3.0 | Gadis Kiriman Tuhan ✔

By Marliya_

446K 20.4K 926

[ C O M P L E T E ] " Dia yang aku puja, Dia yang aku mahu " Dia, seorang perempuan yang sangat berb... More

n o t e
01 | ♡
02 | ♡
03 | ♡
04 | ♡
05 | ♡
06 | ♡
07 | ♡
08 | ♡
09 | ♡
10 | ♡
11 | ♡
12 | ♡
13 | ♡
14 | ♡
15 | Raya edition 1 ♡
16 | ♡
17 | Raya edition 2 ♡
18 | ♡
19 | ♡
21 | ♡
22 | ♡
23 | ♡
24 | ♡
25 | ♡
26 | ♡
27 | ♡
28 | ♡
29 | ♡
30 | ♡
31 | ♡
32 | ♡
33 | ♡
34 | ♡
35 | ♡
36 | ♡
37 | ♡
38 | ♡
39 | ♡
40 | ♡
41 | ♡
42 | ♡
BTK
WICME

20 | ♡

8.2K 415 54
By Marliya_

play media —





Pintu rumah ditutup rapat dan dikunci sebelum kaki melangkah ke dapur. Langkah Eishal terhenti apabila tubuh Rayden berdiri betul betul di hadapannya.

" Kau pergi mana tadi? " Eishal tersenyum sinis. Tiba tiba ambil berat pulak dah kenapa.

" Hospital " balas Eishal sepatah. Wajah keruh Rayden ditatap . Eishal dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

" Kenapa?  Mengandung? " Eishal ketawa. Demam ke apa Rayden ni tiba tiba mention pasal Mengandung?

" Abang ni dah kenapa? Kita tidur sekali pun tak pernah, macam mana Eishal nak mengandung? " Rayden tersenyum sinis.

" Bukan dengan aku tapi dengan jantan lain " Eishal tercengang. Rayden dah jauh menyimpang!

" Apa awak merepek ni? "

Rayden berpeluk tubuh lalu dicampak nya sehelai sampul berwarna coklat di atas meja.

" Kau ingat aku bodoh ke Eishal? Aku tak sangka yang kau ni lagi jijik, lagi kotor daripada Danielle. Kenapa bila aku dah mula sayangkan kau, kau buat aku macam ni? Apa lagi yang tak cukup! " suara Rayden naik seoktaf.

Dahi Eishal berkerut, tidak memahami sepatah ayat pun yang keluar dari mulut lelaki itu sampailah isi di dalam sampul itu dikeluarkan.

Pipi Eishal bagaikan ditampar tampar. Dia terkedu.

" Itu kau kan? "soal Rayden dingin. Eishal menggelengkan kepalanya. Perempuan yang berada di dalam gambar itu bukan dia!

" Kau jangan nak tipu aku lah setan, dah terang lagikan bersuluh itu kau! Disgusting! " jerkah Rayden. Kepala Eishal ditunjal kasar.

" Aa... Abang, ini bukan Eishal! Sumpah bukan! " tangis Eishal. Rayden tersenyum sinis. Tangan Eishal yang memaut lengannya ditepis. Tubuh kecik itu ditolak kasar.

" Aku tak buta Eishal, aku tak buta! Aku tak sangka perangai kau sekeji ni! Aku tak sangka kau kau ni lagi murah daripada pelacur! "

" Abang! " teriak Eishal yang sudah teresak esak di lantai.

" Aku silap, Aku bodoh sebab pilih perempuan macam kau! Aku menyesal sebab amik kau jadi isteri aku... AKU MENYESAL! " Rayden meraup kasar wajahnya.

" Abang,  demi Allah... Itu bukan Eishal! Abang! " Kaki Rayden dipeluk erat oleh Eishal. Pantas Rayden menolak Eishal jauh daripadanya.

" Aku bukan lelaki yang dayus Eishal, kalau kau boleh bahagia dengan dia, pergi. Aku tak akan halang kau lagi. Aku betul betul kecewa dengan kau " Eishal memegang kedua belah pipi Rayden. Mata mereka bertembung. Eishal menggelengkan kepalanya.

" Nur Eishal Rose Binti Raja Mohd Hilman, aku ceraikan kau dengan talak satu " Eishal terpana. Wajah tak beriak Rayden dipandang lama.

Adakah semuanya akan berakhir?

