Di matamu,
Tersisa lopak-lopak tangismu.
Aku tahu ia kerana hujanan dosaku
Yang lalu.
Maafkan aku.
Adakah kau masih sudi,
Mengizinkan aku
Menjadi mentari yang mengesat
Lecak-lecak yang mengotori wajahmu?
Aku rindu,
Untuk menulis puisi
Dalam taman senyumanmu
Seperti selalu.