Hilius: Lahirnya Dia

Autorstwa Zherets

372 20 8

Aku percaya yang anakku ini lebih dari itu, dia istimewa... tidak... dia bukan. Dia lebih dari itu, dia... Hi... Więcej

Bab 01
Bab 02
Bab 03
Bab 04
Bab 05
Bab 06
Bab 07
Bab 8
Bab 10

Bab 09

19 1 3
Autorstwa Zherets

Sebaik saja kedua-dua kakinya menjejak permukaan bumi pantas dia melutut dan menahan lututnya yang menggigil ketakutan. Sebagai seorang Gavia yang bersaktikan nyanyian dan suara, terbang ataupun terapung merupakan sesuatu kebolehan istimewa kepada Aristine. Ini kerana, bukan semua gavia beteraskan kesaktian ini mampu melakukannya.

Walau bagaimanapun, setelah kelahiran anak sulungnya Fertio, Aristine sudah tidak lagi melakukan sakti apungan atas sebab-sebab tertentu.

Sebaik saja keadaan kembali menjadi melegakan, Aristine mula berjalan ke arah satu tunggul kayu yang terletak di sisi jalan untuk dijadkan alas punggungnya untuk duduk. Sedari majikannya sedang menahan kesakitan Shadi terus memapah bahu Aristine dan membantunya untuk duduk.

"Kami dimana? Apa yang telah berlaku?" soal byuna tua itu sambil memandang kabur wajah majikannya. Aristine pantas menarik tanggan wanita berkulit sawo matang itu untuk duduk disebelahnya.

"Kita separuh selamat. Kita berada ditengah-tengah Hutan Ghojovam menuju ke Gunung Tavivi. Anakandaku membuat masalah dan daku kesakitan jiwa dan pangkal jari kaki," jelas Aristine dengan tiada nada.

Kepala Shadi yang kelam membuatkan dia masih tidak tangkap akan pesekitaran itu. Beberapa minit selepas mengurut leher dan kepalanya dia sedar akan sesuatu perkara.

"Kami, kami selamat? Kita selamat?" soal Shadi kepada majikannya.

"Benar Shadi, jadi kita perlu menyelamatkan lagi diri kita dengan mencari pertempatan yang paling terdekat. Kita perlu berteduh dan meminta bantuan daripada orang di sekitar kawasan ini,"

"Namun begitu vaelku, ini merupakan hutan Ghovojam. Diduduki sebahagian besar oleh semangat dan makhluk sakti. Malah manusia terlakhnat saja yang mampu bertahan di sini. Kita perlu keluar dari sini dengan segera," balas Shadi dengan runsing.

"Bertenang Shadi. Semakin ditarik dan disimpul rambut keriting, semakin kusut ia jadi. Kunci kita adalah bertenang, tiada apa lagi benda buruk yang akan berlaku" Aristine cuba untuk menenangkan wanita tua itu.

Sebagai seorang Jhenia yang sangat percayakan mitos dan pantang larang orang tua, Shadi menganggap semua makhluk halus dan sakti merupakan semangat yang gelap dan akan menghancurkan manusia.

Ironinya itu hanya sebahagian kecil saja yang bersifat gelap dan selebihnya bersifat baik dan banyak juga makhluk sakti yang nakal dan sering mengganggu manusia. Tanggapan negatif ini disebabkan oleh orang-oramg tua yang suka memomok-momokkan kanak-kanak supaya berhati-hati dengan makhluk sakti.

Kesannya, ia sangat dipercayai sehingga mereka tua dan hilang hormat kepada makhluk Tuhan yang sangat membantu ini. Disebabkan itulah, kini ramai yang merasakan jurang antara manusia dengan makhluk sakti dan tenaga uyuda yang dulunya begitu rapat kini semakin renggang.

"Jadi baiklah kami akan bertenang. Jadi apa yang perlu kita lakukan Vael Hermilus?" soal Shadi setelah bertenang.

Aristine mula mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan mereka ini. Malam itu kabus agak tebal, awan pula tidak kelihatan. Aneh. Manakala bulan begitu terang. Jalan itu dikelilingi oleh pokok-pokok rimbun yang lebat daunnya. Tiada suatu gunung atau bukit pun kelihatan.

Aristine masih mencari suatu jalan penyelesaian. Suasana menjadi senyap sunyi untuk sekian lama, tiada satu bunyi pun yang didengari kecuali 3 bunyi ini iaitu, lafaz angin berderu, siulan air sungai serta rancak geseran daunan pepohon rimbun.

