Jurnal: Makhluk bernama Lelaki

By Lala6teen

41.5K 966 79

Alissa seorang gadis yang mempunyai beberapa peristiwa pahit dalam hidup menyebabkan dia trauma dengan lelaki... More

Prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 5
bab 6
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
Epilog

bab 4

3.1K 75 1
By Lala6teen

Di SR Bukit Zaitun, aku sering diganggu oleh murid lelaki sekelas aku. Freddie ialah salah seorangnya. Aku masih ingat sewaktu peperiksaan akhir tahun telah selesai, murid- murid diberikan aktiviti bebas untuk bermain, dan tidak kurang juga tidak menghadirkan diri ke sekolah. Cikgu pula jarang masuk kelas. Aku sebenarnya lebih selesa jika cikgu menjaga kelas kerana aku tidak suka akan suasana bising.

Pada ketika itu, aku sedang bermain scrabble dengan Rosdiana di dalam kelas, manakala Freddie juga berada di dalam kelas itu bersama kawannya. Pada mulanya dia hanya berseloroh mempersendakan nama ayah. Ye lah, memang kesukaan kanak- kanak untuk mempersendakan nama ayah dan nenek. Aku pun tidak tahu di manakah kelakarnya benda itu. Bagiku perkara mempersendakan itu adalah suatu sikap yang kurang ajar.

"Oiii Yahya!!!", ejekan yang membuat aku sakit hati apabila nama ayah dipersenda.

Freddie pada ketika itu berdiri tidak jauh dari aku dan mentertawakan aku. Dia nampaknya terhibur melihat aku yang meradang, apabila nama ayah dipersenda. Namun di depan lelaki, aku bukan malaikat. Aku ejek kembali nama ayahnya.

"Lembing!!! Booo!" Puas hati aku mempersendakan nama ayah Freddie! Tetapi nampaknya Freddie tidak putus asa, dia teruskan mengejek benda yang sama. Sampai pada satu tahap, aku begitu marah dan meninggikan suaraku.

"Kau ni tak ada kerja lain ke selain mengacau orang???"

"Hahahahaha Yahya!!!!" Balas Freddie sambil menjelirkan lidahnya.

Aku hanya menjeling tajam dan mendiamkan diri berharap supaya dia tidak menggangguku lagi. Tekaanku salah! Dia malah menghampiriku lalu mencuit daguku dan berkata dalam bahasa Dayak, "anang nganu Alissa sayauuuu (jangan marah Alissa sayanggg)".

Tatkala jarinya menyentuh kulitku, aku dalam separuh sedar telahpun mengenggam huruf- huruf scrabble yang terletak di depanku, lalu bangun dari tempat dudukku dan memusingkan badanku sedikit menghadapnya. Dengan sekuat tenaga, aku campakkan huruf- huruf tadi tepat ke mukanya.

Dia yang terkejut dengan tindakanku itu hanya tersengih malu, lalu berlalu keluar dari kelas itu. Dan aku dengan selamba, duduk kembali dan meneruskan permainan scrabble yang tergendala tadi. Aku tidak merasa bersalah, dan aku tidak merasakan perbuatanku tadi bodoh. Memang Freddie layak menerimanya.

Namun budak lelaki akan tetap berkelakuan seperti budak- budak. Aku sangkakan dia tidak lagi mengganggu aku. Rupanya semakin teruk tindakannya kali ini.

Continue Reading

You'll Also Like

443K 1.5K 3
"Jika sedih pandanglah langit, kiralah bintang. Sebelum kau habis mengira aku pasti datang."
44.6K 3K 25
Kasyaf - Si serius semedang tapi kadang-kadang bila keluar aura nakal, semua ternganga tak ada suara. Aman - Si lonjong yang blur. Si nakal yang bole...
21.2K 296 25
"aku penat mengharungi segala yang berlaku..." "dan hanya air mata yang menjelaskan segalanya..." "menjelaskan kisah yang tiada penghujungnya..." "pe...
55.6K 2.8K 28
Faiqah seorang gadis periang walaupun kelakuannya itu seperti lelaki. Di sekolah/kolej & kerja dia dikenali sebagai Faiq. Rambut dipotong pendek dan...