibunuh Luke . Dan aku tahu ... Luke cuba ... nak cederakan kau . Tapi aku tak tahu ... kau pregnant waktu tu "




" —— sebab tu , aku suruh kau berhenti dengan semua rancangan kau . Dendam kau . Jangan libatkan Demerez lagi dalam hal kau . Dan jangan libatkan diri kau dalam hal Demerez . Kau patut putuskan semua hubungan kau dengan kami . Lagi-lagi Demerez . Biar ... biar dendam Luke melibatkan Demerez dan aku sahaja . Kau tak patut terlibat sama , cukup kau dah hilang Ai —— "





Drastik Elise menjirus air minumannya ke wajah Judah . Seakan tamparan halus ke wajah apabila air itu menjengah ke kulit muka .




Keduanya saling bertatapan . Kebingungan jelas terbias di wajah Judah .





" ... you tahu Gaz mati sebab psiko tu tapi you tak beritahu Demerez . You biar dia fikir I belot dia ! You biar dia fikir I bunuh Gaz ! You biarkan dia fikir I tinggalkan dia sebab ikut lelaki lain ! You freakin' do that ! "





" you tahu tak macam mana Luke cuba bunuh kandungan I ! Dia cuba nak bedah I hidup-hidup ! He tried to fuckin' slice me like a death meat ! "





" how dare you just tell me that you knew bout that inciden but fuckin' shit .... you diamkan diri you sepanjang dua tahun ni ! "




Judah sedaya upaya cuba memperbetulkan situasi antara mereka namun tiada bicara yang terluah . Masing-masing hilang kata-kata sehinggalah satu suara lain menyentak terus dua tubuh itu .







" kau cakap apa tadi Elise "






















∽※∽※∽※∽



| TBC |

VOTE || COMMENT


NEXT UPDATE : FRIDAY


★ Notes ★

Just wanna tell u guys , this gonna turn worst . [ again , maybe]
😌😌😏
Seriously , makin sy tulis S2 ni makin berat dan susah gila nk truskan . Genre dia trllu berat and emotional .
Tapi korang masih survive kan ?
😂😂👍

Continue Reading

You'll Also Like

1.4M 90.6K 57
AYLANA ILARIA Gadis kecil yang menyimpan perasaan suka terhadap seorang senior disekolahnya. Luahkan perasaan? Aylana tidak seberani itu. Hanya watt...
166K 10.6K 32
Adam Hirdy | Azalea
46K 3.3K 34
mempersembahkan- you're definitely worth the wait. •••• a simple romance , drama story. "You dont have to burn yourself to keep them warm." A Man Lik...
146K 8.9K 46
--- Breath for me ( Complete) Dia, dia yang terluka dalam memori silam akibat perbuatan khianat manusia. Dia yang sudah hilang harapan meski nafas...