3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔

By Marliya_

446K 20.4K 926

[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berb... More

n o t e
01 | ♡
02 | ♡
03 | ♡
04 | ♡
05 | ♡
06 | ♡
07 | ♡
08 | ♡
09 | ♡
10 | ♡
11 | ♡
12 | ♡
13 | ♡
14 | ♡
15 | Raya edition 1 ♡
16 | ♡
17 | Raya edition 2 ♡
18 | ♡
19 | ♡
20 | ♡
22 | ♡
23 | ♡
24 | ♡
25 | ♡
26 | ♡
27 | ♡
28 | ♡
29 | ♡
30 | ♡
31 | ♡
32 | ♡
33 | ♡
34 | ♡
35 | ♡
36 | ♡
37 | ♡
38 | ♡
39 | ♡
40 | ♡
41 | ♡
42 | ♡
BTK
WICME

21 | ♡

8.3K 410 57
By Marliya_


—: thanks for the comments di chapter 20 srs korang ni comella 😂❤






" Kau buat apa dekat sini hah perempuan! Mana kakak aku! Apa yang kau dah buat dengan abang aku! " amuk Rafanda. Laju saja gadis itu ingin menampar wajah tak bersalah Danielle namun dihalang oleh Eimar.

Danielle tergelak.

" Entah " balasnya sepatah. Eimar dan Eiman tahan sabar melihat kegedikannya.

" Mana Abang aku? Aku nak jumpa abang aku. Aku tahu kau mesti dah buat sesuatu pada dia! " tengking Rafanda lagi.

" Kalau korang nak tahu, semalam Rayden dah halau Eishal. Hahaha padan muka dia, tu la siapa suruh pergi menjalang dengan jantan lain " Beritahu Danielle sambil membelek belek kukunya.

Laju Eiman menerpa ke arah Danielle , lengan perempuan itu dicengkam kasar wajahnya mula membengis dan memandang tepat ke dalam mata Danielle.

" Kakak aku bukan perempuan murah macam kau, aku kenal dia. Dia bukan perempuan yang sebarang " kata Eiman dingin. Danielle tersenyum sinis.

" Memang kau kenal kakak kau, tapi kau tak kenal abang ipar kau. Kau tak kenal Rayden macam mana. Tch, adik dia sendiri pun tak kenal macam mana perangai abang dia apatah lagi kau berdua? " Rafanda ketap gigi. Ikut hati mahu saja dia menampar muka Danielle dengan tahap kelajuan maksima namun ditahan.

" Eiman kau buat apa ni! " jerit satu suara lantang . Mereka semua menoleh ke arah pintu.

" Sayang! " jerit Danielle dan berlari ke arah Rayden yang berdiri kaku di hadapan pintu.

" Sayang lelaki tu tampar i " Danielle memegang pipi kirinya. Eiman tercengang. Penumbuk dikepal. Muka lelaki itu merah menahan marah.

" Kenapa kau tampar dia? " soal Rayden bengang.

Eiman tersenyum sinis.

" Bagitahu aku, apa yang kau dah buat dengan kakak aku! Kau halau dia? Eh kau ingat dia tu maid kau ke sesuka hati kau nak halau dia pergi? " tengking Eiman. Bahu lelaki itu dipeluk erat oleh Eimar.

Rayden tersenyum senget.

" Oh perempuan tu? Aku bukan setakat halau je, aku dah ceraikan dia. Perempuan macam tu tak layak jadi isteri aku. Jijik "

Bush!

Rayden memegang bibirnya yang terasa kebas. Dada Eimar turun naik menahan amarah .

" Habis perempuan sebelah kau tu suci sangat ke setan! Kalau aku tahu perangai kau macam ni, arghhh sial! " amuk Eimar.

" Abang! Abang ni dah kenapa? Abang sedar tak apa yang abang dah buat ni? Abang jahat, abang tak guna! Abang bodoh! " tangan Eimar dan Eiman ditarik ke kereta dan meninggalkan mereka berdua.

" Sayang? You okey tak? " pipi Rayden dibelek belek.

" Jom masuk, biar i bersihkan luka you " Tangan Rayden ditarik masuk ke dalam rumah. Rayden menghempaskan badannya di atas sofa ,rasa marah yang membuak buak di dalam hati cuba di redakan.

Tok tok! 

" Danielle tolong bukakan pintu " Danielle yang baru keluar dari dapur terus berlalu ke pintu utama dan membukanya.

" Danielle? " perempuan itu tidak menyahut. Rayden bagun dan menghampirinya.

" Kami dari Jabatan Agama Islam mendapat aduan... — " mata Rayden membutang.

" Sila ikut kami "

————

Dum!

Pintu rumah dihempas kasar oleh Engku Rafael. Bahu Rayden , Danielle , Engku Ruhaila, Ratna dan Rafanda terhinjut akibat terkejut.

" What the hell are you doing Engku Rayden Al-Haq Engku Rafael? " semua meneguk kesat liur masing masing apabila Engku Rafael memanggil nama penuh Rayden. Itu adalah salah satu petanda yang tak bagus.

" I... "

" You what? Kamu ceraikan Eishal lepastu buat maksiat dengan Danielle! This is not not Ayden! " tengking Engku Rafael seoktaf. Semua memandang ke lantai.

" Papa tak pernah ajar kamu jadi macam ni? Are you crazy? Rayden nak mati? You divorced Hilman's daughter lepastu kamu halau Eishal. Kamu tahu tak Raja Mohd Hilman tu siapa Rayden? Tahu tak! " Rayden mati kata. Kepala digelengkan perlahan.

Engku Rafael mengeluh berat.

" And you girl... " jari telunjuk dihalakan ke arah Danielle. Muka perempuan itu sudah memucat apabila melihat wajah bengis milik Engku Rafael.

" 4 years Danielle, kamu tinggalkan Rayden, malukan kami and you came back again dan malukan kami lagi? What the freaking heck are you doing? " Danielle tersentak apabila dijerkah oleh Engku Rafael.

" Hey perempuan! Aku dah bagi amaran dekat kau kan? Apa kau ni terdesak sangat ke sampai ludah sendiri pun kau sanggup nak jilat balik! And you Ayden , akak tak sangka yang kau ni lagi bodoh , bebal ! Buta-buta kena tipu dengan si setan ni " marah Ratna . Kepala Danielle ditunjal-tunjal geram.

" By hook or by crook , Rayden kena kahwin dengan Danielle " Rayden menganga.

" No "

" Dah pandai buat maksiat pandai-pandai la tanggung, kalau kau tak bodoh kau takkan buat benda ni lah Rayden " lelaki itu menggigit bawah bibirnya. Pedas ,menusuk ke kalbu.

" Papa, Ayden tak nak kahwin dengan dia . Rayden tak cintakan Danielle " rayu Rayden.

" Sudah lah Rayden. Waktu kau duduk dalam rumah tu sekali dengan perempuan ni kau tak fikir pulak pasal cinta ke , Dosa ke , haram ke... Ada kau fikir? Tak ada kan? Entah-entah dah macam-macam yang korang buat. Memang padan lah papa kahwinkan diorang.  Memang itu pun yang si betina tu nak! " bidas Ratna pedas. Rayden dan Danielle terkedu.

" Ratna stop " Arah Engku Rafael dingin.

" Kau dengar eh Rayden, aku tak akan maafkan kau selagi kau tak bawak Eishal balik, dan mulai hari ni... Jangan berani kau tunjuk muka kau depan aku, aku tak ada adik yang sebodoh kau " bicara Ratna dingin lalu melangkah pergi.

" Rafa pun, Rafa benci abang! Rafa tak akan maafkan abang selagi abang tak bawak balik kak Eishal " kata Rafanda lalu mengekori langkah Ratna.

Rayden meraup kasar wajahnya. Wajah Engku Ruhaila dipandang lama. Perlahan-lahan wanita itu dihampiri.

" Mama, Ayden... " belum sempat Rayden berbicara. Pantas Engku Ruhaila memalingkan wajahnya dan mengeluh kecil.

" Apa mama nak cakap dekat parents Eishal? Rayden tahu tak mama malu? Malu sebab anak mama tak bertanggungjawab. Malu sebab anak mama buat anak dara orang macam binatang, macam sampah. Mama tak nak tambah stressed Rayden lagi. Mama cuma minta kembalikan Eishal pada mama kalau Rayden nak mama maafkan Rayden " Kata Engku Ruhaila perlahan dan berlalu pergi meninggalkan mereka di ruang tamu.

" Rayden dah besar, Rayden tahu mana yang baik, mana yang buruk. Keputusan ada pada diri kamu . Baliklah dah lewat ni... " arah Engku Rafael dan berlalu pergi.

Rayden membatu ditempatnya. Kini semua orang meninggalkan nya. Dia buntu. Serabut, kusut. Tiba-tiba lengannya dipaut perlahan.

" Sayang jom balik, i ngantuk " ajak Danielle seperti tiada apa-apa yang berlaku.

" You balik sendiri, i nak keluar " kunci kereta dicapai dan Rayden terus keluar meninggalkan Danielle sendiri. Danielle memerhatikan Rayden yang sudah melangkah jauh ke hadapan. Perlahan lahan bibirnya mengukir senyuman sinis.

" Akhirnya, Rayden... Kau akan menjadi hak milik aku selamanya "

tak lama lagi korang akan dapat kad jemputan
Walimatulurus Rayden & Danielle
huhu. 50 comments kalau nak double update .

Also comment juga sama ada nak :—

#RaydenXEishal
#RaydenXDanielle

Ataupun nak hero baru? Sebab on next chapter seorang lagi main cast kita akan muncul huhu, im sho eksited heee

(sorry kalau ada typo, malas nak double check. Esok last update then Al akan hiatus)

Lots of love Alya

Continue Reading

You'll Also Like

2M 71.7K 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemaranny...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
849K 25.8K 44
Farrahani keliru. Hari pernikahan yang sepatutnya menjadi hari bahagia bertukar menjadi hari yang malang. Megat Hakeem yang sepatutnya melafazkan aka...
188K 12.4K 67
Book 3 Keseronokkan jalan cerita tidak bergantung pada nilai pembacanya, tetapi pada si penulisnya. - Mengejar Hadi Ehsan adalah hobi bagi Hana Hayla...