Jurnal: Makhluk bernama Lelaki

By Lala6teen

41.5K 966 79

Alissa seorang gadis yang mempunyai beberapa peristiwa pahit dalam hidup menyebabkan dia trauma dengan lelaki... More

Prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 6
bab 7
bab 9
bab 10
bab 11
Epilog

bab 8

2K 52 3
By Lala6teen

Ada seorang cikgu yang sudah berusia dalam lingkungan 55- 60 tahun mengajar subjek lukisan. Namanya adalah Cikgu Tahir. Badan dan tingginya sederhana. Rambutnya sudahpun dipenuhi uban, dan dia juga tinggal satu kampung dengan aku. Dia sekali sekala menjaga kelas kami, jika cikgu yang sepatutnya mengajar sibuk. Kadang- kala dia akan memberi latihan lukisan kepada kami, sekadar untuk memberikan aktiviti pelajaran.

Pada mulanya dia memang seorang yang baik hati, tidak garang malah suka beramah mesra dengan murid- murid. Ya, beramah mesra sehinggakan ia menjadi beramas mesra!

Kejadian pertama bermula apabila dia menjaga kelas kami, dan aku dipanggil ke hadapan. Aku menurut dan mendekati mejanya. Dia mengarahkan aku untuk mendekatinya lagi, dan kuturutkan jua. Setelah itu, tanganku ditarik dan tubuhku kini merapati tubuhnya. Aku merasa kurang selesa dan cuba menjarakkan diri. Tetapi tangannya kuat memegang lenganku, dan tiba- tiba tangannya menjalar naik ke kawasan dadaku. Aku yang sudah merasakan itu adalah perbuatan yang salah, berusaha sekali lagi meleraikan pelukannya namun gagal. Tangannya meraba- raba kawasan dadaku, dan tidak lama kemudian tindakannya menjadi agresif. Kedua- dua tangannya sudahpun meramas lembut dadaku. Kali ini aku melepaskan diri dengan sekuat tenaga dan akhirnya aku berjaya.

Aku kembali ke tempat dudukku dengan perasaan takut dan malu. Cikgu Tahir pula cuma mendiamkan diri melihat aku yang terlepas dari tangannya.

Aku takut. Aku tidak tahu pada siapa hendak aku mengadu. Aku malu jika aku mengadu pada cikgu lainnya. Aku juga tidak mahu mengadu kepada ayah dan ibuku memandangkan kami tinggal di kampung yang sama. Aku tidak mahu terjadi perkelahian yang nantinya orang lain akan tahu tentang kejadian malang yang menimpaku. Dimanakah nanti aku meletakkan mukaku?

Aku memujuk sendiri hatiku, pasti tidak akan terulang lagi perkara ini.

Continue Reading

You'll Also Like

Only you By kitten

Non-Fiction

14.7K 26 2
I'm so sorry , it was my first time but i'll try my best ! Not for kids and dosa tanggung sendiri :>>>
191K 4.2K 20
Hanis merupakan anak yatim yang kematian ibu. Selepas kematian ibunya , Hanis dibesarkan oleh Bapanya En Hafidz. Hanis merupakan pelajar SMK Cempaka...
575 56 4
'HAAHEFU?' stand for = How about a Happy Ending for Us? Ini bukan satu novel dakwah, tetapi kata - kata magis yang dikhabarkan dalam rupa penulisan d...
53.5K 2.1K 22
Seorang perempuan yang biasa tanpa kisah gelap ataupon kisah pembunuhan , namun bila dia tersedar daripada tidur nya dia adalah seorang mafia? namun...