Tiba-tiba Aristine tersenyum nipis sambil mengangguk kepalanya. Pantas dia mengejutkan Shadi yang terlelap semasa menunggu Aristine untuk mencari jalan penyelesaian. Maklumlah warga emas, oleh itu Shadi amatlah mudah untuk terlena jika dia tidak melakukan apa-apa pekerjaan.

"Shadi, ada kau dengar bunyi aliran sungai?" soal Aristine sambil memandang muka Shadi yang berkedut-kedut itu.

"Ada bunyinya. Ia berbunyi seperti ia agak dekat dengan kedudukan kita. Mengapa Vael?" soal si kulit sawo matang itu.

"Mari kita menongkah alirannya. Pasti kita akan menjumpai Gunung Tavivi," ujar Aristine sambil bangun dari duduknya itu. Lantas Shadi turut bangun dan mengikuti jejak langkah majikannya itu untuk mencari sungai yang didengari mereka.

Walaupun, jari kakinya berasa begitu sakit, Aristine tetap menggagahkan tulang untuk menyelusuri permasalahan ini dengan tanpa sebaang ber-alah.

Kedudukan sungai itu adalah dibelakang mereka untuk beberapa meter sahaja. Jadi tidak perlulah mereka memberi usaha yang banyak untuk mencari sungai berkenaan. Selepas masuk ke dalam hutan untuk beberapa ketika, Aristine dan Shadi menjumpai sebatang sungai yang kelihatan sangat bersih airnya.

Keadaan dispanjang sungai itu dienuhi kabus niis. Udaranya yang sejuk menjadikan tubuh mereka merinding.

Lantas, mereka terpaksa menongkah arus sungai itu untuk mencari gunung Tavivi. Aristine percaya bahawa sungai ini akan menghubungkan mereka kepada Gunung Tavivi kerana hanya terdapat sebuah gunung sahaja di kawasan hutan Ghojovam iaitu Tavivi.

Setelah berjalan melawan arus untuk sekian lama, akhirnya mereka berdua sampai di suatu kawasan lapang yang seperti telah diratakan untuk pembangunan. Namun tiada sebarang bangunanpun di situ. Ini begitu aneh, siapalah yang begitu rajin dan gila untuk membina pertempatan ditengah-tengah hutan.

Aristine berasa tidak selesa akan keadaan persekitaran tersebut. Hatinya berat merasakan kawasan itu merupakan suatu tempat tinggal bagi makhluk sakti. Namun begitu, dia tidak arif dengan perkara sebegini.

Sewaktunya di maktab, di dalam kelas sakti dan uyuda, gurunya pernah berpesan bahawa sekiranya kamu sampai di suatu kawasan yang rata ditengah-tengah hutan. Kawasan itu dikelilingi pokok yang berlainan dari apa yang kamu perhatikan. Percayalah itu merupakan tempat tinggal bagi makhluk sakti. Berhati-hatilah.

"Aneh sungguh ya, mengapa ada kawasan lapang di sini?" Tanya Shadi seorang diri sambil mendekati kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, Aristine sempat menarik pantas lenggan baju byunanya itu ke arah dirinya.

Seusai itu dia meletakkan jarinya ke bibirnya tanda untuk diam. Pada mulanya Shadi tidak beberapa faham mengapa Aristine melakukan perkara sebegitu. Kelama-lamaan dia mengerti, ada sesuatu yang sangat aneh berlaku di sini.

Shadi mula memandang majikannya kehairanan. "Mengapa Vael, bukankah ini boleh dijadikan tempat berehat kita?" soalnya sambil menerik tanggan Aristine untuk mengikutinya. Pantas Aristine menggelengkan kepalanya perlahan sambil membisikkan sesuatu,

" Makhluk Sakti," bisik Aristine perlahan.

Sebaik saja mendengar apa yang diucapkan oleh majikannya itu, pantas Shadi menarik tangan Aristine supaya beredar dari kawasan tersebut. Shadi benar-benar ketakutan apabila mendengar perkataan tersebut. Mukanya bertukar putih dan bulu romanya mula berdiri.

"Apa yang perlu kita lakukan ini?" bisik Shadi sambil memerhatikan kaki Vaelnya. Lalu, dia mula hairan mengapa majikannya itu tidak bersepatu. Namun dia pasti, waktu sebegini bukanlah masa yang sesuai untuk menanyakan soalan sedemikian.

"Tutupi kepalamu dengan topi jubahmu dan terus berjalan hingga kita melepasi kawasan lapang ini. Pandang depan dan jangan menoleh ke kiri ataupun ke kanan," balas Aristine berbisik sambil menaikkan topi jubahnya.

Pantas mereka berdua melalui tebing sungai itu yang berbentuk sabit dan terus berjalan tanpa berhenti. Sebaik saja mereka di tengah-tengah jalan, ada suatu batu gergasi tiba-tiba saja muncul dari pandangan. Ia telah menghadang laluan mereka untuk melintasi kawasan lapang tersebut.

Bat itu setinggi sebuah pokok tua, panjangnya pula lebih panjang daripada sebuah rumah. Manakala lebarnya hanyalah selebar jalan kaki di Kota Zheheirxyts. Jadi mahu tidak mahu, mereka perlu memanjatnya. Jika ingin mengelilingginya nescaya mati terperngkaplah di dalam kawasn makhluk sakti mereka berdua.

Shadi mula naik cuak dan merinding kegelisahan. Pantas dia memanggil majikannya supaya berhenti dan cuba untuk mencari langkah penyelesaian.

"Apa yang telah terjadi ini. Sejak bila pula adanya batu gergasi itu?" soal byuna tersebut kemusykilan.

"Ini mesti perbuatan Makhluk Sakti. Mereka sudah tahu kunjungan kita ke rumah mereka. Terpaksalah kita memanjat naik dan menuruni batu tersebut. Nampak gayanya kamu larat untuk memanjatnya. Daku percaya," jawab Aristine sambil menoleh ke arah wanita tua itu.

Dengan perlahan-lahan dan berhati-hati Aristine mendahului memanjat batu gergasi tersebut lalu disusuli dengan Shadi dibelakang. Beberapa minit kemudian, sebaik saja mereka berada di puncak batu gergasi tersebut, seorang wanita tua dengan rambut penuh uban sedang meniarap dihujung tebing batu tersebut.

Mukanya tidak kelihatan, namun tubuhnya lebih kecil daripada tubuh Shadi dan rambutnya panjang sehingga ke punggung. Melihat sekejur tubuh seperti itu membuatkan Shadi ketakutan. Mana tidaknya seperti orang mati yang dibuang merata.

Lutut dan pergelanggannya mula menggeletar namun dia percaya sekiranya dia tidak mengacau makhluk itu, nescaya dia tidak akan dikacau. Shadi terpaksa menggahkan diri menuruni batu itu. Dia terpaksa melompat sedikit kebawah akibat terlalu takut sekiranya wanita itu mengekorinya.

Setelah jauh meninggalkan kawasan lapang tersebut, mereka berdua membuat keputusan untuk mengambil udara segar untuk seketika. Mereka mula berehat di suatu kawasan yang dipenuhi batu sebesar saiz bayi dan kunang-kunang yang berwarna-warni.

"Shadi ayuh kita berehat seketika, daku sudah lelah ini," ajak Aristine sambil berjalan ke pinggir sungai. Shadi hanya mengangguk sambil mengikuti majikannya itu.

Keadaan mula menjadi tenang untuk seketika. Kabus yang dari tadi bekeliaraan di sepanjang hutan itu kelihatan semakin nipis malam ini. Kedengaran bunyian alam mengisi kekosongan mereka.

"Hendak pergi manna itu?" tiba-tiba suatu suara nyaring seperti sedang berbisik di telinga mereka berdua. Pantas mereka meremang ketakutan sambil memandang muka antara satu sama lain.

Czytaj Dalej

To Też Polubisz

530K 36.5K 69
Highest #1 in Sad TRIO GIRL TG dianggotai tiga orang gadis berperwatakan nerd dan selalu di buli. Namun mereka masih bersikap sopan santun walaupun d...
379K 2K 5
Cerita ini sekadar fantasi yg mengiisahkan seorang jururawat yg dirogol dan akhirnya ketagih. Tanpa disangka suaminya yg lemah mengizinkannya untuj t...
267K 1K 8
Kisah rekaan. Nasib malang menimpa Fyra Amira apabila rumah nya dimasuki seseorang.
2.8K 5 1
Cerita tentang seorang perempuan bernama Sara yang di ugut oleh boss di tempat kerja nya yang obses terhadap ketiak untuk memuaskan nafsu seksnya yan...