Her Mistake His Regret

By Eunnie00

858K 43.3K 3.5K

◇◆◇◆ BOOK 2.2 ◆◇◆◇ malay story| COMPLETE Highest rank : #7 in romance, 24 July 18 #... More

B L U R B
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
45
preview
S2 | Prologue
※1※
※3※
※4※
※5※
※6※
7
8
※9※
※10※
※11※
※12※
13
※14※
※15※
※16※
※17※
※18※
※19※
※End※
Epilogue
◇DEMELISE◆
◇EUNNIE00◆
A SINGLE TRUTH
100K

※2※

9.7K 508 82
By Eunnie00




H E R
M I S T A K E

H I S
R E G R E T

∽※∽※∽※∽




Kurungan dibuka dalam tergesa-gesa .

Di sudut ruangan penjara itu , banduan-banduan saling berpelukan . Wajah memucat , mata hanya terpaku pada tubuh banduan wanita yang bersama-sama ditempatkan dalam kurungan itu . Lopak kecil darah yang mengelilingi pergelangan tangan banduan yang sudah terkulai lemah .


Sahutan dan lolongan para pegawai polis meminta bantuan . Tubuh ELise yang kaku dilantai dengan darah yang menodai hampir sepenuhnya pergelangan kirinya menjadi mimpi ngeri buat rakan banduan lain sejurus bangun dari tidur .

Bauan darah yang meloyakan hampir membuatkan salah seorang banduan muntah . Sebelum paramedik datang mengusung tubuh Elise ke dalam usungan .

Para pegawai dengan pantas menyusuli langkah paramedik . Ambulance yang sudah bersiap siaga untuk segera membawa pesakit ke hospital . Peronda polis turut sama akan menyusul dek kerana polisi dan tanggungjawab ke atas banduan itu .


Tanpa buang waktu , terus sahaja kenderaan ambulans serta peronda polis itu membelah lebuh raya . Siren yang membingitkan saling bersahutan , memaksa kenderaan lain memberi laluan . Lancar perjalanan mereka sehingga memasuki perkarangan hospital .



Kehadiran peronda polis ditambah pula dengam siren yang bersatu memancing semua mata di sekitar perkarangan hospital itu . Kakitangan hospital bergegas mengalihkan tubuh ELise ke atas katil bergerak sebelum ditolak .
Keadaan yang mencemaskan , rata-rata doktor juga jururawat saling membantu . Berlarian anak menolak katil itu . Arahan demi arahan dikeluarkan oleh doktor bagi melancarkan  lagi rawatan yang bakal dilakukan ke atas pesakit .























Jemari menari-nari di atas permukaan tiles piano itu . Gemersik halus lantunan melodinya . Renungan mata Demerez redup pada piano itu . Kelopak mata dipejam , membiarkan diri tenggelam dalam kehalusan bunyi itu .


Sehinggalah derap langkah menghampirinya . Mata dicelikkan seiiring dengan 'tarian jemarinya' yang jeda seketika .

Pembantunya , Hugo menghampiri dengan membawa berita . Berita yang dinanti-nantikan oleh Demerez sejak semalam .



" —— dia dah dimasukkan ke ICU "

Demerez membisu . Menghantar Hugo keluar dengan isyarat tangan .
Sejurus sahaja daun pintu ditutup rapat oleh pembantunya , Demerez melepas hela berat . Kelopak matanya dipejam lama , kerutan didahinya melata . Bucu permukaan piano itu digenggam kuat .




Tidak mampu dinafikan kesakitan yang menjalar didadanya tika ini . Terbongkok tubuhnya sehingga kepala lutut menyentuh lantai marmar itu . Lengan berpaut pada bangku piano itu . Naik turun nafasnya , terseksa . Menderita .


Kepala ditongkatkan pada bangku itu , matanya yang berkaca dicelikkan buat sesaat dua sebelum kembali dipejamkan .

Mengharapkan perasaan yang dipendam hilang dari dada itu . Berharap agar kesakitan ini terbang meninggalkan jasadnya .



Lambat-lambat telefon dari dalam kocek seluar dibawa keluar . Tangan mendail nombor di skrin itu sebelum ditekapkan ke telinga .





" ....  keluarkan file tu . " Kembali tubuhnya tegak berdiri . Mata melirik sekilas pada piano putih itu sebelum dia menyambung bicaranya , " .... hantar ke hospital Kingward "

Panggilan dimatikan . Renungan matanya berubah datar . Kosong .


" you're not going to die ... because ... you belong to me Elise . Only ... me "






























Fail yang merekodkan laporan kesihatan lampau milik Elise Kimberlin diteliti oleh doktor sebelum satu persatu perkara dibahas dan dimaklumkan kepada para pegawai polis dan warden itu .


Setengah jam berlalu , tiada satu maklumat pun yang tidak dibincangkan antara mereka sebelum konklusi dibuat .

" —— dalam kata lain , Cik Elise tidak seharusnya dipenjarakan berdasarkan rekod lampau beliau "

" keadaan mental beliau adalah tidak stabil dan ... insiden yang baru berlaku ini telah membuktikan lagi bahawa keadaan mentalnya memerlukan pantauan pakar ."

Pegawai -pegawai polis itu saling berpandangan antara satu sama lain . Menimbang baik buruk maklumat dam saranan doktor itu ke atas banduan mereka .

" pihak hospital boleh siapkan report untuk pihak penjara bagi memudahkan urusan perpindahan Cik ELise ke hospital pakar mental "

Keputusan sudah dibuat di antara pegawai beruniform itu lalu beredar keluar dari bilik itu . Pada masa yang sama , Demerez menyelak langsir yang memisahkan dirinya daripada pengetahuan pegawai polis tadi . Doktor yang sudah mengetahui kehadirannya bersama mereka sejak mula hanya mengangguk .


Demerez lantas bergerak ke arah daun pintu yang sudah dikuak dari luar oleh Hugo . Saling bertentang mata . Anggukan daripada Hugo hanya difahami antara mereka .


















Perih . Kesakitan seakan membeliti diri . Seluruh tubuh terganggu dek kesakitan yang menjalar diri . Kelopak mata dibuka , dipejamkan semula sejurus meneliti ruangan yang ditempatkannya . Hospital .





Elise melepaskan hela beratnya , mata jatuh pada pergelangan tangan kiri yang berbalut . Kerutan timbul sesekali sebelum terhapus dek kuakan pintu .





Ibubapanya .... menghampiri .
Kimberlin Hans yang berwajah sugul , jelas terbias kekecewaan diwajah itu . Disusuli ibunya Carla yang sedari tadi mengelak bertentangan mata dengannya . Bersalah mungkin . Atau mungkin hanya .... jijik dengan tindakan bodohnya itu .



Elise hanya mematung . Tidak sanggup bertentang mata dengan bapanya . Lantas pandangan mata dilarikan ke arah lain . Biar bicaranya bisu ... kerana tiada apa yang akan merubah kesakitan yang sudah lama dia pendam . Tiada apa yang mampu dilakukan oleh ibuba... bapanya . 




" what have gone through your sick mind Lise ?! " selaran Hans menyentak jiwa rapuh Elise .



Bibir diketap kuat , masih membisukan diri meski dia punya banyak alasan juga soalan yang mahu dipersoalkan semula pada ibubapanya . Pelbagai perkara ingin dia pertikaikan ... lagi-lagi ibunya . Namun , tika ini ... Elise memilih untuk mendiamkan diri seakan seorang pesalah . Merelakan dirinya dipersalahkan .





" Hans ... she needs some rest ... " pujukan Carla cuba meleraikan pertelingkahan daripada berlaku namun entah mengapa Elise langsung tidak berterima kasih . Jiwanya kosong sebaik sahaja mendengar suara ibunya .



Perlahan-laham pandangan Elise beralih pada wajah kedua ibubapanya .




" bukan ini yang papa harapkan ke ? You sent me to jail ... your own daughter ... or .. maybe I'm not your blood is it ? " sinis provokan Elise membuatkan mata Hans terbuntang luas . Jelas bapanya tidak menyangka Elise akan berfikiran sebegitu .




Dialihkan pandangan mata pada Carla , ibunya . Renungan mata Elise berubah datar , diulit benang-benang kekecewaan .




" tak cukup lagi ke ma ? Hidup Lise dah musnah ... ada lagi ke yang mama nak musnahkan atau ... you want my 'silences' again this time ? "



Terus berubah riak wajah Carla . Terpempam dengan pertanyaan Elise , lagi-lagi dihadapan suaminya .




Elise tersenyum sinis , kelopak mata dipejam rapat . Menenangkan diri yang tenggelam dalam lautan emosi .






" keluar . Both of you , out . I don't need your fake attention and affection towards me . You both throw me out of your life , so I'm going to act like I've been thrown away . I'm getting used to it "



Hans tergeleng , jelas kecewa dan marah dengan sikap yang ditunjukkan oleh Elise lantas dia meluru keluar dari bilik itu . Disusuli Carla yang sempat melirik Elise sesaat dua .

Elise membiarkan air mata yang mengalir hangat dipipi . Pandangan mata teguh pada daun pintu yang tertutup itu . Bibir yang bergetaran diketap kuat , menghalang sebarang esakannya terlepas .























Kaki pendek itu tidak menghalang Aireen berlarian kecil diruangan bilik yang dikhaskan sebagai bilik permainan oleh Demerez . Kanak-kanak berusia 2 tahun 5 bulan itu sedaya upaya memanjat papan gelongsor itu meski tidak berjaya kerana asyik mengelungsur turun .





Demerez hanya tersenyum kecil melihat rakaman CCTV yang sudah dipasang di segenap ruang rumahnya lagi-lagi di bilik Aireen .
Terusik jiwa lelakinya melihat telatah anak perempuannya . Bahagia .



Hugo mengetuk cermin kereta dibahagian seat belakang itu . Menggangu kesentrasi Demerez sebelum lelaki itu menurunkan cermin gelap itu .




" ... dia dah sedar . Baru sahaja Kimberlin Hans dan wife dia melawat cik Elise . Boss nak jumpa dia ke ? "


Demerez membisu seketika , gelengan jadi jawapannya . Mata melirik kembali pada Ipad ditangan yang masih menunjukkan rakaman Aireen yang kini menggunakan tangga untuk menaiki papan gelongsor itu . Tersenyum Demerez dengan kepandaian anaknya itu .



Wajah Hugo kembali dilirik ,
" —— aku akan jumpa dia waktu dia sampai di GreenPark . "
GreenPark, sebuah hospital mental swasta yang dimiliki oleh salah seorang sahabatnya . Kini, semua yang dirancang berjalan lancar .



Hugo mengangguk faham lantas kembali lelaki itu meneruskan kerja dan tanggungjawabnya.





Jemari Demerez menyentuh skrin Ipadnya . Segaris senyuman terlakar indah di ulas bibirnya .





" I'm going to teach your lovely mom some lessons ... then ... we'll see what's fate gonna be ... "





























Rambut kelabu gelapnya diraup lembut sebelum bibir menguak dek kantuk yang memakan diri memandang penerbangannya kali ini memakan masa 23 jam . Bahu yang kelenguhan digerak-gerakkan dalam pada tangan menarik luggage ke  arah pintu keluar .




Mata meliar mencari gerangan yang sepatutnya menyambut dirinya . Nampak sahaja kelibat lelaki itu pantas kaki diusung laju ke arah Alexander Ivan yang tersenyum sinis padanya .





" hye bro " tangan saling berjabat tangan dengan gaya 'brother ' . Rata-rata manusia terutamanya wanita tidak lepas merenung dua jejaka kacak itu . Tidak mahu melepaskan peluang cuci mata di tengah-tengah airport itu .





" Kelly mana ? "



Alexander hanya mencebik , " aku seorang sekarang . Kelly sambung belajar kat luar . 3 tahun lagi . "



Caesar tertawa sinis , menepuk bahu sahabatnya . " serius ah ? Kau single lah tiga tahun ni ? "



Alexander menjeling . Menolak tangan Caesar dibahunya .
" single but not available okey ? Aku setia dengan Kelly lagipun sekarang aku busy dengan hospital aku . So ... tak adalah rasa lelah sangat menunggu cinta hati aku balik . " panjang lebar penerangan Alexander Ivan disambut anggukan Caesar .





" memandangkan kau pun tengah cuti kan .. apa kata kau join event hospital aku "



Caesar jungkit kening , " event apa ? "





" sukarelawan "
















※∽※∽※∽




|TBC|

VOTE || COMMENT



Yeah , mengalu-alukan comeback Alexander Ivan dalam HER MISTAKE HIS REGRET SERIES 2 .
Jangan menggantal eh korang , dia ada bini tuh 😂😂



















Continue Reading

You'll Also Like

3.5M 306K 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.5M 87.9K 65
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...
624K 22K 41
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 5 ) RANKING NO 1 TULUS🏅 RANKING NO 1 DERITA 🏅 Nurul Adawiyyah atau nama singkatannya Nurul. Gadis lemah...
16.6K 419 48
Hanya senario harian bagi sang putera dan puteri di alam perkahwinan. A love story between Daniel Harriz & Hana Aira.