Tiba tiba tangan Eishal ditarik kasar ke luar rumah. Gadis itu meronta-ronta supaya dilepaskan. Sampai sahaja di hadapan pagar, tubuh kecil itu ditolak kasar dan Eishal jatuh terjelopok di hadapannya.

" Kau keluar dari rumah aku sekarang, aku tak nak tengok muka kau lagi, jijik! Tak pun lebih baik kau mampos je! Amik barang barang kau ni sekali, tak kuasa aku nak simpan sampah sarap! " halau Rayden. Barang barang Eishal dicampak ke lantai lalu disepak-sepak menggunakan hujung kakinya.

" Aa... Abang jangan bu... Buat Eishal macam ni! " rayu Eishal sambil melutut merayu di hadapan Rayden.

Kepala Eishal ditolak kasar.

" AKU KATA BERAMBUS LAH SIAL! AKU JIJIK! AKU BENCI KAU! BERAMBUS DARI RUMAH AKU! " jerit Rayden kuat. Lelaki itu melangkah masuk ke dalam rumahnya lalu dikunci dari dalam.

Eishal terus berlari ke arah pintu lalu diketuk bertalu-talu dan merayu-rayu supaya Rayden membuka pintu dan menerimanya kembali.

" Pergi lah sial! " jerit Rayden dari dalam rumah. Akhirnya Eishal berhenti dan perlahan-lahan kakinya menapak kebelakang. Barang-barang yang bersepah di lantai disumbat ke dalam beg galas dan berjalan menuju ke jalan raya.

Guruh mula berdentum dan kilat mula memancar mancar. Tak lama kemudian setitis demi setitis air hujan membasahi permukaan bumi. Eishal berjalan tanpa hala tuju.

Kakinya berhenti di sebuah pondok bas .

" Adik manis buat apa jalan sorang-sorang malam-malam macam ni? Bahaya tau " beberapa orang lelaki mendekati Eishal.

"  Jom ikut abang jom " tangan Eishal dipaut namun ditepis laju oleh gadis itu.

" Jangan lah sombong sangat " pipi Eishal mula diusap-usap oleh lelaki itu. Seorang lagi rakannya merentap beg galas Eishal lalu menyelongkar ke dalamnya.

" Tak ada duit tak apa, janji adik boleh puaskan abang " katanya meleret. Pantas Eishal memusingkan lengan lelaki itu dan memijak kakinya.

Lelaki itu mengaduh sakit.

Dengan kesempatan yang ada, Eishal berlari ke seberang jalan untuk menyelamatkankan diri. Tanpa di sedari sebuah lori yang meluncur laju menghala ke arahnya dan

Sreeeeeeet....  Bum!

Badan Eishal terhempas ke tanah . Senyuman kelat terukir dibibir. Ini yang Rayden mahu kan? Adakah kematian nya akan membahagiakan lelaki itu?

" Ya Allah, Cik! Cik! Bang tolong saya call kan ambulance bang! " arah satu suara. Pipi Eishal ditampar lembut. Mata Eishal memandang ke arah seorang lelaki yang berkopiah dihadapannya.

Kabur. Semuanya kelihatan kabur dek kerana air hujan yang dari tadi turun dengan lebat dan tiada tanda-tanda seperti ingin berhenti.

" Cik mengucap cik! "

Nafas Eishal semakin tersekat. Dan matanya semakin memberat. Lelaki itu mendekatkan bibirnya ke telinga gadis itu.

" Lailahhailallah "

Eishal rebah dipangkuannya.





— berita gembira! GKT akan Di Hold buat seketika guyssss . So setakat ni ada sesiapa yang dah bercadang nak bunuh Danielle?

Drop your comment okey...


Continue Reading

You'll Also Like

15.7K 1K 51
TheBest Floriarity Teen Fiction 2020 [ COMPLETED ] ✔ " i'm here because of you, my dear knight " Masha Darwisy, gadis kelahiran Istanbul yang telah b...
2M 71.7K 75
@Choco_Lyn @BilaHatiBisikCinta @Wattpads2018 @StoryKe8 @2018 @Romance 'Kak, tengok ni-tengok ni!!!'-teruja Aysha menunjukkan poster artis kegemaranny...
3.2M 288K 93
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
1.1M 39.7K 57
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐊𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐀𝐬 𝐇𝐢𝐬 𝐏𝐫𝐞𝐜𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐖𝐢𝐟𝐞 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚...