Her Mistake His Regret

By Eunnie00

856K 43.3K 3.5K

◇◆◇◆ BOOK 2.2 ◆◇◆◇ malay story| COMPLETE Highest rank : #7 in romance, 24 July 18 #... More

B L U R B
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18
19
20
21
22
23
24
25
26
27
28
29
30
31
32
33
34
35
36
37
38
39
40
41
42
43
44
preview
S2 | Prologue
※1※
※2※
※3※
※4※
※5※
※6※
7
8
※9※
※10※
※11※
※12※
13
※14※
※15※
※16※
※17※
※18※
※19※
※End※
Epilogue
◇DEMELISE◆
◇EUNNIE00◆
A SINGLE TRUTH
100K

45

12.1K 487 98
By Eunnie00



[ disebabkan esok sy bz jdi sy update hri , present to you the last chp of 1st series HER MISTAKE ] P/S : kalau sy ada msa esok sy try post prologue for 2nd series HER MISTAKE HIS REGRET . Happy reading guys 😘











________________※_____________________









H E R

M I S T A K E





___________________








Bangunan pencakar langit yang bertentangan dengan bangunan hospital itu dilirik kosong .








Telefon dalam genggamannya dieratkan , sepasang mata Demerez masih merenung ke luar dinding kaca itu . Otot wajahnya yang tegang bergeseran dengan rahang . Kedinginan jelas terbias dibirai mata itu .









" —— kami dapati mereka tinggal serumah "



" .... Lucca bekerja di hotel manakala Elise ... bekerja sebagai pelayan di restaurant Gondola "





Renungan mata Demerez berubah gelap , bibirnya diketap kuat bersama tangan yang dikepal erat .
Beban didada , otak yang berselirat dengan pelbagai masalah dan tanda tanya . Kesakitan yang menjalar di dadanya setiap kali mengenangkan ... pembelotan Elise .





Seakan racun yang berbisa , melumpuhkan seluruh sistem tubuh . Amarah juga kekecewaan yang menghuni jiwa raganya ... bersatu melahirkan satu rasa baru ...



... dendam ...





" Mr Black ? "




Panggilan daripada jururawat menyentak Demerez . Segera dia menyusul langkah jururawat itu ke dalam bilik Judah .



































Tekak perih . Rasa kurang enak yang menguasai perut membuatkan Elise semakin memuntahkan cecair keluar dari mulutnya .







" are you okey now ? " pertanyaan Lufasz disambut gelengan . Serta meeta tersedar bahawa lelaki itu sedang membantunya . Rambutnya dikumpulkan memudahkan Elise membuang segala rasa kurang enak itu .




Pantas , sapu tangan disua padanya . Sebelah tangan Lufasz merangkul pinggangnya . Memapah tubuhnya yang lemah . 





" I bawa you ke klinik . " ujar Lufasz sebelum  memapah Elise kembali ke kereta mewahnya . Sejak dua hari ini , mereka berdua semakin rapat . Berjaya juga dia memaksa Elise untuk keluar bersama meski wanita itu sedaya upaya menolak .  Kerana semakin wanita itu menolak semakin bersungguh Lufasz akhirnya . Tercabar mungkin .







Pada masa yang sama , Kimberlin Hans yang baru sahaja keluar dari restaurant terhenti seketika langkahnya menuju ke kereta . Sepasang matanya dikecilkan , cuba meneliti sebaiknya wajah yang sudah dia kenali itu . Berkerutan dahinya melihat Lufasz yang sememangnya salah seorang pesaing syarikatnya memeluk erat tubuh Elise .






Mengeluh berat dirinya , tergeleng dengan sikap Elise yang pada fikirannya masih tidak berubah . Masih liar seperti dahulu . Tidak langsung memikirkan maruah dirinya dan keluarga . Tidak seperti anak keduanya , Ellen yang sentiasa menurut kata . Langsung tidak pernah buat hal mahupun masalah .








Pantas , telefon dari dalam kocek seluar dibawa keluar . Menyentuh skrin itu sebelum telefon ditekapkan ke telinga .







" Aku ada kerja untuk kau . " mendatar arahan Kimberlin Hans sejurus panggilan disambungkan . Matanya melirik kenderaan Lufasz yang sudah dipandu membelah jalan raya .





" .... cari anak aku Elise . Dah tiba masa aku heret dia balik rumah "






































Sejurus selesai pemeriksaan , Elise menurunkan kembali sweatshirtnya . Menutup bahagian perutnya yang terdedah . Tubuhnya kedinginan mungkin gemuruh , lagi-lagi apabila doktor itu menyelak langsir yang menjadi penghadang .




Wajah Lufasz dilirik sekilas , masih membisu dalam pada dirinya bangun daripada perbaringan itu . Melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan meja doktor itu .





Senyuman lebar di doktor itu dibalas kelat , sedaya upaya Elise cuba menundukkan wajahnya daripada tatapan curiga Lufasz . Darah gemuruh naik ke wajah . Bibir yang bergetaran digigit lembut .






" tiada apa yang perlu dirisaukan . Biasalah , kalau loya tu . Pembawaan bayi . Uh, dan tahniah ... bayi awak berdua perempuan . Baby girl " tangan doktor itu disua bagi berjabat tangan Lufasz yang jelas tersentak . Kebingungan . Namun masih disambut tangan doktor itu dalam pada matanya mengerling pada wajah Elise .





Elise semakin menunduk , mata dipejam rapat namun tangannya bergetaran menyentuh perut .
Baby girl .
This ... is their baby girl ...






" so ... sebab nilah you mengelak bila I try you ? " soalan Lufasz sejurus sahaja mereka berdua keluar dari ruangan doktor itu .






Elise membisu . Mengelak daripada pertanyaan Lufasz . " .... you dah tahu hal sebenar so ... I rasa we could end here . Thanks anyway sebab bawa I ke sini . Bye " diusung langkah segera mahu meninggalkan lelaki itu kerana Elise tidak punya kekuatan untuk menerangkan apa-apa .






Namun lengannya dipegang oleh Lufasz . Mematikan langkahnya serta merta . Bertentang mata dengan lelaki itu .









" at least ... bagi I hantar you sampai rumah . Suhu dekat luar semakin menurun , fikirkan anak you "






Elise terdiam . Anak mata jatuh pada perutnya , bibir diketap lemah .







Tidak mereka menyedari ada sepasang mata yang memerhati gerak geri dari jauh . Malah , video  jelas dirakam dalam telefonnya itu sebelum dihantar pada seseorang .
Tidak lain tidak bukan ....




.... Demerez Black







































Lucca menyentuh bahagian abodomennya yang sakit dek dibelasah oleh salah seorang ahli Black . Bibirnya yang pecah membuatkan erangannya hanya berskala halus sahaja . Sedaya upaya dia menapak setapak demi setapak , berpegang pada dinding konkrit bangunan  . Dihela keluhan berat apabila melihat deretan anak tangga untuk ke tingkat dua yang disewanya bersama Elise .  Keadaan tubuhnya membuatkan sebarang pergerakan terasa menyeksakan . Feeling like hell !







Deruan enjin memancing perhatian Lucca . Melirik kenderaan mewah yang memarkir dibahu jalan berhadapan dengan bangunan ini . Terjungkit keningnya tatkala melihat Elise keluar dari bahagian penumpang kenderaan itu . Seorang lelaki bersut mewah membukakan pintu buatnya . Kelihatan pasangan itu berbuak seketika sebelum lelaki itu kembali semula ke dalam keretanya .





Lucca mahu keluar dari persembunyiaanya , menemui wanita itu namun beberapa kenderaan mewah hitam metalik yang tergesa-gesa memarkir dihadapan Elise membuatkan dirinya kembali bersembunyi . Mata mencerlung apabila melihat lelaki berpakaian hitam keluar mengelilingi Elise .

































Elise mematung saat melihat wajah-wajah yang dia kenali dalam kalangan lelaki berpakaian hitam itu . Yakin . Matanya melirik ke arah kereta yang benar-benar berhadapan dengannya . Lampu tinggi kenderaan itu yang jelas menyuluh padanya . Silau .






Bibir dilepas daripada gigitan , menanti bapanya keluar dari kenderaan itu .





Bertembung sahaja matanya dengan Kimberlin Hans , tangan kaku disisi tubuh . Mendengar derap langkah bapanya yang menghampiri .






Dari renungan dan riak wajah bapanya , Elise tahu ... sedar akan kebenaran yang akan menyentak dirinya terus daripada mimpi ini .








She's going home ...



Hanya satu perkara yang ditakuti ... tangan mengusap perut .







With or without this .... baby girl .





" masa bermain dah tamat Elise Kimberlin "



Terpejam matanya sejurus suara Kimberlin Hans menyapa gegendang telinga . Naik turun nafasnya , teratur . Hela berat dilepas panjang sebelum mata bertemu dengan mata bapanya .









Lambat-lambat anggukan diberikan pada bapanya , sebelum langkah diatur ke arah kereta Kimberlin Hans . Disaksikan oleh Lucca yang terlopong dengan kebenaran itu .
Langsung tidak menyangka ... Elise adalah anak kepada Kimberlin Hans . Jutawan dalam perniagaan . Meski tidak setanding Black .





Mata Lucca melirik tubuh Elise yang sudah meloloskan diri ke dalam kenderaan itu sebelum disusuli jutawan itu dan anak buahnya .





Kenderaan -kenderaan  bergerak lancar keluar dari perkarangan itu .
Tanpa sebarang kesan peninggalan .


















































Derin menyuakan segelas air pada Judah yang masih terbaring di katil dengan bahagian kakinya dibalut .
Tergantung dengan tali .





Judah menjeling sekilas pada Demerez yang hanya membisu sejak tadi . Dia tahu apa yang sedang bermain dalam difikiran lelaki itu . Sama sepertinya namun mungkin lebih teruk . Kebimbangan pada Elise . Tetapi Demerez pastinya punya rasa lain yang sudah menodai perasaan suci itu . Akibat kekecewaan dan pembelotan .






" can you leave us alone for a while Derin ? " ujarnya disambut anggukan oleh wanita itu yang mulai bergerak keluar dari bilik ini . Kembali pandangan mata beralih pada Demerez .






" kau masih tak jumpa dia ? "




Jelingan maut menikam wajah Judah , jelas Demerez tidak sukakan topik yang bakal dibahaskan oleh mereka .






" pembelot tu ... tak akan pernah lepas . Tiada pembelot yang akan lepas dari Black . Kau fokus pada rawatan kau sahaja . AKu uruskan hal aku " tegas selaran Demerez .





" Rez , kita tak tahu apa yang berlaku sebenarnya . Yes , memang Lucca pembelot tapi bukan ELise . Kau tak boleh tuduh melulu sahaja . Tak mungkin Elise ... "




" pada aku dia tetap pembelot . Sekali dia tipu aku ... aku akan pastikan dia menyesal seumur hidup "




" kau atau dia yang menyesal sekarang ni ? Rez , aku tahu kau sayang dia ! Kau perlu percayakan dia ! Pasti ada sebab ..alasan "







" no . She is nothing to me . Mungkin pada kau ... tapi bukan pada aku . I'm going to ruin her life . And this time ... there is no hesitate  "




" Rez ! "





Seruan Judah bagai angin lalu . Demerez berdesup keluar daripada bilik itu . Mengejutkan Derin yang masih berada diluar.









¥____________________¥





Series 1 End

▒▒▒▒▒▒▒▒※※※※†※※※※▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒









Prologue utk series 2
HER MISTAKE HIS REGRET
akan menyusul .






※▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒※





WARNING



HEart attached and heart breaking warning for series 2 .
Blood triggered , cursed and swearing .
Drugged abused . Succide triggered .
All of dark content might be include in 2nd series of HER MISTAKE HIS REGRET .
You have been warned .










※▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒※



Series 2 akan disambung dalam buku yang sama .






※▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒※


Semua isi kandungan , jalan cerita dan watak dalam buku ini adalah idea dari Eunni00 sendiri . Dilarang menciplak, meniru apa sahaja kandungan dalam buku ini tanpa persetujuan Eunni00 .







※▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒▒※



Barisan watak -watak





※ELISE KIMBERLIN※

※DEMEREZ BLACK※


※JUDAH ※


※DERIN※


※LUCCA※


※GAZ※




Watak akan datang [2nd series]

† Aireen †

† Marquez †


† Caesar †





† Kimberlin Hans†

† Carla Hans †



† ELLEN KIMBERLIN/HARRISON †


† LUFASZ HARRISON †

† DHIA HAZATUL †

† FINN QAEES †


Penampilan istimewa

☆ ALEXANDER IVAN ☆

Continue Reading

You'll Also Like

58.3K 4.5K 10
Ebook Nerisa Hilman | Umayr Dzariff Apa perlu dilakukan jika kekasih tiba-tiba minta putus dan hantar kad jemputan kahwin? Jangan menangis, janga...
603K 23K 53
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
3.4M 298K 95
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.5M 87.9K 65
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 [UNEDITED] "Jika dulu kau yang kejar aku, sekarang biarlah aku yang kejar kau pula." "I take you as my babygirl." "Dasar jan...